Cempedak Goreng

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang dah masuk musim buah pulak kan, sana sini mesti ada orang share gambar buah lagi lagi durian. Nani dah puas dah menghadap durian, sekarang nak cari rambutan pulak. Hahah! Kalau dapat buah rambutan gading tu sedapnya ya Allah. Semalam gigih okay bangun pagi pagi ajak ibu pergi pekan sehari (pasar pagi tapi bukan pasar tani tau) semata mata nak cari buah rambutan tapi hampa, tak ada sorang pun jual. Mungkin belum ,masuk musim buah rambutan kot kan. Bila musim buah ni, memang selalunya 'meriah' lah rumah dengan buah buahan yang orang sedekah. Itu lah untungnya hidup berjiran. Minggu lepas ada yang bagi buah kundang, manggis dengan cempedak. Apa lagi, petang tu jugak masuk dapur buat cempedak goreng. Gigih! Buah cempedak tak besar mana pun, dapatlah dalam 16 ulas macam tu aje. Jadilah kan daripada tak ada langsung. Kalau buah besar ni, mahunya separuh buat makan gitu aje, lagi separuh kita goreng. Fuhh nikmat betul dapat makan cempedak goreng panas panas ni. 
 Walaupun kuali tu dah hitam legam dekat bahagian tepi tu tapi tetap jugaklah nak guna. Kuali fav ni okay! Alah korang pun mesti ada jugak kuali macam ni kan dekat rumah. Hahah! Nani punya resepi untuk buat cempedak goreng ni memang mudah sangat. Nani bancuh aje tepung gandum tu dengan air biasa (bancuh cair cair macam nak buat lempeng tu), masukkan garam dengan pewarna kuning sikit. Kalau korang tak ada pewarna kuning, boleh lah letak serbuk kunyit heheh. Senang kan? Ada sesetengah orang suka letak tepung beras lah apa lah, tapi Nani tak pernah try pulak. 
Ini lah dia hasil cempedak goreng haritu, memang rezeki sungguh ada orang sedekah sebiji buah cempedak. Sedaap! Cempedak goreng ni memang antara yang fav jugaklah, makan hari hari pun tak apa. Hahaha! Tapi itu lah, susah jugak nak beli buah cempedak ni kalau bukan musim dia. Kalau ada pun, harga dia boleh tahan mahal ye. Kalau dekat pasar malam tu, memang orang jual yang dah siap bergoreng macam ni seringgit seulas. Itu pun tepung lagi tebal daripada cempedak, dah pernah terkena sekali dulu dekat pasar malam area Petaling Jaya. Sejak dari tu memang tak pernah dah beli yang siap bergoreng. Baik beli buah sebiji lepas tu hah makan lah puas puas. Kalau dapat yang jenis buah banyak tu memang untung sangatlah eheh. Korang pulak minat tak cempedak goreng macam ni? 

5 comments:

  1. Bestnya cempedak goreng...akak tak leh makan la..angin badan..tak tahan..sampai tak leh nak bernafas

    ReplyDelete
  2. Lama pulak rasa tak makan cempedak goreng.. klu makan ptg2 dgn teh o panas mmg syok ni hehee

    ReplyDelete
  3. Mahalnye harga cempedak goreng.
    Beli sebiji, goreng sendiri, puasa makan.

    ReplyDelete
  4. tak nak beli mahai .... kalau balikkampun ada cempedak pastu goreng makan la sampai puas

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page