Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Assalamualaikum & Hello.
Baru - baru ni Nani berkesempatan ikut kawan kawan blogger yang lain ke Melaka. Ini kiranya short trip ke Melaka lah dengan diorang. Memang short trip betul sebab cuma semalaman aje di Melaka. Hehe. Walaupun semalaman tapi meriah sangat - sangat okeh. Kiterang ke Melaka dan menginap di Homestay Idaman Villa yang terletak di Taman Kota Syahbandar. Apa yang best sangat Idaman Villa ni sebab terletak betul - betul di tengah Bandaraya Melaka. Bila terletak dekat bandar Melaka memang dekat lah bila nak ke Jonker Walk, Dataran Pahlawan, Menara Taming Sari dan banyak lagi lah. Villa Idaman ni mempunyai tiga tingkat jadi sesuai lah kalau datang dengan bilangan yang besar.
Villa Idaman tiga tingkat ni terdapat tujuh bilik tidur, enam tandas, tv di ruang tamu dan di bilik tidur serta Wifi. Memang syok dan selesa sangat lah bila semua kelengkapan disediakan sepenuhnya. Memang rasa macam duduk rumah sendiri lah. Korang kalau datang ke Melaka untuk bercuti boleh lah jadikan Idaman Villa ni sebagai pilihan yang utama.  
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini bahagian depan Idaman Villa. Tengok pun nampak macam eksklusif sangat kan. Laman rumah pun luas sangat, kalau anak - anak kecil nak main pun boleh. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ruang tamu ini dilengkapi dengan sebuah televisyen yang mempunyai lebih daripada 50 siaran untuk ditonton. So boleh lah kalau nak tengok tv sampai ke pagi. Hahah. Wifi pun ada jugak dengan kelajuan 30Mbps. Jangan risau, walaupun ramai Internet tetap juga laju. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini pulak bahagian dapur. Konsep ni ala ala dekat cofee bar gitu. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Meja makan yang boleh memuatkan dalam lapan orang dalam satu masa. Ini muka muka blogger yang ke Melaka hari tu. Ada yang korang kenal tak? Heheh. Jom tengok pulak bilik bilik yang ada dekat setiap tingkat di Idaman Villa ni. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini ruangan bilik untuk 1 - 1. Bilik ini dilengkapi dengan sebuah katil queen dan juga bilik air. Untuk makluman korang, dekat Idaman Villa ni boleh juga kalau korang cuma nak sewa bilik aje. So kalau cuma datang bercuti dalam dua tiga orang boleh lah juga nak menginap di Idaman Villa.  
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 2-1 
Bilik 2-1 ini merupakan master bedroom. Dekat Idaman Villa ni terdapat dua master bedroom. Satu di tingkat dua manakala satu lagi di tingkat tiga. Setiap master bedroom dilengkapi dengan dua buah katil bersaiz queen, televisyen, bilik air dan juga iron. Ada juga ruang balkoni untuk bersantai tau.
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 2-2
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 2-3
Untuk bilik 2-2 dan bilik 2-3 dilengkapi dengan dua buah katil bersaiz single dan sebuah bilik air. Kalau datang berkeluarga sesuai lah bilik macam ni untuk anak - anak. Heheh. Sebuah almari juga disediakan di dalam setiap bilik. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 3-1
Ini pulak master bedroom di tingkat tiga. Kemudahan yang disediakan sama juga seperti master bedroom di level dua. Cantik kan wallpaper dinding dekat belakang tu sebab nampak macam real sangat. Sekali pandang macam batu betul bukan wallpaper. Hehehe. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini juga merupakan katil di master bedroom tingkat tiga. Bilik untuk master bedroom ni sangat luas dan selesa. Nak berlari lari dalam bilik ni pun boleh. Hahah! Bilik dekat Idaman Villa ni ala ala glasshouse tau. Menarik sangat!
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 3-2
Ha ini lah bilik Nani dengan Zatie masa di Idaman Villa hari tu. Katil tu walaupun single bed tapi besar okeh. Memang selesa sangat lah tidur, Dalam bilik ni jugak terdapat kipas dan aircond so boleh pilih nak guna yang mana satu. Heheh. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Bilik 3-3
Bilik 3-3 ini dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz queen dan bilik air berkongsi dengan bilik 3-2. Nampak kan macam glasshouse? Suka sangat sebab dari ruangan bilik ni boleh nampak pantai tau. Memang cantik sangatlah pemandangan.
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ada juga disediakan ruangan balkoni yang kecil di bilik 3-3 ni. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Ini pulak bahagian luar bilik di tingkat tiga. Ada sedikit ruang tamu kecil. Boleh lah kalau nak duduk bincang bincang sambil tengok pantai. Heheh. 
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Dekat Idaman Villa ni bukan sahaja bilik yang tip top tapi kelengkapan dapur juga disediakan sepenuhnya oleh tuan empunya homestay ni. Kiterang hari tu siap buat BBQ lagi memandangkan BBQ pit disediakan di bahagian laman rumah. Memang kalau nak enjoy enjoy bercuti dengan family sesuai sangat menginap di Idaman Villa.
Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka

Idaman Villa | Homestay di Bandaraya Melaka
Jangan tak tahu dekat Idaman Villa ni korang boleh jugak nak memasak sebab semua keperluan seperti periuk nasi, heater, periuk memasak, pinggan, cawan pun disediakan juga. Peti ais pun ada kalau korang nak beli barang basah untuk dimasak. Eh semua benda lah ada dekat villa ni. Ha memang macam dekat rumah sendiri dah rasa bila menginap dekat sini tau.
Untuk korang yang nak bercuti ke Melaka nanti boleh lah jadikan Idaman Villa ni sebagai tempat penginapan korang. Memang selesa sangat menginap dekat sini sebab semua disediakan dengan lengkap. Kalau nak lebih mudah korang boleh juga membuat tempahan secara online. Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web di bawah atau terus sahaja meghubungi talian yang tertera. 
Nombor Telefon : 012- 2118246 / 016-2098623
Email : support@idamanvilla.com

28 comments:

  1. brape hrga sewa? mmg brbaloi la cm gini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM1000 semalaman kalau sewa satu Villa. Kalau nak sewa per room aje mek boleh call owner tu okeh. Heheee :)

      Delete
  2. Ya enjoy sangat lagi2 sebab ada tv njoi.. bertambah lagi enjoyable

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann PCL. Dah bertukar nama, ingatkan siapa lah tadi. Hahaha.

      Delete
  3. Cantiknya.. Best nie kalau pergi ramai2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik, luas dan sangaaat selesa. Hehee.

      Delete
    2. Bila cantik luas dan selesa, memang kena masuk dalam bookmarklah.. Bebila singgah boleh stay sini.. nice sharing..

      Delete
  4. Cantik betul home stay ni ya. Berbaloi kalau datang ramai ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat. Sesuai kalau datang dengan keluarga besar :)

      Delete
  5. Replies
    1. Luas sangat. Nani pun teruja gila masa mula mula sampai. Nak buat macam macam boleh dekat kawasan luar tu :)

      Delete
  6. Huntonglah semua disediakan.. tak yah susah pi Giant kat MP tu nak beli barang daporrr..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu pergi jugak mummy beli barang basah. Hahaha.

      Delete
  7. Buat BBQ tak hajak mummy..majukkk arr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamaaaaak! Hehehe. Next time Nani gi Melaka kita jumpa okehhh :D Hari tu pergi sekejap aje tak sempat pusing satu Melaka pun. Haha :P

      Delete
  8. kalau satu keluarga yg ramai....sesuai la ni...

    ReplyDelete
  9. best review(y)..nanti senang akk nak ke melaka cari homestay ni.

    ReplyDelete
  10. oooo...tau tau! Sally pernah tgk villa ni tapi belum pernah sampai lagi..hahahaha

    ReplyDelete
  11. Bestnya villa homestay tu... nampak sgt lengkap, kemas, bersih dan cantik... :)

    ReplyDelete
  12. Meriahhh haaa perghhhhh mesti rewang hari2 ni sesama blogger...

    ReplyDelete
  13. best sangat kannnn...rinduuu nak kumpul camni lagiiii..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page