Maggi Pedas Giler Tom Yummz

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah pernah try ke belum Maggi Pedas Giler ni? Nani masa mula mula makan dulu tak boleh habiskan satu bekas ni sebab pedas dia tahap boleh mengalir air mata. Hahah! Ada yang cakap maggi ni tak berapa pedas sangat compare dengan Samyang. Erk, kalau Samyang lagi pedas daripada ni, mahu terbakar lidah makan. Eheh. Nani tak pernah try Samyang tu, pernah nak makan tapi tak boleh telan. Rasa membazir betul masa tu beli tapi tak makan pun. So janganlah tanya Nani mana yang lagi pedas sebab daku tak pernah rasa Samyang tu. Heheh. Tapi pada Nani serius maggi ni pedas sangat wei. Masa tu jalan dekat Aeon kot lepas tu saja lah beli sebab excited lah kan nak try. Time nak ambil tu siap cakap lagi dekat kawan mesti tak berapa pedas sangat maggi ni. Kahkah! Kemain lagi confident dia masa tu tahap apa. Bila dah makan baru tahu macam mana, setiap satu suapan kena minum air hoi! Awal awal dulu sampai sold out okay dekat mana mana mart maggi ni, mungkin sebab dah viral kan. Sekarang ni banyak tempat dah ada jual. 
Maggi Pedas Giler Tom Yummz
 Setakat ni Nani pernah try yang perisa Tom Yummz ni aje. Kawan Nani cakap kalau yang flavour Ayam Bakar macam tak berapa pedas sangat pun rasa dia. Tak tahu lah macam mana deria rasa dia sebenarnya. Hahah! Baru ni Nani macam ada nampak flavour Seafood pulak. Next time boleh lah try pulak flavour yang lain kan. Heheh. Sekali sekala makan maggi ni boleh lah, jangan sampai setiap minggu pulak makan maggi. Haippp! 
Maggi Pedas Giler Tom Yummz
Kemain mewah makan maggi siap ada extra nugget dekat tepi. Hahaha! Kalau korang sejenis yang suka pedas boleh lah challenge diri sendiri jugak. Nani serius tak tahan, cukup dua tiga kali suap, kena berhenti kejap makan. Memang power lah siapa yang boleh makan sampai habis dengan tak minum air. Nani memang boleh kalah awal awal lagi lah cerita dia. Harga maggi ni dalam tiga ringgit lebih macam tu kalau tak silap, tapi kalau beli dekat 7Eleven dia jadi lima ringgit satu. Hahah! Nani sarankan kalau nak beli, jangan beli dekat 7Eleven. Pergi lah cari dekat Aeon ke, Tesco ke dapatlah murah sikit. Korang pulak dah pernah try ke Maggi Pedas Giler ni? Flavour yang mana satu? 

10 comments:

  1. Hahahaha...beli kat 99 Speedmart je murah..hik...Sally ok je makan yg ni sebab yg Maggi lebih berperisa tak macam samyang yg agak flat taste. Sally suka Ayam Bakar tapi yg lg satu Seafood tu belum dapat rasa susah nak jmpe!

    tips nak kurangkan pedas, minyak dia jgn letak semua dan sediakan susu :P

    ReplyDelete
  2. Xberani nk cuba sbb rata2 mmg tgk org yg mkn ckp pedas gile. .Lgpn akak mmg xmkn pedas. .Yg samyang tu pernh mkn. .Mmg pedas tp akak try sesudu je selebihnya husband akak yg abiskan

    ReplyDelete
  3. fuhhh tak berani nak makan. teringat samyang dulu sampai menangis2 hahaha

    ReplyDelete
  4. tomyam takmakan lg, taktau bila nak try hahaha

    ReplyDelete
  5. rabia tak pernah cuba lagi maggi pedas gila ni.

    ReplyDelete
  6. samyang penah rasa, mmg menangis mkn..
    maggi hari tu salah beli, huwaa! nnti nak g bli yang betul..
    kat tesco pun selalu habis..

    ReplyDelete
  7. huhu memang idak ler nani untuk pengidap gastrik macam kak ana ni :)

    ReplyDelete
  8. Yang ni pun tak pernah rasa lagi sebab masa balik Malaysia tu tak jumpa pun.

    ReplyDelete
  9. Siqah dah pernah makan dua kali maggi pedas giler tomyam. Sedap cuma pedas gila. Makan sambil sedih bercucuran air mata. Hihi. Tapi tetap makan sebab sedap. Siqah lagi prefer maggi pedas giler daripada Samyang.

    ReplyDelete
  10. Yang tom yum ni okay lagi pedas dia.tapi yang ayam bakar tu superb pedas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page