Domino's Lagi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat pagi Isnin. Heheh. Baru ni order Domino's online lagi, punya lah malas nak masak sendiri. Bila datang mood malas tu, memang tak ada nya nak tanak nasi, masak lauk apa semua. Hahah! Tapiii kalau order online tak pernah okay malas, memang rajin semacam. Kah! So kali ni order untuk sorang aje makan, tak dapat lah nak guna coupon yang murah murah tu. Nani baru tahu yang Domino's ni tak ada minimum order rupanya, ingatkan sama macam fast food yang lain. Kalau Mcd tu around RM 23++ baru dia orang buat penghantaran. Nani pun baru first time hari tu beli tak banyak. Selalu berkotak kotak order sebab kongsi ramai ramai. Hahah! Bila bab makan ni, the more the merrier konsep diaa! Hehehe. 
Hari tu Nani order pizza personal lepas tu add on stuffed cheezy bites dengan sos salsa. Konon nya lah nak makan cheezy bites tu dengan sos salsa sebab nampak macam sedap aje. Hahah! Total semua sekali haritu dalam RM 21++ sekali dengan penghantaran. Sampai sesat jugak lah bro Domino's ni nak cari rumah harit tu. Hahaha! Maybe pekerja baru kot so tak berapa nak familiar sangat, my house dekat jalan utama lagi memang jaaaarang lah orang tak jumpa. 
First time Nani try stuffed cheezy bites ni, boleh lah nak makan tapi tak ada lah wow sedap gila. Hahah! For me, dia masin sikit kot but yaa setiap orang citarasa lain lain kan, mungkin ada yang suka. Ohh sos salsa tu waaaaay different from my expectation. Tak sedap lah pada Nani, terus rasa menyesal sikit beli. Hahah! Rasa dia masam sangat, memang turn off lah bila makan. No more sos salsa lepas ni. 
Kali ni kita try pulak Classic Chicken (personal) macam biasa lah when it comes to pizza tak pernah menghampakan langsung. Heheh. Nani suka Domino's sebab topping dia tak kedekut langsung okay, worth lah beli pun. Ohh sekarang pun dia orang ada keluarkan pizza baru kalau tak silap, Pulled Beef Pizza kot namanya, nampak sedaaap! Tapi tu lah, makan fast food selalu pun tak bagus jugak. Hahah! Esok cuti boleh lah jalan jalan cari Domino's. Heheh. 

Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Kali ni kita join pulak Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com. Mana lah tahu terpilih jadi salah seorang pemenang bertuah ke kan. Hahaha! Mana yang belum join tu, pergi lah klik link tu laju laju, lima orang okay pemenang yang dicari. Tak ada apa pun Nani nak komen dekat blog kak Mai ni, semua dah elok kemas aje. Lagi pun, segan lah kita nak komen dekat blog orang yang pandai design semua ni. Hahah! Untuk kak Mai, selamat hari lahir! Semoga dilapangkan pintu rezeki seluas luasnya dan dipermudahkan semua urusan. Bila entah dapat jumpa face to face dengan kak Mai ni, asyik bersapa dekat sosial media aje selama ni. Heheh. 
Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com
Jangan lupa join tau korang giveaway ni!
Sampai 02 Disember 2018 ni aje :) 

Kentang Putar Segera

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni adik Nani ada beli Mashed Potato & Gravy yang instant tu. Mula mula Nani macam 'erm sedap sangat ke kalau makan yang instant ni, baik buat sendiri lagi puas hati.' Hahaha! Kemain lagi jual mahal kan, padahal belum rasa lagi masa tu. Satu paket ni dalam RM 15 macam tu kot tapi Nani tak sure ada jual dekat mana sebab tak ada pulak social media dia orang dekat packaging. Zaman sekarang ni macam macam jenis makanan instant ada, tinggal kita ni rajin atau pun malas aje. Hahah! Kalau dah ada yang isntant ni, tapi malas lagi tak tahu lah nak cakap apa. First impression bila tengok packaging ni memang Nani rasa biasa biasa aje. Tapi bila dah makan sedap okaaaay so moral dia, jangan lah judge packaging semata mata. Hahaha! Packaging cantik pun belum tentu lagi sedap. Nak sediakan mashed potato ni pun senang aje okay, asal ada air panas confirm menjadi. Next time boleh lah suruh adik Nani order lagi mashed potato ni, makan dengan chicken chop ke memang ngam sangat. Hari tu konon nak buat chicken chop sekali tapi tu lah, tak sempat. Hahaha! 
Ini lah packaging yang Nani cakap tadi, serious simple sangat. Rasanya kalau adik Nani tak beli hari tu, memang sampai ke sudah lah tak tahu yang benda ni sedap. Hahaha! Memang rasa dia lebih kurang yang macam KFC punya. Berbaloi lah jugak beli sebab banyak kan satu packet ni. Nani jaraaang jugak beli yang instant macam ni sebab selalunya tak berapa sedap tapi yang kali ni not bad.  Korang kalau ada terjumpa dekat mana mana, boleh lah try jugak okay! 
Ini lah rupa mashed potato & gravy instant ni. Bancuh aje dua dua serbuk tu tak sampai lima minit dah boleh makan. Hahaha! Cepat, mudah dan sedap. Kalau malas lagi nak buat tak tahu lah nak cakap apa. Tak ada pun rasa pelik ke apa ke bila kita makan tu, memang sama lah macam yang buat sendiri. Lepas ni dah tahu lah dekat mana nak cari mashed potato yang sama macam kita buat sendiri. Heheh. Puas hati sangat kalau beli yang instant & dapat yang sedap macam ni kan. Nani jenis tak berkira sangat pun nak beli bila benda tu sedap, janji puas hati. Kann? Korang pernah tak try mashed potato & gravy yang instant macam ni? Ke suka buat sendiri aje? 

KFC Loaded Go Bowl

Assalamualaikum & Hello.
Hai koraaang! Baru ni buat catch up session dengan kawan baik sejak dari sekolah dulu. Bila dah makin meningkat dewasa ni memang makin payah nak jumpa dengan semua orang. Iye lah, masing masing dah ada komitmen sendiri kan, belum kira lagi mana yang dah duduk jauh tu. Selalunya bila jumpa kawan lama ni tak lain tak bukan kecuali membawang! Eh?! Hahaha! Tak ada lah bukan membawang tapi masa ni lah nak bertukar tukar cerita kan. Hiks. So, kena lah cari tempat yang selesa sikit bila nak borak lama lama ni. Ingat nak cari cendol, tapi tu lah hari Ahad gerai cendol tak buka pulak. Sudahnya kita masuk lah KFC, Mcd kemain lagi penuh orang hari tu sampai dua kali okay pusing sebab tak percaya apa hal ramai sangat orang. Meja pun tak ada yang kosong, dasyat woo. Hahah! Macam biasa bila pergi KFC ni, tak lain tak bukan kita order KFC Loaded Go Bowl. My all time fav sebab muraah. Heheh. Hari tu ingat nak try jugak yang waffle apa entah namanya tu tapi tu lah, ramai yang cakap tak sedap. 
Kali ni saja order air Milo tiba tiba rasa macam eh muak pulak. Hahah! So next time no more air Milo, cepat kenyang pun iye jugak bila minum air Milo. Kali ni cheese nya tak melimpah ruah sangat pulak macam biasa. Mungkin sebab weekend lepas tu ramai orang, tak kuasa dia nak layan nak cheese banyak ke sikit ke. Heheh. Harga Loaded Go Bowl ni (RM 3.70) aje satu, memang murah dan mampu beli sangat. 
Close up sikit gambar. Heheh. Hari tu macam ada nampak dia orang buat promo mac and cheese dekat Instagram tapi bila buka dekat website tak ada pulak. Tak tahu lah kot Nani yang salah pandang ke apa, tapi kawan pun ada jugak nampak iklan yang sama. Nani sebenarnya dah lama nak try mac and cheese KFC ni tapi dulu dia keluarkan time bulan puasa aje itu pun untuk menu sahur. Memang tak selera lah kan pagi pagi buta tu nak makan mac and cheese. Hahaha! Tekak melayu sangat, bersahur pun nak cari nasi jugak kalau tak fuhh! Harap harap nanti dia orang keluarkan lagi lah menu tu sebab kita tak sempat nak try, nampak macam sedap kemain. Korang pulak apa menu fav bila makan dekat KFC ni? 

Pencarian Bloglist December 2018 oleh Airah Syahirah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Jom lah join Segmen Bloglist Airah Syahirah ni. Hiks! Dalam banyak banyak entry dekat blog ni, Nani paling suka dengan entry The Face Shop Jeju Volcanic Lava. Dulu pernah lah google pasal produk tu sebab nak lah jugak kan tahu feedback orang lain before beli lepas tu terjumpa lah blog Airah Syahirah ni. Sejak tu rasanya Nani follow blog Airah. Heheh. Banyak jugak lah entry pasal skincare dekat blog Airah ni, korang boleh lah tengok jugak. Yee sekarang ni baru masuk fasa nak merajinkan diri baca pasal skincare semua ni, baru ada kesedaran nak jaga muka betul betul. Hahah! Eh tetiba dah masuk topic skincare pulak kan. Jangan lupa join Pencarian Bloglist ni tau, mana lah tahu korang salah seorang yang terpilih nanti kan. 
Klik SINI laju laju untuk join.
Tarikh tutup: Bila bila masa ikut tuan punya blog. Heheh. 

Resipi Cucur Jagung Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Macam biasa lah, entry pasal makanan lagi nak share dengan korang. Heheh. Nani sekarang sejenis yang suka sangat tengok video orang masak masak dekat Instagram lagi lagi kalau time tengah lapar tu. Phew! Memang makin 'berbunyi' perut lepas tengok video dia orang, dah lah siap dengan sound effect lagi. Hahah! So, hari tu ada lah Nani tengok video Sheila Rusly buat cucur jagung ni, terus rasa nak buat jugak sebab Nani tak pernah makan cucur jagung. Dulu rasa macam tak sedap aje jagung dibuat cucur kan. Tapi bila tengok dia masak, nampak menyelerakan betul. Balik Pahang baru ni, gigih pergi beli jagung semata mata nak buat cucur. Sekali gigit, eh sedaaaaap rupanya! Selama ni asyik makan cucur udang, cucur bilis tak pun cekodok pisang tu aje lah. Lepas ni siap lah, cucur jagung aje memanjang kita masak. Hahaha! 
Nani buat cucur ni untuk makan pagi, sedap awakk layan pulak dengan teh o panas. Fuuhh nikmat donia! Resepi Nani ni mudah aje, masukkan tepung gandum, ikan bilis, lada, bawang, jagung dengan garam dalam satu bekas, tambah air dan kacau lah bagi sebati semua sekali. Lepas tu panaskan minyak, goreng lah sampai kekuningan macam dalam gambar ni. Ikan bilis dengan lada tu Nani tumbuk bagi lumat dulu, baru syok makan. Kalau ada kucai lagi sedap letak dalam ni tapi Nani hari tu malas dah nak keluar pergi beli. So konsep dia guna aje lah apa yang ada dekat dapur tu kann. 
Ibu pun cakap sedap okay, sampai masing masing tanya kenapa buat sikit sangat cucur jagung. Hahahaha! Okay next time dah tahu dah nak buat breakfast apa, tak payah susah susah dah nak masak nasi lemak ke goreng mee ke, cucur jagung pun sedaap. Punya lah dah lama hidup, baru ni dapat menikmati kesedapan cucur jagung. Hahah! Korang yang tak pernah try makan tu, sila lah buat okay! Memang confirm tak menyesal. Heheh. Jangan lupa cubaa tau! Selain jagung dengan pisang ni, selalu orang buat cucur apa lagi eh? Share okay dekat bawah, next time boleh try buat cucur lain pulak. 

Nene Chicken di Avenue K

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Apa plan sempena cuti Deepavali hari ni? Nani ingat nak pergi tengok movie Gol & Gincu 2 tapi mengenangkan hari ni public holiday, macam sesak aje kan dekat mall tu. Hahah! Sudahnya kita tukar plan, berehat aje lah dekat bilik. Kisahnya hari tu ada jalan jalan dekat area Avenue K, lebih tepat lagi sebenarnya dekat Muji (hahah) tiba tiba ternampak outlet Nene Chicken ni hah. Tapi masa tu dah kenyang baru lepas makan dekat Boat Noodle, so kita padamkan lah niat suci murni nak makan dekat sini. Balik tu Nani pun google lah pasal Nene Chicken ni, baru lah tahu rupanya ni pun antara outlet yang jual ayam Korea jugak. Gigih okay siap google lagi, punya lah nak tahu sangat kan. Hahaha! Lepas pada tu terus lah aim nak makan dekat sini. Sekarang kemain lagi suka makan ayam goreng Korea, walaupun harga dia kadang kadang boleh tahan jugak tapi puas hati sebab sedap. Rasanya sejak dah try makan Nene Chicken ni, memang terus jatuh cinta lah dengan ayam dekat sini. Hahahah! Serious sedap wei! Korang yang jalan jalan area KLCC ke Avenue K pergi lah try sendiri. 
Nene Chicken di Avenue K
Nani tak ingat sangat Nene Chicken ni dekat tingkat berapa tapi dia satu level dengan Muji. Heheh. Tak susah pun nak cari, memang confirm korang boleh jumpa sebab dekat sangat dengan escalator. So, apa yang menarik sangat dekat Nene Chicken ni? 
Nene Chicken di Avenue K
Nene Dosirak (RM 17.90)
Since Nani pergi hari tu time lunch, tekak ni nak jugak menu yang ada nasi, so kita order lah Nene Dosirak (flavoured). Dekat sini ada tiga jenis flavoured, yang Nani pilih ni Freaking Hot Fried Chicken. Untuk set yang ada nasi ni, kalau ambil yang original punya, murah sikit lah around RM 16.00 macam tu. Dalam satu set Nene Dosirak ni, ada ayam bahagian wings enam ketul, kimchi, coleslow, fries dengan air. Pada Nani, berbaloi lah jugak dengan portion yang macam ni. Sedap ke tidak? Jeng jeng jeng. 
Nene Chicken di Avenue K
Ikut kan tekak Nani ni, memang serious sedappp! Ini first time makan ayam goreng Korea yang betul betul pedas. Selama ni yang Nani dah pernah try (kecuali Eung Chicken) nama aje hot, spicy tapi tak pedas sangat pun bila makan tu. Hahahah! Kali ni memang puas hati sangat sangat lah makan, sampai berair mata okay! Next time nak ajak kawan repeat lagi makan dekat sini tapi nak makan ayam goreng dia orang aje. Heheh. Selain daripada ayam goreng, ada jugak burger dengan wrap apa entah nama dia. Dua ni pun nampak menarik jugak. Maybe boleh try lain kali. 
Nene Chicken di Avenue K
Fries ni memang banyak tapi sebab dia manis so Nani tak berapa nak suka sangat. Kalau fries biasa tu lagi sedap rasanya. Heheh. Memang recommended untuk try makan dekat Nene Chicken ni, korang boleh check it out siap siap dekat website harga makanan dekat sini. Setakat yang Nani tahu outlet dia orang tak banyak sangat lagi dekat Malaysia ni, ada lebih kurang lima cawangan macam tu aje rasanya. Berbaloi baloi sangat okay, setakat ni memang Nani letak Nene Chicken ni as pilihan utama lah, ayam pun crunchy okay! Oh ye, dekat sini konsep dia self service, so lepas order dia orang akan bagi macam "alarm" nanti makanan dah siap dia berbunyi and kena ambil dekat kaunter. Heheh. Kalau pernah makan dekat 4 Fingers mesti tahu macam mana. Hiks. Jangan lupa cuba okaaay! 

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Assalamualaikum & Hello.
Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz
klik SINI untuk join okay! 
Mana lah tahu terpilih sebagai salah seorang pemenang ke nanti, planner pun kemain lagi colourful. Alang alang planner untuk next year pun tak ada lagi, gigih lah kita join. Korang pun cepat cepat join jugak okay! 

Menu di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Tengah berkerja ke tu atau sambung cuti terus sampai Selasa? Heheh. Budak budak sekolah jugak yang untung cuti sampai Rabu. Kisahnya baru ni balik Pahang, bila dekat rumah, paling best sekali mesti lah bab makan. Air tangan ibu ni yang paling win, memang tak boleh lawan lah dekat tempat lain kan. Heheh. Kali ni balik macam macam okay makan, terubat dah rindu dengan masakan ibu. Sebulan sekali aje hah sempat balik, masa ni lah nak request makan macam macam. Hahah! Seronok betul kalau dapat duduk dengan family ni, nak makan apa semua terhidang. Hiks. Dah duduk jauh ni, hadap lah apa yang ada. Sedap ke tak ke makan aje lah. 
Breakfast paling fav, nasi kerabu dengan lauk daging. Dekat Pahang boleh dapat lagi nasi kerabu & lauk bawah lima ringgit macam ni. Daging pun serious tak kedekut, dia punya banyak tu sampai kita boleh ratah lah daging tu. Hahah! Hari tu dekat Gombak ni Nani beli nasi kerabu macam ni total tujuh ringgit lebih okay. Boleh tahan jugak lah harga tu. Itu yang kadang kadang beli nasi kerabu biasa aje, baru tiga ringgit lebih. Jimat! 
Sempat lah jugak memasak hari tu masa balik Pahang, jadi lah buat makan tengah hari sambal udang campur peria. Nani dah pernah share resipi ni dulu, kalau nak tahu boleh tengok dekat sidebar okay! Macam biasa, peria kita tolak tepi semua sekali, makan udang aje. Buat pedas pedas sikit, memang bertambah lah makan nasi. 
 Nasi lemak, menu wajib suruh ibu buat setiap kali balik. Heheh. Kali ni tak ada ayam goreng, telur mata pun jadi lah. Masak lebih sikit, makan lah dari pagi sampai ke tengah hari. Hahah! Resipi sambal pun ada dekat sidebar, boleh lah pergi baca okay! Mana tahu ada yang teringin nak buat sambal nasi lemak macam ni. Heheh. 
Kali ni bukan Nani yang buat mee kari, tapi ibu Nani. Tengok rupa pun dah tahu lain sangat. Hahah! Nani punya versi bujang, so kita buatlah guna bahan apa yang ada. Ini complete semua benda ada, sedaaap! Paling suka mee kari yang ada letak tauhu tu, fuhh memang layan sangat awakk!
Cekodok pisang versi Nani. Nani kalau buat cekodok pisang memang letak pisang, tepung dengan gula aje sikit. Tepung pun tak ada lah letak banyak sangat, sedang elok aje. Kalau yang orang jual tu rasa tepung aje lebih, pisang tak rasa sangat pun. Hahaha! Stress betul okay kalau beli cekodok pisang yang macam tu (selalu terkena). Nampak sedap aje, sekali dah beli alahai tepung aje yang rasa. Hahaha! Ingat nak buat karipap jugak hari tu tapi tak sempat. Balik pun sekejap aje, ada hati nak masak macam macam memang tidak lah kan. Heheh. Esok cuti, apa plan korang? 

Hello November!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekejapnya masa berlalu, dah masuk bulan November pun kita ni. Tinggal sebulan lebih lagi nak masuk tahun baru. Serious rasa macam omg cepatnya masa berlalu, banyak lagi wishlist belum dapat buat ni. Hahah! Nani dua tiga bulan ni tak banyak betul masa nak update blog, busy dia tu lain macam sungguh. Makin nak habis tahun 2018, makin banyak benda nak kena settle kan. Tak sabar nak cuti panjang, masa tu baru lah boleh rehat betul betul. Kalau cuti sekejap sekejap macam ni, memang tak ada nya nak berehat sangat, banyak benda nak buat. Cuba suggest sikit mana tempat tempat best nak jalan awal tahun depan. Heheh. Masa tu orang lain semua tengah sibuk uruskan itu ini (ye lah awal tahun kan), aku nak pergi berjalan jugak, tak kira. Mana tahu kalau dapat 'green light' nanti boleh lah buat short trip. Ingat nak jalan jalan Terengganu tapi kalau awal tahun macam tak sesuai aje sebab selalu musim hujan lagi masa tu kalau area Pantai Timur ni. Sekarang pun dah mula dah, setiap hari hujan, selalunya memang sampai bulan satu macam tu lah. Heheh. So kalau korang ada idea tempat best sikit nak cuci mata, drop komen dekat bawah okay! 
Harap harap bulan ni ada lah banyak masa nak habiskan untuk diri sendiri. Punya lah nak cakap dia tu busy kemain kan. Hahah! Kalau tengok jadual sendiri bulan lepas, mashaAllah padat dia sampai rasa nak menangis kadang kadang sebab terlampau penat sangat. Kahkah! Nasib baik lah survive jugak siapkan semua benda. Fuhh, harap harap dua bulan terkahir untuk tahun 2018 ni, tak ada lah banyak lagi 'drama' yang ada. Kalau boleh setiap tahun nak tutup dengan benda yang baik baik aje untuk dikenang sepanjang perjalanan kehidupan. Entah lah, tahun ni banyak betul makan hati lah, patah hati lah, eh semua lah ada. Hahahaha! Itu lah, bergantung sangat pada manusia, memang kecewa lah kesudahan dia. Eheh. 
Eh ni dah kenapa tiba tiba tayang pasal phone pulak? Hari ni memang konsep dia random entry, semua benda diadunkan jadi satu. Mungkin lepas ni lagi seminggu pulak baru dia update entry, siapa tahu kan. Hahah! Dulu kan Nani pernah cerita yang pasal phone Huawei Nani yang selalu buat masalah tu, baru ni dia jadi lagi. Faham faham lah kan, zaman sekarang yang semua benda bergantung pada WhatsApp ni memang susah nak survive kalau tak ada phone. Nak hantar baiki pun nak kena tunggu sampai dua tiga hari, fuhh macam mana nak buat kerja. Sudahnyaa kita pun bertukar lah, beli phone baru. Heheh. Dah jadi pengguna Samsung balik, rasanya jenama ni aje yang mampu bertahan lama dengan Nani. Kali ni ambil Samsung J6 pulak, harga RM 799, harap harap kali ni bertahan lama lah sikit okay! Hiks :) 


British Rose The Body Shop

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni ada lah cuci cuci mata sikit dekat KLCC, kita kan memang suka pergi situ walaupun sebenarnya banyak kedai yang kau mampu tengok aje dari luar. Hahaha! Dah alang alang sampai sana kan, masuk lah The Body Shop dekat situ. Sebenarnya memang aim Nani dari awal lagi nak pergi Body Shop sebab nak beli hand lotion. Sebelum sebelum tu selalu jugaklah Nani check harga dekat website dia orang dengan harapan ada lah buat online sales ke apa kan. Hahaha! Tapi sedih betul sebab time tu ada promotion barang lain aje. Barang yang Nani nak beli tu harga sama aje. Jarang jugak masuk outlet Body Shop ni sebab faham faham sendiri lah kan rate harga dia macam mana. Kalau nak reward diri sendiri (macam Nani ni) lepas dah penat buat macam macam benda, pejam mata aje lah bayar tu. Heheh. Ini pun dah lama duduk dalam wishlist Nani sebab baca review ramai yang cakap best dan wangi. Lagi lah meronta ronta hati ni nak beli kann. Hari tu masa tengok dekat website nampak macam besar aje hand lotion yang harga RM 23++ tu sekali tengok depan depan mak aih, kecik cenonet aje. Hahaha! Ibaratnya pakai dua tiga kali lepas tu confirm habis. 
So Nani pun decide lah beli yang besar ni terus. Sebelum beli tu ada lah dia orang bagi try dulu. First time bau terus jatuh cinta, memang tak lah kan nak letak balik. Hahahah! Nani ni pulak jenis kalau dah nak tu kena beli, kalau tak nanti teringat ingat sampai ke sudah. Packaging yang ni lain sikit sebab masa tu dia orang buat campaign selamatkan koala bear daripada pupus. Harga satu tube ni RM 56.60. Memang mahal kemain, tapi bau dia wangi sangat sangat. Nak guna pun picit sikit sikit aje sebab sayang & takut cepat habis. Hahaha! 
Sikit tu aje kita guna sekali pakai. Hahaha! Punya lah sayang nak guna banyak banyak. Nani paling suka sebab losyen ni cepat gila weh serap lepas tu tahan lama. Walaupun harga dia boleh tahan jugak tapi sekali sekala nak reward diri sendiri why not kan. Nak repurchase tak? Kalau time tu ada duit extra boleh lah repurchase. Hahaha! Punya lah berkira kan, padahal diri sendiri jugak yang nak guna. Sebenarnya sekarang dah masuk misi nak kumpul duit sikit sikit lama lama jadi bukit. Harap harap kali ni misi tak kelaut lah. Ini pun macam macam benda rasa nak beli, macam mana entah nak stabil menyimpan duit ni. Hahah! Korang pulak pernah ke guna apa apa produk daripada The Body Shop ni?

Resepi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa dekat sini peminat kari? Heheh. Hari ni Nani nak share dengan korang resepi buat kari kepala ikan tanpa santan. Selalu orang buat kari letak santan kan, tapi yang Nani punya resepi ni memang tak guna santan lagsung. Baru pernah buat dua kali macam tu kot kari ni tapi tetap jugak nak share dengan korang. Heheh.Nani lagi suka kalau kari tak letak santan sebab kari tu akan jadi pekat sampai boleh melekat lah bau kari tu dekat tangan. Hahah! Korang boleh check it out resepi dekat bawah ni okay! Simple simple aje bahan bahannya, cuma rajin dengan tak aje nak masak tu. Kalau tak nak guna ikan, korang boleh gantikan dengan ayam ke, udang ke sotong ke, terpulang pada selera masing - masing. Dekat rumah Nani ni selalunya kari ikan atau daging aje lah, kari ayam pun jaraaang sangat buat. Jangan lupa simpan siap siap resepi dekat bawah ni okay! Heheh. 
Mula mula sekali panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih dan juga halia yang dihiris halus. Ada sesetengah orang suka kisar tiga bahan tu, ikut suka korang okay! Bila bawang dengan halia tadi dah naik bau, masukkan halba campur dengan daun kari pulak. Tumis sangat semua bahan tadi agak layu. 
Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar, serbuk kari ikan dan jugak serbuk cili. Nani haritu bancuh siap siap dengan air serbuk kari dengan serbuk cili cili ni. Tumis lah semua bahan ni sampai pecah minyak. 
Kemudian masukkan lah air, bila kuah dah agak agak mendidih masukkan terung. Nani masukkan terung ni awal sebab terung ambil masa juga nak masak. Selain daripada terung boleh juga guna tomato tak pun bendi. Tapi kalau korang nak guna tomato jangan masuk awal awal tau nanti tomato tu terlebih masak pulak tak sedap jugak nak makan. 
Last sekali, baru lah masukkan kepala ikan tu. Nani selalu guna kepala ikan merah bila masak kari ni. Tak pernah lagi lah guna ikan lain, ikan merah jugak yang sedap. Masak lah sampai ikan dan kuah tu dah sebati. Makan ni dengan nasi panas panas lepas tu ada pulak papadom memang layan sangat okay! Bakal mak mertua lalu pun tak pandang dah. Hahahhaha! Korang boleh lah try resepi ni okay kalau nak buat kari ikan tanpa santan. Nani pun still belajar lagi memasak ni, tak ada lah power mana pun. Sikit sikit tu boleh lah jugak, alah nak makan sendiri kan masak aje lah macam macam mana pun. Habis jugak nanti apa yang kita masak tu. Heheh. Selamat mencuba korang! 

Domino's Pizza

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Berjalan ke mana weekend baru ni? Heheh. Nani baru dapat rasa 'nikmat' berehat yang betul time weekend. Hahah! Asyik ada program aje bila weekend sampai rasa dah tak ada 'me time.' Puas hati baru ni dapat mengemas bilik, buang segala jenis habuk yang ada. Tenang aje mata tengok bila bilik dah bersih & kemas gila ni. Lepas tu semalam kita reward diri sendiri makan Domino's. Guna khidmat delivery jugak yang senang, punya lah malas nak keluar. Hahah! Lagipun, alang alang sekarang ni Domino's tengah buat promo, wajiblah grab kan. Tak silap Nani promo dia orang sampai hujung bulan ni aje. Korang boleh check it out dekat Twitter okay untuk kod promo tu sebab Nani tengok dekat website tak ada pun. Tak tahu lah kot Nani yang tak perasan kan. Heheh. Jimat banyak jugaklah bila ada promo ni. Ini pun tahu sebab ternampak ada orang share dekat Twitter. Ingat nak beli jugak ayam Haseyo yang buy 1 free1 tu tapi dah tak valid pulak code dia. Sobs. 
Nani guna promo kod FTi18 semalam, so dapatlah tiga keping regular pizza ni dengan satu chicken crunchies tu. Makan empat orang boleh lah beli banyak banyak macam ni kan. Heheh. Ada jugak promo yang buy 1 free 1 pizza sekarang. Yang ni ternampak dekat website dia orang masa nak order semalam. Nanti korang try lah check it out okay! Nani pun tak ingat sangat sebab banyak snagat promo dia orang bagi. Untung betul rasa. Hiks :)
Adaa on Ayam Haseyo ni (RM 13.70) sebekas. Ada dalam lapan ketul ayam bahagian wings untuk satu bekas ni. Sedap rupanya, Nani baru semalam try. Tapi ayam tu dia orang tak goreng lah, rasanya dia orang just grill aje ayam ni. Sedappp, sos tu pun pedas kemain. Next time boleh lah order lagi tapi harga dia boleh tahan jugak lah. Hahahah! Menyesal rasa sebab terlepas yang promo buy 1 free 1 tu. 
Ini lah chicken crunchies yang Nani cakap tadi. Ada dua flavour, original dengan tomyam. Nani pilih yang tomyam, so dia macam masam masam sikit. Dalam bekas kecil tu sos cheesy dengan mayonis kot, tak sure apa exact name untuk sos tu. Hahaha! Nani jarang order side menu dekat Domino's ni, memang selalunya order pizza tu aje lah. Untuk ayam ni dah termasuk sekali dengan tiga keping pizza tadi so Nani tak sure kalau nak beli ayam ni aje berapa ringgit satu bekas. Korang boleh try check it out nanti dekat website dia orang okay and jangan lupa grab promo dia orang sekarang ni. Memang boleh buat pizza party lah dengan kawan kawan cerita dia. Heheh. 

Krunchy Choco Melts

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa peminat coklat dekat sini? Haa kita geng. Hiks. Nani kalau dengan coklat tak kira lah coklat apa pun, memang tak boleh berpisah. Hahah! Kemain sangat kan analogi tu. Tapi memang betul pun, dekat meja kerja memang sentiasa ada stock coklat. Asal stress aje, makan coklat. Hahah! Baru ni tiba tiba tekak mengada nak makan chocolate jar tu. Bila dah teringin tangan pun laju aje cari siapa yang ada jual. Heheh. Sudahnya Nani pun order lah yang Krunchy Choco Melts ni hah. Nak beli yang biasa aje, tapi tinggal yang ada topping aje pulak. Beli lah mana yang ada, jadi lah buat lepas teringin tu kan. Actually dah banyak choco jar macam ni Nani dah pernah try. Paling sedap sekali yang crunchy apa entah nama dia, ada jual dekat dalam tesco IOI Mall. Sorry Nani lupa nama Instagram dia orang, yang tu serious sedap weh, coklat banyak sampai melimpah ruah. Puas hati beli. Sekejap aje makan lepas tu sedar sedar balang dah kosong. Eheh. 
Krunchy Choco Melts ni pulak macam mana? Sedap ke tidak? Pada Nani not bad jugaklah, cuma coklat dekat bahagian atas tu tak banyak sangat. Mungkin Nani kot yang tak gaul dulu bagi rata haritu sebelum makan so coklat tu banyak dekat bahagian bawah, bahagian atas tu rasa sangat. Tapi okay aje, masih sedap untuk dimakan. Heheh. Ini pun antara choco jar yang senang jugakah untuk makan sebab tak payah susah susah nak rendam dalam air panas dulu ke apa. Lepas beli boleh terus ngap!
Kalau tak silap Nani ada banyak jugak topping untuk choco jar ni. Nani haritu beli yang topping Milo Nuggets tu. Harga RM 10 sebalang ni, tapi bukan balang yang tinggi tu lah. Ini balang biasa tu aje. Kalau makan sorang memang cukup aje okay sebalang ni. Hahah! Ada jugak almond sikit dia orang letak as topping. Pada Nani berbaloi lah dia orang jual harga macam ni. 
Untuk peminat coklat macam Nani ni, memang Nani cakap sedap lah choco jar ni. Tapi lagi berganda ganda sedap kalau dia orang letak coklat tu lebih sikit. Hahaha! Demand kemain kan. Korang pun kalau rasa teringin nak beli, boleh lah search Instagram dia orang. Agent pun banyak jugak dia orang ni lagi lagi kalah sekitar Kuala Lumpur dengan Selangor. Okay dah lepas dah mengidam nak makan choco jar ni. Hahaha! Korang dah pernah try ke choco jar macam ni? Jenama apa yang paling korang suka? Share lah dekat bawah, mana tahu nanti boleh Nani try pulak choco jar yang korang suggest kan. Hiks :)

Richiamo Coffee

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni kawan Nani ajak minum minum dekat Richiamo Coffee milik Raja Ilya ni. Nak sambut birthday orang pun iye jugak. Rasanya baru kali kedua kot Nani datang sini, so blur blur aje tengok dia orang punya menu. Hahaah! Hari tu masa first time datang, memang tak order apa apa pun, kali ni saja lah nak try order menu dia orang. Nak jugak tahu kan apa yang paling menarik dekat Richiamo Coffee ni. Kalau tak silap Nani ada banyak jugak cawangan Richiamo Coffee ni dekat area Kuala Lumpur dengan Selangor tapi Nani tak sure ada dekat mana lagi. Heheh. Nanti korang boleh tanya Mr. Google okay! Nani pergi ni dekat cawangan dia orang yang dalam UIA aje. Dari awal dia orang buka, memang boleh kira berapa kali aje lepak sini. Hahah! Kalau jenis yang banyak duit boleh lah nak duduk minum dekat sini selalu. So, apa yang menariknya dekat Richiamo Coffee ni?
Memandangkan ini pun baru kali kedua Nani datang sini, so kita main redah aje lah order apa yang nampak macam sedap & berbaloi. Heheh. Sebenarnya Nani dah tak ingat nama air yang Nani order ni apa benda, resit pulak dah campak entah ke mana mana entah. Hahaha! For sure, air yang Nani order tu (depan) rasa macam cookies oreo yang diblend sekali dengan susu. Not bad lah rasa dia tapi tak ada lah sedap sangat sangat. Gitu. Satu lagi air tu pada Nani pahit sangat pulak. Mungkin sebab Nani bukan jenis peminat kopi, so tekak tak berapa nak boleh terima sangat. Harga around RM 8.90 macam tu kalau tak silap. 
Kek ni paling sedaaap! Harga standard cafe lah, around sembilan ringgit macam tu. Rasa macam makan kek nutella pun ada jugak. Serious recommended untuk korang try ni. Nani memang suka kek yang ada almond macam ni, so yass berbaloi lah beli. Kita orang hari tu sepotong ni kongsi empat orang okay. Jimat! Hahahaha!
Terserlah kegembiraan tu bila dah kenyang. Hahah! Okay lah kalau sekali sekala nak duduk sini chill chill sambil berborak. Selalu sangat pun tak boleh jugak lah, mahu koyak purse lepas tu sebab duit habis. Hahaha! Tempat selesaa, luas, memang patut pun harga makanan boleh tahan jugak. Tapi standard cafe lah kan, mana mana pun memang macam tu lah harganya, nan hado lah yang murah murah. Nak repeat lagi ke tak? Nakkk! Tapi nak beli kek tu aje sebab sedap sampai terbayang bayang sampai sekarang. Hahaa! 

Resepi Ayam Goreng Korea

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari tu Nani pernah cakap nak share pasal Resepi Ayam Goreng Korea kan baru hari ni sempat nak kongsi dengan korang. Ingat dah share hari tu, rupanya bila scroll published entry, belum  share lagi. Hahah! Sorry sangat! Tapi yang Nani buat ni versi derhaka sikit lah sebab tak guna cili paste yang korea tu, Nani guna cili kering kisar yang biasa tu aje. Nani masak ni hari tu time balik Pahang, dekat sana memang susah sikit lah nak jumpa cili paste yang Korea tu. Sally kata kena guna Ghochujang (rasanya betul dah ejaan dia macam ni. hahah) baru lah rasa macam ala ala Korea sikit. Iye lah kalau nak rasa yang betul betul authentic ayam goreng Korea kena pergi sana lah. Hahaha!  Nani punya resepi ni simple aje, hari ni pun korang boleh buat terus kalau ada ayam. Heheh. Nani suka guna bahagian kepak ayam bila buat ayam goreng Korea ni, tapi ikut korang lah okay! Boleh check it out dekat bawah ni resepinya! Nani pun hari tu first time buat, so try and error aje lah time memasak tu, tak ada sukatan sangat pun bahan bahannya. Semua main agak agak aje, nasib baik menjadi jugak sampai orang dekat rumah tu suruh buat lagi. Amboi!
Bahan - Bahan:
- Ayam (bahagian kepak atau pun mana mana bahagian yang korang suka)
- Tepung ayam atau pun tepung gandum ikut lah apa yang korang ada. 
- Cili kering yang dah dikisar.
- Serbuk cili.
- Cili sos.
- Kicap pekat dan kicap cair.
- Madu.
- Bijan.
Cara - Cara: 
1) Mula mula korang gaulkan ayam tu dengan tepung, Nani guna tepung ayam goreng Adabi tu sebab senang tak payah dah nak tambah garam ke apa. Lepas gaul dengan tepung goreng ayam sampai garing.
2) Sementara nak tunggu ayam tu garing, panaskan minyak dan tumiskan cili kisar tadi. Nani memang tak guna bawang tau untuk resepi yang ni.
3) Kemudian, korang ambil serbuk cili, cili sos, kicap pekat, kicap cair gaulkan dalam satu bekas dan tambah air sedikit,
4) Bila cili kering tadi dah garing, korang masukkan semua bahan bahan yang dekat step ketiga tadi. Kacau bagi sebati semua bahan bahan tu.
5) Lepas tu boleh masukkan pulak madu, agak agak lah ye jangan banyak sangat pulak. Ikut kesesuaian ayam korang banyak mana. Selalunya bila dah masuk madu, sos tu akan jadi pekat sikit so tambah lah air sikit tapi janganlah sampai berkuah pulak. Hahahah!
6) Akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi ke dalam sos tu, kacau rata dan tabur bijan. Siapp! 
Memang simple sangat resepi Nani ni, kalau korang jenis yang memasak memang semua bahan bahan ni ada aje kot dekat rumah kecuali bijan tu lah. Heheh. Oh ye, kalau korang nak bagi ayam tu crunchy, bila sos tu dah masak sejukkan dulu tau then baru masukkan ayam. So bila korang makan tu dia still rangup lagi ayam tu. Boleh lah try buat nanti okay, kalau malas pergi aje lah makan dekat mana mana outlet makanan Korea. Hahaha! Selamat mencuba! 


GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM
klik SINI laju laju untuk join. 
Giveaway sampai 31 Oktober ni aje tau, jangan lupa join. Mana tahu korang salah seorang pemenang yang dicari kan. Hiks! 

Tauhu Bergedil Lagi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Fuh bulan Oktober ni baru sempat update dua entry aje, rasa nak hempuk diri sendiri pun ada jugak. Hahah! Sekarang ni dah masuk fasa kerja bertimbun macam tak ada hari esok lepas tu bila ada free time memang nak rehat sungguh sungguh, buka laptop pun malas. Semalam konon nak menulis entry dekat blog, tapi pergi keluar cuci mata pulak dekat Melawati Mall, sudahnya hilang kisah nak menulis. Heheh. Baru ni teringin sangat nak makan tauhu bergedil tapi nak buat sendiri rasa malas kemain, makanya jalan yang paling mudah, kita beli aje lah. Sedap ke tidak kau tawakkal aje lah bila makan tu kan. Hahah! Kebetulan hari tu ada siapa entah share dekat Instagram orang yang jual tauhu bergedil ni, terus lah laju laju contact dengan akak tu. Rezeki betul sebab akak tu memang buat delivery dekat area Nani ni hah. Sekarang ni dah ramai jugak orang yang menjual tauhu bergedil ni, cuma sedap dengan tidak aje kita tak tahu. Kalau dekat dekat pasar malam tu sampai tiga empat orang jual benda ni tapi tu lah 'presentation' tak berapa ceria sangat. Nani ni kalau nak beli apa apa lagi lagi kalau makanan memang memilih sikit. Iye lah, esok esok kalau sakit satu hal pulak. 
 So, kita pun beli lah tauhu bergedil dengan kak Suhana ni. Masa sampai tu ada lagi rasa panas panas tauhu ni, time tu jugak rasa nak makan terus. Hahaha! Sedap okay, kena pulak dengan sambal kicap tu, memang layan sangat. Sambal tu tak ada lah berapi mana pun, just nice gitu. Kira memang ngam lah makan dengan tauhu bergedil tu. Nani puas hati jugaklah order dengan akak ni sebab inti dekat dalam tu banyak, bukannya jenis yang 'asal ada' inti, dah settle. Kalau ada yang jual jenis macam tu memang serious pada Nani tak ikhlas betul meniaga. Macam isu yang karipap oksigen tu lah. Haha! Baik tak payah menjual lah kalau macam tu kan gayanya. 
Hari tu Nani order yang medium box, ada 15pcs tauhu dalam sekotak ni. Harga RM 20 tak termasuk delivery. Macam biasa lah, charge delivery depends pada runner pulak nak letak berapa. Macam Nani hari tu, runner tu charge RM 10 untuk penghantaran so total RM 30 semua sekali. Pada Nani okay lah tu harga nya kan, banyak pun iye jugak, memang makan lah kau sampai kenyang dekat situ. Hahah! Kalau nak jimat boleh lah ajak kawan kawan order sama, sebab kadang tu harga delivery pun boleh tahan jugak lagi lagi kalau tempat kita tu agak jauh. So, untuk korang yang tinggal sekitar Gombak, Selayang, Wangsa Maju hah boleh lah kalau nak order tauhu bergedil dengan akak ni. Memang puas hati sangat sangat. Contact number ada dekat dalam gambar tu okay, jangan lupa try! 

Lepak McDonald's Taman Melati

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni baru ada masa update blog sendiri, nak menangis rasa sebab busy sangat sejak dua tiga minggu lepas. Sorry tau mana yang singgah sini tapi Nani belum reply lagi, weekend ni kita jejak blog awak semula okay! Kisahnya hari tu dah lama tak keluar jalan jalan sudahnya ajak kawan pergi makan mekdi. Punya lah nak keluar sangat, lepak mekdi pun jadi lah kan. Asyik terperap aje menghadap kerja yang tak pernah habis tu memang tak jadi jugak. Mula ingat nak window shopping dekat mana mana mall tapi tu lah malas pulak nak bersesak dengan manusia. Hahah! Keluar makan pun boleh jadi terapi hilangkan stress okay! Alang alang dekat McDonald's sekarang ada a few menu baru kan, boleh lah try. Heheh. Macam biasa bila malas nak pergi yang jauh jauh, McDonald's Taman Melati ni lah yang jadi pilihan. So, apa menu baru yang Nani try hari tu? Nahh boleh tengok dekat bawah ni okay! Mana lah tahu korang pulak nak try lepas ni kan. 
 Nani kalau pergi Mcd ni memang selalunya order dua benda aje, sama ada ayam goreng tak pun double cheeseburger. Tapi selalunya order ayam goreng ni lah. Hahaha! Cuma baru ni Nani add on coleslaw Mcd yang baru tu. Saja lah nak rasa & nak bandingkan coleslaw mana lagi sedap, KFC ke Mcd. Hahaha! Ikutkan boleh aje switch fries tu dengan coleslaw tapi sejenis tamak kan, dua dua nak so kita add on lah coleslaw. Ha makan lah sampai kenyang dekat situ. 
 Coleslaw ni Nani ambil yang medium hari tu dalam RM 2.75 macam tu kot, banyak jugaklah sebekas ni cuma sayur tu dia orang potong kasar sikit. Tapi sedap aje rasa dia, pada Nani lebih kurang aje macam KFC punya cuma KFC tu lagi halus coleslaw dia orang. Untuk peminat coleslaw macam Nani ni, memang rasa sedap aje tekak ni hah. Hahaha! Makan pulak dengan ayam goreng Mcd yang rangup pedas tu, memang ngam sangat okayy! 
 Dah kenyang makan, order pulak McFlurry Dinosaur ni hah. Konon mula mula nak beli aisrkim dalam cone tu aje, sekali sampai kaunter order benda lain. Hahaha! Sedap ke tidakk? Pada Nani biasa biasa aje, sama macam McFlurry Oreo tu cuma yang ni dia gantikan dengan serbuk milo & apa entah yang bulat bulat tu. Hahaha! Nani ambil yang biasa aje, ada lagi satu yang McFlurry Dinosaur Party kot nama dia, tu dalam sembilan ringgit lebih. Fuhhh! Mungkin yang mahal tu lagi sedap kot. Hahah! 
Muka muka bahagia lepas dah makan macam macam dekat Mcdonald's. Hahaha! Dari lepas asar sampai dekat pukul lapan duduk situ, makan sambil borak memang lama lah cerita dia. Tapi seronok jugaklah sebab relax sikit kan kepala tu. Oh ye, semalam pun Mcd ada keluarkan menu baru lagi kan.  Hahah! Korang ada dah ke yang try Salted Caramel McFlurry tu? Nampak sedap sangat okay! Nani memang sejenis yang 'hantu' segala jenis aiskrim ni, jarang lah kalau tak cuba. Cuma tu lah, takkan sampai setiap minggu pulak kan nak jejak Mcdonal's. Amboi sangat! Hahaha! Kalau korang dah try nanti, boleh lah share dengan Nani rasa dia macam mana, paling penting sedap ke tidakk. 

Hcube Education Menyediakan Khidmat Home Tuition Terbaik

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Sekejap aje masa berlalu, dah masuk bulan Oktober pun hari ni. Bila dah semakin ke penghujung tahun ni maksudnya tak lama lagi akan berakhir lah sesi persekolahan untuk tahun 2018 ni. Tapi sebelum nak berseronok dengan cuti sekolah tu, mesti lah anak akan akan menghadapi peperiksaan akhir tahun dulu. Selalunya bila anak anak nak exam, mak ayah pun risau jugak. Nani ingat lagi dulu, bila masuk aje musim exam tu hah memang dengar lah abah dengan ibu 'bising' suruh baca buku lagi lagi kalau subjek tu kita tak berapa pandai sangat. Nani tak nafikan zaman sekarang lagi mencabar bagi parents untuk didik anak anak sebab anak anak banyak terdedah dengan gadget so ada masanya perhatian dia orang lebih kepada gadget semua tu daripada nak belajar. Ada jugak sesetengah anak anak yang jenis yang tak berapa boleh catch up bila belajar dengan keadaan kelas yang ramai. Betul tak? Pada Nani sendiri, salah satu cara yang paling terbaik untuk kita tolong anak anak lagi fokus adalah dengan cara home tuition. Korang pernah dengar tak tentang Hcube Education?
Hcube Education
Hcube Education ni merupakan agensi yang menyediakan tutor dan guru yang berkualiti untuk para ibu bapa yang memerlukan pengajar atau cikgu datang ke rumah. Pada Nani, serius lagi berbaloi bila ambil home tuition macam ni sebab nya lagi mudah, selesa dan yang penting selamat. Tak payah dah susah susah mak ayah nak pergi hantar atau ambil anak anak dekat pusat tuisyen. Paling best sekali, Hcube Education ni bukan aje ada guru dan tutor untuk subjek akademik aje tau, tapi untuk mengajar Al Quran pun ada jugak. 
Hcube Education
 Dulu dulu masa zaman Nani sekolah, jarang boleh jumpa agensi yang menyediakan khidmat guru atau tutor macam ni tapi sekarang senang sangat dah sebab adanya Hcube Education. Dalam masa yang sama, kita boleh tengok sendiri anak anak kita belajar depan mata sendiri. Bukan tak percaya dengan anak anak ni, cuma faham faham lah kan kadang tu bila dah jumpa dengan kawan, ada aje benda yang nak main, nak berborak, sudahnya tak belajar pun. So bila depan mata sendiri ni, senang kita nak monitor dia orang. Nani pun dulu kalau ada aje abah dekat rumah, memang automatik buka buku nak belajar sebab takut abah marah. Hahaha! 
Hcube Education
 Pada pandangan Nani yang bagusnya bila home tuition ni, anak anak lagi mudah nak tanya apa apa soalan yang dia orang tak faham. Biasalah, kadang kadang bila ramai sangat dalam satu kelas tu, dia orang jadi malu nak bertanya. Home tuition ni sangat sangat membantu sebab cikgu akan fokus dekat seorang aje setiap masa. Jadinya lagi senang untuk anak anak faham dan cikgu pun akan ajar ikut kemampuan anak anak kita. Macam yang kita tahu, kalau dalam kelas selalunya akan ada lebih kurang 25 - 30 orang pelajar, kadang kadang cikgu tak sempat nak tanya setiapa sorang sama ada dia orang faham ke tidak, so home tuition ni lagi convenient lah bagi Nani. 
Hcube Education
Antara feedback parents yang dah pernah menggunakan tutor daripada Hcube Education ni. Mostly cakap prestasi anak anak dia orang dah semakin meningkat jadi lebih baik. Setiap mak ayah mesti ada letak harapan yang tinggi kan untuk anak anak berjaya dan sanggup buat apa aje untuk bantu anak anak termasuklah dapatkan guru yang terbaik. Korang pun boleh jugak dapatkan khidmat guru atau tutor daripada Hcube Education ni untuk bantu anak anak jadi lebih cemerlang. Oh ye, buat masa sekarang ni Hcube Education ni cuma ada di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan jugak Pulau Pinang. Secara peribadi, memang Nani recommend untuk korang guna Hcube Education ni. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, korang boleh klik link website dekat bawah ni okay! 💙

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page