Ayam Goreng Korea Pedas

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah sampai kampung ke belum tu? Ke still bekerja lagi? Heheh. Nani baru siap buat lemang. Macam biasa, bukan daku lah yang tolong membakarnya. Nani cuma masukkan beras pulut dalam buluh tu aje. Hahah! Abah lah yang tukang membakarnya sensorang, maklumlah kita tak ada adik beradik lelaki. Nak tunggu ada menantu lelaki yang tolong macam lambat lagi aje. Eh? Hahah! Kisahnya baru ni Nani try buat Korean Fried Spicy Chicken sendiri. Sebelum ni dah pernah makan dekat Dubuyo dengan Eung Chicken, serius sedap kemain. Memang berbaloi lah beli. Pernah juga baca review, orang kata ayam goreng Korea yang dekat Domino's pun not bad jugak. Next time boleh lah try pulak. Tapi kali ni saja nak try buat sendiri, tengok resepi pun senang aje. First time wakk kita try masak makanan Korea ni, sebelum ni kalau teringin nak makan, terus aje terjah mana mana outlet restoran Korea. Bila tengah rajin, boleh lah nak masak macam macam. Cuba tengah malas tu, hari hari rasa nak beli aje. Hahah! Lulus ke tidak ni ayam goreng korea Nani dekat bawah?
Ayam Goreng Korea Pedas
 Ini lah hasil Korean Spicy Fried Chicken Nani hari tu. Buat tiga ketul aje bahagian kepak, lepas tu masing masing cakap tak cukup. Hahah! Iye lah, first time buatkan nervous okay kalau tak jadi. So, kita buat lah tiga ketul dulu. Tapi tu lah rasa macam tak puas hati lagi sebab tak berapa nak pedas sangat. Masa masak tu dah banyak jugak Nani letak cili kering, mungkin cili tu jenis yang tak berapa nak pedas lah kot. Next time nak try buat lagi sekali, kalau menjadi Nani share resepi dengan korang pulak okay. 
credit: Pinterest
Di kesempatan ini jugak, Nani nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk kalian semua. Mana yang nak pulang berhari Raya di kampung tu, hati hati di jalan Raya okay! Biasalah, nama pun nak balik Raya, memang jammed tu tak boleh nak elak. Semoga Raya kali ini kita dapat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya. Untuk yang berpuasa hari Arafah hari ni, selamat berpuasa dan semoga ada doa doa kita yang dimakbulkan oleh Allah. Korang ada yang buat ibadah korban ke tahun ni? 

25 comments:

  1. Rajinnya Nani buat sendiri. Kalau kita, semua kita beli je. Memang sejenis dasar pemalas kita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun ada masa aje yang rajinnya Farah. Hahaha! Hari tu ramai sangat orang share resepi ayam Korea ni, gedik jugak nak try buat sendiri. Nasib lah menjadi.

      Delete
  2. Replies
    1. Sedap kak SA! Suka ratah macam gitu aje. Heheh.

      Delete
  3. singgah sini.done follow!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. dah try dah yg domino punye.. not bad n pedasssss..hihi.. post sini eh klau buat lagi... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yekee. Waaa tak sabar nak try pulak. Hahah! Bereh, nanti nak share sini.

      Delete
  5. Pandai Nani buat sendiri, anytime nak makan boleh masak kan. Jimat duit hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Time rajin ni boleh lah cik Su nak buat sendiri. Kalau malas tu, Nani beli jugaklah cerita dia.

      Delete
  6. Sedap nampak ni.. tp klu pedas resipi korea ni kdg2 sy tak tahan juga.. panas kat lidah susah nak hilang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Samaa lah, kalau pedas sangat pun Nani tak tahan jugak. Mahu keluar air mata.

      Delete
  7. heyyy...derhaka guna cili kering je..hikhik...ade boh gochujang idok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Alamakk kakak Kimchi datang komen 😂 Tak guna sebab hari tu nak beli tak jumpa pulak dekat mana.

      Delete
  8. Nampak sangat menarik ayam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedappp! Nanti try lah buat kak Sha. Hiks :)

      Delete
  9. Tolong lah share resipi. Nampak sedap giler ayam tu nanti. Rasa nak makan screen hp ni haa.

    ReplyDelete
  10. Mengiurkan.. Berkikat warnanya..

    ReplyDelete
  11. Share la resipi, boleh k.fiezz try..haritu ada gak rasa yg hat Dominos punya..tak tau la nama apa..tapi mcm ada korea2 jugak la kalau tak silap..sedap..rupa macam nani punya ni je...

    ReplyDelete
  12. Terliur bila tengok kejadian ayam Korea tu. Nak masak tak reti, kena cari kedai yang jual macam nilah.

    ReplyDelete
  13. kak liez tak pernah cuba buat lagi.. teringin nak makan

    ReplyDelete
  14. Viral sungguh ayam pedas korea ni kan nani..
    Akak pun merasa anak buah yg buat😆

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page