Assalamualaikum & Hello.
Sabtu yang lepas keluarga belah abah Nani diuji dengan kehilangan salah sorang ahli keluarga yang terdekat. Anah buah Nani (anak kepada sepupu) baru berumur 13 tahun telah kembali ke rahmatullah petang Sabtu tu. Allahu, Nani macam tak percaya bila dapat tahu dia dah tak ada. Lagi terkesan dekat hati sebab dah lama sangat tak berjumpa dengan arwah. Dapat tahu dia meninggal waktu maghrib, masa tu Nani dengan ibu tengah sibuk siapkan tempahan nasi goreng dalam 60 bungkus. Ingatkan nak gerak ke Raub malam tu juga lepas dah siapkan tempahan tu tapi cuaca pulak tak mengizinkan. Hujan lebat sangat malam tu, jadi Nani dengan family gerak pagi Ahad tu ke sana.
Masa Nani sampai arwah tengah dimandikan. Bila tengok memang nampak seolah olah dia sedang tidur. Arwah memang ada masalah berkaitan dengan jantung dari kecil tapi masa hari dia dia meninggal tu memang tak ada sakit apa pun. Sihat sangat, cuma petang tu dia mengadu letih. Bila bawa ke hospital doktor cakap dia dah tak ada. Mungkin letih itu tanda yang dia nak berehat dari dunia ni buat selama lamanya. Berehatlah dik, syurga menantimu.
Sungguh kematian itu tak mengenal usia dan bagaimana. Segalanya termaktub dalam rahsia Tuhan. Nani sampai sekarang macam tak sangka anak buah yang baru berumur 13 tahun ni dah kembali menghadap Illahi. Moga arwah tenang di sana. Pagi ni pulak dikhabarkan dengan berita emak jiran Nani meninggal dan juga bapa saudara ibu. Allah, bila mana ada kematian yang begitu dekat memang akan buat kita selalu ingat bahawa dunia ini hanya sekadar persinggahan sementara. Satu masa nanti kita akan kembali juga ke tempat yang asal. Moga Allah merahmati dan mengampunkan dosa mereka ini. Al Fatihah.
Salam takziah buat sis sekeluarga :(
ReplyDeleteInnalillahi wa inna ilaihi rajiun
ReplyDeleteAllahumma urjuni fi musibati
Wa akhlifli khairan minha.
Semoga roh arwah diberkati
innalillah, takziah kepada nani sekeluarga
ReplyDeleteInnalillah... sungguh betul Nani kita semua ni pinjaman semata-mata
ReplyDeleteDunia ini sekadar persinggahan sementara kita semua.
Semoga anak buah sepupu Nani dan mak jiran itu ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh.
Innalillahhiwainnailaihirojiun...
ReplyDeleteTakziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga.
Salam takziah untuk keluarga Nani.
ReplyDeletehanisamanina.com
sala takziah untuk keluarga nani dan keluarga arwah
ReplyDeleteSalam takziah....
ReplyDeletesemoga arwah di tempatkan bersama org² beriman...
sbr ya nani..
salam takziah nani
ReplyDeleteInnalillah hi wainnailai hirojiun
ReplyDeleteSalam Takziah Nani. Indeed...terasa sangat bila org yg kita kenal or dekat ngan kita pergi menemui pencipta buat selama-lamanya. Semoga ALLAH SWT mengampuni segala dosa dosa Allahyarham. Anyways, saja nak share tips kat sini. Cuba amalkan bacaan surah Al Mulk setiap hari dan faham maksud setiap perkataan dan tulisan kat situ.Dan kalau boleh juga cuba hafalkan surah tersebut. Akak pun tengah usaha buat...Semoga dipermudahkan . Niat yang baik..ALLAH akan mudahkan. InshaALLAH...
salam takziah untuk nani sekeluarga
ReplyDeleteSalam takziah dari saya sekeluarga..
ReplyDeleteSedih cerita ni.
ReplyDeleteAlfatihah.
al fatihah.. semoga arwah ditempatkan dikalangan para solihin.. tahziah buat sis dan keluarga..
ReplyDeleteSalam takziah utk nani sekeluarga... moga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan menempatkan rohnya dikalangan org2 yg beriman... Al Fatihah... aamiin.
ReplyDeleteSalam Takziah Buat Nani seisi keluarga..Al-Fatihah..
ReplyDeleteTakziah untuk nani sekeluarga. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan yang beriman. Al Fatihah.
ReplyDeleteSalam takziah buat Nani sekeluarga!
ReplyDeleteDulukan Nani masa akak kecil-kecil, selalu dengar orang kata kalau ada kematian hari Sabtu, memang akan berturut-turutlah berita kematian yang kita akan dengar. Entah betul, entah tidak. Tapikan, kalau difikir semula itu semua memang sudah tertulis! Bila sampai masanya, tak akan boleh berganjak walaupun sesaat.
Mudanya alahai pergi budak ni! Semoga tenang di sana!
Ohh ada masalah jantung..al fatihah buat arwah aminnnn
ReplyDeleteSubhanAllah...alfatihah buat arwah...kadang2 tu la tak sangka dalam diam Allah ambil pelan2....semoga arwah dijaga Allah selalu.
ReplyDeletetakziah nani..semoga dia ditempatkan bersama orang beriman...sungguh mudah cara dia pergi..
ReplyDeletesalam takziah. muda lg arwah tp allah lbh tahu. perit nk terima. lg lg mak ayah dia. allahuu
ReplyDelete