Waroeng Penyet di NU Sentral

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Pernah dengar tak pasal Waroeng Penyet ni? Ahad lepas baru Nani sempat terjah Waroeng Penyet yang dekat NU Sentral. Sebelum ni bila pegi mesti full house sampai keluar beratur. Nani cuma tahu dua cawangan aje Waroeng Penyet ni, satu yang dekat NU Sentral dengan Mid Valley. Mid Valley tu pun baru aje buka kalau tak silap. Lain lain cawangan tak pasti ada dekat mana, nanti korang boleh check it out dekat website dia orang okay! Nani hari tu pergi awal dalam pukul 11 lebih pagi macam tu, rupanya dia orang punya operation hour start pukul 12 tengah hari. Hahah! Mana lah Nani tahu, ingatkan memang dari pagi dah buka. Tapi boleh aje masuk duduk dalam tu sementara nak tunggu pukul 12 tengah hari. Sebab sampai awal so tak ramai sangatlah orang walaupun hari tu hujung minggu. Selalu baca review orang aje cakap Waroeng Penyet ni sedap, kali ni baru dapat merasa sendiri. Serius ada banyak sangat pilihan makanan tradisi Indonesia dekat sini, patutlah selalu sangat full house lagi lagi time lunch hour. Phew! Konsepnya dekat sini kita order & bayar dekat kaunter, lepas tu nanti dia orang akan hantar dekat table kita. Gitu. Pada Nani harga dekat sini worth lah, standard makan dalam mall. Heheh.  
Waroeng Penyet di NU Sentral
Ayam Panggang bahagian paha yang jadi pilihan Nani baru ni. Kalau tak nak paha, korang boleh pilih bahagian dada dan harga dia lain lain okay. Macam bahagian paha ni RM 11.50 sepinggan tak termasuk Nani tau. Nasi kena add on lain, jangan pulak korang order ayam tak tambah nasi. Heheh. Total semua sekali Nani makan hari tu RM 17.40 sekali dengan ais lemon tea. Kalau datang makan time weekdays ada promo luch hour kalau tak silap Nani. Heheh. Yang bestnya dekat sini haruslah sambal tu. Ada berjenis jenis sambal, dari paling tak pedas sampai lah pedas berapi. Hahah! Boleh lah pilih ikut selera & tahap kepedasan masing masing. 
Waroeng Penyet di NU Sentral
Ayam panggang dekat Waroeng Penyet ni serius sedap ya amat. Garing dekat luar lepas cukuplah rasa semua. Memang kena lah dengan citarasa Nani. Rasa nak pergi makan dekat sana hari hari pun hado. Hahah! Ayam dia pun saiz besar, padanlah dengan harga kan. Selain daripada ayam panggang ni, ada jugak ayam goreng biasa tu dan lagi murah dari ayam panggang ni. Actually ada banyak lagi menu lain kalau nak add on macam sambal terung, kangkung belacan dan macam macam lagi lah. Next time Nani nak singgah lagi makan dekat sini, nak try menu yang lain pulak. Eh? Semua nampak sedap tau dekat sini, tempat pun selesa sangat. Korang pulak pernah tak makan dekat Waroeng Penyet ni? 

15 comments:

  1. Ahaaa, waroeng penyet tak pernah lagi rasa. My fav is Wang Solo and Dapur Penyet.
    Wang solo punya sambal yang buatkan semua makanan jadi sedap and ada terung hahahah :) Thanks for sharing. Nanti, ika nak try la .

    ReplyDelete
  2. mak aii, nani, sedap nyer.
    aida ni tak le pernah gi NU sentral.
    tapi setakat ayam penyet,memang feveret la.
    tgk aje ayam nani tu, nampak sedap!
    NU sentral ni kat kl sentral kan?

    ReplyDelete
  3. Kak ana pernah makan WP di The Curve. Kak ana suka sgt dengan ikan keli dia. Sambal dia pun best. Boleh pilih mana yg kita suka

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan juga harganya...tapi tak ada kat penang ni...

    ReplyDelete
  5. ya Allah sedapnya tengok ayam penyet dia tu

    ReplyDelete
  6. Keluar gambar ayam penyet time lunch ni sangat la menyelerakan. Wow boleh pilih sambal dan bahagian ayam tu yang best.

    ReplyDelete
  7. Belum pernah makan lagi kat warung penyet ni

    ReplyDelete
  8. Mmg sgt menyelerakan especially time lunch.. ni dah makan pun masih berselera bila tengok. Bolehlah nanti singgah juga kat situ :)

    ReplyDelete
  9. Akak kan...kalau makan makanan yg bertemakan penyet2 ni akan looking forward untuk rasa sambal dia.Selalunya kalau sambal die masuk tekak akak ni barulah akak cakap kedai tuh ayam penyet die sedap. HAHAH! apo nak buek...lidah and tekak tak samo!

    ReplyDelete
  10. Fav akak restoran ni.. Dlu ada 1 je outlet kt curve ..Skarang dh byk.. Byk2 restoran ayam penyet sini paling sedap di tekak akak . Ayam bakar tk pernh try. .Dapnyeee

    ReplyDelete
  11. "Macam bahagian paha ni RM 11.50 sepinggan tak termasuk Nani tau" Nani ke Nasi hihih

    ReplyDelete
  12. rasanya kat Sunway Putra pun ada kot..eh..ke salah penyet..hehehe..kita buat sendiri Ayam Penyet..lepas ni nak buat ayam bakar pulak!

    ReplyDelete
  13. lama dah tak makan ayam penyet.. sedapnya ya Allah.. hehe. busyra dulu time study mmg selalu makan ayam penyet di wong solo shah alam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page