Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Sedar tak sedar, lebih kurang sebulan lebih aje lagi kita nak masuk ke bulan Ramadhan, bulan yang paling mulia. Makin lama makin cepat kita puasa kan. Awak tu dah habis ke belum puasa ganti? Ehem. Bila bulan puasa ni selalunya paaaling susah sekali nak decide tempat untuk berbuka lah. Berbuka dekat rumah dengan family dan kawan kawan tu dah memang jadi satu ativiti wajib, tapi kadang kadang nak jugak ubah selera berbuka dekat luar. Betul tak? Kalau Nani mesti ada dua tiga kali berbuka dekat luar. Heheh. So hari ni Nani nak share salah satu cadangan tempat berbuka yang korang boleh pergi bulan Ramadhan nanti especially yang duduk dekat area Kuala Lumpur dan jugak Selangor. Kali ni Nani nak kongsikan menu berbuka puasa di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang. Untuk tahun ni, mereka menggunakan konsep Buffet Aneka Selera dengan menyediakan lebih daripada 30 jenis hidangan untuk kita nikmati. Senang cerita, kira memang berbaloi sangat sangat lah dengan harga yang kita bayar untuk berbukat dekat sana. Percayalah cakap Nani semua menu yang disediakan sedap sangat korangg! Nak nak kalau jenis peminat masakan kampung, memang wajib korang berbuka di Royale Chulan Bukit Bintang. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Buffet Aneka Selera di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang ni akan bermula pada 16 May 2018 sehingga lah 14 June 2018. Waktu pulak macam biasa lah dari pukul 7 malam sehingga 10 malam. Dalam masa tiga jam, memang macam macam lah kita boleh nikmati, daripada hidangan utama sampai lah pencuci mulut. Heheh. 'Tapi nak pergi solat terawikh pulak, mana sempat nak makan lama lama dekat sana?' Iye Nani tahu semua orang nak kejar pergi terawikh, tapi korang jangan risau kalau berbuka dekat sini sebab pihak hotel memang menyediakan surau yang sangat selesa untuk kita solat. Kiranya lepas dah siap buat solat terawikh tu boleh sambung makan lagi sampai puas hati. Heheh. Jom tengok hidangan hidangan istimewa yang disediakan untuk bulan Ramadhan nanti. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kambing Bakar & Nasi Arab 
Menu yang wajib ada dan paling menjadi tumpuan ramai bila bulan Ramadhan. Hiks. Siapa peminat kambing bakar memang boleh gang dengan Nani. Istimewanya dekat Royale Chulan Bukit Bintang ni, kambing bakar ni disediakan bersama dengan nasi arab dan jugak dua jenis sos istimewa iaitu, sos black pepper dan jugak sos mushroom. Seriously, kambing bakar dekat sini lembut sangat dan juicy. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Ketupat Palas
Tak payah nak tunggu Raya, bulan Ramadhan nanti pun dah boleh jumpa ketupat palas kalau korang pilih untuk berbuka di Royale Chulan Bukit Bintang. Daripada korang beli dekat luar dan belum tentu sedap tu, baik korang berbuka dekat sini memang dijamin puas hati. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Bukan setakat ketupat palas aje tau, lemang pun ada korangg! Dua dua lah sedap, cukup rasa santan apa semua. Makan pulak dengan tiga jenis serunding, memang tak pandang kiri kanan dah Nani. Hahah! I memang peminat lemang dengan ketupat palas okay tapi jarang nak jumpa yang sedap. Yang dekat sini memang kena dengan citarasa Nani. Recommended!
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Pulut Kuning
Hidangan pulut kuning dekat sini memang dia orang sediakan panas panas tau dalam pengukus, memang sedap lah bila makan. Pulut pun lembut sangat, tak ada rasa mentah sikit pun. Bila makan pulut ni, tak lengkap lah kalau tak ada rendang. Nak tahu tak rendang apa yang istimewanya dekat sini? Haa jom tengok dekat bawah. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Rendang Itik 
Jaraaaang sangat Nani jumpa ada rendang itik untuk Buffet Ramadhan ni. Heheh. Kira memang wow lah sebab dia orang ada menyediakan menu rendang itik untuk yang berbuka di Royale Chulan Bukit Bintang. Nani pun selama ni tak penah makan itik, tapi hari tu bila makan terus rasa suka pulak. Sedap jugak rupanya, lebih kurang macam ayam. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Gulai Kawah
Gulai kawah ni bukan setakat makan dengan pulut kuning aje sedap, makan dengan nasi putih pun boleh jadi tambah berpinggan pinggan. Hahah! Daging lembut, cukup rasa rempah kari dan memang ikut citarasa Melayu. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Nasi Hujan Panas
Lembut sangat nasi hujan panas dekat sini, tak tipuuu. Selain daripada nasi hujan panas, ada jugak nasi putih dan jugak nasi arab. Boleh lah nanti pilih nak makan yang mana satu. Kalau tanya Nani, memang Nani akan suruh makan semua sebab semua sedap macam kita makan dekat rumah. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Daging Dendeng
Menu daging dendeng dekat sini agak lain sikit daripada yang Nani selalu makan dan kelainan tu lah yang buat jadi lagi sedap. Ada rasa pedas pedas sikit dan jugak berempah. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Pajeri Nenas
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Udang Masak Lemak Cili Api 
Udang dekat sini boleh tahan jugak saiz dia, memang puas hati makan. Sedap dan recommended jugak untuk korang try! 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Ayam Percik
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kerabu Taugeh
Selain daripada pelbagai pilihan menu masakan kampung, terdapat jugak macam macam jenis kerabu yang disediakan. Ada tu yang Nani tak pernah makan. Yang paling Nani suka kerabu dekat sini semuanya still rangup bila kita makan. Memang dia orang totally guna bahan bahan yang segar. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kerabu Mangga
Terpaling sedap sampai Nani ulang alik dua tiga kali ambil ni. Hahaha! Tak payah makan dengan nasi pun dah sedap. Masam masam mangga tu campur dengan lobak, lada besar memang ngam sangat. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
 Kerabu Ayam
Sejujurnya ni first time Nani jumpa kerabu ayam, memang lain daripada yang lain. Selalunya yang kita makan kerabu seafood semua tu, tapi kali ni kerabu ayam. Untuk yang nak rasai kelainan, wajib try kerabu ayam ni tau!
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Tak lengkaplah Buffet Ramadhan kalau tak ada pencuci mulut. Pencuci mulut aje dah ada macam macam jenis sampai rasa semua nak makan. Hahah! Sedap sedap pulak tu semua. Antara pencuci mulut yang terdapat di Royale Chulan Bukit Bintang, sagu gula melaka, cheese tart, kuih muih tradisional dan macam macam lagi lah. Biskut raya pun ada koranggg. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Sebut aje dessert apa yang korang nak, memang mostly ada lah dihidangkan dekat sini. Tempat hidangan dessert ni pun antara salah satu yang jadi tumpuan jugak bila berbuka puasa. Nani pun suka jugak sebab time ni lah nak rasa kuih kuih yang beraneka jenis tu kan. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kuih Buah Gula Melaka 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Pastries 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Kuih Seri Muka
Memang macam macam jenis hidangan yang akan disediakan di Royale Chulan Bukit Bintang ni pada bulan Ramadhan nanti. Tak kira lah menu tradisional ke, western ke, semuanya ada disajikan.
Harga Buffet Aneka Selera di Royale Chulan Bukit Bintang:
RM 98.00 (Adult)
RM 60.00 (Children & Senior Citizen)
Tapi kalau korang booking awal, boleh dapatkan Special Ramadhan Promotion yang korang boleh jimat berganda ganda. Ada potongan sebanyak RM 20 untuk dewasa. So better book awal awal okay dan korang akan dapat potongan harga. Makanan dekat sini semua sedap, memang berbaloi lah dengan harga yang kita bayar untuk berbuka puasa dekat sini. 
Hidangan Buffet Ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang
Untuk pengetahuan korang, Royale Chulan Bikit Bintang akan turut mengadakan Kempen Amal Ramadhan yang dipanggil Kad Ketupat (sebanyak RM 10.00) untuk anak anak yang kurang bernasib baik di Rumah Anak Yatim Shifa. Korang yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor memang wajib masukkan Royale Chulan Bukit Bintang ni dalam list untuk berbuka puasa bulan Ramadhan nanti. Hotel ni terletak berdekatan dengan Monorail Bukit Bintang dan Monorail Jalan Imbi. Memang mudah sangat. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh check it out dia orang punya website okay. Jangan lupa berbuka puasa di Royale Chulan Bukit Bintang nanti 😊
Website:
Contact Number: 
+603-21479898
Alamat:
Royale Chulan Bukit Bintang
(also known as The Royale Bintang Kuala Lumpur)
17-21 Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur, Malaysia. 

22 comments:

  1. Ketupat palas tu....lana tak makan...
    Dessert owh dessert....adoilah...jadi fokus kalau pada kak PC ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, ketupat palas paling susah nak jumpa kecuali waktu Raya. Heheh.

      Delete
  2. Menu di hotel semua sedap. Masih bole sambung makan lepas tarawikh. Baru berbaloi dengan harga. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Baru berbaloi dengan harga yang kita dah bayar tu. Bagus jugak konsep macam ni. Kita pun lepas berbuka tak ada nya nak makan banyak banyak terus :)

      Delete
  3. Replies
    1. Yass! Macam macam ada kak Izwa, berbaloi berbuka dekat sini hah.

      Delete
  4. banyaknya makanan. memang diet ke laut la klau macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Memang tak ada istilah diet dah kalau macam ni.

      Delete
  5. tak pernah lagi buka puasa dgn buffet camni, sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap Mazni, nanti try lah sekali. Syok woo macam macam pilihan ada :)

      Delete
  6. nani, dalam banyak-banyak tu ketupat palas dengan serunding tu amatlah menggoda jiwa raga kak ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Sedaap kan kak Ana, ketupat palas ni susah nak jumpa.

      Delete
  7. masyaAllah banyak nya menu dia naniiii!
    dan, of course tempting!
    dan bgusnya dia buat amal juga untuk anak yatim.
    mek sokong yang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaaaak sangat mek, sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Hahah!

      Delete
  8. Sedapnyaaa dessert dia kak Inani! :) Meriah jugak menu buffet dia eh. Banyak pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yasss! Macam macam ada, pilih aje mana yang nak makan. Heheh. Kira berbaloi lah dengan harga tu.

      Delete
  9. Serawa durian pun sedap juga nani. Fav kak ana ialah sup tulang rawan dan kambing golek. Sedap sgt. Harga pun consider murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kak Ana, serawa durian makan dengan roti jala tu sedaap. Berbaloi baloi sangat berbuka dekat sini :)

      Delete
  10. Replies
    1. Kak Sha minat eh? Wajib try yang dekat sini, sedaap :)

      Delete
  11. terliur tengok banyaknya pilihan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page