DR. BEAU Pure Natural Skin Oil | Serum Terbaik untuk Kulit Wajah!

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Dulu dulu Nani ada bad habit tau, suka betul picit jerawat sebab geram aje tengok. Lepas tu sendiri yang stress bila ada kesan parut. Itu lah siapa suruh gatal sangat tangan tu nak picit jerawat kan, hah memang mendapatlah sana sini ada kesan parut. Sobs! Dah lah masa tu guna skincare pun on off aje, memang zaman tu paling malas lah nak jaga muka sendiri. Hahah! Apa benda entah yang aku fikir masa tu. Dah besar sikit ni, baru lah rajin sikit nak guna skincare. Kalau dulu guna basic skincare aje, bila basic skincare dah 'strong'mbaru lah beli toner, essence & serum pulak. Actually Nani memang tengah mencari pun serum yang boleh menghilangkan kesan parut dekat muka. Stress okay tengok kesan parut semua ni, kita nak lah jugak ada kulit yang bersih dari sebarang parut. Banyak jugak dah serum yang Nani survey, sudahnya Nani pilih untuk try DR. BEAU Pure Natural Skin Oil ni. Excited sangat nak guna Serum DR. BEAU sebab haritu Nani baca feedback ramai yang cakap serum ni best dan terbaik! 
 Kalau korang nak tahu DR. BEAU ni mengandungi Vitamin E dari bahan herba semulajadi telah terbukti berkesan dapat memberi kesegaran kepada kulit dan melindungi kulit daripada kering serta berminyak. Apa yang Nani suka dengan serum ni sebab ia didatangkan dalam bentuk kapsul soft gel. Sekali pandang nampak macam boleh makan pun ada. Hahah! Ini pertama kali jugaklah Nani jumpa serum dalam bentuk macam ni, lain daripada yang lain.  Tapi bagus jugak sebab senang untuk dibawa ke mana mana, paling penting sekali tak ada lah serum kita tu tertumpah ke apa. Kadang kadang serum yang dalam bentuk botol ni mudah sangat leaking. Sayang lah kalau beli mahal mahal tapi mudah leaking kan. 
Serum ni jugak sememangnya selamat untuk digunakan sebab telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. So, tak ada lah ragu ragu lagi kan kita nak beli sebab Nani ni pun sejenis yang cerewet jugak bab bab pemilihan product yang nak guna. Bukan apa, tak nak lah nanti muka breakout pulak. Selain itu, bahan bahan yang digunakan untuk menghasilkan serum ni pun memang bagus tau dan setiap satu daripada bahan bahan ni mempunyai fungsi yang tersendiri. Nak tahu apa dia, jom baca dekat bawah ni okay! 
KANDUNGAN SERUM DR. BEAU 
πŸ’— Vitamin E yang merawat kulit.
πŸ’— Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
πŸ’— Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
πŸ’— Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
πŸ’— Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif.Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
πŸ’— Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
πŸ’— Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.
Hari tu masa first time Nani guna Serum DR. BEAU ni terus jatuh suka okay! Bau dah lah wangi dan mudah sangat meresap ke kulit. Tak ada lah kita kena tunggu lama sangat kan untuk apply next product dekat kulit muka. Paling penting sekali, serum ni tak melekit langsung korang! Nani memang tak suka serum jenis melekit sebab tak selesa rasa. Bila lepas aje pakai serum ni memang automatik rasa muka kita makin segar! Korang jangan risau lah nak beli sebab serum ni sangat sesuai untuk semua wanita Asia dan sesuai untuk semua jenis kulit. 
TESTIMONI SERUM DR. BEAU 


Cara penggunaan serum ni pun mudah aje. Korang cuma perlu titiskan ke atas tapak tangan kemudian sapu ke seluruh wajah. Nani selalunya pakai serum ni waktu malam aje tapi kalau korang nak pakai waktu pagi dan malam pun boleh tau. Untuk dapatkan kesan yang cepat, kena lah pakai secara konsisten. Jangan skip skip pulak okay! Haipp, nak kulit cantik tak boleh malas lah. Hahah! Kunci dia kena RAJIN aje, baru lah cepat nampak hasilnya nanti. 
Sekarang di Serum DR. BEAU telah didatangkan dalam bentuk packaging yang baru macam dalam gambar ni. Satu bekas serum ni mengandungi 30 biji per botol, dengan berat 100 gram. Bila korang beli serum ni make sure korang letak dekat suhu bilik tau. Untuk yang berminat nak dapatkan DR. BEAU Pure Natual Skin Oil ni, korang boleh terus ke laman web atau laman sosial dia orang yang Nani letak dekat bawah ni. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang serum ni, korang boleh jugak check it out dekat Youtube Teja Herbs TV. Tapi serious memang worth sangat bila beli serum ni. Jangan lupa cuba korang! 
Contact Number: 016 - 9633443
Instagram: drbeau_official







2 comments:

  1. nampak menarik juga produk ni ..tq sharing :)

    ReplyDelete
  2. Yang nie mmg akak dah cuba. best sgt2.. minyak dia mmg cpt serap dlm kulit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page