Telur Dadah?

Assalamualaikum & Hello.
Sabtu baru ni aku ke Shah Alam, rumah pak cik aku kat Alam Megah. Mula mula pak cik aku cakap nak datang ambil pukul 8.30, sudahnya 9.30 malam baru dia sampai. Masa tu aku dah sempat pekena nasi goreng ikan masin sepinggan dengan teh ais epal. Hahaha ! Lepas tu ingatkan terus balik rumah, singgah pulak makan dekat restoran apa entah namanya. Walaupun dah makan sebelum tu, boleh pulak masa sampai dekat restoran tu aku makan lagi. Masha Allah Nani. Tension sangat ke sampai boleh makan banyak sangat? Hahaha ! Aku pun gigih lah wassap roomate aku bercerita yang aku dinner sampai dua kali hari tu :p
Konon nak taip laju laju sangat kan sampai telur dadar pun bertukar jadi telur dadah. Hahaha. Nani ni melampau betul, kan dah lain maksudnya tu. Lepas ni jangan asyik nak cepat aje, kena cek dulu ejaan. Hahaha !
Paling tak tahan bila nak tulis telur dadar, tetiba bertukar jadi telur daging. Hahahah. Memang kenyang sangat lah kan sampai dah jadi lain tu. Kawan aku pulak selamba je balas balik macam tu, dah tak pasal pasal aku gelak sorang sorang masa baca Whatssap dari dia. Pffft ! 
Dah kenyang makan, singgah Uptown Shah Alam, cuci cuci mata kononnya. Sekali nampak beg baju murah gila. Sebab kan aku memang dah tak dek beg baju bila nak balik kampung memang tak fikir dua kali lah, terus aje beli. Murah kot, beg besar tu dalam RM 13 satu. Kalau dekat tempat lain mahu puluh ringgit. Tapi Uptown Shah Alam kecik je pada aku, best lagi yang dekat Danau Kota tak pun Cheras. Banyak gila kedai. Dekat sini pusing- pusing dah habis. Sudahnya malam tu dekat pukul satu baru balik rumah pak cik aku. Kemain lagi berjalan musim musim jerebu ni. 


18 comments:

  1. Tu dah dia kata kekenyangan sampai typo-error:)

    ReplyDelete
  2. Hahahahaha...
    Telur dadah????? Mak aih...
    Typo memang selalu terjadi kekadang kita nak betulkan pun tersalah juga..HAhahaha


    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah. Teruk sangat kan typo nya sampai tersasar maksud :p

      Delete
  3. lawak je. boleh buat menu telur daging :D

    ReplyDelete
  4. Telur dadah pun bole nani...hehehe :)

    ReplyDelete
  5. singah pagi..
    hihihihi...typo... :)

    ReplyDelete
  6. Typo itu biasa..nak2 pulak bile tgh excited..hahaha

    ReplyDelete
  7. mmg hebat sampai tukar dadar ke daging pulak ...minda bercelaru ni sbb nk cpt sgt ..kuikui
    ke kenyang sgt ni

    ReplyDelete
  8. lain benar typo itu maksudnya..ketagih tak..hehehe

    Jom terjah  DRAMA TV / MOVIE FEVERET | Cabaran7Hari

    ReplyDelete
  9. ingatkan telur ada dadah td..mujur typo jaa..kalau telur dadah org jual naya laa...

    ReplyDelete
  10. letak je Nani.. ting tong kejap makan hahaha..

    ReplyDelete
  11. ha ha ha akak pun biasa.
    tersilap eja and da send
    then nak betul kan, salah lg.
    ha ha ha fade up kan ?

    ReplyDelete
  12. Ekekeke...typo error tu biasalah.

    ReplyDelete
  13. dasyat penangan telur punya pasal kan
    mana mana uptown ciksu xpnh pergi.sedey kan.hahaha.namanya duk kl.
    up town danau kota dkt la.tp x teringin pulak nk pergi. .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page