Bercuti Ke Kelantan dengan Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd

Assalamualaikum & Hello.
Siapa dekat sini yang tengah merancang nak bercuti ke Kelantan? Meh baca dulu entry ni sampai habis, memang berbaloi baloi. Nani ni tak pernah jejak lagi negeri Cik Siti Wan Kembang, dalam hati teringin sangat nak pergi. Siapa tak suka kan pergi travel walaupun cuma dalam negara sendiri. Masa 1st EFG Gathering baru ni Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd telah menaja tiga pakej percutian ke Kelantan tapi sayang seribu kali sayang Nani tak bertuah hari tu. Tak apa lah lepas ni kumpul duit banyak sikit kita ke Kalantan pulak. 
Untuk pengetahuan semua, Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd merupakan salah satu agensi percutian khusus untuk mereka yang ingin makan angin di Kelantan. So buat yang nak ke sana tapi masih tak tahu nak rujuk agensi percutian yang mana, boleh gunakan khidmat daripada mereka. Dijamin mereka akan kongsikan daripada A sampai Z tentang pakej dan tempat tempat menarik di Kelantan. 
Voucher yang diidam idamkan dah selamat jadi milik orang. Hahaha! Selamat bercuti ke Kelantan buat tiga orang yang bertuah tersebut. Nanti Nani nak ke Kelantan nak gunakan khidmat Xcell Travel & Tours Sdn Bhd ni jugak lah sebab macam - macam pakej yang mereka sediakan. Antaranya :
  • Kelantan Islamic Heritage Tour 
  • Kelantan Historical Tour 
  • Kelantan Buddhist Tample Visit 
  • 3D2N Kelantan Buddhist Tample City Tour 
  • 3D2N Kelantan Historical Tour 
  • 3D2N Kelantan Islamic Heritage Tour 
Banyak lagi pakej menarik yang disediakan oleh Xcell Travel & Tours Sdn Bhd. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi boleh layari laman web mereka.
Ini lah muka muka bertuah yang dapat tajaan pakej percutian ke Kelantan. Kemain lebarkan senyum masing masing. Syok lah dapat bercuti ke Kelantan, negeri yang kaya dengan pelbagai jenis makanan dan tempat yang menarik untuk dilawati. Macam mana nak dapatkan khidmat Xcell Travel & Tours Sdn Bhd ni, korang boleh terjah laman web atau facebook mereka dan jangan lupa follow instagram Xcell Travel & Tours Sdn Bhd untuk mengetahui update terkini. 

Kelantan City Tour Xcelltravel
Kelantan City Tour Xcelltravel 

Beauty Stuff Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum & Hello.
Beauty Stuff Giveaway by Sally Samsaiman

"Kenapa Sally perlu berikan barangan SimplySiti @ Nature Republic kepada saya..?"
  • Sebab Nani tak pernah ada koleksi barangan SimplySiti @ Nature Republic. Mana tahu produk ni serasi dengan kulit, boleh lah consume kan. Gitu !


Kotak Lensa di 1st EFG Gathering

Assalamualaikum & Hello.
Fuhh tak habis lagi story tentang gathering baru ni. Kalau boleh semua cerita nak diabdikan dalam blog ini buat kenangan bila dah tua nanti. Ewah ! Paling best masa 1st gathering EFG hari tu ada photobooth Kotak Lensa. Bila ada photobooth ni memang masing - masing sakan lah nak bergambar kan. Kejap kejap kang pergi photobooth. Gambar pulak semua lawa - lawa. Nani dapatlah bawa balik lapan keping gambar yang ambil masa dekat photooth hari tu.
Kotak Lensa
Sekarang ni kan trend bila pergi mana mana event mesti ada photobooth untuk tetamu yang hadir. Memang seronok dapat abdikan kenangan macam ni. Ambil gambar terus dapat lepas tu. Kalau guna smart phone nanti nak kena transfer lah itu lah ini lah. Susah kan! Tapi bila ada photobooth ni semuanya jadi senang.
Kotak Lensa
Nampak tak atas meja tu? Macam macam props yang disediakan olek Kotak Lensa ni, macam mana semua orang tak berebut - rebut nak bergambar. Hahaha !
Kotak Lensa
Sweet aje PCL dengan MamaD ni. Hihi. 
Bukan setakat boleh posing dan bergambar aje tapi gambar kita pun akan dipaparkan nanti. Haaa memang syok lah kan boleh tengok balik gambar kita tu menjadi ke tidak. Kalau tak menjadi boleh ulang bergambar lagi dekat photobooth. Hahaha! 
Kotak Lensa
Tengoklah kak Linda dengan kak Yanie ni kemain lagi posing dengan segala props yang ada. Kak Linda siap terpejam pejam lagi mata tu. Hahaha.
Kotak Lensa
Kemain besar spek mata kami. Hahaha ! Ini pertama kali tau Nani ambil gambar banyak gila dekat photobooth. Selalu pergi photobooth orang kahwin jangan berangan nak ambik gambar banyak banyak. Ada yang tak puas hati kang. Hikhik.
Kotak Lensa
Siapakah di sebalik topeng ini? Jeng Jeng Jeng :P
Kotak Lensa
Semua senyum tayang gigi ni. Maklumalah teruja nak "selfie" dengan kamera besar masing - masing
Kotak Lensa
Amboi mommy Irra dengan rambut afro tak nak kalah. 
Korang kalau nak buat majlis bertunang, majlis nikah, sambut hari jadi dan nak ada photobboth memang Nani sarankan korang guna khidmat Kotak Lensa. Memang dijamin puas hati sebab gambar diorang semua berkualiti sangat. Dua jam Kotak Lensa di majlis kami memang tak puas. Hihi. Rasa nak dan nak lagi haaa. Apa pun terima kasih Kotak Lensa untuk gambar yang cantik dan berkualiti.

Istimewa untuk semua pembaca blog ni, siapa yang nak gunakan khidmat Kotak Lensa korang boleh gunakan kod EFGKBBA dan dapatkan diskaun sebanyak RM 200. Wow ke tidak ni? Kod tersebut boleh digunakan sepanjang tahun ni tau. So jangan lepaskan peluang yang ada ni. Untuk nak tahu lebih lanjut tentang Kotak Lensa korang boleh klik link dekat bawah ni.

Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

1st EFG Gathering

Assalamualaikum & Hello.
Sabtu baru ni berpeluang turut serta untuk 1st EFG Gathering walaupun mula mula tu macam tak 50-50 nak pergi ke tidak. Sem ni kan sem paling sibuk ya amat, tu yang nak pergi mana - mana kena fikir tiga empat kali. Gitu. Memandangkan dah lama sangat rancang untuk gathering ni, kosongkan lah jugak jadual untuk pergi. Jumaat petang dah gerak ke rumah kak Irra memandangkan I is bujang kan. Boleh lah pergi awal tolong kak Irra kemas kemas rumah. Eh.
Team yang havoc sangat :)
Dah macam ada majlis bertunang/kahwin pulak haa siap dengan khemah hias lawa macam ni. 
Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin :)
Sarapan pagi, macam - macam kuih ada. Semua sedap - sedap pulak tu. Fuhh puas hati !
Akhirnya daapt jugak rasa brownies air tangan Kak Eny. Sebelum ni asyik telan air liur aje tengok gambar gambar yang kekny pos dalam blog dengan instagram.
Menu makan tengah hari. Ada ayam masak merah, kambing masala, kambing bakar. Pehh terbaik!
Lagi sekali dapat makan Pavlova kak Rara. Sedap sangaaat sangaaat.
Model pavlova. Hahaha. 
Nani makan paling sopan. Eh.Sorry to say PCL & Kak Irra. Hahaha :p
Fefeeling dikelilingi bridesmaid yang lawa lawa. kebetulan pulak berdiri kat tengah - tengah. Hahaha! Semua pakai tudung warna turqoise, Nani sorang je pakai tudung coklat. Huhi. Tak sempat dah nak cari tudung, kita rembat je lah mana yang ada kan. 
Dengan Kakcik, Sayidah Napisah yang paling banyak dapat coklat kedbury. 
Gigih jawab soalan teka silang kata tapi ada aje soalan yang tak dapat dijawab. Hahaha ! 
Nak dara jelita mengukir madah,
Disapa pemuda riang hatinya,
Cincin di jari tersarung indah,
Tanda hamba sudah berpunya.

Jeng Jeng Jeng. Eh :p
Ramai pulak yang interframe sekali. Hahaha ! Sebab gambar ni lawa nak jugak letak :p
Seronok aih dapat jumpa semua sekali. Dari alam maya ke dunia realiti. Gitu. Ada yang dari Kedah, dari Pahang turun KL semata - mata nak gathering. Terbaik ! Yang paling tak boleh lupa bila masuk bab panggilan. Dalam wassap panggil mommy irra lah, papaG lah, mamaD lah, mama Dhia lah, bila nak jumpa depan - depan gelabah tak tahu nak panggil apa. Hahaha. Siap buat "meeting" lagi tu nak panggil apa. Hoi kemain haa ! Apa pun memang seronok gathering ni. Semoga ukhwah ini kekal sampai bebila. Hiksss :) Sayang semua :")

Alhamdulillah program yang diadakan ini mendapat sponsor yang sangat mengujakan semua. Terima kasih kerana menaja dan memeriahkan gathering kami.

Biobax Cool Therapy
Biobax Cool Therapy 
#biobaxcooltherapy

Kelantan City Tour Xcelltravel
Kelantan City Tour Xcelltravel 
#xcelltravel

Alludra International (Jus Orlin)
#orlin

Kotak Lensa Instant Photo Booth
Kotak Lensa 
#kotaklensa #instantphotobooth
IG: kotaklensa 

The Violet Sofia
The Violet Sofia
#thevioletsofia
#almumayyazbyvioletsofia

Fennelle Beauty
#fennellebeauty 
#fennellerenewalserum

VCO NUTRASENSE
VCO NUTRASENSE
#VCO #Nutrasense
IG: nizam84

Nizar Faez Studio
Nizar Faez Studio
#nizarfaezstudio

VanLela Hiphoody
VanLela Hiphoody
#hiphoodyvanlela

Balloon Decoration
Majesticevents Sdn Bhd
Majesticevents Sdn Bhd
#khemahkahwin

Cafe Cerita Kambing
Cafe Cerita Kambing
#cafeceritakambing #kambingbakar

Produk Kesihatan Forever
#aloeveraklang0136283485
#aloeverashahalam0136283485

Qaseh Zamri Collection
Qaseh Zamri Collection 
 #qasehzamricollection

Yusmizee Naturopathic Center,  Alor Gajah Melaka

#yusmizeenaturopathic

Qesyamin
#qesyamin

RaisahRafhanah
#headchain #flowercrown

Hazirah
#muchochocolatechips

Sakura Sasuke
#sakurastyle

Acit Guest Book
#hantaranmurahsaya

LadyDaissy Pastry
#LadyDaissyDoorgift

Design&Printing 
#dexsignprinting

Aniq sya 
#aniqsyaquqiz

Homemade Cookies 
#myhomemadecookies

Jus kedondong asam boi 
#manjavakedondongasamboi
FB: Man Java 

Reqa Creative
#reqacreative
FB: reqacreative 

Alhamdulillah! majlis berjalan dengan jayanya! 

Pavlova SugarlandbyRara

Assalamualaikum & Hello.
Ahad lepas order Pavlova dari Kak Rara untuk sambut hari jadi kawan Nani. Dia minat sangat dengan pavlova, so orderlah pavlova gantikan dengan kek. Lagipun sambut birthday dengan kek tu dah biasa sangat kan. Alang - alang Nani pun dah lama teringin nak rasa pavlova Kak Rara ni haaa. Asyik tengok dekat Instagram & Facebook memang tergugat jugaklah jiwa raga. Hahaha !
Cepat follow instagram SugarlandByRara boleh tengok pavlova dan brownies selalu. Hikhik. 
Pavlova SugarlandbyRara
Mula mula nak sambut birthday dekat KFC sekli last minute orang yang nak disambut birthday nya tu tak dapat datang. So terus tukar mintak kak Rara hantar dekat u. Hihi. Thank you kak Rara jejauh delivery kan untuk Nani. Makan sambil pejam pejam mata menikmati kesedapan pavlova kak Rara ni. Maringue rangup kat luar, lembut dekat dalam. Buah banyak gila haaa, memang puas hati sangat. Birthday girl pun suka. Nanti nak repeat order lagi. Brownies kak Rara ni pun mengancam okay, tengok gambar pun tahu. Hihi. 



Kurang 24 Jam !

Assalamualaikum & Hello.
Dah malam baru dapat update blog. Siang tadi habis kelas pukul 10, terus balik tido. Mata memang nampak katil, katil dan katil. Sangatlah tidak produktif. Eh. Baru dapat berehat ok hari ni. Mana tak nya, minggu lepas jadual pack sangat sampai tidur pun tak berapa nak cukup. Ingatkan ahad lepas habis program nak berehat terpaksa cancel sebab malam tu ada discussion. Itu yang hari ni rasa nikmat sangat dapat berehat. Panjang pulak dah membebel, rasa macam tersasar jauh dari tajuk ni. Hahaha!
Jumaat hari tu balik Pahang sekejap, gerak dari sini pun dah petang sampai rumah dalam pukul tujuh. Kalau ikutkan malam tu nak mandi terus tidur je tapi abah ajak makan KFC pulak. Gigihkan lah jugak diri ni keluar makan, bornding time dengan family bila sesekali balik. Esok pagi awal awal dah keluar rumah selesaikan urusan sampai pukul satu tengah hari. Lepas tu pukul tiga dah gerak balik Selangor semula. Pehh, kurang 24 jam haa ada dekat Pahang. Penat gila ulang alik Selangor - Pahang. Tak pernah pernah buat kerja macam ni haa. 
Get well soon Ibu :")
Masa nak balik tu, ibu demam sampai tak larat nak bangun. Pening pening kepala lagi. Kesian sangat, berat hati nak balik. Tapi sebab ada program yang wajib pergi ahad tu terpaksa jugak balik. Hari ni pun ibu tak berapa sihat lagi. Susah hati Nani ni hah. Mungkin faktor cuaca panas sangat sekarang ni. Dekat kawasan rumah Nani, abah cakap dah tiga minggu tak hujan. Nani balik baru ni pun memang dapat rasa haba dalam rumah. Harap harap tak lama lagi sejuk lah balik bumi ni.

GIVEAWAY by RosNordin

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY by RosNordin
klik SINI untuk join. 

Akhirnya !

Assalamualaikum & Hello.
Akhirnya jumpa jugak dengan Jumaat, rasa minggu ni panjang sangat nak habis. Minggu yang Nani paling sibuk sangat dengan macam macam hal nak kena buat dan nak kena siapkan. Ini pun hujung minggu ada lagi program sampai ahad petang. Petang ni balik Pahang sekejap, esok balik Selangor semula untuk program hari Ahad. What a hectic week T_T Memang blog pun update on off aje haa apatah lagi nak blogwalking. Sorry mana yang Nani tak sempat nak singgah komen, nanti Nani balas kunjungan okay.
Penat, letih semua ada tapi kena gagahkan jugak diri ni buat semua kerja kalau tak nanti tak siap pulak. Bila nak "rebah" kena masukkan kata - kata positif untuk terus melangkah ke depan. Positive vibes gitu. Mudahan Allah permudahkan semua urusan sampai Ahad ni. Tak sabar nak berehat puas puas lepas habis program hari Ahad. 

Segmen Blogwalking by Seindahcerita

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ 
Segmen Blogwalking by Seindahcerita

Syarat-syarat Penyertaan
  1. Sila Follow Blog SEINDAHCERITA
  2. Sila Like Page SEINDAHCERITA  
  3. Sila Follow Twitter @nieylanadia
  4. Sila Follow Instagram @nieylanadia
  5. Buat entri bertajuk " Segmen Blogwalking By Seindahcerita "
  6. Copy banner segmen dan link kan semula ke entri ini. 
  7. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.

    atau
  8.  Copy je semua code yang ade dekat ruangan kotak di bawah ni dan paste kan di HTML, dan publish. Senang kan.. :)

Bonus!
  • Sempena bulan Birthday Nieyl bulan nie, nieyl akan pilih 5 Blog yang bertuah melalui perkhidmatan random.org untuk menjadi bloglist nieyl :)

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hello.
Wordless Wednesday
kredit : Twitter Dr. Anwar Fazal

Nasib Muat !

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu tengok baju budak budak dekat Zalora semua lawa - lawa. Kebetulan masa tu ada seorang sepupu baru lahir, terus bercadang nak hadiahkan sehelai baju dekat dia. Tengok yang tu lawa, tengok yang ni lawa. Peh, susah jugak nak pilih baju bila banyak sangat pilihan yang ada. Sekarang dah faham perasaan mak mak tu macam mana. Hahaha ! Selama ni baca aje kisah yang orang lain tulis. 
Dah siap pilih apa semua tiba - tiba masa sampai dekat rumah, KECIK ! Dah ambil saiz untuk enam ke dua belas bulan dah tapi asal pulak kecik ni. Biasa lah tak pernah beli baju untuk budak - budak, mana nak tahu kan. Hahaha ! Tanya ibu nak kena tukar ke tak payah kan. Lepas tu ibu cakap"muat rasanya ni untuk Hana." Aku masa tu dah dalam hati berharap sangat lah muat bila si Hana pakai. 
Sekali bila dia pakai memang muat. Fuhhh lega rasa ! Kalau tak nak kena tukar saiz pulak. Dalam gambar nampak besar & gemuk si Hana ni, bila depan tak ada lah besar mana. Hehe. Lepas ni kalau nak beli baju online dekat bebudak kena tengok dan teliti betul - betul saiz. Hihi. 

Mini Giveaway Hari Jadi Dhia Batrisya Tiga Tahun

Assalamualaikum & Hello.
Mini Giveaway Hari Jadi Dhia Batrisya Tiga Tahun
klik SINI untuk join 
Buat Dhia Batrisya,
Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah yang sejuk mata memandang. Didoakan juga mendapat kejayaan yang cemerlang dunia akhirat dan sentiasa dalam lindungan dan kasih sayangNya. 

GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER

Assalamualaikum & Hello.
GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER
klik SINI untuk join 

Kuih Keria

Assalamualaikum & Hello.
Semalam acah acah buat kuih tradisional pulak sebab asyik buat makanan barat memanjang. Ewah. Lepas google resepi nampak macam senang, macam boleh buat. Sekali dah buat boleh tahan jugak mencabar nya. Tapi yang kali ni menjadi lah jugak daripada yang dulu. Cuma part yang nak sira dengan gula tu tak lepas lagi. Hahaha! Tengok orang buat macam "eh, mudahnya." Bila sendiri buat baru tahu susah jugak walaupun cuma nak sira dengan gula.
Kuih Keria
Cukuplah lima ketul untuk diri sendiri. Sorang je pun dekat rumah, abah dengan ibu kerja. Bila cuti masa orang kerja, memang mati akal nak buat apa. Dekat tv pun bukan ada cerita yang menarik kalau waktu pagi. Sudahnya ke dapur lah buat kuih tradisi walaupun macam jadi, tak jadi. Hahaha. Belajar lah jugak kan sikit sikit nak buat kuih tradisional ni macam mana. 
Bukan apa sebab hari tu abah, ibu dengan mak cik - mak cik aku kemain "mengata" aku depan depan. Hahaha. "Nani tu bukan pandai sangat masak makanan melayu ni, dia tekak western." Haaaa, tersedak aku mendengarnya. Hahaha! Mak cik aku pun yang mana follow instagram tu semua mengiyakan. Eheh! Tak ada lah western mana pun, kalau tak makan nasi tu gigil jugak kekdahnya. Tekak ni kalau makan tak pedas, tak jalan jugak. Cuma bila part memasak tu je lebih cenderung ke arah western sikit. Eh. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page