Safi Micellar Natural Cleansing Water Terbukti Berkesan Mencuci Solekan di Wajah!

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Finally dah Jumaat, yayy! Harini Nani nak kongsikan dengan korang salah satu make up remover fav Nani, iaitu Safi Micellar Natural Cleansing Water. Cleansing water ni sangat penting tau untuk tanggalkan make up kita. Ini antara barang yang wajib ada dalam beg make up Nani tak kira lah pergi ke mana mana pun. Serious senang bila ada cleansing water ni lagi lagi bila masuknya waktu nak solat. Iye lah takkan nak ambil wudhu' dengan make up yang tak dicuci sehingga bersih kan, kang tak sempurna pulak wudhu kita tu. Kalau nak tahan wudhu lama lama pun macam tak mampu aje. Hahah! So bawak aje lah cleansing water ni pergi mana mana, bukannya berat sangat pun awak. Hihih. Macam Nani sendiri, Nani lagi suka guna make up remover yang jenis liquid macam ni berbanding dengan yang jenis wipes sebab kadang kadang yang wipes ni ada yang memedihkan kulit muka kita lepas dah guna. Kena pandai pilih jugak tau nak beli cleansing water ni sebab ada certain tu yang akan buat kita jadi kering gilaa. 
Tengah confused tak tahu nak pilih yang mana satu sebab Safi Micellar Natural Cleansing Water ni didatangkan dengan tiga jenis tau. Wohoo! Banyak kan, so korang boleh tengok lah yang mana satu bersesuaian dengan kulit korang sebelum beli tu nanti. Hm kalau nak tahu apa perbezaan untuk ketiga tiga cleansing water ni, jom kita baca dekat bawah! Apa yang penting sekali, cleansing water jenama Safi ni tak pedihkan mata macam bawang! Yayy! 
Nampak tak sticker tu kemain besar lagi dia tampal; tak pedihkan mata macam bawang. Hahah! Kalau korang sejenis yang selalu pakai make up tebal, lagi lah penting ye untuk remove make up ni dulu. Kadang kadang memang rasa macam malasnya lah nak remove make up, tambah pulak kalau dah letih seharian bekerja. Bila balik rumah tu, memang rasa nak tidur terus. Faham sangaaat, sebab Nani pun selalu rasa macam tu. Tapi hei noooo! Jangan amalkan okay, penat macam mana sekali pun wajib remove make up dulu. Lepas tu nak tidur sampai ke pagi esok pun tak apa. Hahah! Bila kita tak remove make up properly ni, nanti muka senang naik jerawat dan breakout so please remove make up okay! Tak susah pun kalau guna Safi Micellar Natural Cleansing Water ni. 
Cara nak menggunakan Safi Micellar Natural Cleansing Water ni memang mudah, korang just tuangkan atau titiskan atas cotton pad lepas tu sapu aje lah dekat muka. Percayalah cakap Nani, dengan hanya satu sapuan aje memang boleh hilang segala make up dan kotoran dekat wajah kita ni. Untuk pengetahuan korang, produk ini diformulasikan dengan 100% bahan aktif semula jadi dan telah diuji secara dermatologi. Jadi korang tak perlu risau untuk menggunakannya sebab ia bebas daripada SLES/ SLS, tanpa minyak mineral, tanpa alkohol, paraben dan jugak pewarna. 
 Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose. 
Untuk cleansing water yang ni ia sangat sesuai digunakan untuk sesiapa yang mempunyai kulit normal dan kombinasi. Ia diformulasi dengan 100% Bahan Aktif Semulajadi Ros, berfungsi untuk menanggalkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta mengecilkan liang pori dan mengurangkan wajah berkilat. Hasilnya kulit segar dan berseri. Nani dah try guna yang ni, memang best tau korang! Bau pun wangi. 
 Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber. 
Untuk cleansing water yang ni ia sangat sesuai digunakan untuk sesiapa yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Ia diformulasi dengan 100% Bahan Aktif Semulajadi Neem, berfungsi untuk menanggalkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta melembap, merevitalisasi dan juga menyihatkan kulit. Hasilnya kulit lembut dan bermaya. 
Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem. 
Untuk cleansing water yang ni ia sangat sesuai digunakan untuk sesiapa yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Ia diformulasi dengan 100% Bahan Aktif Semulajadi Neem, berfungsi untuk menanggalkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta mengawal minyak dan jerawat dengan agen anti bakterianya. Hasilnya kulit berseri tanpa cela. 
Sumpah best dan berbaloi sangat bila kita guna Safi Micellar Natural Cleansing Water ni, ia sememangnya berkesan untuk mencuci solekan dekat muka kita. Nani dah try, memang tak ada pun rasa pedih bila guna cleansing water yang ni. Paling penting, tak buat muka Nani jadi semakin kering dan tak payah bilas dengan air pun lepas dah guna. Best! Memangg recommended lah untuk korang try jugak. Satu botol cleansing water ni mengandungi 200ml, memang boleh tahan lah untuk sebulan tak pun lebih lagi. Jangan lupa okay try yang Safi ni pulak. Korang boleh dapatkan di mana mana pasaraya berdekatan tak pun drugstore. Nak senang beli aje dekat Watsons atau pun Guardian. Memang adaaa! Siapa dekat sini yang guna Safi Micellar Cleansing Water ni jugak? 

10 comments:

  1. Wah, Safi pun dah ada cleansing micellar water. Dari dulu lagi memang Safi terkenal dengan halah dia kan. Nad tak pernah try guna lagi..

    ReplyDelete
  2. Baguslah Safi dah keluar macam-macma produk.

    ReplyDelete
  3. tak tau Safi pun dah keluar Micellar water. Good to know.

    ReplyDelete
  4. dah try,,, memang besttttt sgt.. =D

    ReplyDelete
  5. salaam, sy follower baru, jemput follow me back.

    https://wzalehawismail.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. memula saya ingat micellar water dia tu guna bawang... rupanya sekadar sticker je eh hahaha. terlebih unik kalau pakai ekstrak bawang tu.

    saya pun selalu juga pakai cleansing oil, mungkin pasni boleh cuba safi punya sebab selalu nampak harga dia berpatutan dan saiz pun besar jugakk

    ReplyDelete
  7. ada baca ia juga utk segarkan kulit wajah wlpun x de make up kan..nnt nak beli lah

    ReplyDelete
  8. I have read your blog it is very helpful for me. I want to say thanks to you. I have bookmark your site for future updates. horseshoe bay custom pool construction

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page