Family Gathering

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Plan asalnya CNY baru ni tak nak pun balik Pahang sebab cuti sekejap aje, dalam tiga hari. Lepas tu bila tahu kawan semua pakat nak balik, terus laju lajuu book jugak tiket balik. Hahah! Dasar penakut duduk sorang sorang. Time nak balik Pahang tu okay lagi, jalan pun smooth aje tapi bila nak balik Kuala Lumpur semula, haaa jammed teruk. Dua tiga kali tidur pun tak sampai sampai lagi. Dah macam Raya puasa pulak padahal CNY. Heheh. Masa tu lah rasa menyesal gila sebab tak gerak awal pagi dari rumah, macam mana entah hari tu tergerak hati nak balik tengah hari. Memang mendapat lah kan jawabnya. Tapi tak apa lah, asalkan dapat luangkan masa dengan family time cuti baru ni, memang best. Time cuti macam ni aje lah semua orang dapat balik kampung. Selalunya bila cuti = family gathering. Sebab semua ada balik, so nenek Nani ajak buat bbq. Rasanya last time kita orang kumpul ramai ramai gini, masa Raya Aidilfitri hari tu. Hahah! Lama sangat dah kan. So jyeahh, jom lah kita buat bakar bakar ayam dengan kambing sambil celebrate anniversary & birthday. Celebrate semua sekali senang, jimat kek gitu. Ehem, dah ready ke nak belanja gambar time bbw hari tu. Eh? 😆
Ibu Nani buat perapan ayam, mak cik Nani pulak buat perapan kambing. Nani? Hahahah! Daku tolong makan aje malam tu. Selalunya time ramai ramai macam ni, tak boleh tunjuk sangat skill memasak tu. Takkan nak lawan air tangan mak cik mak cik kan, dia orang lagi poweer okay bab memasak ni. Kita baru nak belajar belajar aje. Heheh. Tolong sikit sikit boleh lah. 
Serius best gila bakar ayam macam ni, angin pulak sejuk aje dekat kampung. Empat ekor ayam malam tu semua habis. Fuhh! 
Nasi goreng kampung pun licin. Ada jugak coleslow dengan sos black pepper mak cik Nani buat. Sos black pepper tu lupa nak tanya resepi dekat mak cik. Hahah! Dah kenyang lepas tu terus rasa nak tidur. Selalu orang buat sos black pepper sedap tapi bila Nani buat tak berapa nak menjadi sangat. Ada aje kurang dekat mana mana. Kena berguru lagi nampaknya lepas ni. Eheh. 
Ayam bakar simple simple aje. Ibu Nani guna bawang, halia, kunyit sikit lepas tu letak herba yang campuran. Itu aje resepinya dan letak lah perasa gula dengan garam tu. Ayam ni lagi lama kita perap, lagi sedap okay! Ibu Nani hari tu perap dari pagi lagi. Paaaling suka part yang garing hitam hitam tu, sedaap! Tiba tiba sendiri yang lapar. Hahah! 
Even makanan ala ala western gitu tapi guna pinggan nostalgia zaman dulu dulu. Hahah! Zaman sekarang dah susah tau nak jumpa pinggan ni. Dekat rumah nenek Nani ada lagi lah dalam lima ke enam biji macam tu. Pinggan ni berat sikit lah tapi tahan tau korang. Susah lah nak pecah macam pinggan kita zaman sekarang ni. 
Tak lengkap lah kalau makan tapi tak ada pencuci mulut. Heheh. So pencuci malam tu, kek baldu biruu (blue velvet katanyaaa!) Selalu orang buat red velvet aje kan, kali ni mak cik Nani tukar sikit jadi blue velvet. Tangan orang pandai buat kek ni memang lain maciamm sikit kejadiannya. Kalau Nani tak ada lah nak tukar kek tu jadi lain. Memang ikutlah sebijik sebijik. Hahah! Sama aje rasanya macam red velvet, cuma yang ni warna biru. Gituu. Ada jugak tapai nenek Nani buat, tapi terlupa nak bawak keluar. Hahhah! Masing masing bila dah nampak makanan, memang lah. Heheh. Apa apa pun, memang syok dapat jumpa ramai ramai macam ni. Korang pulak ke mana CNY baru ni? 

12 comments:

  1. lamenye tak buat gathering dgn famili...
    best dapat berkumpul
    tapi CNY ritu terlalu ramai yang bercuti
    tak boleh nak gerak ke mane2

    ReplyDelete
  2. oii sedapnya semua. kalau cakap pasal gathering, mesti makanan tu penting kan. sambil borak sambil ngunyah

    btw first time tengok blue velvet tu

    ReplyDelete
  3. Wah seronoknya family gathering. Sedapnya bbq ayam tu. Pinggan orang lama lama memang tahan lasak dan tahan lama. Suka tengok design pinggan diaorang simple tapi cantik. CNY haritu tak ke mana. En hubby keje.

    ReplyDelete
  4. syoknya makan bakar-bakar ni semua..makanan sedap dan meriah ramai²

    ReplyDelete
  5. Tu diaaa! aktiviti yang sangat mengeratkan silaturrahim kekeluargaan. Family akak belum pernah lagi nak berbbq bagai. One day lah boleh dibuat.

    ReplyDelete
  6. sedap gilos nani !
    rasa nak buat bbq pulak kat rumah
    tp janji hari tu nak buat steambot.

    ReplyDelete
  7. Amboi, kek warna biruuuu. Heheh. Bestnya, Nad dah lama tak family gathering.

    ReplyDelete
  8. Bila family gathering mkn2 BBQ mmg syok.. Wah Blue velvet cake

    ReplyDelete
  9. Seronok bila dpt gather ramai2. Bbq tu satu kewajipan masa ni kan. Lama tak bergathering dgn family besar. Kak ana cny haro tu duk umah je. Nak g bercuti confirm ramai org kan.

    ReplyDelete
  10. Sedap gila ayam bakar! Kita dah lama tak makan ayam T__T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page