Cuti Umum

Assalamualaikum & Hello.
Semalam tengok tengok kalendar, baru sedar tak lama dah nak cuti sempena Hari pertabalan Agong dengan Hari Pekerja. Nani tersangaaatlah laju bab bab cuti ni okay! Hahaha! Lagi lagi bila sekarang sibuk mengahadap bertimbun timbun kerja. Elok submit satu, datang lagi satu assignment. Semoga diberi kekuatan yang luar biasa lah nak hadap lagi enam assignments ni hah. Eh dalam sibuk sibuk pun sempat jugak cari masa sikit nak update entry. Tak sabar sebenarnya nak submit semua assignments ni supaya boleh bercuti dengan tenang nanti. Sebab ada dua minggu berturut turut weekend tu cuti lama sikit, terus otak laju laju fikir nak ke mana. Ingat cuti Pertabalan Agong nak balik Pahang sekejap, minggu lagi satu tu masih lagi merangka rangka nak ke mana. Sebenarnya bukan lah nak bercuti sangat pun, dapat lari sekejap daripada semua kerja ni dah ok. Kalau dapat pergi tempat yang ada pantai pun macam best ni. Eh? 😆 Mungkin nak check in mana mana hotel aje, 
Sekarang lagi lah terasa nak berehat. Huhu. Physically & mentally totally drained. Tapi itu lah lumrah belajar kan, awalnya pahit insha Allah penghujungnya nanti akan ada kemanisan yang menanti. Selalu pegang pada kata kata ni bila rasa down tak pun rasa penat dengan macam macam kerja. Sikit aje lagi Nani, tak lama dah nak jumpa garisan penamat :")
Rindunya Langkawi. Hahah! Sesuatu sangat buat throwback tempat tempat pergi bercuti hari tu. Duit tabung tak penuh lagi kalau nak pergi bercuti, kena tunggu hujung tahun baru lah boleh plan nak jalan jalan jauh sikit. Heheh. Berjalan tempat orang ni memang best, lagi lagi kalau pergi dengan family tak pun kawan kawan. Fuh! Perasaan dia bila dapat pergi bercuti tu, macam dah tak ingat jalan nak balik. Hahaha! Korang pulak dah ada plan ke nak pergi mana cuti umum tak lama lagi ni? 😊 

15 comments:

  1. Hihi kalau pergi holiday tempat yang ada pantai memang best. 😄

    ReplyDelete
  2. tk sbr nk cuti kn...akak xsbr nk holiday gk...otel dh booking

    ReplyDelete
  3. Selamat merancang percutian. Kalau cuti akk tak gi mana pon :-(

    ReplyDelete
  4. biasalah nani, kalau otak dh pnt bt assignment mmg pantang nampak cuti, nk rehat je rsanya

    dpt balik kg pun dh best sgt dh tu akak rsa

    ReplyDelete
  5. tak plan ke mana2 pun, duduk rehat di rumah je lah kot. KL always jem...huhu

    ReplyDelete
  6. Memang kalau tengah belajar, rasa tak sabar nak hantar semua assignments dan lepastu dapat bercuti dengan aman kan? rasa macam dah tepu sangat bila menghadap semua benda tu haha.

    ReplyDelete
  7. cuti kita kena kerja rasanya. maklomla tgh buat part-time ni T__T

    ReplyDelete
  8. Kami di Terengganu la kesian sebab cuti selang sehari. tak dapat cuti kapit org kata. sebab Jumaat Sabtu cuti

    ReplyDelete
  9. Akak cuti pun keje keje pun keje..kekeke...

    ReplyDelete
  10. kalau org kerja hari cutilah yang paling suka

    ReplyDelete
  11. dah ada plan dah.. member ajak ride naik moto pi genting dari penang.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Cuti hujung minggu ni nak balik kampung. Cuti lagi satu tu dah ada plan. Hotel pun dah booking tapi tak tahulah jadi ke tidak... Akak ni kalau plan, plan, biasanya tak menjadi!

    Untunglah Nani masih lagi belajar. Komitmen tak banyak mana. Nantilah bila dah bekerja dan berkeluarga. Masa tulah rasa macam nak balik zaman belajar semula. Banyaknya komitmen, adakalanya rasa ngeri pun ada tau!

    Enjoylah puas-puas sementara jadi student ni. Akan datang, lagilah padat schedule tau!

    ReplyDelete
  13. cuti,cuti kite adalah tido. hahahah

    ReplyDelete
  14. I need a break too! Yeyayyy dah ada plan cuti ni nak ke mana heheh.

    ReplyDelete
  15. nak a break jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page