Hujung Minggu di Pahang

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu yang panjang baru ni sebab bersambung dengan cuti Thaipusam. Kalau ikutkan, Khamis sehari tu aje cuti nya tapi Nani terus aje cuti berderet sampai hari Ahad. Rabu petang terus ambil bas gerak balik Pahang. Alang alang dah tiga minggu tak balik Pahang so kali ni balik lah lama sikit. Heheh. Kalau duduk sana pun bukan ada apa sangat nak buat, roomate Nani pun habis semua balik. Biasalah kan kalau dah ada cuti yang bersambung sambung macam tu rugi kalau tak manfaatkan. Eh? Tapi balik Pahang krik krik jugaklah sorang sorang dekat rumah sebab Pahang tak ambil cuti Thaipusam. Tapi kisah apa kan, there is no place like a home. Even orang lain tak cuti, banyak jugak benda boleh buat. Heheh 😁
Kalau balik Pahang memang tak akan jumpa istilah lapar ke diet ke. Hahah! Macam macam makanan ada. Pagi Jumaat kawan Nani ajak cari nasi kerabu, apa lagi laju aje setuju. Nasi kerabu dengan ayam percik untuk breakfast. Tapi kalau dah portion macam ni, memang kenyang sampai ke petang lah. Tambah pulak breakfast kiterang tu dah pukul sepuluh lebih. Biasalah breakfast orang bujang 😆
Sabtu tengah hari pulak abah dengan ibu pergi kenduri kahwin, memang dah tak masak lah kan dekat rumah. Nani ni kadang kadang malas jugak nak pergi kenduri. Heheh. Nani pun geledahlah  peti ais tengok apa yang boleh dimakan. Bila nampak ada kuey teow terus lah buat kuey teow goreng. Jangan tanya mana sayur, memang nan hado. Tambah pulak kalau hari ibu Nani tak masak, memang kosong aje peti ais tu. Kuey teow goreng simple simple je ni, campak fish cake dengan udang tiga ekor. Korang punya weekend pulak macam mana? 

Lunch di Sunway Putra Mall

Assalamualaikum & Hello.
Rabu baru ni dari pagi sampai ke tengah hari memang busy sangat sampaikan tak sempat nak makan. Settle semua benda, terus siap siap nak balik Pahang pulak. Dah lah masa tu tiket pun tak beli lagi untuk balik. Ehehe. Suka sangat beli on the spot. Lagi pun cuti Thaipusam semalam aje, hari ni orang still kerja tu yang tak risau sangat kalau beli on the spot. Sampai Titiwangsa dah pukul tiga, siap beli tiket apa semua terus patah balik pergi Sunway Putra Mall. Gigih okeh demi perut yang kosong. Hahaha! Masa pun dah suntuk masa tu, terus aje ke Chicken Rice Shop. Tak makan dari pagi kan, haruslah nak kena cari nasi jugak. Nasib baik servis dekat sini laju hari tu. I loikee 😍
The Chicken Rice Shop
Sorang aje pun tapi menggedik nak duduk dekat meja yang enam orang. Hahah! Percayalah masa ni Nani setiap minit tengok jam sebab risau tertinggal bas. Dah pukul tiga lebih masa ni, bas pulak pukul empat petang. Tipu kalau cakap tak rasa menggelabah 😆
The Chicken Rice Shop
Menu macam biasa lah tiap kali datang makan dekat sini. Sebab sensorang aje, tak ada add on menu lain pun dan tak sempat nak menikmati setiap suapan sangat. Keh keh. Faham aje lah kalau dah tengah lapar tu plus bas pun bukan tunggu kita. Siap makan terus ke Titiwangsa semula. Elok Nani naik bas, duduk sekejap, bas pun jalan. Fuhhhh! Kalau lambat sikit hari tu memang bye bye lah jawabnya 😆 Tobat lepas ni taknak buat macam tu lagi dah. Hahah! Nasib baik lah PWTC dengan Titiwangsa tu beza satu stesen aje. Heheh. Ok lah, have a nice weekend! 

Cheesy Wedges

Assalamualaikum & Hello.
Cheezy Wedges
p/s : Esok cuti Thaipusam, apa plan korang? 

Hujung Minggu di Subang

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya CNY hari tu tak balik Pahang lepas tu kawan kawan pulak ramai yang balik, memang krik krik lah jawabnya sorang diri kan. Lagi pun kalau nak balik Pahang time tu memang tak lepas jugak sebab banjir. So terus decide nak lepak rumah makcik Nani dekat Subang. Sebab CNY ramai yang nak balik kampung kan, panjang jugaklah beratur semata mata nak beli tiket KTM dekat KL Sentral. Machine pulak time time tu jugaklah rosak, stress betul. Kalau tahu macam tu lah punya ramai, Sabtu baru gerak pergi Subang. Bila lepak rumah mak cik ni memang boleh fefeeling macam duduk rumah sendiri lah. Macam macam pulak tu lauk feveret yang dimasak. Nikmat! Terubat lah rindu dekat rumah tu kan. Hahaha! Macam lah dah lama sangat tak balik 😆
Gulai lemak pucuk ubi campur terung pipit. Sedap nya lahai. Heheh. Kalau dekat cafe sini memang takkan jump lah gulai lemak yang macam ni. Selalunya cair sangat gulai lemaknya sampai kadang kadang tak rasa macam makan gulai lemak. Huhu. Tak baik tau masak macam tu.
Siakap tiga rasa ni Nani yang masak. Ehem, nak jugak bagitahu dia yang masak. Hahahah! Haruslah, kalau nak resepi boleh pm tepi. Tapi rasanya siakap tiga rasa macam ni semua orang pro kan nak buat. Campak campak aje dah siap! Hehehe. Nani kalau ikan siakap memang suka buat masa tiga rasa macam ni tak pun masak stim. Ohmai kecur air liur pulak. Minggu ni nak balik Pahang nak buatlah. Sebab Khamis cuti Thaipusam, terus aku lajakkan cuti sampai ahad. Esok petang dah gerak balik sana kalau takdek hal. Tiga minggu dah tak balik, semua yang dekat rumah tu dah memanggil manggil nampaknya. Eh 😉

GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY SEPHIA BY NIK AINAA
klik SINI untuk join 

Peria Goreng Berlada

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu abah ada suruh Nani masak peria goreng berlada and Nani yang tak pernah masak apatah lagi makan ni macam blur blur sikit. Hahah! Tak ada lah susah mana pun nak masak peria goreng berlada tu, sama aje macam biasa tapi biasalah Nani kan. Kalau tak pernah masak, memang blur habis. Nani ni pun tak pandai nak agak peria tu dah masak ke belum. Sudahnya ambik gambar hantar dalam WhatsApp family tanya. Kah! Baiklah tanya kan sebelum abah makan peria yang tak cukup masak. Nasib baik bila abah makan peria tu abah tak cakap apa apa. Tak tahu lah sedap ke tidak ke. Tapi kalau dah abah makan elok tu, sedap lah kan? Eh? 😂 Dekat bawah ni ada Nani kongsikan resepi peria goreng berlada, mana lah tahu kot kot ada yang nak mencuba. 
Peria Goreng Berlada
Bahan - Bahan :
- Cili padi
- Bawang besar & bawang putih
- Udang
- Peria
- Garam 
Cara - Caranya : 
1) Tumbuk atau kisarkan sekali cili padi, bawang besar dan bawang putih. Kemudian tumiskan bahan bahan ni tadi dalam minyak panas.
2) Lepas tu masukkan peria dan kacau sebati. Masukkan air sikit sebab nak bagi peria tu cepat masak.
3) Last sekali baru masukkan udang dan garam secukup rasa. Udang masukkan last sebab udang cepat masak. 
4) Siap!
Ha mudah sangat kan. Hahaha! Dah pro kan boleh lah cakap gitu. Hari tu gelabah gelabah ayam jugak lah bila abah suruh masak memula tu. Heheh. Mana yang dah tak tahu nak masak peria macam mana, boleh lah try resepi Nani yang tak seberapa. Korang suka makan peria? 

Nasi Kandar Deen Maju di Penang

Assalamualaikum & Hello.
Masa dalam perjalanan balik dari padang kota ke hotel, Nani dapat sorang driver grab car yang ramah sangat. Suka tau dapat yang jenis peramah dan suka berborak ni. Lepas tu pak cik driver tu lah yang bagi tahu pasal Nasi Kandar Deen Maju ni paling sedap bagi dia. Nani pun ada jugak baca dekat blog orang lain pasal restoran ni. Nani ingatkan yang dekat Jelutong tu rupanyanya lain. Heheh. Mana lah saya tahu 😆 Nani pernah baca ada yang cakap sampai dua jam kena beratur semata mata nak makan dekat sini. Fuhh gigihnya kan. Nani bila tahu macam tu, apa lagi siap je solat maghrib terus keluar. Ingat nak naik rapid ke komtar lepas tu jalan kaki je, sekali ada akak blogger tu cakap jauh kalau nak jalan kaki. Sebab risau ramai orang, terus ambil grab car. Heheh. 
Nasi Kandar Deen Maju di Penang
Masa Nani sampai orang memang dah start beratur tapi tak ada lah panjang sangat. Ada lah dalam sepuluh orang macam tu depan Nani. Heheh. Legaaa. Perut pun dah lapar masa tu, memang tak boleh nak berkompromi langsung. Nampak kedai ni macam kecik je kan tapi sebenarya luas jugak.
Nasi Kandar Deen Maju di Penang
Nani pilih ayam goreng dengan sayur kobis. Ikutkan minta telur masin sekali tapi mungkin dia tak dengar kot. Heheh, Sepinggan ni cuma RM6.50 aje. Banyaklah nasi dia, tak habis pun makan. Terlupa nak mintak separuh. Hahah! Selain dari nasi putih, ada jugak nasi tomato dengan nasi apa entah yang warna kuning. Nani tengok hari tu orang meja sebelah makan. Dia siap makan dua pinggan woo. Terperanjat tengok. Hahah! Iya lah, Nani yang sepinggan ni pun puas nak habiskan. Memang betul lah cakap pak cik grab car tu, sedaaap! Ayam goreng dia tu paling Nani suka. Korang yang nak makan nasi kandar sedap, boleh lah ke sini. Selamat mencuba! 

Wordless Wednesday : Domino'sCake

Assalamualaikum & Hello.
Peanut Lava Cake vs Chocolate Lava Cake. Which one do you prefer?
Me both! Hahaha! 😆

Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang

Assalamualaikum & Hello.
Last day dekat Penang, wajiblah cari ikan bakar kan. Lepas dah google sana sini, cari restoran mana yang sedap, sudahnya Sham Hammer Ikan Bakar Special ni jadi pilihan. Nak cari pun mudah. Restoran Sham Hammer ni tersangatlah dekat dengan Queensbay Mall dan menghadap ke laut. Memang layaan habislah. Heheh. Dari restoran ni jugak boleh nampak Jambatan Pulau Pinang. Nani mula mula ambil bas rapid ke Queensbay Mall lepas tu naik grab car ke restoran ni. Dekat aje, nak jalan kaki pun boleh. Tapi sebab dah banyak hari asyik jalan kaki, memang dah tak larat nak menapak. Hahah! Letih jugak weh, rasa macam nak angkat kaki pun tak larat 😆
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Restoran ni sangatlah luas. Nani pergi dalam pukul enam lebih macam tu, tak ramai sangat orang. Servis pun lajuu. Tapi start lepas maghrib tu dah mula lah ramai. Biasalah kan.
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Taraaa! Ini lah menu pilihan lepas dah puas baca menu berkali kali. Hahah! Ikan siakap bakar, tomyam campur dengan paprik sotong. Rasa macam kenyang gila malam tu, nak balik pun tak larat dah nak tunggu bas, terus je ambik grab car ke hotel. Tak ada lah mahal sangat pun naik grab car, dalam RM16 aje. Okay lah harga tu, sebab jarak dari hotel nak ke restoran ni jauh jugak hah. 
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Nani hari tu tersilap sebab pergi order untuk dua orang makan. Banyak woo, puas nak habiskan berdua. Suka lah restoran yang tak kedekut macam ni. Tomyam diapun cukup lah semua rasa.
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Nampak kan banyak sangat sotong tu. Patutnya mintak paprik sayur je hari tu, ini dalam paprik ada sotong, tomyam ada sotong. Hahah! Paprik pun sedaaap. Alaa semua lah sedap dekat sini.
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Hari tu kiterang order je nak ikan bakar (tak pergi pilih sendiri pun ikan) sekali sampai ambik besar kemain untuk dua orang makan. Nani dengan kawan pun kenapa entah hari tu boleh blur blur sangat. Hahah! Mungkin sebab badan dah terlampau penat sampai lupa nak pergi pilih ikan sendiri. Ikan ni dalam berapa puluh ringgit entah. Nani dah lah dengan tak bawak cash banyaknya, kawan pulak tak withdraw duit lagi, hah gelabah jugaklah masa nak bayar tu. Hahah! Risau lah jugak kalau duit tak cukup kan. Ikan bakar dekat sini sedap, makan gitu je pun dah okay. Ada pulak air asam kan, memang ngam lah. Terbaaaaik!

Cuti Panjang

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni dah last day bekerja sebelum cuti panjang, mesti semangat tu lain macam sikit kan. Betul tak? Heheh. Budak budak sekolah lagi lah seronok kan, start cuti dari hari semalam bersambung terus ke hari Selasa depan. Fuhh lama tu duduk rumah. Sekarang memang dah selaras cuti bila tiba musim perayaan macam ni. Baru lah adil, tak ada lah nanti ada yang complain cuti Raya lama, cuti lain sekejap and so on. Semalam WhatsApp dengan ibu Nani, katanya dekat Pahang still lagi hujan lebat dan berterusan. Harapnya tak banjir lah macam dulu dulu. Risau jugak kalau air naik, nanti mula lah bekalan air terputus lah, elektrik tak ada lah. Huhu. 
Korang plan ke mana cuti raya cina ni? Mesti ramai yang ambil peluang balik ke kampung kan. Nani kali ni menghabiskan cuti di Selangor aje. Lagi pun dengan musim hujan tak menentu ni, kang kalau banjir tak lepas pulak nak balik. Satu hal pulak kan. Ha mana yang ada dekat Kl atau Selangor tu, meh lah pm tepi kot kot boleh jumpa. Hahah! Tengah terfikir jugak ni nak buat apa cuti tiga hari ni. Apa pun, mana yang nak pergi bercuti ke, balik kampung ke, hati hati memandu dan semoga korang selamat sampai ke destinasi yang dituju. Ehehe. Selamat bercuti! 

p/s : Kalau dah namanya pun cuti, blog pun bercuti jugaklah. Eh? 😆

Street Art Penang

Assalamualaikum & Hello.
Mula mula tu Nani dah cancel niat nak bergambar dekat Street Art ni sebab macam tak berapa nak ada masa dah. Biasalah kan pergi nya empat hari aje tapi merata tempat nak pergi, memang lah tak cukup masa. Hahah! Itu yang Nani fikir tak payah dah pergi Street Art. Sekali masa turun dekat bas dekat area Container Hotel tu ternampak ada Street Art. Ha apa lagi, berhenti dulu lah ambil gambar. Konon je memula tu dah tak nak pergi kan. Lepas tu masa tengah jalan nak cari Wonderfood Museum, ada lagi jumpa tiga ke empat Street Art. Heheh. Memang cun lah hari tu ambil keputusan turun dekat Container Hotel sebab dapat lah jugak jumpa Street Art. Kalau tengok dalam peta tu, Street Art ni ada berbelas jugak dekat sekitar lorong lorong dekat sini.
Ini Street Art yang pertama kalau tak silap yang Nani jumpa. Hahah! Lupa dah. Hari tu Nani bayangkan Street Art dekat Pulau Pinang ni ada dekat satu lorong je rupanya dekat banyak lorong. Kalau nak cari semua Street Art yang ada, memang kena gigih sikitlah berjalan. Hahah! Nani hari tu pergi mana yang nampak aje lagi pun cuaca dah tengah hari. Panas woo! 
Street Art Penang
Street Art yang ni macam femes jugak sebab selalu nampak orang bergambar dekat sini. Hahah! 
Street Art Penang
Mencabar jugaklah nak ambil sekeping gambar sebab nya dekat lorong ni jugak ada kenderaan lalu lalang. Tambah pulak hari tu hari Jumaat, lagi lah sibuk sikit. Masa dekat sini, tengah sibuk nak ambik gambar tu tetiba ada jodoh  mat salleh datang. Siap offer diri nak ambilkan gambar Nani dengan kawan Nani. Hahah! Ingatkan nak suruh ambilkan gambar dia mula nya tu. Dah dia offer nak ambil gambar, posing je lah elok elok. Ehehehe 😆
Street Art Penang
Ini aje lah Street Art yang sempat Nani bergambar. Ada jugak jumpa yang lain tapi penuh tourist berkerumun. Tak kuasa nak tunggu. Lagi pun misi utama nak cari Wonderfood Museum, Street Art ni kira sambil lalu je. Heheh. Korang kalau nak cari semua Street Art yang ada boleh refer peta free yang diorang letak dalam basikal (basikal tu refer dekat SINI) Memang membantu sangat peta tu sebab dia dah list siap siap semua Street Art yang ada siap tunjuk dekat lorong mana. Mudaah sangat!
Ais Kepal
Dalam sibuk mencari Wonderfood Musuem dengan Street Art tu, terjumpa lah ais kepal ni hah. Tengah panas terik tu kan, memang elok sangat lah bila jumpa ais kepal. Ada banyak perisa, pilih lah mana yang berkenan dek tekak. Heheh. Sedaap! Jangan tanya ais kepal ni dekat belah mana sebab Nani memang dah tak ingat tu jalan apa. Kebetulan aje hari tu jumpa, terus beli. Itu lah 'untungnya' jalan kaki, banyak benda yang boleh jumpa secara tak sengaja. Heheh 😉

Georgetown Herittage Chocolate Penang

Assalamualaikum & Hello.
Nani ni memang sejenis peminat coklat, tak boleh tidak mesti pergi jugak kedai ni. Heheh. Kalau ikut plan asal Nani nak pergi The Chocolate Boutique tapi sebab tak berapa tahu dekat mana, kiterang pun ke sini. Nani tahu pasal kedai ni sebab ada orang bagi pamplet masa Nani tengah berjalan nak ke Padang kota Lama. Kedai coklat ni baru aje dibuka awal Disember hari tu kalau tak silap dan masa Nani pergi hari tu ada less sebanyak 15%. Dah nampak ada less tu lagi lah tak sabar nak pergi kan. Heheh. Georgetown Herritage Chocolate ni sangatlah senang nak cari. sebab kedainya sangat dekat dengan Mahkamah Civil & Dewan Sri Pinang. Hari tu tak sesat pun lah nak cari. Ehehe 😉
Georgetown Herittage Chocolate Penang
Suka lah datang sini sebab pekerja diorang sangat friendly, senyum aje. Yang paling best banyak sangaaat pilihan coklat sedap sedap yang ada. I likeee 😍
Georgetown Herittage Chocolate Penang
Rambang mata jugaklah hari tu tengok macam macam coklat ni hah. Nani diberitahu yang semua coklat ni datang dari Belgium. Patutlah sedap sangat coklat coklat dekat sini.

Georgetown Herittage Chocolate Penang
Sebelum korang beli, boleh rasa dulu semua coklat yang adaa. Untung sangaat kan. Heheh. So nya nanti beli aje lah coklat mana yang korang rasa sedap. Nani hari tu rasa semua lah sedap sampai tak tahu nak beli yang mana satu. Hahah! Nak beli semua memang tak mampu lah awak 😆
Ini antara coklat yang Nani beli. Yang strawberry tu sedaaap sangat dan tak cukup. Hahah! Menyesal beli sekotak aje. Tiramisu tu pun sedap jugak sebab ada rasa pahit pahit sikit. Eh semua lah sedap. Sekotak ni dalam RM17.40 kalau tak silap Nani. Sorry lah macam dah lupa lupa sikit harga coklat dekat sini. Maklumlah dah lama sangat kan balik dari Penang. Heheh. 
Georgetown Herittage Chocolate Penang
Dah ada beca depan kedai coklat ni, haruslah bergambar kan. Merasa jugaklah Nani naik beca tak bergerak dekat Penang. Hahah! Walaupun masa ni banyak kereta yang lalu lalang tapi ku buat tak kisah je. Kahkah! Fefeeling tourist gitchew 😆
Georgetown Herittage Chocolate Penang
Untuk yang peminat coklat macam Nani, memang Nani syorkan korang pergi sini. Macam macam jenis coklat ada. Yang home made coklat pun ada tapi mahal lah. Kalau tak silap Nani 10 biji dalam RM50 lebih kot. Tak ingat dah. Heheh. Yang tu tak ada lah taster, kalau nak kena beli. Nani hari tu habis jugak lah dalam enam puluh lebih dekat sini. Haa nampak tak berapa banyak borong coklat tu kan. Lagipun keluarga besar, beli sikit sikit kang tak cukup pulak hah. Korang yang nak ke Georgetown Herittage Chocolate Penang ni boleh Waze aje alamat dekat bawah okeh 😉
30 Lebuh Light
10200 Georgetown Pulau Pinang
Waktu Operasi : 10.00 pagi sehingga 8.00 malam

Mee Sotong Sedap di Padang Kota Lama

Assalamualaikum & Hello.
Dah sampai Penang kan, rugi lah kalau tak cari mee sotong terbaik dekat Padang Kota Lama. Sebab kawan Nani tu memang orang Penang, dia lah yang recommend makan dekat sini. Katanya yang paling famous dekat Padang Kota Lama ni, mee sotong dengan coconut shake. Mula mula Nani ingat memang ada kedai mee sotong aje dekat situ, rupanya dekat Padang Kota Lama ni, konsepnya macam foodcourt. So kalau tak nak makan mee sotong pun tak ada hal, dekat sini ada banyaaak sangat pilihan makanan. Tertunai lah jugak akhirnya keinginan nak makan mee sotong yang selalu sangat digembar gemburkan sedap tu. Eheheh 😋
Mee Sotong Sedap di Padang Kota Lama
Nani pilih air kelapa dengan mee sotong. Plus Nani tak berapa minat sangat coconut shake. Portion sepinggan mee sotong ni tersangat lah besar. Nani hari tu pun puas jugak nak habiskan sepinggan ni hah. Kalau perut memang tengah kosong, memang ngam lah kalau order. Heheh. 
Mee Sotong Sedap di Padang Kota Lama
Ni first time Nani makan mee sotong dan yess sedap sangaaat. Memang menikmati sangat setiap suapan itu. Ewaah! Mee goreng tu memang 'mamak style' lah dan buat mee ni bertambah tambah lagi sedap sebab sambal sotong atas tu. Ada pulak taburan bawang goreng datas tu memang jatuh cinta terus hah. Sepinggan mee sotong ni cuma RM5, murahnya lahai. Dah lah dengan tak kedekutnya sotong, memang terbaiklah. Korang kalau ke Penang memang wajib makan mee stong dekat Padang Kota Lama ni. Recommended! 

Jalan Jalan di Batu Feringghi

Assalamualaikum & Hello.
Sebelum ke Penang haritu ada jugak plan nak cari hotel area Batu Feringghi ni tapi lepas tengok harga per night ha laju laju cancel. Biasa lah kan hoteal area pantai ni mahal sikit daripada hotel hotel lain. Even tak dapat menginap dekat hotel area sini, tapi dapat jalan jalan pun dah syok apa. Nani pergi pagi so macam tak ada apa sangat. Orang meniaga pun nan hado tambah pulak masa tu weekdays kan. Pak cik driver bas tu pun sebenarnya dah bagi tahu eloknya pergi petang ke sini sebab meriah sikit tapi sebab Nani dah plan nak ke tempat lain sebelah petang, tu yang pergi jugak pagi. Pagi pun ramai jugak orang area pantai ni cuma orang menjual tak ada lah sangat. Heheh. Lagi pun tak kisah sangat kalau tak ada orang menjual, sebab tujuan utama pergi Batu Feringghi ni nak main air. 
Jalan Jalan di Batu Feringghi
Cantikkk sangat kawasan pantai dekat sini, kalau dapat tengok hari hari memang best woo 😍 Nani hari tu memang tak teringat langsung nak bawa baju ke apa ke. Bila dah sampai sana tengok orang syok mandi, jeles jugak lah. Hahah! Terus rasa menyesal tak bawak baju. Sudahnya jalan jalan aje dekat gigi gigi air. Cewaaah! 😆 Tapi kalau dah dapat main air tu, dari celup celup kaki aje memula sudahnya basah jugak lah seluar. Gitu lah gaya orang jarang jumpa pantai. 
Jalan Jalan di Batu Feringghi
Selfie satu kali. Jauh jugak kiterang berjalan hari tu. Gigih sangaaat lepas tu nak patah balik mula lah mengeluh tak larat 😆
Dah penat jalan jalan haruslah perut pun lapar kan. Tambah pulak pagi tu cuma makan roti canai sekeping. Nani dengan kawan makan dekat restoran depan Hotel Hard Rock, ingat nak cari laksa sekali tak siap lagi so order lah char kuey teow. Sepinggan ni RM8 tapi berbaloi jugaklah sebab sedap dan banyak udang, kerang apa semua tu. 
Jalan Jalan di Batu Feringghi
Already miss this view. Tenang sangaaat. Dekat sini ada macam macam aktiviti boleh buat macam berkuda, naik bot, parasailing, yang penting kena ada duit aje. Ehehe. Hari tu ada jugak keinginan nak main parasailing tu tapi macam seram seram sejuk pulak. Hahaha! Biasalah I is kan selalu fikir benda yang bukan bukan 😆 Memang enjoy datang sini, dengan angin sepoi sepoi bahasa, bunyi ombak lagi, memang layaaan. Next time kalau ke Penang, boleh lah pilih menginap dekat hotel area sini pulak. Heheh. View memang  lawaaa 😊


Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN
Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN
Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga.
GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN


Upside Down Museum Penang

Assalamualaikum & Hello.
Sejak baca entry Sally Samsaiman pasal Upside Down Museum ni dulu, terus simpan niat nak pergi sini. Heheh. Sebab hotel Nani menginap pun dekat area Georgetown aje, mudah jugaklah untuk pergi muzium ni. Hari tu ada jugak plan nak pergi Muzium 3D Art & Tricks (kalau tak silap nama dia) tapi sebab Nani dah pernah pergi Muzium 3D Langkawi, Nani pilih lah muzium terbalik. Banyak dah rasanya sekarang ni muzium terbalik, dekat Sabah ada, Kuala Lumpur pun ada jugak. Upside Down Museum Penang ni dekat kawasan kedai, memang pada Nani agak susah lah nak cari. Macam biasa, sesat tu dah jadi perkara wajib sepanjang dekat sana. Hahah! Nani jalan kaki ke muzium ni dari Masjid Kapitan Keling. Iye awak jalan kaki sebab tengok dalam peta tu macam dah tak jauh sangat. Hahah! Kalau datang dengan geng bujang takdek masalah lah jalan kaki. Tapi malam tu sakit sakit jugaklah kaki nya. Heheh 😆 
Upside Down Museum Penang
Harga tiket Upside Down Museum Penang :
Pelajar : RM 11
Dewasa : RM16
Kanak - Kanak : RM8 (5 tahun - 12 tahun)
Upside Down Museum Penang
Masuk dalam muzium ni memang akan ada pekerja dia yang akan guide macam mana cara nak bergambar. Hahah! Iya lah masuk rumah terbalik kan takkan nak buat aksi biasa biasa. Haruslah luar biasa 😆 Ramai yang tanya Nani soala macam ni, "eh pergi berdua siapa yang ambikkan gambar?" Ha jangan risau, kalau pergi ke muzium ni memang 100% gambar diorang akan ambikkan. 
Upside Down Museum Penang
Nasib baiklah hari tu Nani dengan kawan pakai palazo kalau tidak erm erm. Hahah! Banyak sangat gambar yangdiorang suruh angkat kaki lah, buat itu lah ini lah jadi nya kalau pakai kain, faham faham lah kan macam mana jadinya nanti. 
Upside Down Museum Penang
Setiap kali lepas ambil gambar, diorang akan tunjuk lah macam mana kita nak tengok gambar tu. Heheh. Tapi Nani ni masa tu je lah ingatnya. Bila dah balik hotel, ha lupa habis semua. Nak letak dalam Instagram pun fikir sampai patloh kali dulu macam mana nak rotate 😆
Upside Down Museum Penang
 Dah pening kepala ke tu tengok gambar gambar ni? 😁
Upside Down Museum Penang
Memang dalam ni kita akan dapat bergambar bermula dari ruang tamu sampai lah ke bahagian bilik air. Eheh. Memang macam macam gaya lah boleh buat. Lagi ramai korang pergi, lagi best. 
Upside Down Museum Penang

Upside Down Museum Penang

Upside Down Museum Penang

Upside Down Museum Penang
Dekat bahagian ni yang paling Nani rasa nak tergelak. bila diorang rakam video dan suruh kiterang lambung lambung buah durian tu. Ohmai, rasa macam fake sangat muka. Hahahah! 
Upside Down Museum Penang
Ini je lah gambar yang macam proper dan elok. Hahah! Dah lah pening jugak tadi nak pusing pusing kan gambar yang banyak banyak ni hah. Pening kan tengok? Bukan takat korang je, Nani ni pun naik pening sama. Maklumlah dah lupa pun iye jugak macam mana nak letak gambar ni dalam keadaan terbalik. Pusing ikut ni tak jadi, pusing ikut sana tak jadi. Eh eh lah 😆 Cuma satu je lah pesanan Nani, kalau korang ke sini nak mudah pakai lah seluar okeh. Untuk korang yang nak ke Upside Down Museum Penang ni, boleh Waze alamat di bawah. 
45, Lembuh Kimberley
10100 Georgetown, Pulau Pinang.
Waktu operasi : 9.00 pagi sehingga 5.30 petang (Setiap Hari)

Roti Canai Transfer Road Penang

Assalamualaikum & Hello.
Hari kedua dekat sana awal awal pagi lagi dah keuar nak cari Roti Canai Transfer Road ni. Nani pun ambik pakej hotel yang tak include breakfast. Dekat Penang selain daripada banyak muzium yang boleh pergi, ada banyak jugak tempat makan yang best best untuk singgah. Heheh. Bila Nani google tempat makan sedap dekat Penang ni mesti salah satunya Roti Canai Tranfer Road. Memandangkan jarak kedai roti canai ni dengan Hotel Grand Inn yang Nani menginap tu tersangatlah dekat so kiterang jalan kaki aje. Cumanya memula hari tu Nani dengan kawan tersilap kedai. Hahah! Maklumlah jalan guna peta free tu faham faham je lah kan. Entah kedai siapa yang Nani masuk memula tu. Lepas dah naik rapid nak ke Batu Feringghi baru lah perasan kedai yang betul. Nani siap tanya lagi abang bas tu tau. Rupanya memang dekat sangat dengan hotel, dalam lima minit gitu. Tapi Nani tersilap jalan itu yang jadi tersalah kedai. Huhuh. 
So hari ketiga baru lah pergi ke kedai Roti Canai Transfer Road yang betul. Hahah! Masa Nani sampai tu sedang elok ada meja kosong. Langkah kanan gitu. Nak bagi mudahkan korang kalau nak makan dekat sini boleh cari stesen minyak Caltex. Kedai ni memang dekat sangat dengan stesen minyak tu. Actually not really said kedai lah, dia lebih kepada warung gitu. Heheh. Memang ramai orang tapi servis dia laju jugak lah. Seriously Nani blur sikit masa dia tanya nak order apa (faham faham je lah baru bangun tido kan, otak pun macam tak dapat nak hadam elok elok sangat 😆) 
Roti Canai Transfer Road Penang
Ini lah rupanya roti canai dengan ayam kari. Masa Nani order, dia tanya nak ayam ke daging terus lah jawab ayam (dia pulak tanya laju kemain, tak sempat nak hadam betul betul terus jawab ayam. Hahah). Ingatkan untuk kuah kari dia tanya tu, sekali ambik kau seketul ayam ada sekali atas roti canai tu. Ehehe. Memang sedap lah, kuah kari pekat dan pedas. I likee 😊 Selain daripada roti canai ni, roti bakar femes jugak dekat sini. Hari tu hampir hampir nak order roti bakar, nasib baik tak jadi. Makan ni pun dah rasa full sangat. 
Dekat sini konsep dia bayar asing - asing. Air bayar lain, roti canai bayar lain. Gitu. Masa orang tu hantar roti ni dia cakap 32 ringgit.Oi tercenggang jugaklah Nani tapi keluar jugak lah duit RM50 nak bayar kan. Terus lepas tu kawan Nani bisik "16 ringgit woo sarapan pagi ni." Terus terfikir takkan sebab ayam ni jadi 16 ringgit. Tapi lepas dia pulangkan duit baki balik sebenarnya tak sampai pun 16 ringgit, cuma RM6 aje sepinggan ni. Tak tahu lah abang tu tersasul atau sengaja nak kenakan. Hahahah! 😆 Gelabah jugaklah aku memula tu dengar RM32. Kah!
Roti Canai Transfer Road Penang
kredit SINI 
Kedai ni tepi jalan aje dan ada jugak bas rapid yang lalu sini, senang aje kalau nak pergi. Memang sentiasa full house, lagi lagi kalau musim cuti. Nani hari tu pergi masa weekdays tak ada lah sesak sangat tapi dapat tempat duduk dah hujung hujung jugak. Hahah. Korang kalau ke Penang boleh lah ke sini, memang sedap dan terbaik roti canai dia. Mungkin next time boleh try roti bakar pulak. Hahah. Tapi next time Nani tu tu mungkin lagi lima enam tahun lah dengan orang tersayang  pulak mungkin. Ehem😆 Gurau je, jangan serius sangat. Eh tapi mana tahu betul. Hahahhahahah! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page