21 Julai 2019 | Dalam Kenangan

Assalamualaikum & Hello. 
Baru baru ni, lama Nani 'menyepikan' diri untuk seketika. Bukan saja saja nak menghilang tapi saya dan keluarga baru sahaja diuji dengan kehilangan nenek yang tersayang (nenek di sebelah abah). Ikutkan arwah nenek yang Nani panggil Wan ni, baru aje keluar dari hospital sebab ada ulser di bahagian usus. Selang dua hari lepas tu, tiba tiba arwah mengadu sesak nafas. Terus lah pak cik dengan mak cik Nani bawa ke HTAA di Kuantan. Masa dalam perjalanan nak ke hospital tu lah arwah tiba tiba tak sedarkan diri dan terus kena admit dekat Wad Kecemasan (Zon Merah). Petang Sabtu tu abah dapat panggilan dari mak cik Nani bagitahu pasal keadaan Wan, terus lah kita orang bersiap & bergegas ke Kuantan. Masa ni memang doktor dah suruh semua ahli keluarga berkumpul sebab harapan untuk Wan sembuh tu tinggal 50 - 50 aje. Allah. Masa tu dalam hati tak putus putus berdoa semoga Wan kembali sihat. Bila kena admit dekat Wad Kecemasan dekat Zon Merah ni, memang tak ada sorang pun ahli keluarga yang dibenarkan masuk. Sepenuhnya di bawah pemantauan doktor. Lama jugak kita orang tunggu dekat luar hospital, dekat pukul 2.15 pagi macam tu, Nani & family balik berehat sekejap dekat rumah pak cik. 
Tapi tak ada lah berehat mana pun, bila jadi macam ni mata pun susah sangat nak lelap. Dalam setengah jam macam tu terlelap, sepupu Nani call cakap Wan dah dipindahkan ke wad biasa tapi masih bergantung pada mesin bantuan pernafasan. Tak sampai 15 minit macam tu, sepupu Nani call semula cakap Wan dah kritikal. Allah. Masa ni Tuhan aje yang tahu perasaan tu macam mana. Terus bangun basuh muka, pergi balik ke hospital. Kali ni, terus aje ke wad di tingkat tujuh. Masa sampai tu, terus gugur air mata tengok arwah Wan terbaring dengan mesin bantuan pernafasan. Memang tak boleh tahan sebak dah bila tengok keadaan arwah macam tu. Nani duduk dekat koridor wad tu baca Yaasin. Dalam hati masih lagi tak putus putus doa, semoga ada keajaiban dari Tuhan. 
21 Julai 2019 | Ahad
Tak lama lepas Nani baca Yasin tu, mesin bantuan pernafasan yang Wan guna tu tiba tiba dah bertukar 'bunyi.' Kalau sebelum tu mesin tu bunyi tet tet tet tet menandakan yang Wan masih bernafas, kali ni dah bertukar jadi teeeeeet. Panjang dan lama. Masa ni Tuhan aje yang tahu apa yang ada dalam hati aku. Allah. Air mata dah laju turun. Doktor dah tarik langsir dan minta kita orang semua tunggu dekat luar. Kalau sebelum ni aku tengok aje dekat dalam drama, kali ni betul betul jadi depan mata aku sendiri. Ya Allah. Aku dengar doktor cuba pasangkan semyla bantuan pernafasan tu, tapi tetap jugak bunyi yang sama keluar. Dua kali doktor cuba. Tak lama lepas tu mak cik aku cakap 'mak dah tak ada.' Ya Allah, lemah rasa lutut ni. Aku sampai bersandar dekat dinding sebab rasa tak kuat sangat dengan kehilangan ni. Doktor keluar; minta maaf dan sahkan yang Wan memang dah tak ada. Allah. Sekitar pukul 4.50 pagi, wan telah kembali ke rahmatullah. Alhamdulillah tengahari tu jugak jenazah dah selamat dikebumikan di Jerantut. 
Ahad lepas dah selesai buat kenduri tahlil untuk arwah wan dekat rumah Nani. Tuhan permudahkan segala urusan kami sekeluarga, alhamdulillah. Ikutkan minggu ni lah, kita orang nak pergi melawat wan dekat Kuantan tapi apa kan daya, Tuhan lagi sayangkan wan. Semoga Allah mengampunkan segala dosa arwah dan menempatkan arwah dalam kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabb. Dah lama sangat wan sakit, dah tiba masanya untuk wan berehat. Semoga Allah gantikan segala kesakitan wan di dunia dengan ganjaran syurga. Amin. Betul lah kehilangan orang yang paling kita sayang ni paling perit sekali. Rindu yang sememangnya tak berpenghujung. Dalam kenangan, Hamiah binti Derani 💗 AL FATIHAH. 

Safi Micellar Natural Cleansing Water Terbukti Berkesan Mencuci Solekan di Wajah!

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Finally dah Jumaat, yayy! Harini Nani nak kongsikan dengan korang salah satu make up remover fav Nani, iaitu Safi Micellar Natural Cleansing Water. Cleansing water ni sangat penting tau untuk tanggalkan make up kita. Ini antara barang yang wajib ada dalam beg make up Nani tak kira lah pergi ke mana mana pun. Serious senang bila ada cleansing water ni lagi lagi bila masuknya waktu nak solat. Iye lah takkan nak ambil wudhu' dengan make up yang tak dicuci sehingga bersih kan, kang tak sempurna pulak wudhu kita tu. Kalau nak tahan wudhu lama lama pun macam tak mampu aje. Hahah! So bawak aje lah cleansing water ni pergi mana mana, bukannya berat sangat pun awak. Hihih. Macam Nani sendiri, Nani lagi suka guna make up remover yang jenis liquid macam ni berbanding dengan yang jenis wipes sebab kadang kadang yang wipes ni ada yang memedihkan kulit muka kita lepas dah guna. Kena pandai pilih jugak tau nak beli cleansing water ni sebab ada certain tu yang akan buat kita jadi kering gilaa. 
Tengah confused tak tahu nak pilih yang mana satu sebab Safi Micellar Natural Cleansing Water ni didatangkan dengan tiga jenis tau. Wohoo! Banyak kan, so korang boleh tengok lah yang mana satu bersesuaian dengan kulit korang sebelum beli tu nanti. Hm kalau nak tahu apa perbezaan untuk ketiga tiga cleansing water ni, jom kita baca dekat bawah! Apa yang penting sekali, cleansing water jenama Safi ni tak pedihkan mata macam bawang! Yayy! 
Nampak tak sticker tu kemain besar lagi dia tampal; tak pedihkan mata macam bawang. Hahah! Kalau korang sejenis yang selalu pakai make up tebal, lagi lah penting ye untuk remove make up ni dulu. Kadang kadang memang rasa macam malasnya lah nak remove make up, tambah pulak kalau dah letih seharian bekerja. Bila balik rumah tu, memang rasa nak tidur terus. Faham sangaaat, sebab Nani pun selalu rasa macam tu. Tapi hei noooo! Jangan amalkan okay, penat macam mana sekali pun wajib remove make up dulu. Lepas tu nak tidur sampai ke pagi esok pun tak apa. Hahah! Bila kita tak remove make up properly ni, nanti muka senang naik jerawat dan breakout so please remove make up okay! Tak susah pun kalau guna Safi Micellar Natural Cleansing Water ni. 
Cara nak menggunakan Safi Micellar Natural Cleansing Water ni memang mudah, korang just tuangkan atau titiskan atas cotton pad lepas tu sapu aje lah dekat muka. Percayalah cakap Nani, dengan hanya satu sapuan aje memang boleh hilang segala make up dan kotoran dekat wajah kita ni. Untuk pengetahuan korang, produk ini diformulasikan dengan 100% bahan aktif semula jadi dan telah diuji secara dermatologi. Jadi korang tak perlu risau untuk menggunakannya sebab ia bebas daripada SLES/ SLS, tanpa minyak mineral, tanpa alkohol, paraben dan jugak pewarna. 
 Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose. 
Untuk cleansing water yang ni ia sangat sesuai digunakan untuk sesiapa yang mempunyai kulit normal dan kombinasi. Ia diformulasi dengan 100% Bahan Aktif Semulajadi Ros, berfungsi untuk menanggalkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta mengecilkan liang pori dan mengurangkan wajah berkilat. Hasilnya kulit segar dan berseri. Nani dah try guna yang ni, memang best tau korang! Bau pun wangi. 
 Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber. 
Untuk cleansing water yang ni ia sangat sesuai digunakan untuk sesiapa yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Ia diformulasi dengan 100% Bahan Aktif Semulajadi Neem, berfungsi untuk menanggalkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta melembap, merevitalisasi dan juga menyihatkan kulit. Hasilnya kulit lembut dan bermaya. 
Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem. 
Untuk cleansing water yang ni ia sangat sesuai digunakan untuk sesiapa yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Ia diformulasi dengan 100% Bahan Aktif Semulajadi Neem, berfungsi untuk menanggalkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta mengawal minyak dan jerawat dengan agen anti bakterianya. Hasilnya kulit berseri tanpa cela. 
Sumpah best dan berbaloi sangat bila kita guna Safi Micellar Natural Cleansing Water ni, ia sememangnya berkesan untuk mencuci solekan dekat muka kita. Nani dah try, memang tak ada pun rasa pedih bila guna cleansing water yang ni. Paling penting, tak buat muka Nani jadi semakin kering dan tak payah bilas dengan air pun lepas dah guna. Best! Memangg recommended lah untuk korang try jugak. Satu botol cleansing water ni mengandungi 200ml, memang boleh tahan lah untuk sebulan tak pun lebih lagi. Jangan lupa okay try yang Safi ni pulak. Korang boleh dapatkan di mana mana pasaraya berdekatan tak pun drugstore. Nak senang beli aje dekat Watsons atau pun Guardian. Memang adaaa! Siapa dekat sini yang guna Safi Micellar Cleansing Water ni jugak? 

DR. BEAU Pure Natural Skin Oil | Serum Terbaik untuk Kulit Wajah!

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Dulu dulu Nani ada bad habit tau, suka betul picit jerawat sebab geram aje tengok. Lepas tu sendiri yang stress bila ada kesan parut. Itu lah siapa suruh gatal sangat tangan tu nak picit jerawat kan, hah memang mendapatlah sana sini ada kesan parut. Sobs! Dah lah masa tu guna skincare pun on off aje, memang zaman tu paling malas lah nak jaga muka sendiri. Hahah! Apa benda entah yang aku fikir masa tu. Dah besar sikit ni, baru lah rajin sikit nak guna skincare. Kalau dulu guna basic skincare aje, bila basic skincare dah 'strong'mbaru lah beli toner, essence & serum pulak. Actually Nani memang tengah mencari pun serum yang boleh menghilangkan kesan parut dekat muka. Stress okay tengok kesan parut semua ni, kita nak lah jugak ada kulit yang bersih dari sebarang parut. Banyak jugak dah serum yang Nani survey, sudahnya Nani pilih untuk try DR. BEAU Pure Natural Skin Oil ni. Excited sangat nak guna Serum DR. BEAU sebab haritu Nani baca feedback ramai yang cakap serum ni best dan terbaik! 
 Kalau korang nak tahu DR. BEAU ni mengandungi Vitamin E dari bahan herba semulajadi telah terbukti berkesan dapat memberi kesegaran kepada kulit dan melindungi kulit daripada kering serta berminyak. Apa yang Nani suka dengan serum ni sebab ia didatangkan dalam bentuk kapsul soft gel. Sekali pandang nampak macam boleh makan pun ada. Hahah! Ini pertama kali jugaklah Nani jumpa serum dalam bentuk macam ni, lain daripada yang lain.  Tapi bagus jugak sebab senang untuk dibawa ke mana mana, paling penting sekali tak ada lah serum kita tu tertumpah ke apa. Kadang kadang serum yang dalam bentuk botol ni mudah sangat leaking. Sayang lah kalau beli mahal mahal tapi mudah leaking kan. 
Serum ni jugak sememangnya selamat untuk digunakan sebab telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. So, tak ada lah ragu ragu lagi kan kita nak beli sebab Nani ni pun sejenis yang cerewet jugak bab bab pemilihan product yang nak guna. Bukan apa, tak nak lah nanti muka breakout pulak. Selain itu, bahan bahan yang digunakan untuk menghasilkan serum ni pun memang bagus tau dan setiap satu daripada bahan bahan ni mempunyai fungsi yang tersendiri. Nak tahu apa dia, jom baca dekat bawah ni okay! 
KANDUNGAN SERUM DR. BEAU 
💗 Vitamin E yang merawat kulit.
💗 Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
💗 Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
💗 Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
💗 Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
💗 Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
💗 Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.
Hari tu masa first time Nani guna Serum DR. BEAU ni terus jatuh suka okay! Bau dah lah wangi dan mudah sangat meresap ke kulit. Tak ada lah kita kena tunggu lama sangat kan untuk apply next product dekat kulit muka. Paling penting sekali, serum ni tak melekit langsung korang! Nani memang tak suka serum jenis melekit sebab tak selesa rasa. Bila lepas aje pakai serum ni memang automatik rasa muka kita makin segar! Korang jangan risau lah nak beli sebab serum ni sangat sesuai untuk semua wanita Asia dan sesuai untuk semua jenis kulit. 
TESTIMONI SERUM DR. BEAU 


Cara penggunaan serum ni pun mudah aje. Korang cuma perlu titiskan ke atas tapak tangan kemudian sapu ke seluruh wajah. Nani selalunya pakai serum ni waktu malam aje tapi kalau korang nak pakai waktu pagi dan malam pun boleh tau. Untuk dapatkan kesan yang cepat, kena lah pakai secara konsisten. Jangan skip skip pulak okay! Haipp, nak kulit cantik tak boleh malas lah. Hahah! Kunci dia kena RAJIN aje, baru lah cepat nampak hasilnya nanti. 
Sekarang di Serum DR. BEAU telah didatangkan dalam bentuk packaging yang baru macam dalam gambar ni. Satu bekas serum ni mengandungi 30 biji per botol, dengan berat 100 gram. Bila korang beli serum ni make sure korang letak dekat suhu bilik tau. Untuk yang berminat nak dapatkan DR. BEAU Pure Natual Skin Oil ni, korang boleh terus ke laman web atau laman sosial dia orang yang Nani letak dekat bawah ni. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang serum ni, korang boleh jugak check it out dekat Youtube Teja Herbs TV. Tapi serious memang worth sangat bila beli serum ni. Jangan lupa cuba korang! 
Contact Number: 016 - 9633443
Instagram: drbeau_official







Menu di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Bila weekend ni maksudnya masa untuk family. Masa ni aje lah baru nampak semua muka dekat rumah, kalau weekdays masing - masing sibuk kerja lah apa lah. So selalunya aktiviti kita orang dekat rumah, masak makan sama sama lepas tu tengok tv. Hahah! Weekend memang wajib makan sama sama! Baru ni ada orang bagi kepala ikan jenahak & minta ibu masakkan kari kepala ikan without santan. Selalunya kari yang tak ada santan ni memang Indian or Mamak punya style lah. Kita orang the whole family memang suka kari ikan yang macam ni sebab pekat. Makan dengan nasi panas panas lepas tu ada pulak papadom goreng, ya Allah nikmat dia. Hahahah! Selalunya kalau kari kepala macam ni around RM 40++ tau dekat kedai. Itu pun ikut saiz dan jenis ikan jugak. Nanti next time Nani share dengan korang okay resepi kari ikan tanpa santan ni, nak kena pergi menuntut ilmu dengan ibu dulu. Hahah! Dekat rumah Nani ni, memang selalu buat kari ikan tak pun kari daging aje. Kalau kari ayam tu macam kureng sikit. 
 Phew memang bertambah tambah lah makan nasi bila ada kari kepala ikan macam ni. Bila masak kari, wajib letak kacang bendi dengan tomato. Selalunya lauk macam ni, pair dia sayur kobis goreng dengan papadom aje.  Kalau ada sambal belacan dengan ulam timun, lagi ngam! Selain daripada ikan jenahak ni, kepala ikan merah pun sedap jugak tau kalau buat kari. Heheh. Nani memang suka gils makan kari, hari hari lauk kari pun tak apa. Hahah! Tapi itu lah, masaknya tak pandai sangat. Kalau untuk tekak sendiri lepas lah kot, tapi kalau nak jamu orang tu macam tak yakin aje lagi. 
Ini pulak gulai pucuk ubi masak lemak tempoyak. Nak buat menu ni senang aje, sama macam masak gulai lemak biasa tu cuma tambahkan tempoyak aje. Ibu Nani hari tu dia tak letak pucuk ubi aje, tapi ada jugak letak petai dengan daun kaduk. Pucuk ibu dengan daun kaduk tu hiris halus halus lepas tu rebus. Serious sedaap bila makan dengan nasi panas panas, lepas tu ada pulak ayam goreng garing. Memang tak pandang dah kiri kanan cerita dia. Hahah! Weekend macam ni aje lah boleh makan ramai ramai dengan family. Hari biasa memang jaranglah nak complete semua orang dekat meja makan sebab kerja kan. Heheh. Paling best sekali, masa ni lah boleh makan lauk lauk yang ibu masak. Air tangan mak ni, dia punya sedap tu lain maciam. Memang tak ada orang lah yang boleh lawan. Betul tak? 

Cempedak Goreng

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang dah masuk musim buah pulak kan, sana sini mesti ada orang share gambar buah lagi lagi durian. Nani dah puas dah menghadap durian, sekarang nak cari rambutan pulak. Hahah! Kalau dapat buah rambutan gading tu sedapnya ya Allah. Semalam gigih okay bangun pagi pagi ajak ibu pergi pekan sehari (pasar pagi tapi bukan pasar tani tau) semata mata nak cari buah rambutan tapi hampa, tak ada sorang pun jual. Mungkin belum ,masuk musim buah rambutan kot kan. Bila musim buah ni, memang selalunya 'meriah' lah rumah dengan buah buahan yang orang sedekah. Itu lah untungnya hidup berjiran. Minggu lepas ada yang bagi buah kundang, manggis dengan cempedak. Apa lagi, petang tu jugak masuk dapur buat cempedak goreng. Gigih! Buah cempedak tak besar mana pun, dapatlah dalam 16 ulas macam tu aje. Jadilah kan daripada tak ada langsung. Kalau buah besar ni, mahunya separuh buat makan gitu aje, lagi separuh kita goreng. Fuhh nikmat betul dapat makan cempedak goreng panas panas ni. 
 Walaupun kuali tu dah hitam legam dekat bahagian tepi tu tapi tetap jugaklah nak guna. Kuali fav ni okay! Alah korang pun mesti ada jugak kuali macam ni kan dekat rumah. Hahah! Nani punya resepi untuk buat cempedak goreng ni memang mudah sangat. Nani bancuh aje tepung gandum tu dengan air biasa (bancuh cair cair macam nak buat lempeng tu), masukkan garam dengan pewarna kuning sikit. Kalau korang tak ada pewarna kuning, boleh lah letak serbuk kunyit heheh. Senang kan? Ada sesetengah orang suka letak tepung beras lah apa lah, tapi Nani tak pernah try pulak. 
Ini lah dia hasil cempedak goreng haritu, memang rezeki sungguh ada orang sedekah sebiji buah cempedak. Sedaap! Cempedak goreng ni memang antara yang fav jugaklah, makan hari hari pun tak apa. Hahaha! Tapi itu lah, susah jugak nak beli buah cempedak ni kalau bukan musim dia. Kalau ada pun, harga dia boleh tahan mahal ye. Kalau dekat pasar malam tu, memang orang jual yang dah siap bergoreng macam ni seringgit seulas. Itu pun tepung lagi tebal daripada cempedak, dah pernah terkena sekali dulu dekat pasar malam area Petaling Jaya. Sejak dari tu memang tak pernah dah beli yang siap bergoreng. Baik beli buah sebiji lepas tu hah makan lah puas puas. Kalau dapat yang jenis buah banyak tu memang untung sangatlah eheh. Korang pulak minat tak cempedak goreng macam ni? 

Soto Ayam Lagi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sejak dah pandai buat soto sendiri ni, memang asyik ulang aje masak menu yang sama. Hahah! Orang datang beraya pun, kalau tengah rajin dan tak tahu nak buat menu apa, memang soto aje lah yang jadi pilihan. Masa Raya haritu sampai tiga kali lah masak soto. Bukan main lagi kaaan! Kalau korang nak resepi soto yang Nani masak ni, boleh lah baca dekat Resepi Soto Mudah okay! Senang aje nak buatnya, cuma kena rajin aje. Awal awal dulu lama jugaklah 'betapa' dekat dapur bila memasak soto ni. Tapi sekarang sekejap aje, zass dah siapp! Hahah! Soto ni memang sedap makan, tapi itu lah banyak sangat condiments yang nak kena sediakan. Macam Nani yang tak ada periuk noxxa ni, memang ketupat segera tu kena rebus awal lah. Kalau tak, memang tak sempatlah keras ketupat tu. Satu lagi bab paling leceh pada Nani bila nak carik carikkan ayam tu. Sabar aje lah kita ni. Tapi haritu Nani tak buat pun ayam carik, masukkan aje ayam yang dah potong kecil kecil tu dalam kuah sup terus. Senang kerja! 
Ini pun ada condiments yang tak ada; bawang goreng, daun bawang dengan daun sup. Selalunya kalau teringin sangat nak makan, tapi bahan tak berapa cukup pun kita masak aje lah guna apa yang ada dekat dapur. Haritu memang Nani rebus ketupat aje makan dengan soto ni. Ada certain orang lagi suka makan dengan bihun berbanding dengan ketupat ni kan. Tapi Nani okay aje makan dengan apa apa pun, dua dua sedap! 
Bergedil ni pulak antara yang wajib ada lah bila buat soto. Walaupun bercinta jugak nak buat bergedil ni tapi ini lah penyedapnya. Apa lah makna soto kalau tak ada bergedil kan. Hahaha! Kadang kadang tu, tak masak soto pun Nani buat bergedil ni. Makan macam tu aje pun sedap okay! Nani tak suka kalau bergedil yang keras sangat tu (banyak sangat tepung), lagi suka bergedil yang lembut. Kalau dekat KL seketul bergedil macam ni harga seringgit okay. Nangis rasa bila beli sebab mahal kemain. Hahah! 
Ini lah dia rupa soto hari tu, kebetulan ada bebola daging dalam peti ais kita masukkan lah sekali dalam sup. Nani tak pandai buat kuah soto yang macam ada warna kuning sikit tu, selalu buat kuah soto macam sup biasa gini aje lah sebab guna sup bunjut. Cumanya sup bunjut tu Nani kisar kering lepas tu baru tumis. Kalau kuah soto yang warna kuning sikit tu, korang letak kunyit ke apa eh? Nani macam nak try buat kuah soto yang macam tu pulak nanti, tapi tak sempat nak cari lagi resepinya. Hahah! Fuhh memang nikmat betul kalau dapat semangkuk soto yang macam kita buat sendiri ni. Tapi tu lah susah nak jumpa yang betul betul sedap. Korang pulak suka tak makan soto?

Boat Noodle di Sunway Putra Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni sebelum balik Pahang, sempatlah singgah kejap dekat Sunway Putra Mall untuk lunch. Rasanya memang setiap kali nak balik Pahang akan singgah situ, jalan jalan cuci mata sementara nak tunggu naik bas dekat Pekeliling. Hahah! Selalunya ada dua tempat aje yang Nani akan makan dekat sini, tak Boat Noodle mesti The Chicken Rice Shop. Haritu ingat nak try makan dekat Sepiring sebab Nani selalu baca orang cakap dia orang punya signature, Nyonya Nasi Ulam tu sedap. Tapi dah namanya pun pergi waktu lunch hour, memang full house lah kan. Nani pun tak ada banyak masa haritu, rushing kan nak naik bas pulak, so kita pun menapak lah pergi Boat Noodle dekat level atas. Lambat lambat kang, terlepas bas lagi naya. Hahah! Next time lah kita try makan dekat Sepiring. Actually dulu Nani selalu jugaklah pergi makan dekat Boat Noodle ni dengan kawan, tapi sejak sejak dia orang dah naikkan harga tu, jarang dah lepak dekat sini walaupun air dekat Boat Noodle ni fav kita orang.  
Mula mula ingat nak order Bangkok Fried Rice tapi rasa macam sikit pulak nasinya, tak berbaloi nak bayar RM 14++ untuk sepinggan nasi goreng. Hahah! Masa tu tengah lapar kan, memang semua nampak menyelerakan sangat. Sudahnya, kita order aje lah noodle yang RM 2.20 ni semangkuk. Empat mangkuk pun dah kenyang walaupun nampak macam sikit. Punya lah dah lama tak makan dekat sini, hari tu pergi dah banyak rupanya jenis boat noodle yang ada. Air macam biasa lah, Terer Taro Iced (RM 9.30) jugak yang jadi pilihan. 
Antara empat mengkuk yang Nani order tu, paling sedap yang Ayutthaya 2.0 ni lah. Dulu dah pernah ada jugak menu Ayutthaya ni, tapi Nani tak berapa sure apa bezanya yang dulu dengan yang sekarang ni. Heheh. Chili flakes wajib tambah bila makan boat noodle ni, sejenis tekak yang tak boleh tak makan pedas. Hahah! Sangkaya dengan Yum Mama pun sedap jugak dekat sini tapi kalau dah makan sorang sorang tu memang tak lah kan nak order banyak banyak. Korang pulak, pernah tak makan dekat Boat Noodle ni? Apa menu yang korang selalu order? Jom lah share, next time boleh Nani try pulak. Gitchu! 

Resipi Mushroom Soup Mudah

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Weekend baru ni Nani tak ada berjalan ke mana mana pun, so kita duduk rumah memasak aje lah. Hari tu pergi Econsave ada nampak Garlic Bread yang segera tu, apa lagi memang wajib beli lah kan. Sejenis manusia yang tak boleh nampak benda benda macam ni, laju aje nak beli dan try. Hahah! Lepas dah seminggu letak dalam peti ais, semalam baru lah datang kerajinan nak bakar garlic bread tu. Bila makan garlic bread ni, memang pair dia of course lah mushroom soup. Banyak jugaklah Nani google resepi, last last jumpa jugak yang senang. Mula tu ingat nak beli aje tau dekat Pizza Hut tapi rasa macam tak berbaloi pulak nak ke Pizza Hut semata mata nak beli mushroom soup. Walaupun rasa dia tak sesedap yang dekat Pizza Hut tapi boleh lah untuk makan sendiri. Gittew! Risau jugak bila nak masak menu baru macam ni sebab takut tak menjadi. Hahah! Tapi bila dah berjaya buat ni, maksudnyaa senang aje lah. Korang boleh check it out resepi dekat bawah ni okay (versi Nani)! 
 Ini lah Garlic Bread Original yang Nani beli dekat Econsave tu. Tak ingat berapa harga untuk satu packet ni tapi yang pasti sedaaap! Ada Halal ye, so jangan nak was was pulak. Cara nak bakar garlic bread ni senang aje, korang just bungkus dengan aluminium foil lepas tu masukkan dalam oven dalam 20 minit macam tu dengan suhu 150 darjah. Nani semalam buat 10 minit aje tapi still sejuk dekat dalam so korang lebihkan sikit okay masa membakar tu. Kalau malas guna oven, guna lah kuali biasa lepas tutup dengan tudung periuk, pun boleh jugak. 
 Next step, mushroom soup. Bahan bahan yang diperlukan bawang holland (ikutkan kena potong dadu tapi Nani potong biasa aje, nanti bahan bahan ni nak blend jugak), mushroom shitake, unsalted butter (nak guna butter biasa pun boleh), susu segar, lada hitam, garam dan jugak tepung gandum. Kalau korang ada serbuk parsley atau pun daun parsley lagi sedap tau. Dekat Jerantut ni susah pulak nak jumpa daun parsley so kita guna lah apa yang ada aje untuk buat mushroom soup ni. Nasib baik sedap jugak. Kahkah! 
 Mula mula sekali panaskan kuali macam biasa, lepas tu cairkan butter tadi. Bila butter dah cair, boleh lah masukkan bawang holland dan juga cendawan shitake. Masaklah kedua dua bahan ni tadi sampai lah layu. Make sure cendawan tu betul betul masak tau, kang mabuk pulak makan cendawan tak berapa masak. Hahah! 
 Kemudian masukkan air, yang ni korang agak agak aje lah okay sukatan air tu. Lepas dah masukkan air, letak lah susu cair tadi dan jugak serbuk lada hitam. Susu cair tu Nani letak sikit aje dalam lima sudu macam tu sebab nak bagi rasa lemak lemak. Ikutkan resepi asal, dia ada letak cooking cream jugak tapi Nani tak masukkan pun. Bila dah mendidih, tutupkan api kemudian korang blend lah semua bahan bahan ni. Blend sampai semua bahan ni betul betul hancur tau. 
 Masukkan semula dalam kuali, masa ni lah korang nak tambah garam dan bahan perasa bagi sebati. Pandai pandai lah korang adjust rasa tu okay! Kalau nak lagi pedas tambah lah lada hitam lagi. Tapi pada Nani mushroom soup tak payah banyak sangat lada hitam tu, bukan kita buat kuah black pepper. Hahah! Nak letak kiub ayam pun boleh tapi sebab dekat rumah tak ada kiub ayam, so kita skip lah. Hahah! Masak sampai mendidih lepas tu siappp! 
Hah boleh lah hidangkan garlic bread tadi dengan mushroom soup. Sedaaap hoi, lepas ni boleh lah buat sendiri aje dah dekat rumah tak payah pergi Pizza Hut lagi dah. Hahaha! Not bad jugaklah rasa dia, cuma ibu Nani cakap mushroom soup tu pekat sangat. Tapi kalau cair pun tak sedap jugak kan? Bila letak fresh milk tu ada lah rasa creamy creamy sikit. Kalau tempat korang susah nak jumpa garlic bread yang segera macam ni, boleh lah buat sendiri. Tak pun makan dengan roti biasa tu pun sedap jugak okay! Selamat mencuba korang! 

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat berhujung minggu. Hari ni Nani nak share dengan korang salah satu produk terbaru keluaran Safi. Yaaayy! Sekarang ni Safi memang dah advanced, macam macam jenis produk yang Safi telah keluarkan. Apa yang Nani suka dengan produk Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion ni sebab ia sangat membantu untuk memberi kelembapan dan kesegaran pada kulit wajah kita. Macam Nani yang jenis ada masalah kulit kering ni, memang sukalah produk ni. Bila wajah kita selalu terdedah dengan matahari atau pun selalu sangat duduk dalam tempat yang ada aircond, memang kulit akan jadi lebih kering. Serious stress kalau tengok kulit muka kering ni. Nani dulu pernah lah tukar skincare, saja nak try satu produk ni sekali hah kering gila muka jadinya sampai ada dry patches. Sakit woo bila ada dry patches ni, so bila jadi macam tu memang kena cari produk yang ada hydrating macam Safi Balqis Whitening Hydrating Lotion. 
Macam yang Nani mentioned tadi, produk Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion ni adalah produk gabungan formulasi pelembap dan penyegar yang mampu memberikan kesan yang optimum. Selain itu, prodouk ini juga memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dalam satu penggunaan. Apa yang membuatkan Nani teruja untuk try produk ni sebab ia mengandungi lima jenis Hyaluronic Acid iaitu; Macro Hyaluronic Acid, Nano Hyaluronic Acid, Bio - Hyaluronate, Oligo Hyaluronic Acid dan juga Super Nano Hyaluronic Acid. Apa pulak fungsi Hyaluronic Acid ni? Hyaluronic Acid ni antara ingredients yang paling bagus lah untuk kekalkan kelembapan pada kulit kita. Serious memang bagus and really hydrating. Tapi benda ni depends jugak on kulit masing - masing tau, ada certain orang kadang kadang dia tak berapa sesuai dengan ingredients yang digunakan dalam produk tu. 
Ini pulak tekstur produk Whitening Hydrating Lotion ni, ia berbentuk cecair jernih. Cara nak gunakan pun senang aje, korang cuma perlu tuang ke atas tapak tangan lepas tu dab dab aje dekat kulit muka. Ada sesetengah orang suka letak atas cotton pad, so terpulang lah pada diri masing masing okay. Nani tak berapa suka guna cotton pad sebab rasa macam tak puas. Hahah! Percayalah cakap Nani, hydrating lotion yang keluaran Safi ni senang gila meresap dekat kulit & tak melekit langsung. So lepas dah apply lotion ni, tak ada lah kena tunggu lama sangat untuk apply produk lain pulak. Senang kan? 

Macam Nani akan guna hydrating lotion ni betul betul lepas dah cuci muka. Biasanya memang akan guna dua kali lah dalam sehari, waktu pagi dan sebelum tdiur. Safi Whitening Hydrating Lotion ni jugak mengandungi Niacinamide yang mana berfungsi untuk mencerahkan kulit wajah. So far memang best lah sebab nampak perubahan dekat muka Nani ni. Rasa macam kulit lagi glowing. Gitohh! Cumanya produk ni ada mengandungi Fragrance, so siapa yang kulit sensitive tu hati hati okay! 
Overall memang Nani puas hati & rasanya memang nak remain guna Safi Balqis Whitening Hydrating Lotion ni. Heheh. Murah pun murah tau, dalam RM 23 untuk sebotol ni dan korang boleh dapatkan di mana mana drug store macam Watsons, Guardian atau pun di pasaraya. Untuk korang yang ada masalah kulit kering, kusam semua tu reccomended untuk try this product. Bila kulit kita dah very well hydrated, kulit akan nampak glowing, anjal dan berseri seri. Paaaling penting, pores pun akan nampak lebih kecil. So jangan lupa untuk dapatkan dekat pasaran okay! Rugi kalau tak try product yang bagus dan murah macam ni. Heheh. Kalau nak tanya apa apa soalan pasal produk ni, boleh drop dekat bawah okay. Nanti Nani jawab. Have a nice day everyone! 

Cendol & Durian

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Fuhh diam tak diam, dah masuk bulan Julai pun kita ni. Cepatnyaa rasa masa berlalu, banyak lagi target yang belum capai walaupun dah separuh tahun berlalu ni. Tak apa, masih ada masa nak buat & capai. Harini entry santai santai aje, dah lama tak menulis kan. Hahah! Kemain Raya sakan sungguh, minggu last Syawal hari tu, hari hari ada jamuan Raya & undangan open house. Memang gantung kuali lah kita. Dah habis edisi lemang, rendang, ketupat semua tu, semalam kawan ajak minum petang sambil sambil dia nak cari kerja part time. Memandangkan Nani free masa tu onz aje lah terus, ada jugak geng nak berborak. Macam biasa, bila petang wajib lah lepak makan cendol bawah pokok. Kadang kadang gerai bawah pokok macam ni lagi sedap berbanding tempat tempat lain. Harga pun tak ada lah mahal mana kan. Kita okay aje makan dekat mana mana pun, asalkan sedap. Gittew! Tambah pulak sekarang cuaca boleh tahan panas, elok sangatlah makan cendol semangkuk dua. 
Bila makan cendol ni, Nani lagi suka makan cendol yang 'original' macam ni. Dulu dah pernah try makan cendol durian musang king, tapi itu lah tak berapa nak boleh terima tekak ni. Hahah! Mahal satu hal dah, rasa pun biasa biasa aje pada Nani. Haritu dekat mana entah Nani tengok harga cendol durian untuk semangkuk tu sampai berbelas ringgit. Fuhh!  Kalau yang betul betul minat durian tu, sanggup lah kot beli mahal mahal. Tapi kalau tanya Nani, macam tak berbaloi sangat. Heheh. Apa apa pun, selera dan citarasa masing masing kan. Ada yang suka, ada yang tak. Nani lagi minat yang biasa macam ni, nikmat donia! 
Sekarang pun dekat Pahang dah masuk musim durian! Baru ni balik kampung, merasa lah makan durian kampung yang betul betul baru gugur. Untung betul bila ada pokok durian sendiri ni, tapi ikut musim jugak.  Ada masa banyak buah, ada masa tak ada sangat. Nani lagi suka durian kampung macam ni, isi pun tak tebal sangat, sedang elok gitu. Lepas ni kalau dah banyak buah durian gugur, hah hadap lah durian hari - hari. Ibu Nani pun dah start dah buat stok tempoyak. Nani tahu makan aje tempoyak, tapi kalau nak suruh buat tu memang awal awal lah daku lari. Hahaha! Nampak macam senang nak buat, tapi fuhh. Tak sabar nak tunggu musim buah, macam macam jenis buah boleh makan nanti lagi lagi rambutan yang manis tu. Sedapnyaa hei. Korang pulak, suka durian jenis apa? 

Cubaan Membuat Kuih Keria

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Baru ni bukan main lagi craving nak makan kuih keria, tapi itu lah dekat mana pulak lah nak beli. Kebetulan masa tu dekat dapur ada keledek oren, Nani pun gigih lah cari Resepi Kuih Keria dekat Youtube. Lebih daripada tiga video jugaklah yang Nani tengok haritu sebab takut tak menjadi. Dulu dah pernah buat kuih keria ni, tapi tak menjadi sangat sobs. Selalunya failed dekat yang nak sira gula tu lah, takpun keras sangat kuihnya. Itu yang 50 - 50 aje nak buat ke tidak kuih keria ni. Hahah! Keledek pun tak banyak haritu, kalau tak menjadi, memang tak boleh lah nak buat second round. Lepas dah hadam step by step dekat Youtube, Nani pun try lah jugak buat sendiri. Nervous okay sebab dah lama tak buat sejak kes keria tak berapa menjadi tu. Hahaha! Trauma kemain rasa! Tak ingat pulak ada cerita tak dalam blog dulu. Susah jugak rupanya bila nak buat kuih kuih tradisional ni, tapi tu lah nak jumpa yang betul betul sedap tu lagi susaaah. Heheh. Salute betul dengan orang yang pandai buat kuih kuih tradisi ni. 
 Masa first time nak buat dulu, sumpah excited gila & confident sangat kuih kerianya akan menjadi. Hahah! Tapi itu lah, bila kau over confident ni memang mendapat lah kan, terus hasil dia so - so aje lepas tu stress sensorang kenapa tak menjadi kuih keria yang sama macam orang lain buat. Bahan bahan nak buat kuih keria ni tak banyak, macam yang korang tengok dalam gambar tu lah. Tepung tu pun Nani guna tepung gandum aje. Cuma bab nak agak sukatan tepung tu masih failed. Kalau lebih sangat tepung tak sedap tau, nanti kuih jadi keras. Baru ni pun Nani main agak agak aje, nasib lah tak keras. 
Lepas dua jam bersilat dekat dapur, finally siap jugaklah kuih keria versi Nani. Dalam dia punya nervous nak buat kuih keria tu, akhirnya nampaklah jugak peningkatan daripada yang dulu. Hahah! Paling seram nak buat part sira gula tu. Dulu Nani buat sampai gula tu melekat lah dekat kuali. Nasib baik kali ni dah bijak sikit, Nani guna non stick pan eheheh. Memang tak melekat langsung gula dekat kuali. Bila nampak gula yang cair tu dah mula mengeras, baru lah boleh tarik nafas legaaaa sebab dah menjadi kuih keria kali ni. Hahah over kaaan! Biasa lah Nani kahkah! Next time nak buat kuih keria gula melaka pulak, wah dah pandai kemain lagi dia. Korang pulak, pernah tak buat kuih keria ni?  

Tomyam Thai Sedap

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Musim musim Raya ni memang puas hati lah dapat makan rendang, ketupat, lemang apa semua kan. Tapi kalau hari hari hadap menu yang sama, naik jemu jugak lah. Sudahnya baru ni Nani buat seperiuk Tomyam Thai, hah hadaplah dari tengah hari sampai ke malam tomyam tu. Hahah! Cuma kali ni kita guna pes tomyam yang lain pulak. Sebelum ni memang Nani akan guna pes tomyam jenama Adabi tu tak pun Maggi aje (yang kiub tu). Kalau rajin sikit, buat pes tomyam sendiri tapi itu lah selalunya nak cepat kan memasak ni, tak sempat pun kadang tu nak buat sendiri. Memang guna pes tomyam yang segera tu aje lah senang. Baru ni kita try pulak guna pes Thai Tom Yum, baca feedback ramai yang cakap pes ni sedap. Nak tahu sedap ke tidak, kena lah try sendiri kan. Lagipun selera masing - masing, kadang kadang kita cakap sedap tapi orang lain rasa biasa biasa aje. Gittew! Selain daripada pes Thai Tom Yum ni, dia orang cakap pes tomyam yang ada muka orang dekat packaging tu pun not bad jugak. Mungkin next time boleh try pulak yang tu ehek. 
Hah itu lah pes Thai Tom Yum yang Nani cakap tadi. Besar jugak sebotol ni, boleh lah tahan sebulan dua. Iye lah, bukan hari hari pun masak tomyam. Heheh. Ini namanya tomyam campak campak guna apa yang ada dekat dapur. Actually Nani letak ayam jugak dalam tomyam ni haritu, cuma tak masuk dalam gambar. Sayur pun ada tomato dengan bunga kobis aje, jadilah kan daripada tak ada sayur langsung. Nak lagi sedap, letaklah seafood dengan cendawan sekali. Nani suka makan tomyam yang ada macam macam dalam tu, baru lah puas hati. Tapii kalau makan dekat kedai, jarang lah nak jumpa tomyam yang betul betul worth, kadang tu bawang dengan serai aje lebih. 
First time Nani guna pes tomyam ni, so tak tahu nak letak berapa sudu. Hari tu main agak agak aje letak. Nani punya agak agak tu sampai tiga sudu jugaklah letak dalam periuk tu. Hahah! Bila tengok warna kemain merah, terus cuak sebab takut masam sangat. Tapi bila rasa eh biasa biasa aje, tak ada lah masam mana sangat pun. Nani siap tambah asam keping lagi nak bagi masam lagi, masa tu pulak tak ada limau. Kalau ada limau, memang dah letak air perahan limau tu. Nani dah tak tambah pes tomyam sebab dah letak tiga sudu kan. Takkan sampai setengah botol pulak nak guna pes tu untuk sekali masak. Hahaha amboi! 
Ini lah dia rupa Tomyam Thai yang Nani buat hari tu. Sedaaap! Memang puas hati lah guna pes Thai Tom Yum ni berbanding dengan pes tomyam yang Nani guna sebelum sebelum ni. Pes tomyam ni pun dah cukup segala rasa tau, so kalau tambah garam pun sikit aje. Untuk Nani yang selalu ada masalah deria rasa ni, memang senang lah sikit. Hahaha! Kadang Nani rasa dah cukup rasa, tiba tiba orang lain cakap tawar lah apa lah ish. Korang pulak, selalu guna pes tomyam yang mana? Nanti share lah dekat bawah okay! Next time boleh Nani try pulak pes tomyam yang korang suggest. Hiks. Oh ya, nanti Nani blogwalking dekat blog korang okay, hari ni ada macam macam urusan nak kena settle kan. Have a nice day korang! 

Resepi Biskut Semperit Tiga Bahan

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Masih dalam mood beraya ke tu? So seperti yang dijanjikan dekat entry yang lepas, hari ni Nani nak share dengan korang Resepi Biskut Semperit yang simple ni hah. Kalau version yang Nani buat memang semuanya simple okay, jarang lah kita share resepi yang susah susah ni. Heheh. Actually ni first time Nani buat biskut semperit, selama ni tahu makan aje. Macam mana boleh terdetik nak buat biskut semperit ni? Hari tu Nani tertengok dekat Instagram ada orang share resepi biskut semperit ni, lepas tu bahan bahan yang nak kena beli pun tak banyak, terus lah masukkan biskut ni dalam list. Dalam kepala memang dah set siap siap yang biskut ni memang senang nak buat. Sekali bila try ya Allah susah ye, nak buat bentuk bunga tu. Ingatkan senang macam dalam video, rupanya sangkaan daku jauh tersasar. Hahaha! Mungkin sebab tak pro lagi, itu yang rasa susah sikit kot. Amatur lah katakan. So, untuk korang yang baru first time nak buat biskut semperit ni, boleh lah tengok resepi dekat bawah okay! 
 Eh cakap tiga bahan aje tapi kenapa tiba tiba ada lima bahan pulak ni? Hah sabar jap nak explain satu satu. Bahan utama yang paaaaling korang perlukan tepung custard, butter dengan susu pekat tu aje. Esen vanilla dengan manik yang kecik kecik tu (tak ingat apa nama dia lol - tapi Nani guna untuk topping) optional aje. Bila guna tepung custard ni memang automatic lah biskut tu nanti akan jadi warna kuning, so tak payah dah nak tambah kuning telur or pewarna melainkan kalau korang nak buat warna lain. Tapi jarang lah jumpa biskut semperit ni colourful. Selalunya memang warna kuning or putih aje eheh.
Cara nak buat biskut semperit ni pulak, korang mix kan susu pekat (setengah tin) & buttercup (separuh) sehingga sebati.  Lepas tu boleh lah masukkan tepung custard tu pulak. Nani guna sepaket tepung custard ni terus, ada dalam 300 gram tak silap untuk jenama ni. Last sekali, masukkan satu sudu kecil esen vanilla, ini optional aje tau. Kalau tak nak letak pun tak apa. Kemudian korang boleh lah uli bahan bahan tadi. Make sure jangn terlampau lembik tau, sebab nanti susah pulak nak buat bentuk biskut semperit tu.  Bila doh dah tak melekat dekat tangan, kira dah okay lah tu. 
 Here is the tricky part (for meh hahaha). Alamak Nani terlupa pulak haritu nak ambil gambar acuan biskut semperit ni, tapi banyak aje jual dekat kedai bakery & pasaraya jangan risau. Korang masukkan doh tadi dalam acuan lepas tu tekan lah sampai jadi bentuk bunga macam dekat dalam gambar ni. Nampak macam sama kan semua, tapi percayalahh ada banyak saiz biskut semperit Nani ni. Hahaha! Last sekali, boleh lah  bakar dalam oven lebih kurang 15 minit dengan suhu 160 darjah. Make sure dah panaskan oven dulu tau sebelum bakar tu dengan suhu dan masa yang sama. Nani jarak jarakkan sikit haritu sebab takut biskut kembang tapi it turned out really well. Ya Allah lega sangat okay bila nampak biskut elok menjadi macam ni. 
Ini lah dia hasil biskut semperit yang Nani buat untuk pertama kalinya dalam hidup. Setiap kali Raya suka try and error biskut yang baru. Lagi puas hati bila orang makan dan cakap sedap. Haih memang tak tahu lah describe macam mana perasaan seronok tu. Hahah! Cuma Nani rasa macam over sangat kuning biskut semperit ni, tak tahu macam mana orang lain buat elok aje warna dia. Ada jugak yang cakap sebab dia orang guna tepung jagung, itu yang warna tak kuning sangat. Okay maybe next time boleh try guna tepung jagung pulak kan. Ini pun dah sedap sebenarnya. Cuma yang susu tu korang boleh adjust lah ikut tahap kemanisan masing - masing okay! Selamat mencuba! 

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum & Hello!
Hai korang! Ya Allah rasa lama betul tak membebel dekat sini semenjak bulan Ramadhan haritu. Boleh kira dengan jari aje berapa entry yang ada bulan lepas. Dasar Nani, hahaha! Tak tahu lah kenapa lemau sangat sampai rasa nak buka laptop pun malas. Dah masuk bulan Jun ni, harap harap makin rajin menulis. Heheh. Hari ni dah masuk Syawal yang ke sepuluh, mesti lah semua dah start kerja kan? Ke ada lagi yang still bercuti ni? Heheh. Macam biasa, setiap tahun Nani akan beraya di Pahang. Rumah dekat Pahang, kampung pun dekat Pahang. Memang anak jati Pahang betul ni. Hahaha! Iye, setakat ni belum berubah lagi okay, tak tahu lah kot kot tahun depan kita balik kampung orang lain. Eh? Rutin biasa setiap kali Raya, menu yang wajib ada mesti lah lemang kan. Dah banyak tahun jugak kita orang satu family buat lemang sendiri, baru puas hati makan sebab sedap. Tahun ni enam kilo pulut abah beli untuk buat lemang. Fuhh! 
Masa nak masukkan beras pulut dalam beras ni memang ramai tapi time membakar lemang tu tinggal abah sorang aje. Nani pun sebenarnya tak pandai nak bakar lemang ni. Hahah! Setakat nak tolong pusing pusingkan buluh lemang tu boleh lah tapi dia punya panas tu boleh tahan ye. Setiap kali pergi pusing pusingkan buluh lemang tu, setiap kali tu lah mata aku berair, pedih woo kena asap. Memang tak sanggup nak duduk lama lama dekat tepi bara tu. Dah lah cuaca pun boleh tahan panas dekat Pahang haritu. Lagi sanggup duduk dapur kacau rendang ayam dengan daging. Hahah! Tolong kacau sampai pukul tiga aje, lepas tu hah masuk bilik konon nak berehat sekali pergi tidur sampai asar. Ya Alllaaaah Nani! Hahah! 
Enam kilo beras pulut dapatlah dalam 29 batang lemang semua sekali. Buluh pun kecik kecik aje, kita orang pulak jenis tak suka jugak kalau buluh lemang yang besar sangat. Nanti lambat nak penuhkan beras pulut dalam buluh tu. Buat sendiri macam ni memang best, cuma itu lah kena bertabah sikitlah bila part membakar lemang tu. Heheh. Tahun ni sebatang lemang yang dah siap orang jual 18 ringgit okay, boleh tahan jugaklah harga tu. Selagi abah dengan ibu ada ni, memang tiap kali Raya lah kita bakar lemang. 
Kuih Raya pun buat jugak, tahun ni cuti awal sempatlah kita buat tiga jenis yang simple simple. Apa yang simple simple tu? Biskut Dahlia, Cornflakes Madu dengan Kacang Goreng. Nani memang akan buat yang simple aje lah, kalau complicated sangat pun malas jugak. Kang tak jadi, satu hal pulak dah. Kali ni try buat biskut Dahlia atau pun sesetengah orang panggil kuih semperit. Resepi ni Nani ikut yang Danish Harraz punya, simple sangat okay sebab guna tiga jenis bahan aje. Bila first time buat ni, biasalah ada bentuk yang jadi elok, ada bentuk yang tak berapa nak jadi. Hahaha! Ingatkan senang bila guna acuan tu sekali eh boleh tahan jugak mencabar dia. Tapi nasib baiklah sedaaaap. Nanti Nani share okay dekat entry lain resepi biskut Dahlia mudah ni. 
Ini pulak antara yang wajib ada & laku keras lah dekat rumah ni, cornflakes madu. Buat dua kotak aje macam biasa, itu pun jenuh nak siapkan. Hahah! Buat tu sekejap aje, cuma nak masukkan dalm cup kecil kecil tu yang jadi lambat. Nani suka cornflakes madu yang kosong macam ni, tak suka jugak kalau letak benda lain as topping. Original macam ni jugak yang sedap. Elok seminggu Raya, habis dah cornflakes madu ni hah. Hahah! Masing masing datang beraya ke rumah nak makan cornflakes madu. Next year lah kita buat lebih sikit okay! Itu pun kalau cuti awal lah, kalau cuti lambat kita makan aje lah kuih tunjuk ehehe. 
Pagi Raya hari tu selain daripada lemang dengan rendang, ada jugaklah nasi tomato dengan ayam masak merah untuk sarapan. Lepas dah siap solat Raya, baru lah gerak balik kampung. Kampung kita dekat aje, tak sampai 20 minit pun jarak dengan rumah. Hahah! 
One with my cousin. Tahun ni tak sempat nak bergambar ramai ramai pun sebab ada pak cik Nani yang lambat sampai lepas tu masing masing dah sibuk beraya ke sana sini so nan hado gambar ramai ramai. 
Tahun ni tema kita warna baby blue, cantik jugak rupanya warna ni. Tudung tu Nani beli online dekat CALAQISYA seminggu sebelum Raya, nasib baiklah sempat sampai. Sejenis yang suka beli last minute betul. Hahaha! Sedap okay fabric tudung tu, menyesal pulak beli sehelai aje. Nanti lah kita repeat order, bila CALAQISYA buat sales lagi. Tudung ni asalnya RM 59 tapi haritu ada sales so dapatlah sehelai RM 29, muraaah. Jadi di kesempatan ini, Nani nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk semua yang selalu singgah dah baca blog Nani. Minta maaf kalau ada bahasa Nani yang kurang menyenangkan atau ada ayat ayat Nani yang buat kalian kecik hati. Kosong Kosong okay! Ohh hari ni jugak bertambah lagi satu umur eheheh! Selamat Hari Raya semua!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page