Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum & Hello!
Hai korang! Ya Allah rasa lama betul tak membebel dekat sini semenjak bulan Ramadhan haritu. Boleh kira dengan jari aje berapa entry yang ada bulan lepas. Dasar Nani, hahaha! Tak tahu lah kenapa lemau sangat sampai rasa nak buka laptop pun malas. Dah masuk bulan Jun ni, harap harap makin rajin menulis. Heheh. Hari ni dah masuk Syawal yang ke sepuluh, mesti lah semua dah start kerja kan? Ke ada lagi yang still bercuti ni? Heheh. Macam biasa, setiap tahun Nani akan beraya di Pahang. Rumah dekat Pahang, kampung pun dekat Pahang. Memang anak jati Pahang betul ni. Hahaha! Iye, setakat ni belum berubah lagi okay, tak tahu lah kot kot tahun depan kita balik kampung orang lain. Eh? Rutin biasa setiap kali Raya, menu yang wajib ada mesti lah lemang kan. Dah banyak tahun jugak kita orang satu family buat lemang sendiri, baru puas hati makan sebab sedap. Tahun ni enam kilo pulut abah beli untuk buat lemang. Fuhh! 
Masa nak masukkan beras pulut dalam beras ni memang ramai tapi time membakar lemang tu tinggal abah sorang aje. Nani pun sebenarnya tak pandai nak bakar lemang ni. Hahah! Setakat nak tolong pusing pusingkan buluh lemang tu boleh lah tapi dia punya panas tu boleh tahan ye. Setiap kali pergi pusing pusingkan buluh lemang tu, setiap kali tu lah mata aku berair, pedih woo kena asap. Memang tak sanggup nak duduk lama lama dekat tepi bara tu. Dah lah cuaca pun boleh tahan panas dekat Pahang haritu. Lagi sanggup duduk dapur kacau rendang ayam dengan daging. Hahah! Tolong kacau sampai pukul tiga aje, lepas tu hah masuk bilik konon nak berehat sekali pergi tidur sampai asar. Ya Alllaaaah Nani! Hahah! 
Enam kilo beras pulut dapatlah dalam 29 batang lemang semua sekali. Buluh pun kecik kecik aje, kita orang pulak jenis tak suka jugak kalau buluh lemang yang besar sangat. Nanti lambat nak penuhkan beras pulut dalam buluh tu. Buat sendiri macam ni memang best, cuma itu lah kena bertabah sikitlah bila part membakar lemang tu. Heheh. Tahun ni sebatang lemang yang dah siap orang jual 18 ringgit okay, boleh tahan jugaklah harga tu. Selagi abah dengan ibu ada ni, memang tiap kali Raya lah kita bakar lemang. 
Kuih Raya pun buat jugak, tahun ni cuti awal sempatlah kita buat tiga jenis yang simple simple. Apa yang simple simple tu? Biskut Dahlia, Cornflakes Madu dengan Kacang Goreng. Nani memang akan buat yang simple aje lah, kalau complicated sangat pun malas jugak. Kang tak jadi, satu hal pulak dah. Kali ni try buat biskut Dahlia atau pun sesetengah orang panggil kuih semperit. Resepi ni Nani ikut yang Danish Harraz punya, simple sangat okay sebab guna tiga jenis bahan aje. Bila first time buat ni, biasalah ada bentuk yang jadi elok, ada bentuk yang tak berapa nak jadi. Hahaha! Ingatkan senang bila guna acuan tu sekali eh boleh tahan jugak mencabar dia. Tapi nasib baiklah sedaaaap. Nanti Nani share okay dekat entry lain resepi biskut Dahlia mudah ni. 
Ini pulak antara yang wajib ada & laku keras lah dekat rumah ni, cornflakes madu. Buat dua kotak aje macam biasa, itu pun jenuh nak siapkan. Hahah! Buat tu sekejap aje, cuma nak masukkan dalm cup kecil kecil tu yang jadi lambat. Nani suka cornflakes madu yang kosong macam ni, tak suka jugak kalau letak benda lain as topping. Original macam ni jugak yang sedap. Elok seminggu Raya, habis dah cornflakes madu ni hah. Hahah! Masing masing datang beraya ke rumah nak makan cornflakes madu. Next year lah kita buat lebih sikit okay! Itu pun kalau cuti awal lah, kalau cuti lambat kita makan aje lah kuih tunjuk ehehe. 
Pagi Raya hari tu selain daripada lemang dengan rendang, ada jugaklah nasi tomato dengan ayam masak merah untuk sarapan. Lepas dah siap solat Raya, baru lah gerak balik kampung. Kampung kita dekat aje, tak sampai 20 minit pun jarak dengan rumah. Hahah! 
One with my cousin. Tahun ni tak sempat nak bergambar ramai ramai pun sebab ada pak cik Nani yang lambat sampai lepas tu masing masing dah sibuk beraya ke sana sini so nan hado gambar ramai ramai. 
Tahun ni tema kita warna baby blue, cantik jugak rupanya warna ni. Tudung tu Nani beli online dekat CALAQISYA seminggu sebelum Raya, nasib baiklah sempat sampai. Sejenis yang suka beli last minute betul. Hahaha! Sedap okay fabric tudung tu, menyesal pulak beli sehelai aje. Nanti lah kita repeat order, bila CALAQISYA buat sales lagi. Tudung ni asalnya RM 59 tapi haritu ada sales so dapatlah sehelai RM 29, muraaah. Jadi di kesempatan ini, Nani nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk semua yang selalu singgah dah baca blog Nani. Minta maaf kalau ada bahasa Nani yang kurang menyenangkan atau ada ayat ayat Nani yang buat kalian kecik hati. Kosong Kosong okay! Ohh hari ni jugak bertambah lagi satu umur eheheh! Selamat Hari Raya semua!


8 comments:

  1. Selamat Hari Raya Nani, maaf zahir batin..memang persiapan lemang ni tak susah..yang agak mencaba nak masukkan daun..hahaha..kena prektis lagi la akak ni...bab bakar memang surrender, nak plak puasa kan..tahun lepas sampai terbuka puasa..haha

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya nani... lemang skrg dh mahal kan, tp tulah nk bt nya tu kene gigih kan...

    time puasa kan, bt keje sikit pun rasa pntnya mcm apa, lagi2 last2 puasa tu panas yg amat...

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya, Nani. Rajinnya buat lemang sendiri.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya nani. best kan beraya macam ni. sederhana tapi terasa rayanya tu. enjoy raya selagi single nani. dh kawen nnti rushing nak buat turn. akan rindu nak jadi single (time raya je la. hahahha)

    ReplyDelete
  5. Macam menarik je biskut dahlia tue . Garang warnanya . Hehehe

    Salam aidilfitri yer

    ReplyDelete
  6. Meriahnya raya Nani! Walaupun terbongkang sampai Asar tapi best lah dapat merasa buat rendang dengan lemang. Selamat Hari Raya Nani!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page