Don's Builder Kontraktor Bina & Ubah Suai Rumah di Kawasan Utara

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraang! Siapa orang utagha dekat sini? Hari ni Nani nak share satu benda yang menarik khas untuk korang yang tinggal dekat area Pulau Pinang, Perlis dan jugak Kedah. Setiap orang mesti ada impian nak ada rumah sendiri kan. Pada Nani, dalam banyak banyak aset, rumah antara investment yang paling berbaloi sekali untuk kita beli. Harga rumah sekarang pun boleh tahan jugak lah mahalnya kalau nak beli, memang untung siapa yang ada tanah sendiri, boleh lah bina rumah ikut citarasa dan konsep yang kita nak. Bila nak bina rumah sendiri ni mesti lah paling susah nak cari kontraktor yang betul betul boleh buat kerja dengan kualiti yang tip top. Betul tak korang? Nani memang jenis yang sangat mementingkan kualiti lagi lagi kalau nak bina rumah ni. Tak nak lah nanti baru duduk sebulan dua lepas tu dah ada kerosakan dekat sana sini. Nanti nak kena keluarkan duit lagi untuk baiki yang rosak tu kan. Paling risau sekali, kalau kena tipu dengan kontraktor. Nanti duit entah ke mana, lepas tu rumah kita pulak yang tak siap. Seraaamnya membayangkan benda benda macam ni kalau terjadi. Tak pasal pasal pulak rumah impianku musnah. So, hari ni Nani nak share dengan korang salah satu kontraktor yang trusted dekat area Utara. 
Don's Builder Kontraktor Bina & Ubah Suai Rumah di Kawasan Utara
Korang pernah dengar tentang Don's Builder? Hah kalau tak pernah dengar, jom baca apa yang Nani nak kongsikan ini. Untuk pengetahuan korang, Don's Builder merupakan kontraktor binaan yang berdaftar dengan CIDB khusus dalam kerja - kerja seperti mengubahsuai rumah, membina rumah di atas tanah sendiri, penambahan rumah dan juga lukisan pelan. Kalau korang nak renovate rumah yang sedia ada sekarang pun, boleh guna khidmat Don's Builder ni okay! Dia orang ni telah berkhidmat selama dua tahun dan sepanjang dua tahun tu tak pernah lagi ada projek yang terbengkalai atau pun tertangguh. Haih, memang seronok sangat tau bila ada kontraktor yang boleh buat siapkan kerja on time dengan hasil yang berkualiti macam ni. 
Don's Builder Kontraktor Bina & Ubah Suai Rumah di Kawasan Utara
Paling menarik sekali, Don's Builder ni sangat mementingkan hasil kerja yang berkualiti di dalam setiap binaan dan memastikan mutu binaan terjamin serta menepati citarasa client. Nani suka contactor yang macam ni, jenis yang senang dibawa berbincang. Mudah lah nanti kita nak terangkan konsep rumah yang macam mana kita nak. Iye lah, rumah ni bukannya untuk kita duduk sehari dua tapi untuk sampai ke hari tua. Mesti lah kita nak rumah yang selesa untuk menetap. Betul tak korang?
Don's Builder Kontraktor Bina & Ubah Suai Rumah di Kawasan Utara
Kalau korang tak ada design rumah lagi pun tak apa tau sebab Don's Builder boleh sediakan untuk korang juga. Dekat atas ni antara design yang sedia ada daripada Don's Builder. Macam macam jenis design ada, tinggal pilih aje design mana satu yang korang berkenan di hati. Harga pula macam mana? Bab harga pun korang runding lagi dengan dia orang. Konsep dia harga yang kita bayar tu setanding dengan kualiti rumah yang akan Don's Builder bina nanti. Kalau Nani memang sanggup lah bayar berapa pun asalkan bila dah siap rumah tu, kita puas hati, nak tinggal pun selesa. 
Don's Builder Kontraktor Bina & Ubah Suai Rumah di Kawasan Utara
 Ini antara rumah yang telah dibina oleh Don's Builder. Kalau korang nak tengok lebih banyak Portfolio Projek hasil kerja dia orang, boleh check it out dekat website Don's Builder ni okay! Nani ada share dekat bawah ni, link website dia orang. Oh ye, untuk pengetahuan korang banyak jugak tau kawasan yang Don's Builder ni cover untuk yang nak buat sebarang pengubahsuaian rumah.  Korang boleh refer dekat bawah ni, mana tahu ada kawasan korang ke kan. Boleh lah lepas ni guna khidmat Don's Builder pulak. 
Pulau Pinang: Butterworth, Kepala Batas, Seberang Jaya, Batu Kawan & banyak lagi. 
Kedah: Alor Setar, Jitra, Gurun, Kuala Nerang, Kulim, Sungai Petani & banyak lagi. 
Perlis: Arau, Kangar, Padang Besar, Kuala Perlis, Simpang Empat & Beseri. 
Don's Builder Kontraktor Bina & Ubah Suai Rumah di Kawasan Utara
Korang tunggu apa lagi tu, lepas ni boleh lah terus contact Don's Builder ni okay! Dijamin hasil kerja yang berkualiti dan tip top setanding dengan harga. Untung betul orang Utara sebab ada contractor yang macam ni. Daripada pelan rumah sampai lah siap bina sebuah rumah dia orang boleh buat. Harap harap lepas ni bukan dekat area Utara aje lah dia orang punya servis, Nani pun teringin jugak nak gunakan khidmat Don's Builder ni. Heheh. Untuk yang ada impian nak bina rumah ke, nak renovate rumah ke boleh lah runding terus dengan Don's Builder ni melalui Encik Rizal Razak di talian 017 - 5828538. Kalau korang nak tahu lebih lanjut melalui Don's Builder, boleh check it out link dekat bawah ni okay! Semoga entry ni membantu korang untuk mendapatkan kontraktor yang dipercayai. 
Instagram: Dons Builder
Facebook Profile: Rizal Razak 
Phone Number: 017 - 5828538
Alamat Pejabat: 
Sebelah Lebuh Raya Utara Selatan
Jalan Datuk Kumbar
05300, Alor Setar Kedah. 





20 comments:

  1. Wahh...menarik dan mudah. Ramai la lepas ni rakyat jelata negeri Kedah membina rumah cantik-cantik...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Untung betul jadi orang utara ni sebab ada trusted contractor macam Don's Builder. Tak payah risau nak renovate rumah ke apa nanti.

      Delete
  2. cantik rumah2 yang pernah dia buat.. huhuu. doakan kite pun ada rezeki nak beli rumah yee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, Nani pun berkenan tengok hasil kerja dia orang. Amin, ada tu rezeki Rrai
      nanti inshaAllah :)

      Delete
  3. Nani cari la jodoh orang utara..cari yg ada tanah sendiri senang nak buat rumah nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Okay lah nanti tambah dekat qualification tu kena yang ada tanah sendiri. Habislah kena cop high maintenance pulak nanti. Hahaha!

      Delete
  4. insyallah nti kalau ada rezeki dah pencen nak buat rumah atas tanah sendiri..bolehlah mtk advise kat depa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak El, memang recommended guna servis dia orang. Tip top!

      Delete
  5. nampak kemas hasil tangan dorang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, puas hati kalau dapat contractor yang buat hasil kerja macam ni. Power!

      Delete
  6. Nak buat rumah mmg kena pilih kontraktor yg dipercayai. Bagus ada mcm ni.. pembinaan pun nampak kemas dan cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bab pemilihan kontraktor ni paling penting sekali. Tak nak lah nanti rumah siap separuh jalan ke apa kan.

      Delete
  7. Cantik hasil bina rumah Dons Builder ni. Orang utara kalau nak buat rumah boleh lah dptkan quotation dr dons builder ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana, hasil kerja dia orang pun nampak bagus dan berkualiti.

      Delete
  8. tq atas prkongsian.. mana tau nanti kita nak buat rumah sndiri. hehe berangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Tak apa lah berangan, mana tahu nanti jadi kenyataan kan.

      Delete
  9. Suka sangat DOns Builder, dari lukis pelan, sampai rumah siap, berdaftar dengan CIDB lagi baik sebab semua maklumat didaftarkan. mereka punyai kepakaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yass betul sangat abang Arz. Untung yang duduk dekat utara tu, apa apa renovation nak buat boleh deal dengan dia orang.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page