Al Quran Al Mumayyaz Pilihan Terbaik

Assalamualaikum & Hello.
Alhamdulillah baru ni rezeki Nani dapat senaskah Al Quran Al Mumayyaz semasa menghadiri 1st Gathering EFG. Kebetulan pulak Al Quran yang Nani guna sekarang dah ada bahagian bahagian yang terkoyak. Dah lama sangat guna Al Quran tu sejak dari tingkatan empat kalau tak silap. Tengah bercadang nak beli satu Al - Quran baru, rezeki dapat senaskah Al Quran daripada The Violet Sofia.
Al Quran Al Mumayyaz
Majlis 1st Gathering EFG pagi itu dimulakan dengan bacaan Yaasin menggunakan Al Quran Al Mumayyaz. Al Quran Al Mumayyaz ini tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil, memang sesuai dan mudah untuk dibawa ke mana - mana.

Kelebihan Al Quran Al Mumayyaz :
  • Mempunyai terjemahan setiap ayat
  • Mengandungi panduan hukum tajwid dan cara bacaannya
  • Mempunyai asbabun nuzul surah
  • Mengandungi etika membaca Al Quran
  • Tajwid berwarna
Al Quran Al Mumayyaz
Al Quran Al Mumayyaz ini didatangkan dengan pelbagai warna, boleh lah pilih mana yang berkenan di hati. Apa pun Al Quran ini sememangnya sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Lebih lebih lagi untuk anak anak yang baru sahaja belajar membaca Al Quran. Ilmu dan panduan yang tajwid yang terkandung dalam Al Quran Al Mumayyaz ini, sedikit sebanyak dapat membantu mereka dan juga kita sendiri untuk memperbaiki lagi bacaan. 
Al Quran Al Mumayyaz
Buat yang ingin membeli Al Quran Al Mumayyaz daripada The Violet Sofia ini, boleh terus ke Facebook atau Instagram mereka. Nak lagi mudah, klik sahaja link di bawah ini. Jom jadikan Al Quran sebagai teman yang paling dekat dengan kita. 
The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

5 comments:

  1. betul, betul, betul.. Al-Quran ni best sangat.. :))

    ReplyDelete
  2. bagus..mudah untuk mengenal tempat yang sepatutnya berhenti, dengung dan sebagainya

    ReplyDelete
  3. Cantiknya! Semakin berinovasi Al-Quran sekarang utk tarik minat golongan muslim membaca...

    ReplyDelete
  4. Akak ade satu..suke sgt dgn Al-Quran nie..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page