Resipi Mango Chill Cheesecake

Assalamualaikum & Hello.

Resepi Mango Chill Cheesecake


Dah lama rasanya tak kongsi resepi dekat sini. Hikhikhik. Hari tu sebab craving nak makan mango cheese cake gigih aku cari resepi nak buat. Ingatkan susah sangat nak buat rupanya senang aje. Yang ni tak payah nak guna oven ke apa, guna peti sejuk aje. Nama pun chill kan :P

Bahan Bahan 

Resipi Mango Chill Cheesecake
Ni bahan bahan yang diperlukan. Kalau ikut resipi asal tak guna cooking cream tu tapi guna whipping cream. Masa aku pegi pasaraya tu whipping cream tak dek so aku rembat je cooking cream. Aherher. 

Cara - Caranya 


Resipi Mango Chill Cheesecake
Memula ambil biskut oreo(krim buang) hancurkan lepas tu gaul dengan butter cup yang dah dicairkan. Lepas dah gaul sebati letak dalam bekas & masukkan dalam freezer. Kalau nak cepat hancur biskut tu guna pengisar kering. Nak guna biskut marrie pun boleh. Tapi aku lebih suka oreo. Ikut lah citarasa masing masing. Gitu. Oreo ni kalau dekat bakery memang ada jual yang tak dek krim.
Resipi Mango Chill Cheesecake
Lepas tu potong buah manga ni dan kisarkan. Tambah air sikit sebelum kisar tu dah siap asingkan. Lepas tu ambik cream cheese + cooking cream sikit + gula putarkan sampai sebati. Bila dah sebati tambah separuh daripada puree mangga tu tadi dalam campuran cream cheese tu. Faham tak? (----")
Resipi Mango Chill Cheesecake
Kemudian keluarkan biskut oreo yang kita letak dalam freezer tadi dan masukkan cream cheese dan puree mangga macam dalam gambar. Kalau tak nak letak dah puree mangga untuk layer yang atas sekali tu pun takpe. Tapi lagi sedap kalau letak dan letak balik dalam peti ais untuk disejukkan selama beberapa jam. Memang yummeh bila makan. Selamat mencuba :D


39 comments:

  1. pagi-pagi yang lapar baca sini memang tertelan air liur.sedapnyaaa...antarkan satu ke sini.

    ReplyDelete
  2. kecuq air liur pagi2 tengok makanan ni, sedapnye lahai...

    ReplyDelete
  3. ini laaaa ni ini ini ini !!! argh !!! mangga tu saja bikin tak senang duduk..

    ReplyDelete
  4. OK kakak faham nantilah suruh anak kakak tengok sini suruh dia buat.
    Rumah kakak ada semua bahan tu Nani:)

    ReplyDelete
  5. sedap smpi menjilat gelas hihi..

    ReplyDelete
  6. lemak suka ni kalau makan ni.bertambah tambah kawan dia.hehehe

    ReplyDelete
  7. simple sgt nie..boleh try..mangga ado kek umah..hehe

    ReplyDelete
  8. macam sedap je.. terliur tengok.. heee

    ReplyDelete
  9. ya Allah..tergoda akak! udah le panas2 gini.

    ReplyDelete
  10. Fuh sedapnyer... teringin pulak...

    ReplyDelete
  11. baru baca resepi pun dh tau comfirm sedap... lagi2 klau ada cream cheese.... maklum skrg kn musim mangga murah... apa lg segala resepi yg ada mangga wajib cube

    ReplyDelete
  12. ya Allah...tengok pun dah nikmat..makan apatah lagi...

    ReplyDelete
  13. Wah nampak sedap mango chill cheesecake
    :-)

    ReplyDelete
  14. mesti try ni...lbih2 lg sekarang ni musim mangga :-))

    ReplyDelete
  15. senang sangat, nanti kena cuba ni

    ReplyDelete
  16. Puasa dah dekat ni...buat untuk berbuka atau bersahur pun sesuai ni..

    ReplyDelete
  17. sedap tengok...terliurnya lahhh, boleh try nih

    ReplyDelete
  18. terliur lah pagi-pagi ni...hehe

    ReplyDelete
  19. makan sejuk2 sedap ni.. hehe

    ReplyDelete
  20. simple je resipi.. kebetulan sekarang pon tengah musim buah mangga kann..wahh.. takzabar tunggu durian pulak..boleh tukar topping durian..tp 1 peti ais kang bau durian..haha

    ReplyDelete
  21. Tengok pun dah tau sedap tp.... makan seminggu agak agak gemuk tak Nani?

    ReplyDelete
  22. simple saja..tapi tak pa,khaty bukan peminat cheese..i olszz tak jeles sangat

    ReplyDelete
  23. Wahh bestnya.. boleh bisnes nie hehee.. :D

    ReplyDelete
  24. Akak ni memang tak boleh dengar dan baca apa benda bercheese ni. Sedapnya kalau makan sejuk-sejuk baru keluar dari peti sejukkan. Eh, makanan tulah bukannya kita yang baru keluar peti sejuk!

    ReplyDelete
  25. huhhhh tudia meleleh ayaq lioq T___T

    ReplyDelete
  26. Erm...eem... Telan air liur. Nanti nak cuba lahπŸ˜‹

    ReplyDelete
  27. nak cuba la.buat utk desert berbuka bulan ramadan nanti thanks nani berkongsi

    ReplyDelete
  28. Waduh2!! menduga betul..nasib baik belum bulan puasa lagi..heee

    ReplyDelete
  29. oh macam tu je rupanya... nampak senang sangat~! hahahah

    ReplyDelete
  30. alahai . kenapa gambar mknn ni . lapar

    ReplyDelete
  31. senangnya! nanti balik kelantan raya ni aina cuba buat

    ReplyDelete
  32. senangnya resepi ni, bole try ni

    ReplyDelete
  33. Alahai.. senangnye.. nak cubalah nanti.. Thanks share..

    ReplyDelete
  34. tengah musim mangga ni, boleh la try nanti...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page