Giveaway Sunway Lagoon Ticket by Miamorzafirah

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Sunway Lagoon Ticket by Miamorzafirah
klik SINI untuk join 😊

Jom Bali di Wangsa Walk

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni habis aje tengok movie Kimchi Untuk Awak, terus cari tempat nak makan dulu. Sebab tayangan movie tu awal tak sempat lah nak makan dulu sebelum masuk dalam wayang. Heheh. Mula mula Nani dah duduk dekat Teh Tarik Place tau lepas tu tengok tengok menu macam tak berapa nak best sangat, kita orang terus bangun cari tempat makan lain. Hahah! Payah betul bila bab nak makan ni. Nasib baik masa tu pelayan dia tak datang lagi nak ambil order. Jalan punya jalan, sudahnya Nani dengan kawan masuk ke Jom Bali. Dekat Jom Bali ni ada banyak sangat pilihan makanan, dari makanan melayu sampai lah ke western pun ada. Pilih aje mana yang tekak tu rasa nak makan. Heheh. Kalau sebelum tu tak tahu nak makan apa dekat Teh Tarik Place, ni dah masuk Jom Bali pun sama jugak tak tahu nak makan apa sebab banyak sangat pilihan yang ada 😆
Jom Bali di Wangsa Walk
Jom Bali ni ada banyak sangat cawangan dia orang. Nani pun baru pertama kali makan dekat sini, sebelum sebelum ni lalu aje. 
Jom Bali di Wangsa Walk
 Mee rebus dekat sini sedap lah, kuah pekat sangat lepas tu siap ada daging lagi. Cuma kalau ada cili potong lagi layan. Semangkuk mee rebus ni kalau tak silap Nani dalam RM12.90 macam tu lah. Portion banyak sangat sampai tak terhabis hari tu. 
Jom Bali di Wangsa Walk
Kawan Nani pilih nasi lemak dengan kari ayam. Untuk yang ni, Nani tak ingat pulak berapa harganya. Sorry korang. Heheh. Kari ayam dia tu pun sedap jugak. Memang Nani puas hati lah menu dekat Jom Bali ni, lain kali boleh lah repeat lagi makan dekat sini. Kalau korang nak makan dekat Jom Bali di Wangsa Walk ni boleh cari dekat level bawah tu. Jom Bali ni dekat dengan Texas Chicken & Hokkaido Cheese Tart. Korang pernah makan dekat Jom Bali? 
p/s : Dah siap makan boleh pulak terserempak dengan Nazim Othman tengah busking dekat dengan Restoran Jom Bali ni hah 😉 

Tersalah Naik Tren!

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya hari tu nak ke Pulau Ketam, Nani dengan dua orang lagi kawan gerak ke sana pagi Sabtu lepas habis program universiti. Konon nya kali ni tak nak naik KTM dekat KL Sentral untuk ke Pelabuhan Klang, nak naik dekat Subang Jaya terus. Kita orang bertiga pun direct lah naik LRT dari Gombak terus ke Subang Jaya dan dekat sana tukar naik KTM. Naik LRT terus ke Subang Jaya sebab masing - masing cakap LRT laju sikit, kalau KTM nanti lambat. Sampai dekat Subang Jaya, tengok platform tu macam dah betul so turun lah dengan rileks rileks aje, sebab masa tu tak sedar lagi yang KTM dah ada. Bila dah separuh anak tangga, baru nampak ada ramai orang keluar dari KTM. Kita orang pun apa lagi, berlari lari lah nak kejar KTM tu. Faham aje lah kan, kalau dah terlepas satu train, next train tu nak kena tunggu lagi 45 minit. Fuh, lama kot kalau nak kena tunggu. 
Sumpah masa tu malu gila sebab ramai orang tengok kita orang berlari lari semata mata nak kejar train. Gigih gila kan sebab nak kejar train. Lepas tu elok aje kawan Nani dua orang tu dah masuk dalam KTM, terus pintu train tu tertutup. Nani pulak tak sempat nak masuk lagi weh time tu. Dalam kepala satu aje "aku nak kena tunggu train lain." Sekali ada makcik tu dia jerit "dik, cepat tekan butang tu!" Hahahah! Kalau ingat balik benda ni memang gelak sakan. Memang buat drama betul lah 😆 Dan mujurlah pintu tu terbuka, terus laju laju masuk lepas tu guess what?! Ramai gila orang pandang. Pffft! Elok train dah gerak, terus jalan cari coach wanita. Tak sanggup nak jadi perhatian orang. Kah!
Lepas tu dah masuk coach wanita still lagi gelak gelak sebab teringat drama sebabak yang kita orang bertiga buat. Dengan dia orang berdua masa tu gigih nak halang pintu train tu tertutup. Lol 😆 Pintu tu automatik memang tak lah nak halang pulak kan. Hahahhaha! Adoi. Dah lama train bergerak, tiba tiba kawan Nani cakap "apesal train ni ke belakang balik?" Masa tu dah lepas dua stesen baru sedar yang kita orang tersalah platform. Bayangkan, dah lah buat drama sebabak sebelum tu tiba tiba tersalah naik train pulak. Kita orang pun tukar lah platform dekat mana entah masa tu. Dah turun, sekali lagi berlari lari nak kejar train yang dah sampai dekat platform sebelah sana. Kali ni tak ada lah dah buat drama sebabak sebab masing - masing sempat masuk dalam train. Hahah! 
Rasa macam 'mencabar' betul naik KTM kali ni. Hahah! Dengan berlari lari lagi dekat Stesen KTM, memang dah macam pergi merentas desa pulak 😆 Tak pernah pernah buat kerja macam ni hah, tapi gara gara tersilap platform terus jadi entah apa - apa. Nasib baik tak drag banyak sangat masa sebab tiap kali sampai Stesen KTM tu, terus ada train (cumanya tersilap naik aje. Lol). Tak tahu lah apa masalah hari tu, tak nampak platform ke apa entah tiba tiba aje pergi salah naik. Nasib baik sedar awal tersalah naik KTM, kalau tak sia - sia oi patah balik ke belakang. Hahah! Alhamdulillah selamat jugak sampai ke Pulau Ketam tengah hari tu walaupun macam macam hal jadi. Korang pernah ke tersilap naik KTM atau LRT? 😀




Segmen Blogwalking Janji Kita

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Blogwalking Janji Kita
klik SINI untuk join 😊

Pengalaman ke Pulau Ketam

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu lepas kosongkan jadual semata mata nak join program bersama adik adik di Akademi Tahfiz Mandarin, Pulau Ketam. Ikutkan ini dah kali kedua Nani jejakkan kaki ke sana tapi perasan teruja tu tetap jugak sama. Alhamdulillah setiap program yang dirancang berjalan dengan lancar sepanjang tiga hari berkampung dekat sana. Nani ke sana Sabtu pagi sebab Jumaat tu ada beberapa urusan yang nak kena settle kan dulu. Oh ya, Pulau Ketam ni terletak di Pelabuhan Klang aje, tak jauh mana pun. Dekat sini kebanyakkan penduduk nya Muallaf. Kalau nak cari kedai makan halal pun agak susah lah, kalau korang nak ke sini eloknya dah bawa siap siap stok makanan sendiri. Hehe. Ramai jugak Nani tengok orang datang ke Pulau Ketam ni nak jalan jalan. Mungkin sebab dekat kot.
Untuk ke Pulau Ketam ni, boleh menggunakan feri atau pun speed boat. Kita orang hari tu naik feri, RM 10 seorang untuk one way. Feri nak ke Pulau Ketam ni pun dah makin cantik dan selesa lah sekarang. Heheh. Dulu masa mula mula Nani pergi tak ada lagi feri yang ni. 
Hampir hampir tak jadi pergi sebab kekangan masa tapi memandangkan dah setuju untuk jadi sebahagian daripada komiti, cuba jugak untuk ke sana. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. Sepanjang tiga hari dekat sana, kiterang menginap di Pulau Ketam Inn. Gambar bilik tak ada pulak nak tunjuk, Nani pun datang dah hari Sabtu, faham faham lah keadaan bilik dah macam mana. Hahah! Tapi selesa lah duduk hotel tu, bilik luas sampai boleh muat enam orang. 
 Memang syok lah kalau dapat tengok view macam ni hari hari. Rasa tenang sangat okay duduk dekat sana sebab tak ada pencemaran bunyi langsung. Dekat Pulau Ketam ni, dia orang cuma guna basikal aje nak ke mana - mana so tak ada lah bunyi bising - bising apa semua. Motor pun ada jugak tapi dia orang guna bateri bukan minyak macam kita. Heheh. 
Antara komiti yang terlibat untuk menjayakan program dengan adik adik di Maahad Tahfiz Mandarin baru ni. Seronok dapat bekerja dengan team ni, masing - masing perangai masuk air jugak 😆
 Pusat Tahfiz Mandarin ni baru aje dibuka, start bulan satu hari tu. Seronok lah tengok adik adik dekat sini, ada tu yang dah hafal sampai lapan juzuk ayat Al - Quran. Mula mula Nani ingat dia orang ni semua duduk sekitar Kuala Lumpur dengan Selangor aje, rupanya ada jugak dari Kelantan, Perak. Kecil kecil lagi dah pandai berdikari, kagumnya dengan dia orang. 
Nani pun hari tu sampai dah Sabtu tengah hari, banyak jugak lah slot yang dah terlepas. Dekat sini memang semua pelajar lelaki aje dan selain menghafal ayat Quran, dia orang belajar jugak bahasa Mandarin & mengaji kitab. 



Hari terakhir dekat sana, adik adik ni tak bagi kita orang balik. Hahah! Siap suruh sambung lagi buat program dengan dia orang lagi dua tiga hari. Alahai dik, kalau kami tak ada komitmen lain memang boleh sangat nak sambung. InshaAllah next time kami datang lagi buat program. Moga dengan setiap perkongsian hari tu memberi manfaat buat kalian dan menjadi saksi untuk kebaikan yang kita lakukan. Doakan adik adik ni dipermudahkan urusan mereka untuk menjadi huffaz 😊
 Bebel apa entah dekat depan tu. Hahah! Rasa kerdil sangat dikelilingi adik adik ni. Moga satu hari nanti dapat jugak merasa peluang untuk menghafal sekurang kurangnya satu juzuk Al Quran seperti adik adik di Akademi Tahfiz ini.  

Finally we did it guys! Moga dengan setiap perkongsian baru baru ni menjadi saksi di atas kebaikan yang kita lakukan. Jarang jarang join program yang komiti lelaki lagi ramai daripada perempuan. Hahah! Masing - masing berbeza kos tapi boleh bersatu dalam program ni. Jumpa lagi next time! Walaupun dalam satu universiti yang sama, kadang kadang berselisih pun tak pernah. 


Lepak di NU Sentral

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni habis aje program dekat Pulau Ketam, masing - masing ajak lepak dulu dekat NU Sentral. Nani sebenarnya dah lama tak jalan jalan sana, tiba tiba masuk rasa macam banyak pulak tempat makan baru dan best untuk dicuba. Hahah! Lepas ni boleh lah ke NU Sentral lagi buat edisi jalan jalan cari makan pulak. Eh? Memang selalu nya datang sini pergi makan aje tak pun cari buku dekat MPH. Hari tu Nani lepak dekat Kenny Rogers Roasters dengan dia orang ni, walaupun sebenarnya mula mula tu nak makan dekat Chicken Rice Shop 😏 Memang kalau keluar ramai ramai macam ni, tempat makan lah yang paling susah sekali nak decide. Hahaha! Dah faham sangat dah perangai semua orang macam mana. Nani selalunya lepak Kenny Rogers ni bila ada buy 1 free 1 tu je sebab jimat dan berbaloi. 😆
Kalau yang selalu singgah sini, mesti dah selalu nampak muka muka dia orang ni dalam entry sebelum ni. Antara yang paling dekat dengan hati, kenal pun dari zaman asasi lagi, memang bond tu kuat macam dah satu family walaupun tak ada pertalian darah. Heheh. Thank you belanja makan dekat Kenny Rogers, terharu betul sesekali ada orang nak belanja ni. 
Tu eyebag berkilo kilo nak bawak pergi mana entah. Hahah! Sejujurnya minggu lepas Nani rasa paling hectic sampai kan tiap malam berjaga. Ini pun ada lagi enam assignment nak kena siapkan. Nasib baik due date lambat lagi, boleh lah weekend baru ni letak tepi dulu semua tu dan fokuskan dekat program dengan adik adik tahfiz di Pulau Ketam. 
Hari tu macam tak tahu sangat nak makan apa, sudah nya Rollie's Bowl ni jadi pilihan. Portion yang ni memang kecil, so kalau masa tu tengah lapar sangat not recommend untuk order yang ni. Heheh. First time makan mac & cheese dekat Kenny Rogers dan rasa dia pada Nani sedap lah jugak. Nani teringin nak buat mac & cheese macam ni dekat rumah tapi selalu tak menjadi. I don't know why, semua resepi mac & cheese yang Nani try satu pun tak menjadi. Hahah! Sis dah pasrah tak pandai buat mac & cheese sendiri. 
Konon hari tu nak tengok aje cerita apa yang tayang dekat wayang sekarang ni, sekali masuk jugak tengok movie Life. Sebenarnya nak tengok Baby Boss tapi tiket sold out semua. Biasalah kan weekend tambah pulak kalau beli 10 minit sebelum movie start, jangan mimpi lah ada tiket available lagi. Tapi Life ni pun not bad jugak story dia, pasal angkasa apa semua cuma ending dia tergantung. Nani rasa nanti ada yang kedua pulak. Korang kalau suka movie yang thriller sikit boleh lah tengok movie ni. Oh ya, dekat GSC ni ada surau rupanya. Nani pun baru tahu. Hehe. Hari tu movie start 6.30 petang, kalau nak tunggu habis movie baru nak solat memang dah terlepas waktu lah cerita dia. 
Memang kalau lepak dengan team ni, tak pernah sekejap. Plan asal nak pergi makan aje tiba tiba bukan setakat makan, siap tengok wayang + shopping dekat Brand Outlets lagi. Dari kononnya nak balik sebelum maghrib, pukul 10 jugak baru sampai bilik. Hahah! Korang pulak ke mana weekend baru ni? 😊

Seminggu di Pahang

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas seminggu berkampung dekat Pahang dan kebetulan sangat kali ni midsem break sama dengan cuti sekolah. Meriah sikitlah rumah sebab cuti sekolah kan, kalau tidak memang sampai tak tahu nak buat apa walaupun tengah cuti. Tapi kali ni cuti nan hado nya nak relax sangat, assignment bertimbun sampai semua kena angkut bawa balik rumah. Nangis dalam hati. Hahah! Blog ni pun terabai sungguh bulan ni, 11 entry aje mampu buat. Itu pun dah curi curi masa yang ada. Nak jalan jalan singgah blog korang pun tak sempat. Kadang kadang sebelum tidur sempat lah singgah satu dua blog lepas tu kelaut. Bila tengah sibuk macam ni, memang susah nak maintain update blog hari hari. Eh macam dah jauh sangat tersasar dari tajuk dekat atas tu. Hahah! 😆 
 Seminggu cuti hari tu, macam macam yang ibu masak. Biasalah ibu pun bercuti jugak dari mendidik dan mengajar anak bangsa, jadinya meriah sikitlah menu. Hari hari breakfast makanan berat. Nikmat sangat okay lagi lagi bila ibu sendiri yang masak 😊
Kuih badak berendam. Baru ni ibu Nani beli gula kabung konon nak buat stok untuk bulan puasa nanti, sekali dah guna jugak baru ni hah. Hahah! Kuih ni memang selalu sangat lah ibu buat sebab kalau beli selalu tak kena dengan citarasa sendiri. Biasalah, air tangan ibu jugak yang sedap kan. 
 Hari tu jalan jalan pasar malam, terjumpa mak cik yang jual jambu air ni. Memang tak fikir banyak kali dah, terus aje beli. Hahah! Dulu dulu ada pokok boleh lah tunggu berbuah, ini pukok pun dah tak ada, kena lah beli. Jarang jugak dah sekarang nak jumpa orang jual buah jambu air ni. Selalu kalau dekat pasar malam kampung ada lah. Nanai beli satu plastik baru dua ringgit. Muraaah!
 Nasi kerabu daging bakar. Tiap kali balik Pahang, mesti ada aje hari yang breakfast nasi kerabu. Heheh. 
Sempat jugaklah hari tu buat ayam panggang versi campak campak. Resepi boleh tengok dekat SINI. Memang mudah sangat nak buat, yang penting kena rajin aje. Heheh. Seminggu bercuti pun Nani tak sempat nak ke mana mana sangat. Banyak habiskan masa dekat rumah, lepas tu balik kampung sekejap tengok nenek Nani yang tak berapa sihat. Korang ke mana cuti sekolah baru ni? 
p/s : Esok dah masuk 1 April pun, kejap je masa berlalu. 


Resepi Ayam Panggang Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni balik Pahang, memang rasa macam macam nak masak. Biasalah kalau dekat sini memang jemu hari hari hadap makanan dekat cafe. Kadang kadang sampai tak tahu nak makan lauk apa sebab hari hari lauk yang sama. Sekali sekala dapat balik Pahang, mesti lah rajin sikit nak memasak tu kan. Masak yang simple simple boleh lah, kalau yang complicated tu fikir banyak kali jugak nak try buat. Eh? Dah alang alang ada resepi yang simple macam ni, Nani nak lah jugak kongsikan dengan korang. Mana lah tahu ada yang nak try buat pulak kan dekat rumah. Jangan risau, resepi yang Nani nak kongsikan ni memang semua bahan bahan dia senang nak cari. Entah entah memang dah ada dekat dapur korang kan. Dapur bujang, haruslah resepi pun senang. Asal perut kenyang, hati senang, settle kerja. Tak gitu? 😆
Resepi Ayam Panggang Mudah
Mula mula sekali kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, garam dengan sedikit kunyit. Kunyit tu ikutlah nak guna kunyit hidup atau pun yang serbuk, Nani lagi suka guna yang serbuk. Lepas tu lumurkan lah dekat atas ayam tu. Dah siap, lumur kukus dalam 30 minit ke 45 minit. Tak nak kukus dulu pun takpe. Ibu Nani dia suruh kukus supaya nanti bila dah half-cook tak payah lama sangat kita panggang atau pun goreng. Terpulang mana yang korang suka. Masak ni kenal chill chill. Ehehe.

Resepi Ayam Panggang Mudah
Siap kukus, bagi lah ayam tu sejuk sikit lepas tu masukkan dalam oven tak pun panaskan minyak dan goreng. Kalau nak panggang dalam oven dalam 30 minit macam tu aje lepas tu dah siap. Jangan lama lama nanti ayam tu kering sangat tak sedap jugak. Kalau tak ada oven, boleh lah goreng aje sampai garing sikit. Settle bab ayam, jom buat gravy untuk ayam ni pulak.

Resepi Ayam Panggang Mudah
Untuk gravy, cairkan butter dalam dua sudu, masukkan sedikit susu cair, sos tiram, sos lada hitam, garam, air dan serbuk lada hitam. Kacau sampai mendidih, lepas tu masukkan sedikit tepung jagung sebab nak bagi gravy tu pekat. Dah siap masak gravy boleh lah lumurkan gravy tu dekat atas ayam yang dah dipanggang dengan sempurna tadi. Haaa, kalau rajin sikit boleh lah letak sayur sebagai hiasan. Hahah! Mudah sangat kan, so kalau korang tak tahu dah nak masak apa tu boleh lah try buat ayam panggang ni dekat rumah. Seekor ayam ni boleh lah makan untuk lima ke enam orang. Kalau geng geng bujang memang sekejap aje habis seekor ayam ni 😆 Selamat mencuba!

Akademi Tahfiz Mandarin Pulau Ketam

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni Nani nak kongsikan dengan korang tentang sebuah Akademi Tahfiz Mandarin yang terletak di Pulau Ketam. Nani difahamkan Akademi Tahfiz ini baru sahaja dibuka dan jumlah pelajar yang ada setakat ini pun hanyalah dalam 34 orang (linkungan umur 8 ke 16 tahun). Buat masa sekarang ni, Akademi Tahfiz Mandarin ini hanya menerima pelajar lelaki sahaja. InshaAllah kalau tak ada apa apa halangan Nani sendiri akan ke Akademi Tahfiz ni minggu depan untuk bertemu dengan adik adik dekat sana. Kalau berkesempatan, Nani akan kongsikan lagi keadaan dekat sana macam mana 😊 Teruja okay nak ke sana, sebab nak tengok sendiri macam mana cara dia orang belajar dan menghafal Al - Quran. Untung sangat, kecil kecil lagi dah boleh menghafal ayat Al Quran. 
 Ini antara orang orang kuat yang menguruskan Akademi Tahfiz Mandarin di Pulau Ketam ni. Oh ya, Pulau Ketam ni terletak di Pelabuhan Klang. Untuk ke sana, boleh menaiki feri dalam setengah jam macam tu. Dulu dah berpeluang ke sana sekali, tapi masa tu Akademi Tahfiz ni belum ada lagi. 
 Sebahagian daripada adik adik yang menuntuk ilmu dan menghafal Al Quran di Akademi Tahfiz Mandarin. Ini ketik taklimat bersama ibu bapa/ penjaga di Balai Islam. 

Dekat Pulau Ketam ni, masjid atau pun surau dia orang panggil Balai Islam. So, kalau ke sana jangan tanya mana masjid atau surau sebab nanti dia orang tak faham. Nani pun dulu mula mula ke sana blur jugak lah. Heheh. Iya lah kan sebab kita jarang jarang guna istilah Balai Islam. 


 Perpustakaan mini yang akan menempatkan buku buku dan kitab rujukan untuk adik adik di sini. Memandangkan Akademi Tahfiz ni masih baru, jadi nya tak banyak lagi buku buku yang diletakkan di sini. Jadi nya, untuk korang yang berminat untik memberikan sumbangan untuk adik adik di Akademi tahfiz, boleh lah salurkan ke akaun bank yang tertera di bawah. 
Semoga dengan sedikit sumbangan yang kalian hulurkan mampu membantu adik adik di Akademi Tahfiz ni. InshaAllah dengan bantuan yang dapat dikumpul ni boleh lah beli buku dan kitab kitab rujukan untuk mereka. Kalau nak tahu lebih lanjut atau ada pertanyaan mengenai Akademi Tahfiz ni boleh WhatsApp Nani terus okay (0145439384). 

Kenduri Kahwin & Reunion

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat lepas sekali lagi ke Temerloh untuk memenuhi undangan walimah sahabat sendiri. Dari tingkatan satu sampai lah spm kiterang sekelas dan pernah jugak satu dorm. Memang dah faham sangat perangai masing masing macam mana. Masa tahu dia nak kahwin, ofcourse lah teruja tu lain macam sikit. Hahah! Biasalah, sahabat sendiri kan nak tamatkan zaman bujang, siapa tak teruja. Kenduri hari Sabtu, tapi Jumaat pagi lagi dah sampai sana. Semangat betul aku nak pergi walimah dia. Eheh. Dia yang minta Nani datang awal sebab banyak benda nak cerita. Hahah! Last jumpa bulan enam tahun lepas masa buat potluck dekat rumah Nani, memang dah lama sangat. Bila terikat dengan komitmen yang ada memang susah nak jumpa tambah pulak dia belajar dekat Unisza, Nani pulak dekat Selangor. Cuti pun tak sama kalau nak ajak jumpa. 
Kalau ikutkan, ini orang ketiga dalam batch Nani yang dah selamat menamatkan zaman bujang. So turn siapa pulak lepas ni geng? 😆 Yang pasti bukan Nani. Hahah! Bagi lah orang lain jalan dulu. 
Seronok sangat bila dapat jumpa balik kawan kawan sekolah dulu. Ada yang dah bertahun tak jumpa, sekali dah jumpa macam tak nak berhenti berborak aje semua orang. Ini baru sebahagian aje yang datang, kalau satu batch tak tau lah nak bayangkan kecohnya tu macam mana. Hahah! 
 Nani dulu bukanlah sekolah perempuan pun tapi hari tu yang lelaki semua nya datang lambat, tak ada sangat gambar dengan dia orang. Ehehe. 
 Gigih nak selfie dengan pengantin yang tengah nak makan tu. Hahah! Satu satunya gambar yang ada Jihah dan suami, yang lain semua gambar dengan Jihah sorang 😆
 Lauk kenduri hari tu pun semuanya sedaaap! Gulai daging tu paling Nani suka, siap bertambah lagi. Hahah! Makan awal awal sebab lepas tu sibuk masing masing nak bergambar dengan pengantin lah, kawan kawan lah. Meriah oi! 
 Cantiknyaaa sahabat saya ni 😍 Hari tu walaupun gelabah sebab pengantin lelaki dah sampai & dia tak sempat nak pakai tudung lagi tapi elok jugak terletak tudung tu akhirnya. Hahaha! Gelabah dia tu sampai tangan pun jadi terketar ketar. Sabar aje lah aku yang tengok ni. 
Barakallah sahabat dan selamat menjaga amanah yang Tuhan kurniakan dengan sebaik mungkin. Terima kasih sebab selalu dengar setiap cerita aku, layan perangai aku yang entah apa - apa dan untuk segala galanya. Dulu selalu dia cakap yang Nani akan kahwin dulu tetiba sekarang dah jadi lain. Hahah! Jodoh kan, siapa boleh jangka diapa yang akan kahwin dulu. Gitu. Walaupun hari tu macam sedih sikit sebab dia dah kahwin tapi berlagak cool aje. Hahah! Semua nya akan jadi lain lepas ni tambah pulak dia akan menetap di Terengganu. Lagi lah susah nak jumpa. Sekali lagi, selamat pengantin baru sahabat dan semoga kekal hingga ke syurga 😊 

Biskut Gery Salut Malkist

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang 😍Akhirnya dapat jugak menaip entry malam ni. Minggu yang paling busy dengan macam macam kerja sampaikan tak ada masa langsung nak buat entry apatah lagi blogwalking. Biasalah bila dah nak dekat cuti, memang kerja bertimbun lain macam. Time tu lah lecturer nak buat quiz, kena submit assignment dan banyak lagi lah. Petang tadi settle semua benda, rasa legaaaa betul. Sorry sangat tau yang selalu singgah sini tinggalkan komen tapi Nani tak balas balik. Malam ni Nani slow slow singgah blog korang okay, jangan risau. Ehehe. Oh ya, sebenarnya nak kongsikan dengan korang pasal biskut Gery Salut Markist ni hah. Baru baru ni lah biskut ni jadi viral, sana sini cakap pasal biskut gery. Nani pun dah lama mencari, baru petang tadi dapat rasa sebab ada kawan jual. Hari tu gigih cari dekat Aeon Big tapi tak ada. Kemain susah nak cari eh biskut ni. Hahaha! 
Biskut Gery Salut Malkist
Ini lah rupa packaging biskut gery tu. Ada dua jenis, satu cheese dan satu lagi coklat. Nani haruslah pilih cheese sebab orang cakap sedap sangat. Dalam satu paket ni ada lah dalam 10 keping kalau tak silap Nani. Tadi tak sempat nak kira plus biskut tu pun dah patah patah sebab dari pagi sampai lah ke petang duduk dalam beg. Lupa betul nak keluarkan masa lunch tadi. Tak kisah lah patah ke tidak biskut nya, asalkan dapat rasa. Ehehe. 
Biskut Gery Salut Malkist
 Sedap lah jugak rupanya biskut Gery ni, patutlah ramai sangat yang cakap cakap pasal biskut ni. Terus rasa menyesal sebab beli satu paket aje. Hahah! Kawan Nani jual satu paket ni dalam RM6. Ada yang jual lagi mahal dari ni tau, korang kena lah pandai cari yang mana satu jual murah. Dekat mana nak cari? Ha cuba lah tengok tengok dekat Instagram tu, selalunya ada aje jual. 
Biskut Gery Salut Malkist
Kalau makan sorang ni memang sekejap aje habis. Biskut ni satu lapisan cheese dan satu lagi ditabur gula. Ala macam biskut bergula yang biasa tu cuma yang ni ada tambahan cheese. Gitu. Peminat cheese tu boleh lah try rasa biskut ni pulak. Pada Nani yang memang peminat cheese ni memang sedaap lah tapi tak tahu lah pada orang lain kan. Tekak masing - masing. Heheh. Korang ada tak yang pernah makan biskut Gery ni? Ejaan dia Gery okay bukan Gary dalam Running Man tu. Lol 😆 Sekarang misi nak cari milo cube tu pulak. Tak boleh lah tengok benda benda yang viral ni, mesti nak beli. Haih lah Nani. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page