Tauhu Bergedil BAMBAM

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat pagi Isnin, hopefully tak ada yang Monday Blues hari ni. Eheh. Jumaat lepas baru dapat merasa sendiri tauhu bergedil ni hah. Nani mula mula dulu tahu pasal tauhu bergedil ni sebab selalu tengok Instagram mak Hanis Zalikha. Hahah! Mak Keknis pun ada jugak jual tauhu bergedil ni, tapi selalu tak sempat nak order. Laju aje dah fully booked. Tiap kali tengok mesti telan air liur. Kahkah! Sebab nampak tempting gila. Punya lah dah lama teringin nak makan, finally dapat jugak merasa tauhu bergedil ni Jumaat lepas. Ada jugak plan nak buat sendiri aje konon kononnya tapi tu lah, MALAS! Bila mood tak berapa nak rajin tu, memang jangan haraplah nak buat apa apa. Bahan bahan nak buat tauhu bergedil ni serius sangat simple, tapi sebab banyak sangat step terus jadi tak rajin. Jadinya, kita order aje lah lagipun kebetulan hari tu dia orang ada buat penghantaran dekat area Gombak. Nani order dengan Tauhu Begedil BAMBAM, boleh tahan murah jugaklah harganya dan dia orang siap delivery sampai ke depan pintu rumah. Heheh. So, mudah lah, tak payah nak susahkan diri pergi self pick up. Masa sampai tu pun panas panas lagi okay! Puas hati lah beli dengan dia orang ni, servis pun baik punya! 
Tauhu Bergedil BAMBAM
 Taraaa ini lah rupa Tauhu Begedil BAMBAM. Nani ambil yang set Irene, ada 20pcs tauhu bergedil. Harga untuk Set Irene ni RM 25 tak termasuk caj penghantaran. Macam biasalah, caj penghantaran ikut kawasan jugak. Nani ambil bekas yang besar terus macam ni sebab senang boleh bagi kawan kawan rasa sama. Ada jugak set yang 9pcs tapi yang tu kena minimum order dua bekas. Sos tu nampak aje macam sikit tapi cukup aje untuk 20pcs tauhu bergedil ni. Tapi yang untuk 9pcs punya, Nani tak sure berapa ringgit satu kotak. 
Tauhu Bergedil BAMBAM
 Hari tu pelik jugak kenapa nama dia BAMBAM. Hahaha! Bila dah makan, baru faham kenapa. Tauhu bergedil ni serius mampat, padat dan sedap. Puas hati sangatlah Nani makan. Sampai tak ada space langsung dalam tauhu tu, semua dipenuhi oleh isi kentang dan ayam. Heheh. Sos pun pekat dan pedas kemain. Senang cerita, memang sedap sangat lah. Next time boleh lah order lagi kalau teringin nak makan. Semoga murah lah rezeki dia orang sebab jual makanan yang tak kedekut macam ni. 
Tauhu Bergedil BAMBAM
Korang yang teringin nak rasa tauhu begedil ni boleh lah order dengan dia orang. Serius puas hati sangat sangat, sampai makan tak berhenti. Sekejap aje dah kosong kotak. Hahah! Nak senang korang follow Instagram dia orang sebab setiap hari kawasan penghantaran dia orang tak sama tau. Nombor telefon pun ada dekat Instagram sana. Nani ni pun hari tu kebetulan kawan bagi tahu dia orang ada delivery area Gombak, terus order laju laju. Hahaha! Nak jimat boleh ajak family atau pun kawan kawan order sama. Next time kalau dia orang delivery are Gombak lagi, ingat nak selit order jugak. Eh? Hahah! Korang pulak dah pernah makan ke tauhu bergedil ni? 

9 comments:

  1. Tgk yg mak keknis tu.. Tauhu begedil xpernh try.. Tp tauhu anora ada kentang slalu order.. Rmi dh org jual.. Kalo mampat, xkedekut isinya mmg best la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tauhu anora tu kawan Nani cakap sedap jugak. Nanti nak try lah. Heheh. Kann, isi mampat macam ni puas hati makan.

      Delete
  2. Nampak sedap sangat. Puas hati makan sebab isi padat. Mengenyangkan.

    ReplyDelete
  3. Ingat tauhu bambam dr dapur nani.gigih nk tgk resipi. Hehe. Eh murah je harga dia nani. Nak try lah juga. Ayah kak ana mesti suka ni.

    ReplyDelete
  4. ya rabbi ya rabbi.. its almost 1am nowwww Nani tayang makanan ya Allah berikan dakuuu kekuatan T.T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page