Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Macam yang kita tahu wangian sememangnya berupaya untuk menghidupkan suasana & menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu
mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin
harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di
bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap
lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu
bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan. Macam Nani sendiri, wajib untuk beli dan guna gel mandian yang berbau wangi dan kekal lama. Iye lah, tak nak lah nanti bila berjalan dengan orang lain tiba tiba ada bau yang tak best kan. Tak kira lah lelaki mahu pun perempuan, wajib untuk kekalkan haruman badan sepanjang masa. Hari ni Nani nak share satu lagi gel mandian terbaru daripada Enchanteur Paris yang sememangnya terbaik.
Pada Nani pemilihan gel mandian yang sesuai sangat penting dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang
diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk
disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang
mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi
halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang
memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian
termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu
terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang
akibat tekanan sepanjang hari.
Demi memberi
wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan
Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian
Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini
meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman
yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan
berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan
melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan
berbau harum.
Kini, pengalaman
di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR
Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel
Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap
satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan
diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.
1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris -
Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)
Serlahkan
kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan
Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan
kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.
2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon
Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)
Tingkatkan daya
tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh
Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia
memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk
temujanji kasual.
3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris –
Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Serlahkan dirimu
dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak
Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit
serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.
Tidak ada yang
lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti.
Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas
kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan
harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling
diraikan setiap hari. Gel Mandian Wangian
ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung)
/ RM17.55 (Sabah Sarawak). Jangan lupa untuk dapatkannya di mana mana pasaraya yang berhampiran dengan korang okay.
wahh ada wangian baru lagi. besar botol dia. tak rugi lah kalau beli kan
ReplyDeleteYass! Wangi bau diaa, memang syok guna.
Deletesiap dpt perfum kecik tu ye, menarik jgk nih nani... akak suka try mcm2 mandian jnji wangi... tp tak suka jenis yg mcm melekit sgt lps dh bilas ngn air
ReplyDeleteSama lah kita kak Dana. Nani tak berkenan jugak kalau shower gel yang jenis melekit tu rasa macam tak bersih aje lepas mandi. Hahah!
DeleteNesti best Dan wangi kan
ReplyDeleteYee kak, wangi kemain. Nanti try tau!
DeleteMesti wangi.. Sha tak jumpa lagi gel mandian ni..
ReplyDeleteWangi kak Sha, Nani suka lah dengan gel mandian ni.
Deletemesti wangi ni. dia nye perfume dulu time sek wajib ada hehe..
ReplyDelete