Karipap Kentang Sedap

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada yang Monday blues ke hari ni? Heheh. Minggu lepas tiba tiba datang mood rajin nak buat karipap inti ubi kentang. Dulu dah pernah try buat sekali karipap, tapi masa tu Nani buat inti sardin. Kalau korang nak try buat karipap sardin, korang boleh check it out Resepi Karipap Sardin ni okay! Bila dah pandai buat ni, mula lah rasa nak buat aje selalu. Ewah! Bukan apa, kalau beli selalunya tak berapa nak kena dengan citarasa sendiri. Kadang kadang tu oksigen aje yang banyak daripada inti. Geram betul bila beli dapat yang macam ni. Buat sendiri jugak yang puas hati. So baru ni google lah resepi nak buat inti ubi kentang ni. Senang sangat rupanya, ingatkan susah. Betul lah orang kata, belum cuba belum tahu. Alang alang bahan nak buat pun semua ada, terus lah kita masuk dapur. Nani sejenis yang suka try and error benda yang tak pernah buat. Kalau menjadi tu lagi lah bonus, rasa macam satu achievement untuk diri sendiri. Hahah! 
Karipap Kentang Sedap
 Ini lah rupa inti ubi kentang hari tu. Ingatkan sekejap aje masa nak ambil masak inti ubi kentang ni, rupanya lama jugak nak tunggu ubi kentang tu lembut. Hahah! Banyak kali jugaklah tambah air bila dah kering. Iye lah selagi tak lembut ubi kentang tu memang kena tambah air selalu. Selama ni asyik tengok video masak masak dekat Instagram, tu lah sebabnya nampak macam sekejap aje dia masak. Hakikatnya dekat sejam jugaklah daku duduk dekat dekat dapur tunggu inti ni siap. 
Karipap Kentang Sedap
 Karipap ni nampak sama semua sebab Nani guna acuan okay! Pernah try nak kelim sendiri tapi mashaAllah hasil dia. Hahaha! Mungkin sebab jari 'keras' sangat kot tu yang tak boleh nak kelim elok elok. Serius suka tengok orang yang pandai kelim karipap laju laju like weh pro nya dia buat. Kena menuntut lagi lah ilmu nak kelim karipap lepas ni. Hiks. 
Karipap Kentang Sedap
Ini lah hasil karipap ubi kentang Nani hari tu. Cumanya kenapa eh dia macam ada gelembung tu? Hahah! Anyone knows kenapa dia jadi macam tu? Rasa macam tak berapa cantik bila goreng dia ada gelembung. Untuk first time try buat karipap ubi kentang ni, not bad okay rasa dia. Iye siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Hahaha! Cuma orang dekat rumah ni komen, kalau tambah sikit lagi garam lagi sedap. Eh eh, kemain lagi masing - masing. Rasa macam gigih betul hari tu nak siapkan karipap ni, dah lah tiba tiba tak ada elektrik pulak. Fuhh nasib baik hasil dia memuaskan hati. Hiks. Next time boleh lah buat lagi, jamu dekat bakal mak mertua pulak. Eh? 

10 comments:

  1. wah sedapnya karipap. puas hati buat sendiri kan , at least takde lah kisah 'karipap inti angin' . hehehe.

    btw Cici suka yang menggelembung. taktahu kenapa. kalau beli pun pilih yg mcm tu hahaha

    ReplyDelete
  2. Ada bau nasi minyak la.

    akk pun tak pandai kelim, guna acuan je mudah dan cepat..hehe

    ReplyDelete
  3. puas hati klu bt sndiri kan nani... isi pun penuh je

    ReplyDelete
  4. good job nanie. fiza ni kalau buat karipap masih failed.

    ReplyDelete
  5. Karipap mcm ni klu makan ptg2 sedap pekena dgn teo o panas.. perghh!! :D

    ReplyDelete
  6. sedap.. kalau letak daging @ ayam lagi sedap :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya..thanks sharing recipe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page