Ahmad Lim Black Pancake

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Minggu ni memang penuh dengan entry makan makan aje lah. Hahah! Baru ni kawan Nani belanja makan Ahmad Lim  Black Pancake yang famous kemain tu. Dah lama kot plan nak pergi sini ramai ramai tapi selalu tak menjadi. Hahah! Iye lah sebab pancake dia boleh tahan jugak besar, harga pun fuhh! Tapi sekali sekala nak pergi makan, nak rasa it's okay lah. Makan mahal selalu, koyak lah poket hujung bulan. Ye takk? Kalau pergi ramai ramai sini okay lah nak share sikit sorang duit tu. Setahu Nani dia orang ada cawangan dekat Bangi dengan Wangsa Maju, tak sure dekat tempat lain ada ke tak. Tapi cawangan yang dekat Wangsa Maju ni tak besar mana pun. Heheh. Even harga dia agak mahal tapi berbaloi lah pada Nani sebab besar, memang puas hati. Cuma kalau makan setakat dua tiga orang aje, memang puas lah nak habiskan pancake tu. Plus, pancake dia pulak manis kan dengan topping semua tu lagi, cepat muak sikit bila makan. Nani hari tu boleh makan dua potong aje lepas tu I surrender. Hahah! Tapi dah beli mahal mahal, rugi woo kalau tak makan sampai habis. Korang boleh tengok dekat bawah ni topping apa yang ada.
Ahmad Lim Black Pancake
Flavour Nutella dengan Skippy tu yang paling murah okaay! Sebab tu lah kena ajak empat ke lima orang baru ngam. Kawan Nani hari tu dia beli yang topping Nutella. Crust tu pulak, elok kalau ambil yang nipis sikit so tak cepat sangat muak bila kita makan tu. 
Ahmad Lim Black Pancake
Ini lah rupa Ahmad Lim Black Pancake yang orang selalu sebut sebut tu. Nani pun baru ni first time makan. Dia ala ala apam balik tu jugak cuma ni versi 'mewah' sikit daripada yang biasa. Kalau dekat Indonesia famous jugak pancake yang topping macam ni. Pada pendapat Nani sedap lah, cuma nya manis sikit sebab Nutella kan. Kalau topping lain macam cheese tu maybe okay sikit kot. Ada yang pernah try ke? Kalau pernah try, boleh lah share feedback dekat bawah. Mana tahu next time pergi, boleh lah Nani try flavour lain pulak. Selain daripada pancake, dekat sini famous jugak noodle dia orang yang sampai tahap berapi tu. Nani tak pernah try lagi, orang cakap pedas sangat sampai boleh menangis. Hahaha! Seram pulak kita yang baca ni, tapi teringin nak rasa. Korang pernah pergi Ahmad Lim Black Pancake ni? 

11 comments:

  1. tak pernah try lagi tapi tengok gambar terliur jugak ni haaa

    ReplyDelete
  2. owh pernah tengok dekat youtube yang geng2 tu review
    kalau rasa sendiri belum pernah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada Nani sedap lah, nanti try tau. Pergi ramai ramai, baru berbaloi.

      Delete
  3. Tak pernah try lagi kena tunggu gg ok dulu kot. Adoi terliuqq dah ne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit gigi ke? Get well soon kak Miza. Nanti dah okay laju laju terjah okay!

      Delete
  4. Tak pernah try lagi. Ada juga yang cakap makan pancake ni muak. Manis letingg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kalau ambil yang crust tebal tu cepak muak cikSu. Heheh.

      Delete
  5. First time akak dengar nama Pancake ni. Macam2 yer sekarang. Kalau yang manis2 ni anak2 akak memang suka beno la ni. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap kak, nanti boleh lah bawa dia orang pulak pergi. Heheh. Area Bangi ada satu cawangan dia orang :)

      Delete
  6. Sedap cik Nor. Tapi tak boleh lah nak makan selalu. Hahah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page