Assalamualaikum & Hello.
Pizza Hut Delivery !
Assalamualaikum & Hello.
Ni minggu lepas punya cerita sebenarnya tapi tetap jugak nak masukkan dalam blog. Hahaha. Sekarang ni kalau malas sikit je nak pergi beli makanan, mesti nak call delivery. Suka sangat kan makan fast food yang tak berapa nak banyak khasiat tu. Kadang kadang seminggu tu boleh jadi dua tiga kali buat delivery sampai dah save semua nombor yang boleh buat delivery dalam phone. Kah !
Masa ni tengah study tetiba lapar, terus call pizza hut nak buat delivery. Mula mula ingat nak ambik cheese bread dia tu je tapi dia cakap yang tu tak boleh delivery, kena dine - in je. Sobs. Makanya aku order lah pizza dengan chicken wings + mushroom soup. Yummylicious !
Nahh number untuk delivery pizza hut, 1300 88 2525
Hantu Coklat
Assalamualaikum & Hello.
Nani ni memang peminat tegar segala jenis coklat. Memang dalam beg Nani, stok coklat tak pernah habis. Hahaha. Habis je, terus penuhkan stok lagi. Selalunya m&m tak pernah tak ada. Nak makan coklat yang mahal aje Nani ni, yang murah murah tak nak :P Siapa dekat sini hantu coklat jugak?
Pizza Gergasi
Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas mak cik Nani buat lah open house & salah satu menunya pizza yang dekat atas ni. Pehh bertahan aje lah tengok gambar yang diorang hantar dalam group family. Mentang mentang aku tak balik kemahen seronok diorang spam gambar makanan sedap sedap. Heh !
Kasi zoom sikit ruupa pizza nya macam mana. Tak kira, balik merdeka ni nak request jugak pizza macam ni. Kalau beli memang tak dapat lah topping banyak macam ni kan. Nak buat sendiri, tak pandai pulak nak uli crust dia tu. Hahaha.
The Gallows
Assalamualaikum & Hello.
Awal bulan hari tu pergi cinema kononnya nak tengok Suamiku Jatuh Dari Langit, boleh pulak masa tu tayangan dah habis. Sudahnya beli aje lah tiket tengok The Gallows. First time tengok cerita hantu dalam cinema. Hahaha. Mula mula tengok ok lagi, setengah jam lagi movie nak habis, Nani dah tak mampu tengok screen. Kahkah ! Sebab time tu scene seram dia semua keluar. Rasanya tu lah first & last tengok movie hantu dekat cinema.
Ice Lemon Tea
Assalamualaikum & Hello.
Tadi scroll gambar dalam galeri tetiba tertengok gambar ni. Terus rasa nak pergi The Manhattan minum Ice Lemon Tea. Ececece ! Macam dekat tempat lain tak dek kan setakat Ice Lemon Tea tu :P Alasan je nak pergi Manhattan kan engko, Nani.
Paling RARE !
Assalamualaikum & Hello.
Panaskan kuah sup dalam heater. Grrrr.
Dapat lah hari tu menikmati bakso yang mak cik Nani kirim dengan kuah sup panas. Hahah. Tetiba aje timbul idea nak panaskan kuah sup tu dalam heater. Ada yang pernah buat macam tu?
Stylo Outfit - Kedai Jersi Bola Murah
Assalamualaikum & Hello
Jersi Bola Murah
Jersi berkualiti, harga murah
Musim bola sepak antarabangsa telah pun bermula. Bagi yang kaki bola, perkara utama yang perlu ada ialah Jersi Bola.
Memang wajib pakai jersi bola bila kita nak tengok bola dekat mamak ataupun di bawa pergi jalan-jalan.
Jadi, macam mana nak dapatkan jersi bola ni? Jom kita terjah Stylo Outfit.
Pelbagai jenis jersi
Nak tahu apa yang Stylo Outfit ada? Jom kita tengok.
Antara jersi yang di jual di Stylo Outfit ialah:
Antara jersi yang di jual di Stylo Outfit ialah:
- Jersi EPL
- Jersi La Liga
- Jersi Serie A
- Jersi League 1
- Jersi kelab Jepun
dan tak lupa juga:-
6. Jersi kelab Malaysia
7. Jersi Malaysia
Kalau yang berminat dengan kelab Eropah tu, boleh la beli jersi kelab Eropah. Mana yang suka kelab Malaysia, boleh jugak beli jersi Selangor ke, JDT ke, Kelantan ke, Negeri Sembilan ke.
Harga berpatutan
Dekat Stylo Outfit ni, harga jersi di jual mengikut gred/kualiti jersi itu sendiri. Terdapat 2 jenis gred/kualiti jersi iaitu:-
- Gred AAA - RM45.00 (termasuk pos)
- Gred PI (player issue) - RM56.00 (termasuk pos)
Macam mana harganya? Ok kan? Murah dah tu. Termasuk pos lagi tu!!!!
Jam tangan tawaf
Selain jersi, Stylo Outfit juga menjual jam tangan tawaf untuk lelaki ada, untuk perempuan pun ada.
Apa lagi tunggu?
Jom kita terjah Stylo Outfit dengan klik banner kat bawah ni.
Painting Potret by Azhafizah
Assalamualaikum & Hello.
Painting Potret by Azhafizah
Baru ni Azhafizah, tuan tanah Blog Sihatimerahjambu ada buat Paiting Poter Giveaway dekat Instagram. Rugilah sesiapa yang tak follow Instagram Azhafizah sebab dah terlepas nak menang painting potret free. Lepas ni laju laju follow ok.
Nani acah acah je hantar gambar ni hari tu, tak sangka pulak terpilih. Hehehe.
Memang cantik sangat potret yang Azhafizah buat ni.
Kalau korang pun berminat nak buat painting potret macam yang Nani dapat ni, korang boleh laju laju pm Azhafizah ok. Memang hasilnya tip top lah !
Udang Masak Lemak Tempoyak
Assalamualaikum & Hello.
Udang Masak Lemak Tempoyak
Rezeki malam tadi, kawan bagi udang masak gulai lemak tempoyak, cempedak goreng dengan bubur jagung. Sedap betul makan sampai bertambah tambah. Hahaha. Udang dia pulak semua nya besar besar, Nani sorang je dah tiga ekor makan. Ehhhh. Alhamdulillah rezeki dapat makan sedap malam tadi. Terubat rasa rindu nak makan masakan ibu.
Resepi Menarik & Sedap
Assalamualaikum & Hello.
Resepi Mudah & Senang
Hari ni rajin pulak Nani nak share resipi masakan yang Nani pernah buat. Ecece. Mana tahu boleh bagi ilham dekat pembaca blog ni nak masak apa nanti. Gitu. Klik aje dekat link yang ada tu ok untuk full recipe. Selamat mencuba uolss, nanti dah jadi jangan lupa bagitau. Heheh :D
1. Resipi Tart Nutella
2. Resepi Ayam Panggang
3. Resepi Mango Chill Cheesecake
4. Resepi Chicken Wraps
5. Resepi Macaroni Goreng
6. Resepi Cheesekut
7. Resepi Agar Agar Mangga
8. Resepi Chicken Chop
9. Resepi Sambal Hitam Pahang
10. Resepi Sambal Ikan Bilis Kering
Subscribe to:
Posts (Atom)