Garret Popcorn di KLCC

Assalamualaikum & Hello.
Hi korang! Memang selalunya setiap kali balik Pahang mesti Nani akan beli something untuk family. Kadang kadang belikan Texas Chicken lah, Big Apple lah, memang makanan aje lah semuanya. Hahah! Seronok bila tengok orang yang kita sayang happy bila kita ada bawak balik apa apa. Nani pegang satu ayat ni, "kalau dengan family jangan pernah nak berkira, makin banyak kita bagi inshaAllah makin banyak yang Allah akan bagi." Memang betul sangat ni tau korang, rezeki tu alhamdulillah sentiasa ada, walaupun tak banyak mana. So baru ni beli kan Garret Popcorn yang dekat KLCC tu untuk dia orang. Nani memang dah tahu lama kewujudan Garret Popcorn ni tapi tak pernah pun rasa nak beli. Heheh. Bila nak pergi surau dekat KLCC tu, mesti terbau popcorn yang sedap ni. Tapi sebab harga dia pun boleh tahan, so tak ada lah nak beli selalu pun. Popcorn ni bukan biasa biasa okay, harga ada yang cecah sampai ratus ringgit. Fuhhh! Baru ni beli sebab nak bagi family sekali rasa Garret Popcorn ni. Nani tak sure ada dekat mana lagi cawangan dia orang, pernah nampak dan tahu yang dekat KLCC ni aje. Senang aje nak cari, dia bertentangan dengan Maybank. 
Garret Popcorn di KLCC
Dekat Garret Popcorn ni ada macam macam flavour & setiap flavour tu harga berbeza ikut saiz. Kalau flavour biasa macam Chicago Mix, Caramel Crisp, Cheese Corn paling murah RM 14. Tapi kalau macam yang flavour Butter & Plain, paling murah RM 19. Ada jugak flavour yang special, Almond Caramel Crisp dengan Macadamia Caramel Crisp. Harga pun sedap jugak lah korang, paling kecik dalam RM 24. Hahaha! Boleh lah korang survey siap siap sebelum beli.

Garret Popcorn di KLCC
Ini lah size dari small sampai jumbo. Nak beli yang dalam tin tu pun boleh, tapi harga nya cecah jugaklah dalam seratus lebih. Kalau nak buat event boleh lah nak beli yang besar besar terus. Setakat nak rasa aje, yang kecil pun dah okay. Dia orang ada jugak jual popcorn yang saiz kon aiskrim tu tapi Nani tak sure berapa harga dia. 
Garret Popcorn di KLCC
Nani beli flavour yang biasa aje, Caramel Crisp saiz besar. Yang ni RM 24 satu, kalau yang medium pulak RM 19. Serius banyak okay satu paket ni walaupun sekali tengok macam alah sikitnya, keciknya bekas dia. Hahah! Tapi dia orang memang letak penuh bekas ni. Kiranya berbaloi lah kalau kita beli. Kalau tak tahu nak pilih flavour apa, boleh lah mintak dengan dia orang nak rasa. Memang ada tester, boleh lah pilih mana yang tekak korang suka. Gituu!

Garret Popcorn di KLCC
Pada Nani sedap lah yang flavour Caramel Crisp ni, memang setiap bahagian popcorn tu bersalut. caramel. Tak ada lah ada part yang rasa tawar ke apa macam popcorn yang kita beli dekat pasar malam tu. Heheh. Plus, makanan yang mahal ni memang selalunya sedap. Overall Nani suka lah, crunchy, banyak cumanya agak manis sikit. Lain lain memang sedap. Patutlah selalu bau wangi aje bila lalu dekat area kedai dia orang ni. Even harga dia agak mahal, ramai aje yang membeli popcorn ni hah. Hari tu customer yang depan Nani sampai beratus dia beli okay. Fuhh! Sekali sekala nak makan boleh lah, selalu sangat pun tak elok jugak sebab manis. Next time nak try flavour dia orang yang lain pulak. Yang cheese corn tu nampak sedap tapi Nani baca ada yang cakap dia tak crunchy. So awal awal dah tolak. Korang pernah ke beli Garret Popcorn ni? 
p/s : Hari ni dah hari terakhir bulan February, cepatya masa berlalu! 

13 comments:

  1. Tak pernah beli popcorn kat tempat lain selain dari kat cinema hahah. Tapi this one nampak menarik lah, caramel dia macam banyak je.

    ReplyDelete
  2. nampak macam menyelerakan pulak popcorn tu..crunchy gitu,,,

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi beli garret popcorn ni. Tapi tahu la rasanya sedap. Very eksklusif. Sepadan dengan harganya.

    ReplyDelete
  4. Akak suka yang ada badam dan macadamia tu. Bila makan macam kena rasuk, tak boleh berhenti huhuhuh

    ReplyDelete
  5. pekat melekat gini klu mkn abis 1 bks blh kene kencing manis nani oi hahahha....

    ReplyDelete
  6. Lama xbli Garrett popcorn.. Mmg sedap tp skarang dh makin mhl.. Dlu2 ms br lg ada kt msia, pjggg org Q

    ReplyDelete
  7. Xpernah beli tp pernah rasa. Memang sedap yg caramel tu nani. Rangup dan penuh dgn perasa caramel. Sesuai lah dgn harga dia .

    ReplyDelete
  8. Xpernah lagi beli and rasa garret popcorn. Selalu tgk org cakap and beli. Next time nak try lah kalau ke sana

    ReplyDelete
  9. Tak pernah cuba lagi.. Walaupun dah pernah nampak.. Hehehe..

    ReplyDelete
  10. Telan air liur baca pasal Garett Popcorn ni. Pernah merasa sekali je sebab orang asyik cakap sedap sedap. Memang sedap. Tapi kita beli dekat One Utama.

    ReplyDelete
  11. jarang beli. bolehla kalo sesekali terlepas ke KLCC.. skrng kat KLIA2 pun dah ada. xleh selalu kan Nani rabak poooket hehe..

    ReplyDelete
  12. busyra tak penah mkn lg. sedapnya tngok wrna dia tu ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page