Pelbagai Koleksi Kasut di Hypershoe, KIP Mall Bangi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share salah satu kedai kasut yang menjual pelbagai koleksi kasut lelaki dan wanita iaitu Hypershoe. Korang pernah dengar tak jenama Hypershoe ni? Untuk pengetahuan korang, Hypershoe telah memulakan perniagaan dia orang sejak tahun 1996 lagi sampai lah sekarang. Lamaa kan? Nampak lah yang ramai orang suka dengan koleksi kasut yang dikeluarkan oleh Hypershoe. Ahad minggu lepas Nani berkesempatan ke KIP Mall Bangi sempena meraikan Hypershoe Outlet Grand Opening. Masuk aje dalam kedai Hypershoe ni, memang jadi rambang mata dibuatnya. Banyaaak sangat okay pilihan kasut yang ada sampai rasa nak beli dua tiga pasang terus. Hahah! Sejujurnya hari tu first time Nani pergi kedai Hypershoe ni dan rasa menyesal sikit sebab tak tahu kewujudan kedai ni dari awal lagi. Serius, kasut dekat sini semuanya cantik, berkualiti dan yang paling penting harga mampu milik. Dekat Hypershoe ni jugak bukan ada kasut untuk lelaki dan wanita aje tau, untuk kanak kanak pun ada. Jom tengok dekat bawah ni, koleksi kasut keluaran Hypershoe. 
Cawangan Hypershoe ni memang ada banyak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antaranya di Bangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Seksyen 18 Shah Alam dan banyak lagi lah. Korang boleh klik Outlet Hypershoe untuk tengok cawangan mana yang paling dekat untuk korang terjah.
 Mix Point merupakan jenama untuk koleksi kasut lelaki. Banyak sangat pilihan yang ada. Nak cari kasut untuk bersukan ke, pejabat ke, casual ke, memang semua ada dekat sini. Warna pun ada macam macam, memang suka lah masuk Hypershoe ni. 
 Nani paling suka kasut yang ada jahitan macam ni tau sebab nampak kemas sangat. Selalunya kasut yang macam ni tahan lebih lama daripada yang biasa tu. 
 Koleksi sandal lelaki. 
Koleksi kasut kasual untuk lelaki. Kalau korang tengok dalam gambar ni pun dah nampak berkualiti sangat, apatah lagi bila dapat pegang dan tengok depan mata sendiri. Nampak kemas dan kain pun jenis yang lembut gitu. Kawan Nani siap ajak pergi lagi kedai kasut Hypershoe sebab dia nak beli sepasang kasut yang macam dalam gambar ni. Nasib baik lah ada cawangan Hypershoe dekat Gombak ni, boleh lah teman dia nanti. 
 Ini pulak koleksi kasut wanita, Vetini. Nani ni memang jenis yang suka buat koleksi kasut tau. Bila masuk bahagian ni, rasa semua kasut nak try. Hahah! Paling best sebab kasut dekat sini semua ringan aje. Kalau korang boleh nampak dalam gambar dekat atas ni, tapak kasut untuk koleksi wanita ni lain daripada yang lain. Tak macam yang biasa kita tengok. 
 Berkenan okay tengok high heels macam ni. Hampir hampir nak beli dah sepasang hari tu, tapi mengenangkan yang Nani jarang pakai so tak jadi nak ambil. Heheh. Nanti kalau tak pakai, rugi jugak. Tapi cantik kan korang. Teringat ingat pulak kasut yang ni hari tu. 
 Tak nak kasut tinggi, yang biasa macam ni pun ada. Memang banyak lah koleksi kasut wanita dekat Hypershoe ni. Macam mana tak rambang mata bila masuk kedai Hypershoe. Silap silap, boleh berjam habiskan masa nak pilih kasut sebab semua Nani suka. 

 Yang bertutup macam ni pun ada jugak. Selalunya kalau remaja, memang kasut macam ni lah yang jadi pilihan. Nani pun ambil sepasang kasut bertutup macam ni. Tak boleh lah kita tengok kasut lawa macam ni, memang nak jugaak ada sepasang dua.
Ini pulak MP Sport (Men & Women Shoes). Mana yang suka bersukan, berjogging, boleh lah ke sini jugak untuk cari sport shoes yang berkualiti. Saiz pun ada banyak yang available, jadi korang jangan risau okay. 

  •  MP Kids, koleksi kasut untuk kanak kanak. Ini kalau mak mak memang confirm suka bahagian ni. Terdapat pelbagai pilihan untuk si kecil. 
 Suka tengok kasut yang warna pink dengan kelabu tu. Tapi kalau nak beli pun, nak bagi siapa pulak pakai kan. Mana ada anak lagi. Hahah! Kasut budak budak pun dah macam macam pattern ada. Oh ye, kasut sekolah pun ada jugak tau dijual di Hypershoe ni. 
 Selain daripada kasut, beg sekolah macam ni pun ada jugak di Hypershoe. Senang tau kalau mak ayah yang nak cari barang sekolah untuk anak anak bila nak masuk tahun baru nanti. Boleh beli kasut dengan beg sekali dekat tempat yang sama. Jimat masa dan tenaga. Hehe. 

 Taraaa ini pulak kasut yang jadi pilihan Nani hari tu. Kasut jenis bertutup dan flat jugak yang Nani ambil sebab boleh pakai pergi kelas. Cantik kann? Nani suka sebab tapak tu warna putih. Kasut yang macam Nani pilih ni ada dua warna, coklat dan jugak kelabu. Dua dua lawa, lama jugak fikir hari tu nak warna coklat ke kelabu. Akhirnya, ku pilih warna coklat. Heheh. 
Selesaa sangat pakai kasut ni, ringan dan berkualiti. Korang kalau nak beli jugak kasut macam Nani ni, boleh beli secara online dekat website Hypershoe. Nak lagi puas hati, korang walk in mana mana outlet Hypershoe yang terdekat. 
Haaa rambang mata tak tu tengok macam macam koleksi kasut yang terdapat di Hypershoe? Lepas ni boleh lah ajak yang tersayang atau pun kawan kawan ke mana mana cawangan Hypershoe & borong lah dua tiga pasang kasut yang korang suka. Heheh. Harga memang muraaah sangat compare dengan kedai kedai yang lain. Memang lepas ni kalau nak beli kasut, Hypershoe lah yang jadi pilihan utama Nani. Untuk maklumat lanjut tentang Hypershoe, korang boleh lah layari mana mana social media dia orang okay! Dekat bawah ni jugak Nani letak sekali alamat cawangan Hypershoe di Bangi. Jangan lupa terjah tauu! 😊
Sosial Media Hypershoe
Facebook : Hypershoe 
Instagram : hypershoeofficial 
Twitter : Hypershoe1996

Alamat Hypershoe Cawangan Bangi
Lot M-02, M-03, M-05, G-05/2,
KIP Mall Bangi, No 1, Jalan Medan Bangi,
Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6,
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor. 

Pengalaman Ke Legoland Water Park

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kali ni nak kongsikan pengalaman Nani ke Legoland Water Park pulak. Mana yang terlepas baca entry Legoland Theme Park, boleh klik dekat SINI dengan SINI okay! Actually, plan asal Nani nak masuk water park ni pagi, tapi kita orang tersalah masuk entrance. Kah! Termasuk entrance theme pak, so terpaksa lah ubah plan asal. Heheh. So korang nanti kalau nak pergi tengok elok elok okay, entrance yang mana. Nani masuk water park ni dalam pukul dua petang kalau tak silap. Walaupun cuaca nampk macam mendung tapi terasa jugaklah bahang panas tu. Waktu operasi water park ni bermula pukul 10 pagi sehingga lah pukul enam petang. Main lah air sampai puas dekat dalam tu. Hahah! Nak sewa cabana pun boleh, dalam RM 300 untuk sehari. Kalau half day dalam RM 240. Nani tak sewa pun, sebab bukan nya duduk pun dalam tu. Masuk situ sah lah nak main air apa semua. Hahah! Lagi pun harga boleh tahan jugak untuk sebuah cabana tu. Phew!
Legoland Water Park

Legoland Water Park
Muka takzabaar nak main air tengah panas. Eh? Hahah! Masuk aje dalam tu kita orang rent locker dulu sebab risau jugak kalau nak letak dekat luar. Mana lah tahu kan tiba tiba hilang ke kan. Harga sewa locker dekat Legoland ni RM 40 untuk locker besar dan RM 20 untuk locker yang kecil. Nani ambil yang besar terus sebab senang. Tapi locker besar dekat water park ni Nani saiz dia kecil sikit daripada yang dekat Theme Park. Oh ye, rent locker dekat sini guna mesin tau so please sediakan duit cukup cukup dulu sebelum guna mesin tu sebab kalau lambat masukkan duit, mesin tu telan duit kita. Huhu. Nani terkena hari tu sebab masuk duit lambat. Seploh hengget dia telan. 
Legoland Water Park
Macam ni lah cuaca time kita orang dekat water park hari tu. Masa main air punya lah seronok, hah lepas tu masing masing muka burn teruk. 
Legoland Water Park
Kita orang banyak habiskan masa dekat Wave pool ni aje hari tu. Hahah! Nak main air dekat kawasan yang budak budak tu pun boleeh. Air dia pun tak dalam sangat dekat sini, sama aje parasnya sampai lah dekat kawasan hujung tu. 
Legoland Water Park
Menggedik nak guna life jacket jugak. Hahah! Dekat dalam ni, tak payah sewa pun semua ni sebab dah termasuk sekali dengan harga tiket. Nak main, ambil aje semua ni. Heheh. Cuma kalau time tu ramai orang kena tabah sikitlah nak tunggu turn dapat pelampung apa semua. 
Legoland Water Park

Legoland Water Park

Legoland Water Park
Dekat sini ada banyak jugak slides yang boleh main. Kalau pelampung pulak kena bawa sendiri lah dari bawah naik ke atas. Mengah wehh, naik tangga kemain tinggi. Hahah! Ada satu aje slide yang pelampung dia orang dah provide siap siap dekat atas ni. Lain lain angkut sendiri. Kita orang main lima kali je kot, lepas tu dah surrender. Hahaha! Kalau yang gelongsor biasa pulak, kena pakai swimming suit baru boleh main. Kalau pakai tshirt biasa macam kita orang hari tu, dia tak bagi main sebab takut tersekat dekat tengah tengah gelongsor tu. Lol 😆
Tak banyak sangat gambar time main slides sebab tak boleh record langsung. Even bawak gopro pun dia suruh tinggal dulu dekat atas. Huhu. Kalau ambil dekat bawah macam ni boleh lah. Walaupun tengah panas, gigih jugak main air okay! Changing room dekat sini pun bersih dan selesa sangat. Siap ada shower, sabun apa semua. 
Legoland Water Park
Wajibbb bergambar dekat sini sebelum balik. Hahah! 
Legoland Water Park
Thank you so much Legoland Malaysia for having us! Seronok betul dapat main macam macam. Itu pun dia orang cakap tak puas lagi main. Amboi, dah seharian pun tak puas lagi. Kemain sangat tau! Nani haritu memang tepat tepat pukul 10 pagi terus masuk sampai lah pukul enam petang beru keluar. Tercapai jugak hasrat nak pergi Legoland akhirnyaaa. Kalau tak silap tahun depan, ada tarikan terbaru lagi dekat Legoland. Boleh lah kalau korang plan nak pergi sana. Heheh. Memang best & seronok okay! Rasaa nak repeat lagi. Eh?

Entry Legoland :


Rumah Makan Cibiuk di Kajang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ahad lepas Nani ke Bangi sebab ada event dekat KipMall. Dah alang alang sampai sana, dapatlah jumpa sepupu Nani kejap. Lagi pun event tak lama sangat, rasa tak berbaloi pulak nak balik terus. Hahah! Nani seriously jaraaang sangat ke Bangi ni, sebab jauh okay nak ke sana. Tambah pulak bila kena naik KTM semua ni. Kalau KTM tu macam LRT, yang tiap masa ada tak ada hal. Ini sejam sekali weh. Berjanggut tunggu KTM nak sampai. Hahaha! Kalau ada keperluan baru lah ke sana. Sebab jarang sampai Bangi, dia orang bawak Nani luch dekat Rumah Makan Cibiuk cawangan Kajang. First time okay, Nani tahu kewujudan restoran ni. Blur sekejap bila dengar nama restoran ni hari tu 😆 Rupanya restoran ni menyediakan masakan khas sunda. Jom lah tengok menu apa yang best dekat sini. Mana tahu, korang nak pergi pulak lepas ni kaan. 
Rumah Makan Cibiuk di Kajang
Haritu sepupu Nani order tiga set Nasi Liwet Komplit Ayam Kampung Bakar. Nama dia kemain lagi susah nak sebut. Kahkah! Ada lagi satu jenis nasi tau, nasi timbel. Daan jangan lah korang tanya apa beza kedua dua nasi ni. Memang Nani tak tahu. Mungkin kena repeat lagi makan dekat sini nanti. Hahah! Oh ye, restoran ni famous jugak & sentiasa ramai orang. Suasana kedai pun superb! Nak makan bersila pun boleeeh. 
Rumah Makan Cibiuk di Kajang
Pavlova (RM 11.90) 
Sementara tunggu makanan sampai, kita layan pavlova dulu. Sedap wehh. Meringue dia tu tak keras pun. Eh suka lah pavlova macam ni. Tak terlalu manis sangat. Yang ni sepupu Nani ambil double punya. Kalau satu je dalam RM 5.90 kalau tak silap. 
Rumah Makan Cibiuk di Kajang
Ini lah rupa nasi dekat Rumah Makan Cibiuk ni. Dia orang bungkus membujur macam ni dalam daun pisang. Wangii aje bau okay, nasi pun lembut dan macam pulut sikit. Kenyang jugak makan walaupun nampak macam sikit kan. 
Rumah Makan Cibiuk di Kajang
 Sambal yang banyak tu memang dia orang akan letak sekali dalam set nasi kita. Cuma yang dalam kuali kecil tu boleh ambil sendiri (percuma). Hari tu sambal dia tak pedas sangat, biasa biasa je. Mungkin lada tak cukup. Hahah! Sebab sepupu Nani cakap selalu dia orang makan sampai berpeluh peluh kot. Phew! 
Rumah Makan Cibiuk di Kajang
Nasi Liwet Komplit Ayam Kampung Bakar (RM 18.80)
Setiap satu hidangan ni ada nasi of course, ayam bakar, tempe goreng, ikan masin, ulaman (timun, petai bakr dengan salad). Ayam tu boleh jugak pilih kalau nak yang goreng punya. Tapi Nani suka ayam bakar ni sebab cukup rempah apa semua lagi lagi part yang hitam hitam tu. Sedaap! Menu menu lain pun ada jugak, nasi goreng, sate, sup and macam macam lagi lah. Kalau tak nak ayam, ikan pun ada. Dia orang ada jugak buat set makanan untuk dua orang, empat orang. Makanan memang sedap, serius Nani rasa nak pergi lagi. Tengok dekat facebook semalam, ada cawangan dekat Wangsa Maju. Cantikk! Boleh pergi nanti makan dekat sana pulak. Korang pulak pernah makan dekat sini tak? 

Sushi King di Setapak Central

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu sebelum layan movie Bisik Pada Langit, sempat lah menjamu selera dulu dekat Sushi King ni. Lagi pun Nani jarang sangat pergi Setapak Central, so blur blur sikit bila nak cari tempat makan. Hahah! Tak sempat pun nak tengok apa lagi tempat makan yang ada dalam mall ni sebab time tu target nak pergi tengok movie bukan nak jalan jalan sangat pun. Bila nampak Sushi King, laju aje kawan ajak makan dekat sini. Hari tu kita orang pergi pagi, so kena tunggu sampai pukul 11.30 baru ada set makanan lain. Kalau datang sebelum pukul 11.30 memang ada menu untuk breakfast aje lah. Walaupun time tu dah lapar sangat, sanggup tunggu okay! Plus, Nani tak berapa minat sangat menu breakfast dekat Sushi King ni. Heheh. So kalau korang nak makan dekat Sushi King, make sure lepas  pukul 11.30 pagi okay. 
Sushi King di Setapak Central
 Macam biasa, self service. Boleh klik dekat situ menu apa yang kita nak. Cuma pada Nani, servis dekat sini macam lambat sikit. Heheh. 
Sushi King di Setapak Central
Piri Piri Chicken Set.
First time makan Piri Piri Chicken Set ni. Ada nasi, ayam dengan spicy sos & mayonis, sup dengan tauhu lembut tu. Tauhu lembut? Alaa sebenarnya aku tak tahu nama betul dia apa. Sedap jugak set yang ni. Cuma spicy sos tu tak ada lah pedas sangat sangat, sebenarnya tak rasa pun dekat mana yang pedas nya. Harga satu set ni dalam RM 17.90 kalau tak silap Nani. Padan lah dengan portion pun kemain banyak sampai puas nak habiskan. Walaupun nasi tu nampak macam sikit jeeee, tapi bila makan kenyang okay sebab nasi dekat sushi ni kan macam pulut pulut sikit. Air macam biasa, memang Nani tak order sebab tak minat sangat air dekat sini lagi lagi green tea tu. Hahah. Tekak tak boleh terima betul lah. Nani beli tea live depan sushi ni hari tu. Heheh. Korang pulak, suka menu apa dekat Sushi King ni? 

Kacang Pool Haji Larkin

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu masa ke Johor sempatlah pergi sarapan dekat Kacang Pool Haji, Larkin ni hah. Dari Tune Hotel nak ke kedai ni tak ada lah jauh mana pun. Sebenarnya Nani tak tahu pun yang kedai ni ada dua cawangan. Tapi kedua dua cawangan ni pun berdekatan jugak. Hari tu Nani pergi yang dekat dengan Balai Bomba tu sebab dalam app kedai yang dekat situ aje keluar. Hahah! Iye lah kang sesat payah jugak. Dah lah nak naik bas balik Kl pulak lepas breakfast tu. Gigih okay Nani ajak dia orang bertiga check out hotel awal semata mata nak makan kacang pool. Selalu asyik tengok orang post gambar kacang pool aje, kali ni kita pergi sendiri rasa. Oh ye, hari tu first time sepanjang hidup Nani makan kacang pool. Hahah! Lagi pun tak tahu bila lagi dapat jejak Johor ni, jadi wajiblah explore tempat makan yang best best sikit. Ada tiga sebenarnya dalam list Nani, tapi kacang pool aje yang sempat singgah. Lain lain tu simpan dalam wishlist duluu. 
Kacang Pool Haji Larkin
Masa Nani sampai tu tak ramai sangat orang. Ada lah meja kosong, akak yang buat kacang pool ni pun laju okay dia buat kerja. Sekejap je, zasss siap order kita. Dekat sini self service ye, so penadai pandai lah bangun & pergi order dekat depan. Kedai yang dekat sini tak besar sangat, kalau datang time ramai orang, memang kena bersabar lah tunggu meja kosong. 
Kacang Pool Haji Larkin
Finally! Tertunailah hasrat hati nak makan Kacang Pool Haji. Sebab breakfast makan ni aje, dalam bas memasing tahan lapar. Hahaha! Dah tu boleh pulak jalan jammed time nak balik. Turun aje bas, cari tempat makan dulu. Serius weh tak kenyang sangat kalau makan satu roti tu aje (actually dua keping tapi dia lekatkan jadi satu. Paham tak?) Heheh. 
Kacang Pool Haji Larkin
 Sedap lah bagi tekak Nani. Ingat nak tambah lagi tapi time tu dah ramai orang, beratur pun dah panjang jadi ku pendamkan hasrat hati ittew. Hahah! Mula Nani ingat roti tu dia buat sendiri, rupanya dia orang pakai roti biasa tu aje. Baru Nani tahu. Heheh. 
Kacang Pool Haji Larkin
Bila lagi entah dapat rasa Kacang Pool Haji ni. Hahah! Satu set ni dalam lima ringgit kalau tak silap Nani. Sorry lah tak ingat dah harga dia. Lagi pun ni Nani makan dua tiga minggu lepas tapi baru ni sempat update dalam blog. Busy bebenor gayanya tu khen. Orang cakap tauhu bakar pun sedap dekat sini tapi hari tu Nani lupa nak order. Dalam kepala dah set nak makan kacang pool aje. Hahah! Nanti lah bila bila buat trip Jalan Jalan Cari Makan dekat Johor pulak. Tak puas hari tu berjalan sebab banyak tempat tak sempat singgah. Heheh. Korang pulak, pernah makan tak kacang pool ni? 

Legoland Theme Park

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah seminggu lebih entry Legoland ni terperap dalam draft. Tak sempat sempat nak tulis, ni baru ada masa sikit. Phew! Lately ni memang serius busy sungguh sampai weekend pun ke hulur ke hilir, langsung tak lekat dekat bilik. Keluar pagi, malam baru balik lepas tu terus rasa nak tidur. Hahah! Blog pun kelaut nak update. Oh ye, untuk korang yang terlepas entry pertama Nani pasal legoland ni hari tu, korang boleh klik Pengalaman ke Legoland Theme Park . Ini kira sambungan daripada cerita yang hari tu. Jemput lah baca okay, mana tahu boleh jadi panduan bila korang nak ke sana nanti. Legoland Theme Park ni memang banyak sangat benda yang boleh main, Nani cadangkan elok sehari betul habiskan masa dekat theme park. Baru puas hati sebab boleh main semua benda. Heheh. Let's check it out apa lagi yang menarik dekat theme park ni. 
Legoland Theme Park
1) Miniland 
Untuk pengetahuan korang, dekat Miniland ni, kita boleh tengok pelbagai replika bangunan yang dibina dengan menggunakan LEGO. Nani kagum okay tengok replika ni semua sebab kukuh betul bertahan. Rasa nak masuk dalam tu, nak try pegang sendiri. Hahah! Dah lah replika tu siap boleh bergerak gerak lagi macam bas, kereta api. Eh bestlah! Memang teruja habis okay kita orang tengok. Replika bangunan ni jugak bukan setakat dekat Malaysia lah, ada jugak yang dari negara lain macam Indonesia, Singapore, Thailand dan banyak lagi lah. Jom tengok dekat bawah ni. 

Legoland Theme Park
Nampak tak sayup sayup bangunan KLCC dekat belakang kita orang tu? Jangan main main okay, KLCC pun dah ada dekat Johor sekarang. Hahah! Gigih masing - masing bergambar, walaupun cuaca dah panas terik. Kah! Bawak topi atau pun payung baru tahan sikit kot. Heheh. 

Legoland Theme Park
Bangunan Sultan Abdul Samad. 
Kagum tengok hasil replika ni semua. Memang tabik lah siapa yang punya idea nak buat macam ni. Lain daripada yang lain okay! 
Legoland Theme Park

Legoland Theme Park
Angkor Wat
Legoland Theme Park
Taj Mahal
Legoland Theme Park
Ini first time lah Nani jumpa replika bangunan yang diperbuat dengan menggunakan LEGO macam ni. Bukan setakat satu dua bangunan okay, tapi banyak sangat termasuklah yang dari negara lain. Dekat sini jugak ada tulis tentang sejarah bangunan tersebut. So bukan takat tengok saja saja okay, ilmu pun boleh dapat bila masuk Miniland ni. 
Legoland Theme Park
Tugu Negara 
Legoland Theme Park
Kalau ikutkan apa yang Nani baca dekat pamplet dia orang, setiap hari Jumaat sehingga Ahad, pada pukul 4 dan 5 petang akan ada Miniland Guided Tour. Lagi best lah sebab dia akan bawa kita tengok keseluruhan replika bangunan dekat Miniland ni hah. 
Legoland Theme Park
Port Tanjung Pelepas

Legoland Theme Park

Legoland Theme Park
Actually ada banyaaak lagi tau replika lain yang Nani tak sempat pergi. Sebab time ni cuaca dah panas, kita orang pulak berkejar nak masuk water park pulak. Heheh. Bila dah balik baru perasan yang kita orang tak tengok pun Miniland Kampung. Dekat situ mesti lagi best. Menyesal sikit tapi tak apa lah, mungkin next time boleh pergi lagi sini (lagi lima enam tahun mungkin). Hahah!

2) LEGO Technic 
Lego Technic ni kita orang main sebelum keluar daripada theme park. Dekat theme park pun ada jugak permainan yang basah macam ni so kalau korang nak main Nani sarankan main bila dah nak dekat keluar. Kalau basah teruk, tak ada lah malu sangat. Hahah! Dekat sini jugak ada Project X (Roller Coaster yang paling extreme). Tapi masa Nani pergi hari tu dia orang tutup sebab tengah baiki apa entah. Frust sikitlah sebab tak dapat naik. Hahah! Naik yang biasa tu pun kemain lagi menjerit, ada hati nak naik yang paling extreme. Eh? 😆
Legoland Theme Park
 Sudahnya main Water Splash ni aje dekat Lego Technic. Nani tak main pun, kawan kawan aje yang main. Memang macam tak ada orang sangat sebab time ni dah pukul satu petang macam tu. Cuaca pun panas, nan hado sangat orang. Hahah! Dia orang siap main sampai dua kali kot yang ni. Layan kan aje lah, bukan selalu kan dapat datang. Yang ni okay lah pemainan dia sebab tak basah sangat. Tapi kalau yang dekat Dino Island (bawah ni) memang boleh basah kuyup okay!


3)Land Of Adventure
Masa naik Observation Tower masing masing macam dah tak sabar nak naik Dino Island yang dekat Land of Adventure ni hah. Memang turun aje dari menara tu, kita orang berempat terus pergi cari Dino Island. Hahah! Teruja okay sebab nak naik roller coaster yang boleh masuk dalam air tu. Sampai aje situ  Nani tengok semua orang pakai raining coat tu. Ingatkan dia orang provide, rupanya kena beli dan harga dia bukan setakat seringgit dua tapi RM 15 sehelai. So kita orang abaikan niat suci murni nak beli tu. Hahah! Tapi tetap jugak nak main. Makanya dengan senang hati, kita orang naik tanpa pakai baju kalis air tu. Kahkah! 
Legoland Theme Park
Bukan apa, Nani tanya brother yang jaga dekat situ sama ada basah ke tidak kan kalau main ni. Lepas tu dia cakap ikut nasib lah, kalau nasib baik tak basah sangat. So, Nani pun fikir nasib kita orang baik lah hari tu. Hahahah! Ada mak cik tu suruh tengok dulu orang lain main, tapi kita orang jenis tak sabar sikit. Eh? Redah aje lah kan, basah ke tak basah ke cerita kedua. Hahah! Mula mula tu okay lah lagi sebab masing masing fefeeling macam naik bot je. Heh.
Video ni ada time naik je okay sebab bila turun tu bukan setakat basah sikit sikit weh, tapi basah kuyup dari atas sampai bawah. Hahaha! Maluu gila okay, siap pakej dengan orang pandang pandang lagi. Mula tu siap cakap nak naik dua kali, sekali dah basah kuyup macam ni nan hado nak naik untuk kali kedua dan seterusnya. Dekat situ ada je dryer, bayar lah ye RM 10 sekali guna, tapi kalau dah basah kuyup macam tu dryer pun tak dapat nak keringkan sangat baju tu. Tapi kita orang guna lah jugak sebab segan kot orang pandang pandang. Hahahah! Ye lah, tu theme park dah kenapa kau basah kuyup macam main air dekat water park. Lol!
Nak jugaaak main yang ni walaupun tak extreme mana. Hahaha! Pening jugaklah main benda alah ni sebab lama sangat dia pusing. Kahkah! Nani ni dok tertunggu tunggu jugak bila dia nak berhenti.
Keluar dari theme park, kita orang pergi makan dulu dekat Medini Mall (area Legoland). Kalau korang nak makan dalam ni pun boleh jugak tapi Nani tak sure lah berapa harga makanan dekat sana. Cuma kalau air dalam RM 5 sebotol Nani beli haritu. Heheh. Standard theme park lah kan. Mall tu dekat sangat okay, jalan kaki dalam dua minit macam tu je. Ada Chicken Rice Shop, Burger King, KFC, Absolute Thai, pilih lah mana satu yang korang nak. Nani hari tu dah penat main, haruslah cari nasi. Hahah! Dekat situ ada jugak gerai gerai yang jual macam macam makanan. So jangan risau okay. Kalau nak tanya apa apa, drop dekat bawah. Nanti Nani try reply satu satu. 

Entry Legoland :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page