CNY Part I

Kemainn meriah tau balik raya cina kali ni. Eheh ^^ macam raya puasa pulak aku rasa. meriah sebab ada bakal orang baru ramai yang balik kali ni. cuti panjanglah katakan ^^ seronok kot balik ramai ramai ni. malas nak taip panjang panjang sebenarnya. tengok gambar jelah ehh. Hahahah :P
nenek aku siap ajak bakar lemang lagi sebab raya hari tu tak ramai balik so tak bakar lemang. kali ni ramai balik tu yang nenek ajak bakar lemang. dah macam raya aidilfitri pulak aku rasa. Hahahha ^^
 
lemang air tangan nenek aku memang win. Ewahh ! cuma tak dek lah rendang ayam jauh sekali rendang daging. Hahaha ! kitorang makan dengan sardin goreng aje. pon sedaaap kau !
biskut raya pun adaaa. jangan main main raya cina aku kali ni Hahaha ! mak cik aku pergi belajar buat cookies ni pagi tu dekat puchong kalau tak silap.
ni pun tapai yang nenek aku buat ^^
petang tu pulak makan ABC. dushhhh. macam macam makan balik kampung kali ni ^^

ni baru part pertama tunggu lah nanti ada part yang kedua pulak. Eheh ! untung siapa yang ikut aku balik kampung hari tu sebab macam macam dapat makan. raya nanti pulak agaknyaa dapat kumpul ramai ramai macam ni lagi. lainlahh kalau ada orang nak bertunang sebelum raya ni dapatlah kita kumpul sambil borak borak tak ingat dunia. Ehhh. hahaha :P






Happy Weekend !


motip sangat letak gambar coklat pepagi ni. hahaha. selamat berhujung minggu awak semuaa ^^

Happy Birthday Awak !

hari ni birthday kawan baik kita ni. haipp dah sebelas tahun kita kawan. lamanyaaaa ^^

Dear Hanna Hamzah selamat hari tua untuk awak mak cik ^^ semoga panjang umur murah rezeki dan cepat cepat dapat jodoh. ehhh. hahahah :P hujung minggu depan kita celebrate sama sama okayy dekat Domino's.dah lama tak borak borak macam dulu dulu. Ewahh ! 

Cushy Candy

sedap sangat chocoleleh cushy candy ni.makan sekali rasa nak lagi dan lagi dan lagi.hahahha.jom terjah cushy candy laju laju untuk order ^^

Wordless Wednesday : Nasi Kerabu


Lelaki & Futsal Berpisah Tiada !

memula dia cakap ada hal pukul sebelas.sel sel otak aku terus berhubung dengan laju dan pantas dengan jayanya.Hahaha. hal apa benda ntah malam malam buta ni kan. tapi aku syak dia nak pegi makan. rupanyaaa sangkaan aku jauh tersasar ! 

"HAL" lah sangat rupanyaa nak main futsal. Dushhhh. dah pukul sebelas main futsal lagi. sebab mata aku aku pun dah mengantuk nak mampus semalam terus  tarik selimut dan tido. Hahaha. Lelaki & futsal berpisah tiada umpama handphone dengan powerbank. Lol ! Haipp ! mood cuti is turning on !

MM

banyak betul soalan hampa semua dekat entri SABTU lepas kan. tapi satu pun tak sempat nak balas lagi. rasanya tak terbalas dah tu. Eheh. sebenaqnya aku turun sekolah lama weekend baru ni untuk program alumni bersama adik adik. diundang jadi fasilitatorlah senang cakap. Eheh ^^ tapi aku tak sempat nak up entri lagi sebab malas nak upload gambar. Dushhh :P *terkeluar topik dah*

MM stand for MINGGU MALAS ! setiap minggu malas sebenarnya tapi minggu lepas berkilo kilo malas. Hahaha. sampai masak pun guna yang instant aje. semudah ABC aje rasaa. Gituu.

aku tambah sosej goreng + bawang goreng + lada hitam + daun sup yang tak berapa nak halus. Hahaha. memang kasar sangat daun sup tu sebabnya malas ^^


makan yang instant pon sodaaap ^^

raya cina ni nak but kek coklat instant lah pulak. hahaha. ada orang balik raya cina ni nak makan. aku ingat nak cari yang segera aje mudah sikit kann. Eheh ! sape yang tahu tepung instant kek coklat yang sedap share dekat bawah ehh. aku nak cari nanti ^^


Busyyyy !


p/s : esok malam saya balas kunjungan awak semua. sekarang ni berada di luar kawasan ^^



Damailah Di Sana Adik Zharif



baru pagi tadi nani update pasal adik zharif siapa sangka Allah lebih sayangkan dia. sungguh dua tiga hari ni banyak berita kematian yang sampai ke telinga. benarlah kematian itu dekat. 
damailah adik di sana. moga abang fazrul dan isteri tabah. nani dapat tahu atuk abang fazrul juga telah kembali ke rahmatulah kerana menghidap penyakit strok pukul 10 malam tadi. sunggh keluarga ini diuji. moga mereka semua tabah. Al fatihah untuk arwah adik zharif. 


Hati Baru Buat Adik Zarif

semalam baru dapat tahu tentang keadaan adik Muhammad Zharif Al - Hafiz berusia sembilan bulan yang menghidap penyakit bengkak hati. Allahu akbar.sungguh sayu melihat keadaan dirinya.adik zharif ni merupakan anak senior nani masa sekolah dulu. masa mula mula lahir adik ini diuji dengan menghidap penyakit saluran hempedu tersumbat. nani pernah cerita dekat SINI dulu. dan kali ini diuji lagi dengan penyakit bengkak hati. Allahu. moga awak tabah dik lalui semua ni T_T zohor semalam nani difahamkan adik zharif mengalami sesak nafas dan telah pun dipakaikan dengan saluran oksigen. 

sekarang ni hanya 20 % aje hati adik zharif berfungsi. buat sesiapa yang ingin menderma boleh lah berbuat demikian melalui bank yang tertera di atas. abang fazrul dan isteri memerlukan sebanyak RM 150 K - 200 K untuk pembedahan adik zharif yang merupakan anak sulung mereka & pembedahan akan dilakukan di China. sekarang ini adik zharif berada di PPUM tapi doktor tak benarkan ramai orang masuk ke wad sebab takut berlaku sebarang infection. untuk maklumat terkini adik zharif boleh ikuti di facebook Hati Baru Buat Adik Zharif  sama sama kita doakan kesembuhan adik ini. 

Aku Setia Menunggumu

ni minggu lepas punya kisah sebenarnya tapi baru nak up hari ni. Eheh :P minggu lepas hari hari aku menjadi penunggu setia si dia dekat rumah. janji nak hantar rombongan merisik  barang tapi tak sampai sampai jugak. aku lupa sebenarnya isnin dengan selasa tu cuti memang lah tak dek abang pos laju datang rumah hantar barang. Hahaha :P aku tunggu abang pos laju bukan encik abang. Dushhhh.
selagi barang tak sampai aku pegi cek tracking number. Eheh. kemain tak menyempat ^^
pukul 5.30 petang khamis tu baru lahh ada abang posmen yang datang hantar buku ni untuk aku. akhirnyaaaa berakhir jugak penantian.bila aku keluar nak ambik barang rupanya yang hantar tu abang posmen yang sesat nak cari rumah aku dulu. suratan atau kebetulan kah ni atau pun jodoh. Hahahah :P





Dulu Dulu

kemain senang hati bergambor kann. hahaha. jangan tanya umur aku berapa masa ni. memang tak tahu lah :P lupa pulak nak tanya ibu. Eheh ^^

satu je benda yang tak berubah bila aku bergambar.senyum  nampak  tayang gigi plus mata bulat. hahaha. dulu kini dan selamanyaa macam tu lah agaknyaa. ai is nakal dulu dulu. nampak je muka baik tulus mulus macam tu tapi sebenarnya dulu NANI MONSTER. suka gigit orang. Aummmmm :P


Giveway 7 HARI by Syira Lokman

klik SINI untuk join 
jom join ramai ramai. banyak hadiah untuk dimenangi ^^

Bila Aku Jatuh Cinta

kemain tauu tajuk mengundang tanda tanya betul. Eheh ! kali ni memang aku jatuh cinta pandang pertama. tak pernah ada perasaan macam ni sebelum sebelum ni. Hahahah.mohon jangan jatuh chenta dengan si dia yang buat aku tak lena dah banyak malam ni. dushhhh T.T kemain kuat tau penangan dia. sampai tido malam pun termimpi mimpi.bila agaknya kita dapat bersama awak. Ewahh ^^ 
Haippp bukan jatuh chenta pada si dia pun tapi pada kabinet ni hah. Eheh ! Cantik nak mampus tahuu. kalau dapur rumah kita nanti macam ni lah awak setiap kali balik kerja saya sanggup memasak even badan penat tahap nak tido. Hahahah. kononnya kann :P ibu cakap nanti dia dah pencen baru nak buat kabinet macam ni. Alahaiii lambat lagi lah nak merasa ada kabinet lawa lawa macam ni T.T takpe lahh dua tiga tahun ni kita berangan je lah dulu ada kabinet macam ni dekat rumah :D

Lazada Buat Sales


memula tu aku tak percaya jugak bila dia cakap yang cincin dari 288 hengget jadi 39 hengget. amboiii kemain banyak lagi diskaun tu kann. sebab teruja kemain tengok harga tu aku pun gigih lah bukak web lazada sebab nak tengok. tak boleh betul nampak benda murah murah ni laju aje tangan tu nak beli. hahaha. tambah pulak along cakap yang kawan dia pun dah beli satu cincin tu. dushhhhh. tapi aku tak sure lah cincin tu emas betul ke emas tulen ke apa ke. tapi ai tak rasa tu emas tulen. Ehekk ^^
aku try cari balik cincin yang harga 39 hengget tu tadi tapi dah tak dek. hahaha. out of stock dah agaknyaa. sebab murah sangat kann tu yang ramai beli. errr nampaknyaa tak dek lah rezeki nak beli cincin tu bagi dekat bakal tunang kau tu along. LOL. aku bila dah masuk web lazada tu tengok sales kemain murah mula lah pagi petang siang malam bercerita pasal sales tu je dekat ibu. hahaha. tak dek topik lain dah yang tu je dok ulang ulang.*dengan harapan ibu akan tanya nak beli ke apa ke* tapi tak dek pun. hahahah. dushhhhh. tak merasalah ai nak menyyoping dekat lazada ni. T_T nak guna duit sendiri macam tak je. lalalala. :P siapa yang rasa duit tengah berkepuk kepuk tu boleh lah terjah lazada. lagi baik kalau nak belanja saya sekali. Eheh !

p/s : hari ni bangun ingatkan hari ahad. kau dah kenapaaaaaa Nani !












Giveaway Subkontest Best Blog 2015 HASRULHASSAN.COM



Jom Sertai GA dan Subkontest HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015 - Menang Hadiah Gratis dari Bandung, Indonesia."

HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015

Liebster Award


kali ni nani di tag untuk Liebster Award oleh Namy  nama pun dah lebih kurang sama jugak.Namy Nani. hahah. dah lama tak jawab soalan soalan gini.jom tengok apa yang ditanya oleh Namy untuk Nani. Ewahh :P cik Namy ni tanya soalan ala ala peribahasa gituu. haru sungguh nak jawab. Adehhh T.T

  • kalau bulan jatuh ke riba , awak jatuh ke mana ? saya jatuh ke tanah lah kot cik Namy. hahah 
  • Jika pungguk rindukan bulan, awak rindukan siapa ? Ehemm mencabar sungguh ni. saya rindukan si dia yang pernah hadir dalam hidup saya kawan kawan saya. Ecehhhh.
  • Jika layang layang putus talinya, awak putuskan apa ? saya putuskan tali kasut. hahaha :P
  • Jika sirih pulang ke gagang, awak pulang ke mana? saya pulang ke pangkuan keluarga. adiossss. macam apa aje jawapan saya ni cik Namy. mahap kan lahh :D
  • Jika ayam disambar helang, awak disambar siapa ? Eheh. saya masih belum diambar sesiapa. Peaceee ciked cik Namy ^^
  • Jika kacang melupakan kulit, awak melupakan siapa? saya melupakan orang yang pernah buat saya kecewa. Kah !
  • Jika halilintar membelah bumi, awak membelah apa ? saya mampu membelah buah kelapa aje awak. itu pun tak berapa nak jadi sangat. 
  • Jika Belanda meminnta tanah, awak meminta apa? saya minta Allah panjangkan usia ibu dan abah saya & hadirkan orang yang mampu membimbing saya mengenal cintaNya ^^

Kus semangat nak jawab soalan ni. hahah. perah otak sikit malam malam ni. anyway terima kasih Cik Namy tag kita untuk Liebster Award ni. nasib baik lapan soalan aje kalau 20 tadi pengsannn. Hahaha :P





GiveAway L'Oreal Paris by Ayue Idris


(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : Inani Hazwani
instagram id : inanihazwani


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page