Mr Dakgalbi di Melawati Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni ajak kawan Nani keluar semata mata nak makan dekat Mr. Dakgalbi. Tiba tiba teringin pulak sebab dah lama tak makan dekat sini. Hahah! Dia punya teringin tu memang lah, semua yang mahal mahal. Nasib baik lah masing masing onz aje bila ajak makan dekat Mr. Dakgalbi. Selalunya kita orang pergi outlet yang dekat Setapak tu, tapi sebab dah ada buka cawangan dekat Melawati Mall, kita try lah yang dekat sini pulak. Plus boleh jugak cuci mata kan lepas makan tu. Eheh. Sekarang ni dah banyak jugak cawangan dia orang, nanti korang check it out lah okay mana outlet yang terdekat kalau nak pergi. Rasanya lepas ni kalau nak makan dekat Mr Dakgalbi memang akan pergi yang dekat Melawati Mall ni aje lah sebab outlet dia orang yang dekat sini, dia orang combine sekali tau dengan Chicken Plus. So, kalau kita makan dekat Mr Dakgalbi boleh lah nak order jugak menu yang dekat Chicken Plus. Nani pun baru jugak tahu lepas tengok story Instagram kawan hari tu. Heheh. Apa yang best sangat dekat Mr Dakgalbi ni? 
Fried Rice Set (RM 50.00)
Selalunya kalau Nani datang sini ramai ramai, memang akan order set yang ni lah sebab boleh share sikit orang. Heheh. Macam yang korang tengok dekat gambar atas tu, ini set untuk 1 -2 pax tapi sebenarnya makan untuk tiga orang pun boleh. Banyak okay portion untuk satu set ni, serious kenyang lepas makan tu. Dulu around RM 47 macam tu aje untuk satu set ni, sekarang dah makin mahal. Nak makan sekali sekala boleh lah dekat sini, kalau selalu kopak jugaklah duit kita ni wakk. Hahaha! 
Kita orang add on ayam goreng dekat Chicken Plus jugak hari tu. Kali ni try flavour baru pulak, Crazy Spicy kalau tak silap Nani. Tak ingat sangat dah apa flavour yang Nani pilih hari tu, resit pun dah campak dekat mana entah. Hahah! Nani tengok ada tiga jenis flavour baru dekat Chicken Plus ni, next time boleh lah try pulak. Dulu Nani dah pernah share review Nani makan dekat Chicken Plus ni, korang boleh refer dekat entry ni okay, Restoran Chicken Plus di Melawati Mall
Boneless Chicken Regular (RM 16.00)
Untuk yang set boneless regular ni ada dalam sembilan ketul ayam macam tu. Pada Nani untuk flavour ni rasa dia biasa biasa aje, lagi sedap flavour Hot Shocking. Heheh. Tapi ini just pandangan & citarasa Nani tau, mana tahu kalau korang suka kan. Nani tak berapa minat sangat dengan flavour yang ni sebab rasa pedas pedas manis. Overall puas hati lah makan, setakat ni servis & makanan dekat Mr Dakgalbi ni tak pernah lagi lah tak sedap. Nani hari tu pergi time weekdays so tak ramai sangat orang. Korang pun jangan lupa try makan dekat sini okay! 

18 comments:

  1. tak pernah try lagi. nanti ada masa nak trylah. jemput singgah blog saya
    https://nurulnajihah38.blogspot.com/2019/01/new-year-new-goals-i-2019.html

    ReplyDelete
  2. kena mkn rmi2 meriah la..tk pernh try lg..ada tgk aritu ms pi melawati mall

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Amy, ramai ramai baru syokk lagi pun portion dia banyak jugak. Berbaloi lah dengan harga tu.

      Delete
  3. Nampak sedap la Nani..akak suka yang jenis ramen tu..kalau nasi dia cepat kenyang..ayam dia pun sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pulak lagi suka nasi daripada ramen tu. Hahah! Tapi dua dua pun sedap kan.

      Delete
  4. Replies
    1. Haah mek tapi berbaloi lah sebab portion besar. Itu yang kena makan ramai ramai, baru boleh share duit sikit sorang. Heheh.

      Delete
  5. Lama dah tak makan Mr. Dakgalbi. Last time makan dekat outlet IOI City Mall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom nanti lepak dekat sini bila bila Farah balik Malaysia. Eh hari tu cakap nak balik for good kan? Tahun ni ke?

      Delete
  6. Tak pernah cuba makan dekat sini. Nampak sedap tu nani. Boleh lah ke sini nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap kak Ana, nanti boleh lah try makan sini okay! Macam macam ada.

      Delete
  7. Wow sedapnya mama xpenah makan Kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap! Nanti try lah, berbaloi dengan harga.

      Delete
  8. sedap pulak tengok memalam , nasi baik lah kat sini takde kalau tak habis duithahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Bila bila jalan KL nanti boleh lah try Yana. Sedaap!

      Delete
  9. aida x pernah try, nani.
    korea ekk?
    ada member share gak kat fb restoran ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page