Magnum l White Almond

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni baca entri blog mekonie pasal aiskrim, terus Nani craving nak makan aiskrim Magnum White Almond ni hah. Petang tu dengar je bunyi motor abang aiskrim paddle pop, terus rembat tudung nak pergi beli. Hahaha ! Paling tak tahan, siap berlari keluar rumah takut terlepas. Tak pernah pernah Nani buat macam tu tapi sebab Magnum White Almond ni hah kemain gigih lagi aku kejar motor abang paddle pop. Nani tengok dekat "menu asikrim" tu tak dek, terus tanya dia, magnum yang baru ni tak dek jual eh? Terus abang tu bawa keluar Magnum White Almond tu. Terus bersinar mata, hahaha. 
Magnum l White Almond
Sebenarnya masa Nani berlari keluar nak tahan abang paddle pop tu tak bawa duit pun sekali. Hahaha. Sudahnya, Nani suruh abang tu tunggu kejap sebab nak ambil duit :p Kalau dah excited sangat memang semua benda dia lupa nak ambil.
Magnum l White Almond
Tak sia - sia beli sebab aiskrim ni memang sedap. Tapi satu je lah, manih leting bak kata Onie. Hahaha. Memang manis sikit aiskrim ni, Nani pun lepas makan terus nak air kosong. Korang dah cuba belum yang ni? Kalau belum cepat cepat cari dekat kedai yang berdekatan. Heheh. Tak pun, buat macam Nani :p
Fruttare l Strawberry & Banana Smoothie
Lepas ni misi membeli aiskrim ni pulak. Ada sesiapa yang dah rasa? 


Famous Amos l Hand Made Cookies

Assalamualaikum & Hello.
Dulu Nani tak pernah suka pun makan cookies ni sebab ingatkan tak sedap & ingatkan macam cookies dekat kedai biasa tu je. Biasalah mak cik ni suka sangat buat andaian sendiri sebelum rasa. Ada satu hari tu kawan Nani bawa cookies ni masa nak buat discussion, bila dah rasa terus jatuh cinta. Hahaha ! Dalam hati masa tu, "apasal aku tak pernah tahu cookies ni sedap gila walaupun mahal." Lepas dah rasa tu, tiap kali keluar mesti nak beli cookies ni. Pantang nampak outlets dia laju je kaki ni nak pergi. 
Famous Amos l Hand Made Cookies
Baru ni beli, Famous Amos ada buat diskaun sepanjang bulan ni kalau tak silap. Nani pun tak sure sampai berapa hari bulan, ke dah habis diskaunnya tu. Hahaha ! Murah lah sikit dari harga biasa, untuk 200 gram dapat RM18++ macam tu. Kalau tak, dalam RM21++ ke RM 23++ untuk 200 gram. 200 gram cookies ni sekejap je dah habis, nak pula makan waktu tengah tengok tv. 
Biasanya Nani beli cookies ni hari Jumaat sebab ada student's price. Kalau beli 200 gram punya tu dapat 20% extra cookies So, dapatlah banyak sikit dari beli hari biasa kan. Paling suka cookies dekat sini, double chocolate chip cookies. Siapa dekat sini suka makan famous amos juga, kita geng ! 


ps : Siapa tahu ig/web yang jual BUKU ONLINE & POSTAGE FREE tinggalkan komen kat bawah. TQ !

Kisah Ummi Yang Tabah

Assalamualaikum & Hello.
Tadi masa tengah scroll facebook terbaca satu kisah yang dikongsikan oleh Ustazah Ainun Mardhiah. Kisah seorang ummi yang sangat tabah bila diuji oleh Allah dengan kematian suami beliau. Aku sendiri pernah diuji kehilangan orang yang paling dekat dengan diri aku, orang yang aku sayang bulan Jun hari tu. Aku pernah kongsikan entri kehilangan tu di sini, Masa tu rasa macam tak boleh nak terima hakikat yang dia dah pergi. Susah nak move on bila hari hari teringat yang dia dah tak dek. Tapi bila baca kisah ni,aku  rasa Ummi ini ada kekuatan yang luar biasa yang tak semua orang ada. 
Kisah Ummi Yang Tabah
Kisah Ummi Yang Tabah
Moga kita juga mampu jadi seperti Ummi ini saat diuji oleh Tuhan. 


Sarapan Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni terlebih rajin pulak nak buat sarapan sendiri, biasanya beli aje setiap hari. Cuti cuti ni rajin sikitlah nak cuba memasak macam macam. Tiga minggu cuti rugi kalau tak belajar memasak. Hahaha. Ilmu untuk survive diri dekat tempat orang nanti. Sebenarnya dari semalam lagi dah nak buat tapi sebab bahan tak berapa nak ada so kita tangguhkan dulu. Tapi yang kali ni, Nani tak berhajat pun nak kongsi resepi sebab terlampau senang sangat nak buat. Hahaha. Budak budak sekolah pun pandai buat ni, gitu. 
Sarapan
Tengok gambar pun dah tahu senang sangat nak buat kan. Hahaha. Baked beans tu memang sentiasa ada dalam peti ais sebab orang dalam rumah ni semua suka makan. Nani cuma buat telur hancur, goreng fries sikit + tabur garam, roti bakar dan yang paling istimewa sos lada hitam. Nani lagi suka kalau fries makan dengan sos lada hitam daripada sos cili tu. Sos lada hitam ni Nani beli yang dalam paket so bila nak makan bancuh dengan air, masak atas dapur tambah dengan tepung jagung sikit bagi pekat. Pehh, memang sedap. Ini lah jadinya bila dekat Pahang teringin nak makan makanan western macam ni. Dari pergi beli dekat kedai tak tahu sedap ke tidak, baik buat sendiri. Hikhik.

p/s : Siapa tahu kalau dari KTM Serdang nak pergi MAEPS kena ambil Rapid yang mana? 

Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum & Hello.
Sebelum balik Pahang hari tu, Nani singgah dekat NU Sentral semata mata nak makan tengah hari. Eheh ! Masa tu barang tak banyak boleh lah nak singgah sekejap, itu pun cari tempat makan dekat area bawah tu aje. Malas pulak nak naik atas (even guna escalator) cari tempat makan. NU Sentral tempat makan banyak dekat bahagian atas (termasuklah food court) 
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Ini pun first time Nani makan dekat sini, selalunya pergi dekat food court tak pun tempat lain. Ingat nak masuk Waroeng Penyet tapi takut ramai sangat orang, sebab masa tu dah dekat lunch hour. Bukan apa, pernah sekali tu Nani pergi NU Sentral time lunch hour, semua tempat makan orang beratur. 
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Apa yang menarik dekat restoran ni, kita boleh pilih nak nasi kukus yang macam mana. Ada nasi kukus lemak, nasi kukus putih (biasa), nasi kukus bunga telang, nasi kukus beras perang dengan nasi kukus pandan. Haaaa, tinggal pilih nak yang mana,
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah (RM 13.65)
Masa ni Nani cuma pilih nasi kukus putih, yang memang biasa tu. Portion dia memang besar, sebab Nani pun tak habis makan nasi. Ayam dia pun besar lepas tu ada telur sebiji dengan acar. 
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Dekat sini bukan ada Nasi Kukus semata - mata, ada jugak menu yang lain macam nasi goreng, roti jala dengan mee. Jangan lupa terjah nanti !
Warisan l Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah
Nani suka tengok kerusi dekat sini, sebab lain daripada yang lain. Hahaha. Dah macam kerusi dekat Boat Noodle pun ada jugak Nani rasa. Haaa, tunggu apa lagi, lepas ni kalau ke NU Sentral jangan lupa try makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dekat sini. 



Thank You Abah & Ibu !

Assalamualaikum & Hello.
Bila balik Pahang, mesti macam macam ibu dengan abah nak bagi Nani makan. Hahaha. Kejap kejap kang tanya, nak makan apa? nak makan ini tak? Seronok betul sekali sekala balik ni, dilayan dan ditatang dengan penuh kasih sayang. Aiwah ! Makanya bila balik Pahang, tak payah lah kau berhajat nak diet segala bagai Nani, memang takkan menjadi. Kahkah. Tengok ibu masak sedap sedap rugi tak makan. Bukan selalu dapat makan sedap, nanti dah balik KL hari hari makan lauk beli. Huhu.
Thank You Abah & Ibu !
Hari tu masa balik Raya Haji, abah masak lamb chop untuk makan malam. Walaupun petang tu Nani dah makan pizza, memang kenyang sangat balik tu tengok ada lamb chop tak sampai hati nak menolah. Sedap sangat, daging tu pun lembut je abah masak. Memang secukup rasa lah. 
Thank You Abah & Ibu !
Bukan setakat ada lamb chop aje, siap ada coleslow lagi. Pehhh, makin power abah dari aku. Hahaha. Cuma abah tak buat kentang putar aje, kalau tak memang dah complete lah satu set lamb chop :p
Thank You Abah & Ibu !
Fries pun ada, jangan main main bila abah dah masak. Hahaha. 
Thank You Abah & Ibu !
Yang ni pulak ibu masak tadi, ikan keli goreng berlada, sambal tumis terus anggur dengan ikan masin. Pehhh, alhamdulillah kenyang. Bertambah tambah lagi makan nasi. Heheh. Terima kasih  abah & ibu selalu masak sedap sedap bila balik Pahang. 


Craving KFC !

Assalamualaikum & Hello.
Baru hari ni nak kembali fokus dengan blog, minggu lepas sebab busy dengan exam lepas tu dah balik rumah macam macam benda dia buat sampai hilang semangat nak taip entri. Hahaha. Ni cerita dah basi, kalau tak silap dua minggu lepas kot Nani pergi makan KFC ni. Eheh ! Mula mula niat memang nak pergi KFC yang dekat dengan universiti ni aje sekali terlajak sampai ke Mid Valley. Eleh, terlajak lah konon. Dah sampai Mid Valley, terus pergi KFC dekat bawah, sekali full house. Perut dah lapar sebab tak sarapan dari pagi sekali sampai dah full house. Sobs. 
KFC MID VALLEY
Dengan pasrah keluar KFC pergi makan aiskrim dulu, buat alas perut. Gitu. Ingatkan nak try makan aiskrim Jipangi yang orang cakap sedap sangat tu malangnya tak jumpa dekat bahagian mana. Hahaha. Hari tu dah tanya kak Ida Baharum  kat mana kedai tu tapi tetap tak jumpa. Bukan apa, masa Nani pergi tu hari Sabtu memang ramai gila orang nak jalan pun hilang mood. Huhu. 
KFC MID VALLEY
Finally, lepas siap solat zohor turun balik pergi KFC ada lah tempat kosong untuk duduk. Ehh sejak bila ada udang tiga ekor tu? Jeng Jeng Jeng. Ni KFC yang baru, Nani pun baru tahu masa tengah beratur nak beli. Hahaha. Sebab ada yang baru haruslah grab yang tu kan, ayam dua ketul, udang tiga ekor dengan air dalam RM 15++ Nani add on coleslow dengan extra cheese tu so total dalaM, RM 20 macam tu lah. Puas hati dapat makan KFC sebab dah lama craving :p


Cabaran7Hari l Perkara Wajib Buat Setiap Hari

Assalamualaikum & Hello.
Mula mula aku blank tak tahu nak letak yang mana sebab banyak snagat benda yang aku buat hari hari. Hahaha. Konon konon nak cakap dia busy sangat lah tu kan, sampai hari hari buat benda yang sama. Ekekeke. Macam biasa lah hari hari mesti makan, minum, pergi kelas, siapkan assignment bla bla bla. Itu kira memang jadi rutin harian lah. Tapi ada dua benda yang aku akan buat walaupun aku sibuk macam mana. Nak tahu apa dia, jom baca dekat bawah.
Cabaran7Hari l Perkara Wajib Buat Setiap Hari
Ni memang aktiviti yang aku selalu buat. Hahaha. Hari - hari mesti akan masuk semua akaun media sosial tu. Kadang kadang sementara tunggu lecturer masuk sempat lagi balas Whatssap orang lah tengok gambar orang dekat Instagram. Ehek. Busy macam mana sekali pun, tapi bila masuk bab media sosial ni mesti ada masa. Huhuhu T_T


Resepi : Fries Cheese Baked

Assalamualaikum & Hello.
Kali ni aku nak share resepi ala ala omputeh pulak. Resepi ni tersangatlah senang, sebab tu aku nak kongsi dekat dalam ni. Ewah ! Alah, resepi yang sebelum sebelum ni pun semuanya senang - senang. Kalau yang susah tu, aku pun malas nak buat. Kalau nak tahu resepi yang aku pernah masak, boleh tengok kat sidebar tu. Mana lah tahu dapat ilham nak masak apa nanti. Aku punya resepi sejak akhir - akhir ni memang banyak pasal cheese, sebab aku nak habiskan stok cheese yang dalam peti ni. Haha ! Panjang pulak membebel dia ni, jom baca resepi semudah ABC air tangan aku ni. Ekekeke !

Bahan - Bahan :

  • Fries ( beli dekat pasaraya )
  • Cheese
  • Cili kering yang dah siap dikisar
  • Garam

Cara - Caranya : 

Resepi Cik Manis
1) Mula mula sekali letak fries dalam try macam ni, kemudian masukkan dalam oven dan bakar dalam masa setengah jam dengan suhu dalam 200 darjah, api atas bawah.
Resepi Cik Manis
2) Kemudian panaskan minyak dan tumiskan cili kering tadi sampai pecah minyak. Senang cakap, sampai cili tu betul betul masak. Jangan lupa masukkan garam. 
Resepi Cik Manis
3) Fries yang dah siap dibakar tadi, keluarkan dan gaul dengan sebati bersama sambal cili kering yang kita masak tadi. 
Resepi Cik Manis
4) Seterusnya, taburkan cheese di atas fries tadi & masukkan dalam oven selama 15 minit.
Resepi Cik Manis
5) Untuk yang kali ni cheese jangan bakar sambil garing, nanti tak boleh nak tarik tarik. Hahaha. Bakar sampai dia dah cair leleh leleh tu, keluarkan dari oven dan sedia untuk dimakan.
Resepi Cik Manis
6) Ni pun macam dah tergaring sikit cheese nya, tapi still boleh tarik tarik lagi. Hahaha ! Selamat mencuba resepi yang ni. Kalau tak faham boleh tanya dekat bawah. In sha Allah nanti Nani balas. 






Cabaran7Hari l Barang Dalam Wallet

Assalamualaikum & Hello.
Entri kali ni nak kena geledah pulak apa barang yang ada dalam wallet. Nasib baik wallet, kalau beg tangan pengsan. Hahahha ! Bukan apa, dalam beg lagi banyak barang barang yang aku letak. Selagi ada ruang selagi tu dia nak sumbat segala benda. Kalau dalam wallet aku ni biasanya banyak resit resit yang lama lama. Eheh ! Suka sangat kan simpan ( padahal lepas bayar dapat resit terus sumbat dalam wallet, sudahnya lupa nak buang ) Jom tengok apa barang yang ada dalam wallet Nani.
Cabaran7Hari l Barang Dalam Wallet
Jeng Jeng Jeng, ini lah isi "kandungan" wallet insan bernama Inani Hazwani. Ewah ! Ada kad pengenalan semestinya, duit memang wajib ( tapi dalam gambar ni memang sengaja tak nak tayang ) tiket bas tu sebab nak balik Pahang khamis ni, kad bank, kad blogger, voucher Manhattan Fish Market yang aku tak redeem lagi ( khamis ni baru cadang nak pergi ) buku simpanan bank, buku derrma darah, gambar kawan. Haaaa, tu lah segala mak nenek barang yang ada dalam wallet aku. Korang pulak dalam wallet letak apa? Cuba kongsi sikit dengan aku. 

Cabaran7Hari l Selfie Paling Comel

Assalamualaikum & Hello.
Orang lain dah banyak hari start, aku baru terhegeh hegeh nak mula. Minggu lepas aku busy dengan exam memang tak sempat nak hadap blog, update entri apatah lagi blogwalking ke blog lain. Cabaran ni start hari khamis hari tu, jumaat pulak aku ada dua paper nak kena ambil lagi lah tak sempat nak bukak laptop langsung. Study is my first priority. Gitu. Walaupun dah lambat tapi nak jugak buat. Hahaha. Task yang ni paling susah nak buat aku rasa, sebab aku tak banyak gambar selfie. Eheh !
Cabaran7Hari l InstaBlog#1
Dalam banyak banyak gambar selfie, yang ni aku paling suka. Kahkahkah ! Tak comel mana pun tapi sebab gambar ni pernah terpilih menang Painting Potrait by Azhafizah tu pasal dia suka sangat. Hahaha ! Gedik ngko ye, Nani :p Eh, sesiapa yang free tu boleh lah join jugak Cabaran7Hari l InstaBlog ni. 
Malam nanti kang aku post entri cabaran kedua pulak. Rajin pulak dia nak taip entri banyak banyak kan. Bukan apa, sementara wifi dekat sini tengah laju, kerajinan aku pulak setinggi gunung baiklah aku taip entri. Gitu. Mentang mentang next paper exam hari khamis, boleh lah bernafas sikit. Sempat lah jugak menaip entri, blogwalking dari blog ke blog. Sekarang ni memang dah taksabar rasa nak balik. Macam dah ada dalam list beberapa benda nak buat dalam cuti nanti. Lalalala ! 

Telur Dadah?

Assalamualaikum & Hello.
Sabtu baru ni aku ke Shah Alam, rumah pak cik aku kat Alam Megah. Mula mula pak cik aku cakap nak datang ambil pukul 8.30, sudahnya 9.30 malam baru dia sampai. Masa tu aku dah sempat pekena nasi goreng ikan masin sepinggan dengan teh ais epal. Hahaha ! Lepas tu ingatkan terus balik rumah, singgah pulak makan dekat restoran apa entah namanya. Walaupun dah makan sebelum tu, boleh pulak masa sampai dekat restoran tu aku makan lagi. Masha Allah Nani. Tension sangat ke sampai boleh makan banyak sangat? Hahaha ! Aku pun gigih lah wassap roomate aku bercerita yang aku dinner sampai dua kali hari tu :p
Konon nak taip laju laju sangat kan sampai telur dadar pun bertukar jadi telur dadah. Hahaha. Nani ni melampau betul, kan dah lain maksudnya tu. Lepas ni jangan asyik nak cepat aje, kena cek dulu ejaan. Hahaha !
Paling tak tahan bila nak tulis telur dadar, tetiba bertukar jadi telur daging. Hahahah. Memang kenyang sangat lah kan sampai dah jadi lain tu. Kawan aku pulak selamba je balas balik macam tu, dah tak pasal pasal aku gelak sorang sorang masa baca Whatssap dari dia. Pffft ! 
Dah kenyang makan, singgah Uptown Shah Alam, cuci cuci mata kononnya. Sekali nampak beg baju murah gila. Sebab kan aku memang dah tak dek beg baju bila nak balik kampung memang tak fikir dua kali lah, terus aje beli. Murah kot, beg besar tu dalam RM 13 satu. Kalau dekat tempat lain mahu puluh ringgit. Tapi Uptown Shah Alam kecik je pada aku, best lagi yang dekat Danau Kota tak pun Cheras. Banyak gila kedai. Dekat sini pusing- pusing dah habis. Sudahnya malam tu dekat pukul satu baru balik rumah pak cik aku. Kemain lagi berjalan musim musim jerebu ni. 


Postcards Giveaway by Doodles of Life

Assalamualaikum & Hello.
Pagi ni Nani ada exam (maklumlah orang dah sambung belajar kan) so tak sempat nak karang entri panjang panjang. Ecece ! Jom join giveaway Farah ni, syarat pun mudah sangat. Rugi tau tak join, mana tau kalau menang boleh buat koleksi postcards dari luar negara. Gitu. 
Postcards Giveaway by Doodles of Life
klik SINI untuk join :) 

p/s : Doakan tuan tanah ni dapat jawab exam dengan tenang. Habis exam kang I blogwalking. 

Jammed & Jerebu

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni satu entri combined dua cerita terus, hahaha. Bukan apa banyak sangat entri yang tengah beratur nak ditaip. Ewah ! Semalam masa balik dari Pahang ke KL, jalan memang jammed gila. Ada yang geng dengan aku tak, sama sama stuck dalam jammed semalam? Hahaha! Seronok kan makan roti cicah "jammed." Aku gerak dari Pahang dalam pukul 12 sampai KL pukul lima petang. Kau ghase? Perjalanan yang patutnya tiga jam, terus jadi lima jam. Bangun tidur, bangun tidur pun tak sampai lagi. Sobs. Masa dah dekat Gombak, hujan selebat lebatnya turun tambah pulak lagi dengan jerebu, memang kabur betul lah jalan. Kereta pulak banyak lagi lah perjalanan nya makin perlahan. Huhu. Menyesal pulak tak gerak pagi tu tak pun hari Sabtu. 
Sebelum balik tu, ibu pesan dekat aku bawa lah bekal roti ke kacang ke takut jalan jammed nanti lapar pulak. Aku beria tak nak beli, sekali bila dah sangkut dalam jammed, hari pulak hujan, memang lapar sungguh. Dekat RNR pulak memang terus tak dek parking lah, so tak payah berangan nak berhenti ke apa. Terus terngiang ngiang balik apa yang ibu cakap. Hahaha. Lain kali dengar nasihat orang tua Nani, jangan nak ikut kepala sendiri je. Eheh :p
Jerebu
Gambar ni yang semalam punya aku screen short. Pukul sembilan pagi 210, aku tengok balik pukul sebelas lebih macam tu, dah naik ke 230. Dekat Pahang pun boleh tahan kuat jerebunya, hari ni ibu cakap semua sekolah dah tutup dekat daerah aku. Nasihat aku, musim musim jerebu ni banyakkan minum air masak & kurangkan aktiviti dekat luar rumah atau bangunan. Bahaya sangat jerebu ni, jangan nak pandang remeh sangat. Huhu. Aku pun hari ni patutnya ada final exam untuk sem ni tapi sebab jerebu teruk terpaksa ditangguhkan. Jerebu dekat tempat korang macam mana?

HALWA ATTIRE : Only The Best Stylish Maternity Attire

Assalamualaikum & Hello.

HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire
HALWA ATTIRE adalah sebuah butik online yang menjual pakaian mengandung untuk wanita dengan pelbagai pilihan warna dan rekabentuk yang menarik dan pastinya menepati citarasa anda. HALWA ATTIRE adalah milik penuh bumiputera yang telah berkecimpung dalam perniagaan online sejak Ogos 2015.Sebuah butik online pakaian untuk ibu mengandung yang dipercayai oleh ramai pembeli pembeli online diluar sana.


HALWA ATTIRE diwujudkan adalah untuk membantu menyediakan pakaian mengandung terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerjaya.Di zaman serba moden dan canggih ini,biasa kita dengar keluhan dan keinginan ibu mengandung :


❤ SUKAR mencari pakaian mengandung yang cantik
❤ DESIGN pakaian mengandung yang sama dikebanyakan tempat
❤ WARNA pakaian mengandung yang mebosankan
❤ Ada yang memilih design ala-ala KOREA tetapi MATERIALnya tidak sesuai dengan SUHU Malaysia
❤Ada yang CANTIK tetapi lengan tiga suku


Menyedari MASALAH dan KELUHAN yang dihadapi oleh mereka,HALWA ATTIRE tanpa untuk MEMBANTU ibu-ibu MENYEDIAKAN pakaian mengandung yang mempunyai:
❤ Design yang cantik
❤ Breastfeeding friendly
❤ Wudhu friendly
❤ Patuh syariah
❤ Material yang bersesuaian dengan suhu Malaysia.


HALWA ATTIRE bukan sahaja menyediakan pakaian mengandung yang boleh dipakai SEMASA MENGANDUNG, tetapi juga anda boleh memakai kembali pakaian dari Halwa Attire SELEPAS melahirkan anak. Selain itu DESIGN yang disediakan sangat EKSKLUSIF dan sesuai dengan cita rasa masakini.InsyaAllah


HALWA ATTIRE sangat sangat mengutamakan kepuasan pelanggan mereka.Mereka telah memberi jaminan 14 HARI (Return Policy https://www.facebook.com/notes/halwa-attire/14-days-return-policy/1450265261967923 ) untuk memulangkan semula pakaian yang telah dibeli sekiranya anda tidak berpuas hati.Apalagi yang kita mahu.Sesungguhnya HALWA ATTIRE sangat mementingkan kepuasan hati para pelanggan mereka.Inilah yang kita cari jika kita ingin membeli belah secara online.Sistem ini membuatkan kita lebih berminat untuk membeli belah bersama HALWA ATTIRE.


MISI Dan VISI Halwa Attire


MISI
❤ Membantu wanita diluar sana untuk BERJIMAT dengan menyediakan pakaian yang BUKAN hanya boleh dipakai semasa MENGANDUNG tetapi juga BOLEH DIPAKAI selepas MELAHIRKAN anak

VISI
❤ - Membantu ibu-ibu untuk kelihatan cantik,anggun dan bergaya walaupun sedang mengandung.
❤- Menyediakan pakaian mengandung yang stylish dan sesuai dengan suhu Malaysia.

Halwa Attire

HALWA ATTIRE adalah pilihan TEPAT untuk anda membeli belah secara online.Tak rugi membeli belah di sini kerana pakaian yang dijual adalah pilihan pakaian dengan fesyen terkini.


Produk Terbaik Dari Halwa Attire 


Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Pink
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN07
Material: Mixed Cotton
Thickness: Medium
Colour: Blue
Price: RM68.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Black
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN08
Material: Stretchable Cotton
Thickness: Thin - Normal
Colour: Pink
Price: RM69.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN03
Material: Cotton + Polyester
Thickness: Medium
Colour: Yellow
Price: RM58.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Red
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CN04
Material: Mixed Cotton + Lace
Thickness: Thin - Normal
Colour: Dark Blue 
Price: RM59.00

Baju Mengandung Halwa Attire
Code: CH04
Material: Chiffon
Thickness: Thin - Normal
Colour: Yellow
Price: RM69.00

Selain pakaian yang telah dipamerkan di atas terdapat banyak lagi pilihan pakaian mengandung yang menarik terdapat di HALWA ATTIRE.Jom kita usha lagi pakaian yang cantik di FACEBOOK PAGE HALWA ATTIRE .


Maklumat Lanjut Mengenai Halwa Attire

Instagram : halwa attire
WhatsApp: 0168011174
Email : halwaattire@gmail.com


Halwa Attire Stylish Maternity Attire !!!Anggun Bergaya Walaupun Mengandung
•► ••► ••► HALWA ATTIRE :Only The Best Stylish Maternity Attire


Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Jeng Jeng Jeng. :p

Resepi Sheperd's Pie

Assalamualaikum & Hello.
Fuhhh, baru hari ni dapat fokus dekat blog. Minggu lepas minggu yang aku busy sangat sampai blog pun terabai. Entri pun dah macam chipsmore, kejap ada kejap tak dek. Apa pun terima kasih yang sudi datang komen dekat sini walaupun tuan blog ni tak sempat nak balas kunjungan. Kejap lagi Nani balas kunjungan awak. Senyum. Eh panjang pulak membebel mak jemah ni, dah jom baca resepi sheperd's pie semudah ABC ni. Ececece ! Over ye engko, Nani.

Bahan - Bahan 

  • Ubi Kentang
  • Bawang
  • Daging kisar / Daging burger
  • Sos Spaghetti
  • Serbuk Lada Hitam
  • Buttercup
  • Cheese ( Nani guna yang untuk topping pizza )

Cara - Cara 

Resepi Sheperd's Pie
Gambar cheese aku lupa nak ambik. Heh. Eksaited sangat kan sampai terlupa :p
Resepi Sheperd's Pie
Mula mula sekali, rebus ubi kentang dengan air garam sampai kentang betul betul lembik. 
Resepi Sheperd's Pie
Lenyekkan ubi kentang tadi & tabur serbuk lada hitam. Macam mashed potato gitu.
Resepi Sheperd's Pie
Untuk inti sheperd's pie, tumiskan bawang dengan buttercup masukkan daging kisar lepas tu sos spaghetti dengan serbuk lada hitam. Tambah air sikit sebab nanti kuah tu akan jadi pekat. Api jangan besar sangat, biar sedang sedang aje. Kalau tak nak guna sos spaghetti tu pun takpe, tapi nanti macam kering sangat. Aku suka yang macam ni.
Resepi Sheperd's Pie
Daging yang dah masak tadi, letak dalam acuan macam ni. Aku buat dalam bekas kecik kecik macam ni sebab rumah aku tak dek loyang yang besar gedabak tu. Hahaha. Lepas dah siap isi daging atas dia letak ubi kentang yang dah siap dilenyek tadi.
Resepi Sheperd's Pie
Akhir sekali, tabur lah cheese atas ubi kentang tu tadi. Aku suka letak cheese banyak banyak.
Resepi Sheperd's Pie
Akhir sekali, bakar lah dalam oven dengan suhu dalam 230, masa dalam 20 minit macam tu lah.
Resepi Sheperd's Pie
Taraaa, dah siap sheperd's pie versi Inani Hazwani. Senang aje kan, bahan bahan pun mudah sangat nak cari. Tunggu apa lagi, cepat pergi beli barang & buat sheperd's pie ni. Memang sesuai dimakan pada bila bila masa. Selamat mencuba ! 








Segmen Ucing Nak Url

Assalamualaikum & Hello.

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/09/segmen-ucing-nak-url.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page