Beef Prosperity Burger

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Still bekerja ke atau pun dah start cuti Chinese New Year hari ni? Semalam sempat jalan jalan sekejap dekat KLCC. Actually bukan nak berjalan sangat pun, tujuannya nak ke Kinokuniya sebab ada buku yang nak cari. Habis lah dalam sejam dekat Kinokuniya, lepas tu rasa macam awal sangat lagi nak balik. Plus, harga grab car time tu kemain lagi melambung tinggi sebab high demand. Pergi dalam lima ringgit aje (lepas guna promo code) tiba tiba nak balik harga dalam RM45. Pheww! Tak kuasa nak bazirkan duit RM45 tu begitu saja. Hahah! Makanya Nani ajak kawan masuk BATA, konon nak cuci cuci mata aje. Sebenarnya dah lama niat nak beli sandal baru, tapi tak sempat sempat nak beli. Dah alang alang semalam masuk BATA, cari lah terus sepasang. Ingatkan ada banyak sales sempena CNY ni, tapi biasa biasa aje. Banyak jugak sandal yang lawa lawa sampai rambang mata daku dibuatnya. Hahah! Sekejap nak sandal A, sekejap nak yang B, sampai sales boy yang duduk ikut Nani tu pun naik pening. Kalau dah namanya perempuan, macam tu lah. Sudahnya dapat jugaklah rembat sepasang. Hahaha! Konon nak tengok tengok aje, tapi tak ada nya kalau dah masuk dalam tu. Mesti beli jugak sepasang 😆 Siap beli, zasss turun pergi McDonald's pulak untuk makan malam (padahal time tu baru pukul enam). 
Beef Prosperity Burger
 Since sekarang ni famous dengan Prosperity Burger, so kita pun order lah jugak benda yang sama. Iya lah, setahun sekali aje kan. Heheh. Tapi tu lah salah timing pulak pergi lepas office hour ni. Dia punya ramai orang tu mashaAllah. Nak tunggu meja kosong pun dah sekian. Hahah! Menyesal pulak rasa pergi time tu, KLCC pulak kan. Nasib baik time order Nani dah siap, orang dah berkurang sikit. Kalau tak, satu kerja pulak nak tunggu meja kosong. Satu set Beef Properity ni dalam RM 15 macam tu kalau tak silap Nani. Ada lagi satu, Golden Prosperity tapi Nani ambil yang biasa ni aje. 
Beef Prosperity Burger
Gambar Prosperity Burger tak ada sebab burger comot. Hahah! Sedaap lah jugak, ada rasa pedas sos lada hitam tu dan kepingan daging tu pun lembut aje. Yang bestnya bila order set Prosperity Burger ni sebab ada twister fries. Nani lagi suka twister fries yang ni, sebab ada rasa pedas pedas sikit. Heheh. Hari tu pun ada jugak sekali Nani order set ayam goreng & minta upgrade dari fries biasa tu kepada twister fries ni hah. Tapi bukanlah upgrade for free okay, kena tambah dalam seringgit macam tu. Nani tak sure semua outlet available ke tak untuk upgrade fries ni. Heheh. Korang dah try ke belum Prosperity Burger? Haa kalau belum try lagi, boleh lah membawa diri ke McDonald's lepas ni. Kalau tak sempat rasa tahun ni, kena tunggu tahun depan lah pulak jawabnya. Hahah! InshaAllah petang ni bergerak balik ke Pahang, doakan saya selamat sampai okay. Korang pun hati hati di jalan raya! 

15 comments:

  1. mana gambar sandalnya nani..hihi

    ReplyDelete
  2. hehehehe
    boleh lah rasa burger tu kan

    ReplyDelete
  3. Semoga selamat sampai kampung ye Nani :)

    ReplyDelete
  4. Dari Kinokuniya ke Bata lepas tuh ke McD. Hahah! macam tuhlah jadi org perempuan. Macam2 nak dibuat and nak dibeli. Kasut..mana kasut..tayang sket boleh? Anyway, selamat bercuti Nani. Drive safely yer. :)

    ReplyDelete
  5. lamanya tak jln2 ke klcc sedangkan dekat je ngn opis

    nsb lah dh mkn prosperity, aritu dia punya sos dhla bkn main banyak, sampai kepedasan akak

    ReplyDelete
  6. Pecah air liur tgk. Mama x mkn LG prosperity burger tahun ni

    ReplyDelete
  7. Belum try lagi burger ni sebab still mood berpantang. Prosperity burger ni memang ramai peminatnya

    ReplyDelete
  8. Mmg sedap sbb rasanya ada pedas2 berbanding kebanyakkan burger yg lain.. suka sos black pepper tu :)

    ReplyDelete
  9. Nani sedang berseronok di Pahang ke tu? :D Siqah tak minat prosperity. So takdelah teruja nak makan. Tapiiii Siqah suka fries nya. Hihi

    ReplyDelete
  10. k.el mmg suka prosperity burger ni..tp kalau nak compare dulu ngan skrg..dulu lg tebal dagingnya..n burger pun besaq..skrg ni mcm kecik x puas makan..mayb depa suh beli 2 ketui kut haha

    ReplyDelete
  11. Antara yg wajib beli setahun sekali. Kak ana dh rasa utk tahun ni. Lepas rasa teringin tu.

    ReplyDelete
  12. Bila CNY keluarlah menu prosperty burger ni kan..
    Akak tak tahan pedas😳

    ReplyDelete
  13. lahai prosperity burger pulak..adoiii teringin la.. hahah #pitam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page