Resepi Sambal Nasi Lemak Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekejapnya masa berlalu, dah hari Khamis pun hari ni. Rasa sejuk sikit dekat sini sebab dah dua tiga hari asyik hujan aje, hilang semua bahang bahang kepanasan tu. Heheh. Since hari tu ada yang tanya macam mana nak buat sambal nasi lemak so hari ni Nani nak kongsi kan lah resepi dengan korang (especially awak yang bertanya tu) 😊 Resepi ni Nani belajar daripada ibu Nani lah. Actually Nani pun tak pernah try jugak lagi buat sambal nasi lemak ni sendiri. Hahah! Selalunya kalau nak makan memang nak air tangan ibu jugak. Kalau buat sendiri mesti ada jugak sikit rasa lain daripada yang ibu kita masak kan. Lagi satu, Nani tak pandai nak agak santan bila nak masak nasi tu. Kena menuntut lagi dengan ibu lepas ni nampaknya. Tapi kalau nak buat sambal ni pro lah jugak sebab selalu masak sambal tempe, sambal kentang semua tu. Memang lebih kurang aje resepi nya cuma yang sambal nasi lemak ni ada tambah satu dua bahan lain. Untuk korang yang nak try buat nasi lemak tu boleh lah nanti try guna resepi ni okay! Serius simple aje resepinya. Orang bujang pun boleeeh buat. Jom tengok resepi dekat bawah.
Resepi Sambal Nasi Lemak Mudah
Bahan Bahan:
1) Minyak masak 
2) Bawang besar & bawang merah (separuh dikisar dan separuh lagi dipotong bulat)
3) Cili kering (telah dikisar)
4) Serbuk Perasa (gula dan garam)
5) Gula merah
6) Asam keping/ Air asam jawa
7) Ikan bilis (goreng rangup) 
Cara - Caranya:
1) Mula mula sekali, wajiblah panaskan dulu minyak masak. Kalau tak, macam mana nak menumis bahan bahan tu nanti. Heheh. Bila minyak dah panas tumis bawang yang telah dikisar tadi sehingga naik bau. (Minyak tu lebihkan sikit tau supaya nanti sambal korang elok aje kejadiannya).
2) Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar, gula, gula merah dan jugak asam keping. Letak gula tu bukan nak bagi manis tau, tapi sebab nak bagi warna sambal kita tu cantik macam yang Nani tunjuk dekat atas tu. 
3) Masak sambal tu sampai lah garing (pecah minyak). Last sekali, masukkan bawang yang dipotong bulat tadi dan jugak ikan bilis. Terpulang pada korang sama ada nak goreng dulu atau pun nak terus masukkan dalam sambal tu. 
4) Siappp! 
Ada jugak yang letak belacan dalam sambal nasi lemak dia orang tapi ibu Nani tak letak pun. Tapi kalau korang nak letak boleh aje. Bahan bahan tu semua kena ikut anggaran korang lah. Kalau nak buat untuk makan ramai kena lah lebihkan sikit. Belajar memasak dengan ibu ni memang semua main pakai agak aje. Hahah! Kita orang pulak selalunya kalau masak sambal nasi lemak ni mesti sambal buat lebih so nanti boleh lah makan dengan lempeng pulak. Lempeng kosong cicah dengan sambal nasi lemak memang ngam! Hiks. Selamat mencuba resepi yang semudah ABC ni. Kemain semudah ABC, diri sendiri pun tak terbuat lagi. Hahaha! πŸ˜†

20 comments:

  1. Saya pun kekadang masukkan belacan juga. Ada sikit perbezaan rasa bila boh belacan.

    ReplyDelete
  2. Kita pun selalu buat macam ni. Sonang je kan & paling penting, sodap! Hehe.. jemput singgah: https://deebpunyecite.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, simple simple pun sedap. Nanti Nani singgah okay!

      Delete
  3. TQ share... kak pip baru berkira kira nak cari resepi sambal nasi lemak ... tengok resepi Nani ni mudah saja, nnt nak cuba ...

    ReplyDelete
  4. Akak pun macam ibu Nani,main agak je. Tak pandai nak sukat sukat. Gula merah tu buat sambal punya color cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, mak mak ni memang masak main agak agak aje letak nya. Heheh :)

      Delete
  5. Makan nasi lemak, sambal tu yang penting heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, sambal tak sedap memang spoil. Heheh :)

      Delete
  6. Sedapnya...nak buat nasi lemak la ahad nanti

    ReplyDelete
  7. yang mudah dan sedap mmg lah pilihan no 1. tq sharing resepi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple simple asal menjadi & sedap okay lah tu :)

      Delete
  8. sedap nasi lemak mmg terletak pd sambalnya..lpr plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Kalau sambal tak sedap memang spoil.

      Delete
  9. Belajar cepat kak Inani belajar belajar. Lately ni kerap lapar malam. Lepastu terbaca pulak entry ni emm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Gigih sangat kerja ni sampai lapar selalu. Eh?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page