Cara Langgan Tonton VIP

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Weekend baru ni entah macam mana tiba tiba 'terbuka hati' nak langgan tonton VIP. Hahah! Kemain guna term 'terbuka hati.' Eheh. Sebenarnya time tu tengah bosan tak tahu nak buat apa, sekali tengok dekat tonton, ada movie By My Side. Even dah pernah tengok hari tu dekat wayang tapi rasa nak tengok lagi untuk kali yang kedua. Gigih kann. Lagi pun cerita ni best walaupun sad ending tapi suka lah tengok. Daripada duduk saja tak buat apa apa, baiklah langgan tonton yang VIP tu, ada jugak benda nak tengok. To be honest, hari tu first time Nani langgan tonton yang VIP. Sebelum ni pernah jugak buka tonton, tapi tengok cerita yang biasa biasa tu aje. Ingatkan selama ni mahal sangat kalau nak langgan tonton yang VIP, rupanya murah gila gila. Hahah! Kalau tahu harga murah macam ni, dah lama Nani langgan dari dulu lagi. Habislah lepas ni asal bosan aje, mesti rasa nak langgan tonton yang VIP ni. Kahkah! Lagipun dekat sini mana nak ada, kalau nak tengok movie apa semua memang kena cari online lah jawabnya. Time tak busy macam sekarang, boleh lah nak layan macam macam πŸ˜†
Cara Langgan Tonton VIP
Korang yang mana terlepas nak tengok movie By My Side dekat wayang hari tu, boleh lah tengok dekat tonton. Memang movie ni collab dengan tonton pun hari tu, lagi jimat duit dari tengok dekat wayang. Hahah! Iye lah, dekat wayang boleh tengok sekali aje, dekat tonton boleh ulang tengok sampai kau naik bosan dan puas hati. Hahah! Macam mana nak langgan tonton VIP ni? 
Cara Langgan Tonton VIP
Mudah sangat okay nak langgan, korang just klik dekat BE A TONTON VIP! So nanti akan keluar yang macam dekat atas ni hah. Korang boleh lah pilih nak langgan pakej yang mana. Nani hari tu ambik yang RM 3 aje untuk 24 jam. Lepas tu rasa menyesal pulak. Hahah! Menyesal sebab tak langgan terus untuk seminggu. Seminggu baru RM 5, beza dua ringgit aje wei dengan yang 24 jam. Tapi payment pun dah buat masa tu, so kita tengok aje lah selama doploh empat jam. Murah aje kan harga nya, Nani pun baru tahu. Kahkah! Rasa noob sangat pulak. Lols! 
Cara Langgan Tonton VIP
Lepas dah siap buat payment, hah boleh lah tengok cerita korang tu sampai puas hati. Boleh baca Review By My Side yang Nani pernah buat dulu. Serius best cerita ni, lepas tu tak bosan langsung dan paling penting tak macam typical movie lah. Heheh. Selalu kalau movie pasal first love ni memang at the end akan bersama, tapi yang ni tak pun. Haha! Korang pergi lah tengok nanti okay! Sebenarnya tak sia sia jugak Nani langgan tonton yang VIP ni, sebab Ahad hari tu ada Anugerah Juara Lagu jugak so dapatlah tengok sekali secara live artis fav menyanyi. Lepas ni senang lah, langgan tonton yang VIP ni, memang jimat sebab murah aje kan. Heheh. Korang pernah ke langgan tonton yang VIP? 

5 comments:

  1. Eh murah je ye nani harga nak subscribe tu. Hari tu kak ana dpt kupon free utk vip ni sekali dh expired br perasan. Rugi sgt πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  2. kira murah dan affordable juga ye pakej untuk tonton vip ni,..

    ReplyDelete
  3. X pernah langgan tonton. Tapi harga murah macam tu not bad lah. Semua orang mampu menonton dengan harga yang mampu macam tu.

    ReplyDelete
  4. Wow Ada yg VIP punya rupanya. Tq ye mama baru tau ni

    ReplyDelete
  5. murah tu.. menarik harganya. tp skrang da langgan Netflix n hypp tv everywhere tak sanggop da nak langgan hehe.. Netflix sampai 3/4 pagi baru tidoooo oh no..!! hehe selamat melanggan Nani ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page