Majlis Kesyukuran - Part 1

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat baru ni family sebelah ibu Nani buat Majlis Kesyukuran sekali dengan Majlis Cukur Jambul untuk sepupu yang baru lahir. Memang jadi tradisi dalam keluarga kalau kenduri akan buat gotong royong memasak apa semua. Nenek Nani tak suka sangat catering ni, dia lagi suka kalau masak sendiri. Khamis pagi tu dah balik kampung sebab banyak sangat benda nak kena buat. Biasalah kan kalau memasak sendiri ni, tenaga memang kena kerah banyak lah. Tapi dekat felda ni memang ramai lah jiran tolong juga. 
Majlis Kesyukuran - Part 1
Majlis Cukur Jambul untuk budak kecil ni hah. Hana ni behave sangat dia, orang bising bising tepi telinga dia pun, sikit tak ganggu dia punya tido. Baik sangat awak ni sayang. 
Gulai Lemak Labu
Gulai Lemak Labu
Gulai Ayam
Gulai Ayam 
Ikan Keli Goreng Berlada
Ikan Keli Goreng Berlada
Acar Timun
Acar Timun
Menu utama masa kenduri baru ni, semua masakan kampung. Ada juga sambal belacan, ikan masin goreng. Kecur air liur taip entri ni. Hahaha ! Lepas rindu nak makan masakan kampung yang sedap - sedap. Lepas solat jumaat orang lelaki datang buat tahlil lepas tu baru lah Majlis Cukur Jambul si kecil tu tadi. 
Majlis Kesyukuran - Part 1
Masa ni Nani tolong bawa dulang yang ada bedak sejuk, bunga rampai dengan gunting. Memang adat dekat kampung Nani kena ada benda ni. Dah tak memasal mak cik mak cik ni sapu bedak sejuk kat muka den sekali. Hahaha! Siap dengan pakej doakan Nani pelamin tak lama lagi. Mana tau masin mulut mak cik tu kan, dah lah waktu tu hujan. Ehh. Doa lah yang baik baik untuk saya. Hahahaha! 2016 nanti mana tau kan :P
Majlis Kesyukuran - Part 1
Iklan gigi beserta eyebag berkilo kilo hah. Hahahah ! 
Dia bukan tido tu tapi sebab ambil gambar menghadap matahari dia silau agaknya. Rindu lah nak cubit cubit pipi awak tu dik. 
Majlis Kesyukuran - Part 1
Kekok ! Hahaha !
Paling tak pandai bila nak pegang baby yang baru lahir macam ni. Budak tu pun nampak tak selesa bila den yang pegang. Hahahah. Practice makes perfect kan? 





28 comments:

  1. same laa mcm kat kampung akak....tetap rewang masak2....catering ni beleluasa lagi heheeheh tapi akak lagi suke catering, umah tak berkecah sgt ekekekeekeke..

    alhamdulillah....selamat selesai satu majlis...pasni majlis nani plak ke kan...ecewah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rewang seronok. Tapi tulah bab nak mengemas lepas tu pehhh. Hahahah. Memang kena kerah semua tenaga nak tolong kemas kalau tidak mahu terbaring lepas tu :D

      Delete
  2. Comelnye baby..rindu bau baby.
    InshaaAllah mudah2an ringan jodoh nani..

    ReplyDelete
  3. Yess!! kena practice Nani.
    Ala.. kalau dah ada anak macam mana pun pandai juga kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh. Baby kecik2 ni seriauu juga nak pegang kadang2

      Delete
  4. tomei tomeiiiii....

    naniiii..lauk2 tuh sedapnyeeee ya Allah....ikan keli goreng berlada..lemak labuuuuuu..huwaaaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi akak pula. Hehehe
      Nanti gi cari kak ikan keli berlada. Memang sedaaap !

      Delete
  5. Comey yer baby tuuuuuuu....tahniahhhh!
    Nak babyyyyyyyyyyyyyy hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahah. Mana tau ada rezeki nanti Qi ada kawan. Heheheh !

      Delete
  6. SEDAPNYA TENGOK.. LELEH AIR LIUR DAH NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tisu tak lap? Heheheh. Nanti cari lauk2 ni makan tengah hari :D

      Delete
  7. Replies
    1. Hihi. Budak kecik semua comel kan kak linda :D

      Delete
  8. comel nya baby!!! rindu nak cium pelok baby ni... hehe singgah sini sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun suka peluk cium baby. Siap gomol lagi. Hahaha !

      Delete
    2. Samalah kita. Naseb ada bby kat rumah nii hihi:p

      Delete
  9. ya rabbi comel giler baby!! rasa nak peluk2!!
    insyaAllah ada jodoh yang baik menanti u sis...

    ReplyDelete
  10. cutenya baby! pipi tembam betul :D
    kalau org2 kampung mmng rajin masak sendiri. ikan keli tu nampak sedaplah kak nani!

    ReplyDelete
  11. Sedap lauk yang terhidang.. baby pun comel sangat2

    ReplyDelete
  12. Wahhh ade ikan keli.faveret tuuu.. sedapnyaa

    ReplyDelete
  13. betul..
    samaa mcm kg ciksu still gotong royong kalau buat majlis tahlil sikit pon.
    lgipon mak ciksu suka org dtg ramai2 baru meriah..

    leh geng dgn kak rania lah baby hana.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page