Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Busy kemain dua tiga minggu ni sampai weekend pun tak sempat rehat. Ada je kerja yang nak kena siapkan, nanti ada masa Nani blogwalking okay. Yang drop soalan tentang Legoland pun nanti Nani reply satu satu. Tapi dalam sibuk sibuk tu pun sempat lagi dia pergi tengok Bisik Pada Langit. Hahah! Eh macam tak sibuk je tu kan 😆 Ha lepas tu berjaga lah nak siapkan macam macam kerja tertangguh tu. Mulanya Nani dah pasrah tak sempat nak cari masa pergi tengok movie ni. Tapi lepas baca review yang cakap movie ni best sangat sangat, tergugat jugaklah wei. Dah lah barisan pelakon semua nya yang superb best. Baca pulak review Siqah Hussin lagi lah hati ni meronta ronta nak pergi jugak tengok. Sanggup tinggalkan kejap kerja yang bertimbun tu. Hahah! Mulanya time Nani tengok trailer dekat Astro macam tak faham sangat cerita ni pasal apa. Ye lah time tu mata dekat tv lah, dekat phone lah, mana nak fahm. Eheh.
kredit : Google
SINOPSIS BISIK PADA LANGIT
Secara keseluruhannya filem ni berkisarkan tentang pengorbanan seorang ayah iaitu Wak Rosli (Jalil Hamid) yang sanggup lakukan apa sahaja demi anak perempuannya Hajar (Umi Nazeera) sehingga mengabaikan anak anak lelaki yang beliau ada iaitu Zaidi (Beto Kusyairy) & Iqram (Naim Daniel). Wak Rosli ni akan lebihkan semua perkara kalau melibatkan Hajar. Apa yang Hajar nak, dia sanggup buat tapi berbeza lah layanan dia terhadap dua lagi anak lelaki tu. Satu hari, Hajar terlibat dengan kemalangan, dan Wak Rosli sanggup nak gadaikan tanah semata mata nak pergi melawat Hajar dekat luar negara. Disebabkan ni, berlaku sedikit salah faham antara dia orang anak beranak. Tapi belum sempat Wak Rosli ke sana, Hajar telah pun meningal dunia. Sejak dari tu, baru lah Wak Rosli ni lebih menghargai anak anak lelaki yang beliau ada.
REVIEW
Sejujurnya filem ni terasa dekat sangat dengan hati Nani. Tentang kekeluargaan, tentang pengorbanan seorang ayah untuk anak perempuan dia. Nani suka jalan cerita filem ni sebab kita jarang didedahkan dengan movie yang genre nya begini. Sebelum masuk wayang, Nani cakap dekat kawan Nani "hati Nani kebal kot, takkanlah nak menangis pulak." Hahah! Kemain lagi kan. Mula mula tu ok lagi tapi start aje ayah dia dapat panggilan yang Hajar dah meninggal, laju air mata turun. Iya lah, mana ada manusia yang nak tengok orang yang dia sayang pergi terlebih dahulu kan. Kemudian bila mana proses untuk membawa pulang jenazah Hajar ke Malaysia mengambil tempoh yang agak lama, sekali lagi Wak Rosli berkeras nak ke luar negara. Kali ni Zaidi berkeras melarang tapi Wak Rosli tetap degil nak pergi. Tapi kesudahannya dia tetap jugak tak dapat pergi sebab tiba tiba demam panas.
Pada Nani, watak Beto Kusyairy dalam movie ni yang paling tenang sekali. Dia lebih rasional lah buat keputusan berbanding yang lain. Kalau nak ikutkan semua kemahuan Wak Rosli, memang tak tahu lah jadi apa. Overall, movie ni memang best. Banyaak sangat benda yang kita boleh belajar dari jalan cerita dia. Paling Nani ingat sampai sekarang, ayat daripada watak Wak Rosli, "kamu tak akan faham macam mana perasaan mak ayah, sampai lah satu hari nanti, kamu sendiri yang jadi emak ayah." Sekali lagi air mata Nani gugur. Dalam movie ni, tiap kali Wak Rosli bercakap aje mesti air mata aku menitis. Tak sempat nak kering lagi, dia gugur semula. Sedih sangat weh.
First time Nani tengok wayang sampai tumpah air mata macam ni. Hahah! Best sangat sangat dan memang Nani sarankan korang pergi tengok. Tengok sambil ambil pengajaran. Movie ni lah yang paling terkesan sekali dekat hati Nani. Memang banyak kita boleh belajar daripada setiap watak especially mana yang dah berkahwin dan ada anak. Setiap anak adalah amanah, dan jangan pernah membanding bandingkan antara satu sama lain. Masing - masing ada kelebihan tersendiri. Kita pun sesama adik beradik janganlah selalu tuduh yang bukan bukan dengan darah daging kita. Sebab sampai bila bila pun, kita tetap akan bersama jugak. Susah senang, muka itu lah jugak yang kita akan cari dulu. Nani bagi 5/5 bintang untuk movie ni. Korang pulak dah tengok ke Bisik Pada Langit?