Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa gerak balik dari Langkawi Nani sempat singgah makan Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. Dah lalu Perak, singgah lah pekena mee udang yang sedap sangat ni kan. Korang kalau ke Perak, memang Nani cadangkan singgah makan dekat sini. Bila Nani tengok dekat Google katanya ada juga cawangan Mee Udang Mak Jah ni dekat Wangsa Maju tapi tak pasti lah masih lagi beroperasi atau pun tak. Kalau ada yang tahu boleh lah kongsikan dekat ruang komen di bawah. Heheh. Nak sampai ke restoran ni agak jauh jugak lah, tapi sebab nak juga makan gigih pergi. Bila lagi kan nak cuba, bukan selalu dapat sampai tempat orang ni. 
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Masa ni dah pukul enam lebih, cuaca pun dah nak gelap tambah pula hujan rintik rintik sebab tu lighting tak berapa nak lawa. Heheh. Dekat restoran Mee Udang Mak Jah ni, pekerja diorang semua pakai baju dan tudung yang sama. Memang kemas sangat! 
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
 Mee Udang Special (RM13.95)
Mee Udang Biasa (RM9.00)
Udang dekat sini besar besar okeh, puas hati dapat makan. Overall Nani suka sebab kuah mee udang ni pekat, lepas tu pedas pedas sikit. Marbelesss! Semangkuk ni banyak, memang padanlah dengan harga yang semangkuk RM13.95 ni kan. Heheh. Ada juga mee udang yang biasa tapi saiz udang tu standard yang biasa. Harga tu dah termasuk dengan GST. 
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Dekat sini bukan setakat ada mee udang saja tau, banyak lagi makanan lain yang berasaskan udang macam nasi goreng udang, udang celup tepung dan banyak lagi lah. Nani memang haruslah nak makan mee udang, bukan senang nak jumpa yang ikut citarasa tekak ni kan. Tempat makan pun luas sangat, sesuai kalau nak datang dengan bilangan yang ramai pun. Ada juga kemudahan seperti tandas dan surau yang disediakan. 
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Korang kalau dah sampai ke Perak, memang wajib singgah makan mee udang dekat sini. Even harga dia agak mahal tetapi berbaloi baloi sangat sebab sedap gilaaaa. Haih, entah bila lagi dapat makan Mee Udang di Kuala Sepetang ni. Mungkin kena cari jodoh orang sana. Eh laaaaarikkk! Hahaha! Nah pergi korang boleh refer alamat dan no telefon dekat bawah ni okeh. 5/5 bintang Nani bagi. Hehe. 
Kampung Menteri,
34650 Kuala Sepetang,
Perak Darul Ridzwan.
No telefon : +60 5-898 1400
Waktu Operasi : 12 tengah hari - 10 malam

33 comments:

  1. Alahaii awat jauh sangt ni kalau dekat mesti hari2 Kuala Sepetang ni Nani hehe kena dari resepi Mak Jah lah ni gamaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jauh Kak Noor. Hahah. Ini pun entah bila pulak sampai sana :)

      Delete
  2. alaaaa...nampak sedap sangat ni...Sally sbnrnya tak minat sgt makan mee, tapi kalau jmpe boleh la jumpa kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak minat mee boleh pilih kuey teow Sally. Hehehe :D

      Delete
  3. salam singgah. homai menggoda nya udang tuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak pi makan mee udang..huhuuhu

    ReplyDelete
  5. alamak, tak makan udang. tp bleh bawak spouse makan sini sebab dia suka mee udang :) msuk wishlist.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamaak. Takpe boleh makan udang takpe, ada menu lain :)

      Delete
  6. Nani,
    Terima kasih. Saya dah baca dan pasti pergi ke situ.

    From: http://biarlembuyangjadilembu.bloglist.com

    ReplyDelete
  7. besarnya udang dia.. bila la ciktie nak sampai sana ya

    ReplyDelete
  8. wahh sampai ke kuala sepetang makan mee udang ye dik..hihi
    terliur lah tgk lama2 ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang alang lalu singgah ler k.el. Sedap, tak rugi singgah. Hehe

      Delete
  9. owh dekat Taiping la tu kan.. pcl balik kampung perak nt nak singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah PCL, dekat Taiping. Singgah lah memang puas hati :)

      Delete
  10. Replies
    1. Ehehe. Kak Nad cuba double check nanti. Nani baca ada jugak diorang buka cawangan dekat Wangsa Maju. Kalau ada yang dekat situ boleh pergi :)

      Delete
  11. mak oii besarnye udang diaaa :D terliurrr

    ReplyDelete
  12. Cawangan kat KL pun ada kan..kalau tak salah kat Wangsa Maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu lah tengok kat google pun ada cakap ada cawangan dekat Wangsa Maju. Hehe. Tak sure beroperasi lagi ke tak. Nani tak familiar sangat area situ :)

      Delete
  13. Lama siot tak makan mee udang.. aummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa! Lepas ni cecepat pergi cari mee udang okeh :D

      Delete
  14. sedapnyeee mee udang tu..tapi jauh nauu nak peginya..

    ReplyDelete
  15. PErghhh... Udang berenang dlm mangkok...

    ReplyDelete
  16. Fuh...dah lama tak ke kuala sepetang pekena mee udang tu...balik nanti nak kena g gak la

    ReplyDelete
  17. Wahh besar2 udang dia noo..sedap nampak tuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page