Kentang Putar Segera

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni adik Nani ada beli Mashed Potato & Gravy yang instant tu. Mula mula Nani macam 'erm sedap sangat ke kalau makan yang instant ni, baik buat sendiri lagi puas hati.' Hahaha! Kemain lagi jual mahal kan, padahal belum rasa lagi masa tu. Satu paket ni dalam RM 15 macam tu kot tapi Nani tak sure ada jual dekat mana sebab tak ada pulak social media dia orang dekat packaging. Zaman sekarang ni macam macam jenis makanan instant ada, tinggal kita ni rajin atau pun malas aje. Hahah! Kalau dah ada yang isntant ni, tapi malas lagi tak tahu lah nak cakap apa. First impression bila tengok packaging ni memang Nani rasa biasa biasa aje. Tapi bila dah makan sedap okaaaay so moral dia, jangan lah judge packaging semata mata. Hahaha! Packaging cantik pun belum tentu lagi sedap. Nak sediakan mashed potato ni pun senang aje okay, asal ada air panas confirm menjadi. Next time boleh lah suruh adik Nani order lagi mashed potato ni, makan dengan chicken chop ke memang ngam sangat. Hari tu konon nak buat chicken chop sekali tapi tu lah, tak sempat. Hahaha! 
Ini lah packaging yang Nani cakap tadi, serious simple sangat. Rasanya kalau adik Nani tak beli hari tu, memang sampai ke sudah lah tak tahu yang benda ni sedap. Hahaha! Memang rasa dia lebih kurang yang macam KFC punya. Berbaloi lah jugak beli sebab banyak kan satu packet ni. Nani jaraaang jugak beli yang instant macam ni sebab selalunya tak berapa sedap tapi yang kali ni not bad.  Korang kalau ada terjumpa dekat mana mana, boleh lah try jugak okay! 
Ini lah rupa mashed potato & gravy instant ni. Bancuh aje dua dua serbuk tu tak sampai lima minit dah boleh makan. Hahaha! Cepat, mudah dan sedap. Kalau malas lagi nak buat tak tahu lah nak cakap apa. Tak ada pun rasa pelik ke apa ke bila kita makan tu, memang sama lah macam yang buat sendiri. Lepas ni dah tahu lah dekat mana nak cari mashed potato yang sama macam kita buat sendiri. Heheh. Puas hati sangat kalau beli yang instant & dapat yang sedap macam ni kan. Nani jenis tak berkira sangat pun nak beli bila benda tu sedap, janji puas hati. Kann? Korang pernah tak try mashed potato & gravy yang instant macam ni? Ke suka buat sendiri aje? 

5 comments:

  1. kan senang dah ada yang instant ni..

    ReplyDelete
  2. Mudah dan cepat. Lepas tu sedap. Boleh beli lagi lah lepas ni ye nani. Kak ana makan yg KFC tu punya je. Hehe

    ReplyDelete
  3. Senang tau guna instant ni..cpt siap haha..yg ni siap ada gravy...akak ada share aritu entry kt blog..mil beli kt st rosyam..beso 2kg xsilap..buat begedil pn bole..

    ReplyDelete
  4. Baru tahu ada yang instant. Mudah la keje lepas ni. Nak makan bancuh je nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page