Wonderfood Museum Penang

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang ni dekat Pulau Pinang memang ada macam macam muzium Nani tengok. Masa Nani ke sana hari tu cuma ada dua je muzium yang betul betul nak pergi dan salah satunya Wonderfood Museum Penang ni. Heheh. Iya lah pergi pun cuma empat hari tiga malam je, mana sempat nak pergi banyak banyak muzium ๐Ÿ˜†Untuk yang menggunakan kenderaan berkaki dua macam Nani hari tu agak mencabar jugaklah nak sampai ke muzium ni. Hahah! Tambah pulak Jalan Lebuh Pantai tu ada dekat bahagian kiri dengan kanan so macam was was tak tahu nak pergi yang belah mana satu. Sesat jugaklah hari tu nak sampai ke Wonderfood Museum ni. Tapi kalau korang guna Waze tak sesat punyalah. 
Tapi ada baik nya jugak sesat hari tu. Hahahah! Sebab nya masa sesat tu lah kiterang jumpa beberapa Street Art dengan ais kepal. Eh ๐Ÿ˜€ Sambil sambil nak cari muzium ni (dah lah tengah panas okeh) boleh lah menikmati ais kepal. Gitu. Kalau tak biasa area sana, memang susah sikit lah nak cari muzium ni lagi lagi orang luar kan. Heheh. Nani dengan kawan hari tu ingat nak naik beca sebab masa tu dah penat sangat tapi uncle tu pulak tak tahu dekat mana muzium ni. Sudahnya tanya jugak lah orang dekat situ, kalau tak kang makin sesat barat. 
Wonderfood Museum Penang
Masa nampak aje ni, terus rasa lega. Hahah! Sebab dah tak larat nak menapak lagi dah. Muzium ni bersebelahan dengan CIMB Bank. 
Wonderfood Museum Penang
 Harga tiket untuk masuk ke Wonderfood Museum :
Dewasa : RM 15 (MyKad)
Pelajar : RM10 (Student Card)
Kanak - Kanak : Percuma 
Kalau korang student bawa aje kad pelajar tu sebab mostly tempat yang Nani pergi dekat Penang ni , dengan kad pelajar tu boleh dapat harga lebih murah. Jimat lah sikit. Heheh. 
Wonderfood Museum Penang
Mula mula Nani ingat tu lempeng bukan roti canai. Hahahah! Teruk betul lah ingat tu lempeng. Ayoyo Nani oi. Dekat muzium ni bukanlah setakat boleh tengok gambar makanna besar gedabak semata mata tapi boleh jugak tahu info tentang makanan yang ada dekat Malaysia ni. Sejarah wujudnya makanan tu pun boleh tahu jugak. Heheh. Ok lah siap boleh tambah ilmu pengetahuan lagi.
Wonderfood Museum Penang
 Alas meja tu memang dah sedia macam tu bukan sebab Nani tarik. Hahah! 
Wonderfood Museum Penang
Ini dekat bahagian makanan basi.Memang geli walaupun itu cuma replika. Nampak real sangat semua makanan yang berkulat tu semua. Dekat sini ada pekerja muzium ni yang akan tolong ambilkan gambar kita so jangan risau kalau datang sensorang. Heheh ๐Ÿ˜Š
Wonderfood Museum Penang
 Telefon tu macam spoil kan gambar pulak. Hahah!
Wonderfood Museum Penang
 Bila lagi kan nak fefeeling ada gerai sendiri. Hahah! Hai orang sebelah jeling mee goreng yang I masak ke tu? ๐Ÿ˜†
Wonderfood Museum Penang
Laksa ni kalau makan kenyang berhari hari kot. Hahah! Siap berasap lagi tau, memang nampak macam laksa betul lah. 
Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang
 Ha nah quote untuk yang minat makan tu. Heheh. 
Wonderfood Museum Penang
Dekat muzium ni ada jugak lah replika makanan yang boleh kita pegang macam peria ni dan ada jugak yang memang tak boleh pegang. Heheh. Memang kalau tengok makanan dekat sini rasa nak pegang pegang. Hahah! Nani ada jugak lah curi curi pegang replika makanan yang ada. Perasaan nak pegang tu membuak buak tau lagi lagi yang laksa, mee kari semua tu ๐Ÿ˜†Nak jugak tahu kan diorang guna apa untuk buat semua ni. Mohon jangan contohi ok. 
Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang
Ha pilih pilih nak makan apa. Macam yang ni diorang memang tak bagi sentuh tapi tu lah tangan ni degil. Hahah! Sentuh sikit sikit dah lah, jangan sampai engko pergi sentuh sampai tercabut pulak. Itu cari pasal sangat namanya. 
Wonderfood Museum Penang
Itu muka puas hati sebab dapat tengok macam macam makanan yang ada dekat sini. Heheh. Puas hati lah datang sini. Nani tak lama sangat pun dalam ni sebab tak ramai orang kan seronok lah nak bergambar. Pusing pusing dalam muzium ni lepas tu dah jumpa pintu keluar semula. Dekat dalam ni ada jugak jual keychain, coklat dengan kopi tapi harga boleh tahan jugak lah. Nani tak beli pun, gambar yang diorang ambil masa mula mula Nani sampai muzium ni pun Nani tak beli. Hahah! Untuk korang yang ingin berkunjung ke Wonderfood Museum Penang ni boleh lah waze alamat dekat bawah ni okeh. Memang enjoy ๐Ÿ˜‰
49, Lebuh Pantai,
10200 Georgetown Pulau Pinang.
Waktu Operasi : 9.00 pagi sehingga 6.00 petang


Thank You Bloggers!

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa dua parcel ni sampai Nani tengah bercuti dekat Penang. Heheh. Jadinya tak sempat nak buat entry penghargaan untuk kakak kakak blogger yang cantik manis ni ๐Ÿ˜ Rezeki awal tahun kata orang. Dah lama dah tak ada dapat hadiah dari kawan kawan blogger, bila dah dapat ni teruja dia lain macam sikit. Hahaha! Satu kiriman parcel daripada kak Suria Amanda sebab jadi  top comentor Disember dekat blog kak SA. Lagi satu parcel kiriman daripada SS dengan sis Jari Manis sebab terpilih jadi salah sorang pemenang giveaway diorang berdua hari tu. Apa apa pun terima kasih sangat sangat untuk setiap kiriman ni, moga jalinan di alam maya akan terus berkekalan. Gitchew ๐Ÿ˜‰
Hari tu kak SA cakap nak bagi Lipstick Kylie tu aje, sekali sampai ada mask dengan keychain dari Thailand jugak. Thank you sangat sangat kak SA. Moga makin murah rezeki akak lepas ni. Nani dah pernah jumpa kak SA dua kali. Heheh. Alhamdulillah bukan takat kenal di alam maya je tapi sampai dekat luar jugak ๐Ÿ˜Š Korang kalau nak cari resepi ke, nak baca tips ke boleh singgah blog kak SA. Nani tiap kali masuk blog kak SA mesti kecur air liur tengok gambar masakan air tangan kak SA. Agak agak bila dapat rasa ni? Eheheh ๐Ÿ˜‰
Yang ni pulak fridge magnet Shanghai dari SS & sis JM. Nani ni bukan selalu bertuah, tak sangka pulak kali ni terpilih jadi salah sorang pemenang. Thank you sangat sangat SS dan sis JM, moga makin dimurahkan rezeki jugak. Doakanlah Nani dapat ke luar negara jugak lepas ni. Eh ๐Ÿ˜†Mana tahu lepas ni berpeluang pulak kan nak jejak bumi Shanghai. Angan angan dulu nanti baru jadi kenyataan. Korang yang suka baca entry travel boleh singgah blog diorang berdua ni. Heheh. 

p/s : Dah seminggu balik dari bercuti tapi still rasa macam malas malas. Hahah. Mungkin kah sekeping hati tertinggal di Penang? Eh ๐Ÿ˜†

Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang ๐Ÿ˜ Hari ni Nani teruja sangat nak kongsikan dengan korang pengalaman Nani sendiri menggunakan Serum Mawar keluaran Zeeta. Masa mula mula sampai produk ni dekat rumah, Nani memang dah tak sabar sangat nak cuba tau sebab Nani baca yang serum ni merupakan serum muka untuk kulit berminyak. Lepas dah seminggu guna serum muka keluaran Zeeta ni, Nani sendiri dapat rasakan kelainan kulit sendiri. Memang best sangat dan Nani memang cadangkan untuk korang guna. Ha kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal serum muka Zeeta ni kena lah baca entry ni sampai habis. Ehehe. Nani sebenarnya baru tahu pasal serum muka ni dan rasa menyesal sikit sebab tak tahu produk yang best macam ni ada dekat pasaran. Pernah tengok iklan tapi tu lah tak pernah terdetik pun nak cuba. Tapi lepas ni memang confirm produk keluaran Zeeta akan jadi produk pilihan Nani lah. Korang dekat sini ada tak pengguna produk Zeeta? ๐Ÿ˜‰
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Sebelum tu, korang tahu tak apa itu Serum Mawar Zeeta? Meh nak bagitahu, serum muka mawar ni mempunyai vitamin C, E, A serta zat omega 3 & 6 yang mana mampu untuk mengatasi masalah penuaan. Senang cakap serum ni merupakan serum anti penuaan dan jugak serum jerawat. Ha senang cakap memang banyak lah kelebihan mawar ni. Teruja tak korang baca ni? Hehe. So cara nak hilangkan jerawat dengan mudah guna lah serum mawar keluaran Zeeta ni okeh. Masa Nani guna produk ni memang rasa segar aje muka lepas tu. 
Dengan serumnya yang bau sangaaaat wangi, bila pakai tu automatik akan rasa selesa dan best sangat. Macam mana tak wangi kan, dah namanya pun menggunakan bunga mawar. Nani pakai bila dah nak tidur dan lepas mandi, memang syok sangat lah. Rasa tenang je lepas tu. Cara segarkan muka dengan cepat hanya perlu gunakan serum muka mawar keluaran Zeeta ni aje.  Lagi satu yang paaaaaling Nani suka sebab tak melekit lekit. Nani ni sangat tak suka produk yang melekit lekit, rasa tak selesa sangat. Setuju tak? 
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
KELEBIHAN SERUM MAWAR ZEETA : 
๐Ÿ’œMengecilkan liang - liang pori wajah 
๐Ÿ’™Mengekalkan kulit yang anjal dan segar
๐Ÿ’œMenjadikan kulit wajah lebih gebu
๐Ÿ’™Menjadikan solekan di wajah lebih menyerlah & tahan lama
๐Ÿ’œUntuk terapi minda dan anti stress
๐Ÿ’™Boleh menghilangkan mengantuk
๐Ÿ’œBoleh melegakan selesema & resdung
Bayangkan eh korang beli sebotol ni tapi boleh dapat banyak sangat kelebihan. Mestilah untung sangat kan.Nani ni dah lah kadang kadang jenis yang malas nak pakai banyak banyak benda dekat muka so bila ada yang sekali gus banyak kelebihan macam ni, memang akan jadi pilihan utama lah. Heheh. Paling Nani suka kelebihan serum ni sebab boleh menjadikan terapi minda dan anti stress. Bau yang wangi tu memang sangat  menyenangkan.  Tak tahu nak describe macam mana lagi dah, korang wajib beli dan cuba sendiri. Memang confirm  tak akan wujud perkataan menyesal. Heheh ๐Ÿ˜Š Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Cara nak gunakan serum ni pun tersangatlah mudah jadi tak ada alasan nak skip guna. Korang tinggal spray aje dekat muka lepas tu sapu sapu sikit dah siap. Ohoi senang sangat. Lagi lah berganda ganda Nani suka kalau yang mudah mudah macam ni. Ye Nani ni spesis nak lawa tapi pemalas. Hahah! ๐Ÿ™ˆ Jadi kalau yang mudah macam ni, memang tak fikir banyak kali nak guna ๐Ÿ˜ƒ Setakat ni Nani rasa serum mawar Zeeta ni lah antara serum spray muka yang terbaik. Dekat bawah ni pulak antara testimoni berjaya yang menggunakan serum Zeeta mawar. 
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta

Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Nampak tak tu dia cakap rasa segar aje? Haa memang terbukti lah serum ni sangat berkesan. Korang boleh jugak bawak serum ni ke pejabat. So kalau rasa mengantuk, sembur aje dekat muka mesti segar bugar lepas tu. Ni lah antara petua menghilangkan mengantuk di pejabat yang korang boleh guna. Memang produk ni bukan aje untuk kecantikan tapi boleh jugak unuk jadikan produk menghilangkan mengantuk. 
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Untuk pengetahuan korang jugak, produk keluaran Zeeta terutamanya serum mawar Zeeta ni antara serum muka yang bagus dan murah. Zaman sekarang ni nak jadi cantik tak perlu pun keluar duit banyak. Produk macam ni pun kita boleh miliki dengan harga yang berpatutan. Sebotol serum mawar ni cuma berharga RM20 untuk semenanjung Malaysia dan RM25 untuk Sabah dan Sarawak. Murah sangaaat kan? Memang semua orang boleh guna lepas ni. Cara untuk dapatkan produk produk keluaran Zeeta ni, korang boleh WhatsApp ke nombor 019 220 9069 atau 013 330 8583. Tunggu apa lagi jom dapatkan serum mawar keluaran Zeeta. Memang berbaloi sangat ๐Ÿ˜
Website : www.zeeta.com.my
Facebook : Zeeta Pakar Mawar
Instagram : Zeeta Official 


Jalan Jalan di Bukit Bendera

Assalamualaikum & Hello.
Hari kedua dekat Pulau Pinang terus Nani dengan kawan ke Bukit Bendera. Pagi tu plan asal nak keluar pukul lapan cari roti canai transfer road sekali lewat jugak keluar. Hahah. Biasalah kita hanya mampu merancang. Eh ๐Ÿ˜† Sudahnya kita orang berdua keluar pukul sembilan lebih jugak kalau tak silap lepas tu boleh pulak tersalah kedai roti canai. Eheh. Dah siap makan baru tahu salah kedai, patutlah macam tak ramai orang. Siap makan terus ambil Rapid Penang ke Bukit Bendera. Dari Jeti nak ke Bukit Bendera tu kalau naik bas Rapid ni agak jauh jugaklah. Ambil masa dalam 30 ke 45 minit nak sampai sana. Biasalah kan Rapid ni ada tempat tempat berhenti dia, tu yang jadi lambat. Memang rasa nak tido pun ada jugak sementara nak sampai Bukit Bendera. Biasalah bila perut dah kenyang. 
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Dalam pukul 10.30 pagi kita orang sampai Bukit Bendera. Masa ni cuaca dah panas walaupun pagi lagi. Tapi ok lah kan panas dari hujan. Heheh. Ingatkan tak ramai orang rupanya penuh jugak lah. Ramai tourist masa ni. Ini first time Nani sampai Bukit Bendera, selalu kalau ke Penang tak pernah sampai sini hah. 
Harga Tiket di Bukit Bendera
Ini lah harga tiket untuk naik ke Bukit Bendera. Sebab student kan dapatlah harga lima ringgit aje. Ingatkan sekejap aje perjalanan rupanya ambil masa. Nani baru cadang nak duduk depan sekali tapi sebab ramai orang tak merasalah. Dapat masuk yang dekat bahagian tengah, berdiri pulak tu. 
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Ini lah orang yang bertanggungjawab bawa Nani jenjalan pusing Penang. Heheh. 
Jalan Jalan di Bukit Bendera
 Ye lah dah orang selalu duduk dekat kerusi macam patah ni, I pun nak jugak. Hahah ๐Ÿ˜†
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Merata rata dah kunci ni ada kan. Hahah! Yang dekat Bukit Bendera ni sampai berkarat pun ada awak. Time ni dah panas sangat so kita orang ambil gambar sekejap aje. Panas terik tak tahan. 
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Dari atas ni boleh nampak Jambatan Pulau Pinang. Sayup sayup aje nampak. Heheh. Tapi masa Nani pergi makan dekat area Queensbay nampak jelas jambatan ni. Malam pulak masa tu, memang lawa sangat pemandangan ๐Ÿ˜
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Dekat atas ni memang cantiklah view. Ada jugak masjid, temple, tempat burung hantu dan macam macam lagi lah. Kalau nak jalan jalan naik buggy car pun boleh jugak. Nani hari tu tanya lah jugak harga untuk buggy car tu. Rupanya dia charge per kereta bukan per person. Cancel teruslah sebab rasa tak berbaloi pulak bayar RM30 naik nya dua orang aje. Hahah. Kalau pergi ramai sesuai lah nak jalan jalan pusing atas ni dengan buggy car. Tapi kalau tak silap Nani lima minit je kot dia bawak pusing pusing. Lagi lah rasa macam tak nak naik. Baik jalan jalan guna kaki sendiri kan. 
Apa pun memang syoklah dapat naik atas ni. Sayup sayup je nampak bangunan dekat bawah tu. Kawan Nani cakap kalau datang petang lagi lah ramai orang. Hari tu Nani lama jugak dekat atas ni sebab pergi makan Lily Ice Kacang tu lagi. Heheh. Korang kalau ke Penang, wajib singgah Bukit Bendera ni tau. 

Lily Ice Kacang di Bukit Bendera

Assalamualaikum & Hello.
Haritu masa Nani naik Bukit Bendera boleh tahan jugaklah cuaca, panas terik. Naik pun dah tengah hari siapa suruh. Hahaha! Pagi tu kemain lengah lengahkan masa hah sekali dah sampai atas matahari elok atas kepala. Tapi dah datang dari jauh kan, explore lah dekat atas tu. Bila dah cuaca panas gitu memang tekak pun cepat je lah hausnya. Nani pun sebelum naik atas tu memang dah set siap siap dalam kepala nak makan dekat Lily Ice Kacang ni hah. Haritu viral pasal kedai ni dekat Twitter, haruslah Nani nak cuba jugak. Heheh. Memang pantang tahu pasal kedai kedai yang viral ni, mesti nak rasa jugak ๐Ÿ˜† Dekat situ ada banyaaak kedai yang jual ais kacang macam ni, korang janganlah tertukar pulak okeh. Heheh. 
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Cari kedai yang ada tulis ni tau. Tak susah pun nak cari sebab bila korang masuk dekat deretan kedai tu, Lily Ice Kacang ni kedai yang kedua tak silap Nani. Dekat sini semua self service tau, pilih dan bayar. Nanti dah siap diorang akan panggil dan ikut suka lah nak duduk belah mana pun. Tempat duduk ada banyak dekat sini, jangan risau. 
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Macam macam ada, pilih aje mana yang nak makan. Heheh. Nak makan starwberry celup coklat pun ada. Hah boleh lah kan nak fefeeling Cameron Highlands sikit. Ehehe. Nani hari tu rambang mata jugak nak pilih sebab semua nampak sedap. Itu nak try, ini nak try padahal dua orang je pun. Nak order banyak banyak rasa membazir pulak. 
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Taraaa ini lah yang Nani dengan kawan order, mango ice dengan chocolate strawberry ice. Setiap satu ni RM 10 dan portion banyak sangat. Puas jugaklah nak habiskan hari tu. Bila dapat makan buah sekali dengan ice cream tu memang nikmat!
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Buah yang diorang guna pun fresh sangat. Nani ni memang peminat buah mangga dapat pulak buah mangga yang manis hari tu, memang puas hati. Cumanya Nani tak tahu apa yang kecil kecil warna merah tu. Mula mula ingatkan sagu tapi bukan. Bila masuk mulut dia terus mencair. Tak tahu lah apebenda tapi sedap. Aiskrim tu pun diorang guna mango ice cream. Memang terbaik ๐Ÿ˜
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Yang ni pulak diorang guna aiskrim coklat, pun sedap jugak. Aiskrim tu banyak jugak yang diorang letak, memang berbaloi dengan harga yang kita bayar. Cumanya strawberry tu agak masam sampai pejam pejam mata makan. Hahah ๐Ÿ˜„
Lily Ice Kacang di Bukit Bendera
Happy faces bila tertunai hajat hati nak merasa makan dekat sini. Heheh. Tempat dia memang santai sangat, sesuai lah kalau nak duduk lepaskan penat. Hari tu masa tengah makan, boleh pulak ada monyet datang bergayut dekat belakang Nani tu. Ohoi seram jugaklah masa tu takut dia mengacau. Hahahah! Nani ni dah lah spesis penakut. Tapi tak lama lepas tu ada orang halau. Biasalah dekat kawasan macam ni memang banyak monyet. Tourist yang luar negara semua seronoklah dapat tengok monyet macam tu, diorang siap ambil gambar lagi tau. Heheh. So korang yang berpeluang ke Bukit Bendera jangan lupa tau cari Lily Ice Kacang ni. Memang sedap ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Wordless Wednesday : Ais Kepal

Assalamualaikum & Hello.
Ais Kepal

Hotel Grand Inn di Penang Road

Assalamualaikum & Hello.
Bila mana pergi travel ni haruslah tempat penginapan yang paling penting sekali kan. Nani hari tu dekat berhari hari jugak cari hotel untuk menginap selama empat hari tiga malam. Mula mula nak cari hotel yang below than RM200 aje (memang ada banyak sangat) tapi semua nya toilet dekat luar bilik so awal awal lagi Nani tolak. Lepas tu ingat nak merasa duduk Container Hotel, sekali tak ada ruang pulak nak solat so cancel jugak. Puas Nani mencari, akhirnya terjumpa blog kak Wahida yang cerita pasal hotel ni. Baca punya baca, nampak macam selesa & memang tak fikir panjang terus aje booking. Nani booking melalui Expedia dapat harga RM240. Memang murah lah pada Nani sebab rata rata hotel lain kalau empat malam tu semua RM300 ke atas. Selalu booking guna booking.com tapi masa tu bilik yang available cuma dalam RM400++ dekat website diorang. 
Cuma satu aje pesan Nani, korang selalu lah check website website ni dan bandingkan harga dulu baru booking. Nani haritu boleh terlupa yang Traveloka ada buat diskaun hujung tahun. Rasa menyesal gila tak grab diorang punya promotion. Ikutkan bilik yang sama Nani boleh dapat harga RM180 instead of RM240. Nani masa tu rasa macam terkilan pun ada tapi dah terbook, tak boleh nak buat apa lah. Hahah. Boleh jugak kalau nak cancel tapi nak tunggu diorang refund duit kita ambil masa dalam dua ke tiga minggu. Tak kuasa nak tunggu. Actually Nani ke Penang ni tak ramai so nya memang tak nak lah duduk hotel yang mahal mahal sangat. Mana yang murah dan selesa tu memang pilihan utama. Lagipun nanti masa banyak habis untuk jalan jalan aje. Heheh. 
Hotel Grand Inn di Penang Road
Sampai Airport Penang dah awal tapi Nani terus ke Butterworth dulu lepas tu jumpa dengan mak kawan Nani. So nya check in hotel pun dekat pukul lapan malam dah. Masa Nani sampai terus diorang tanya "are you Miss Inani? We are waiting for you." Hahaha. Kau rasa? Nani pun tayang senyum je masa tu. Korang jangan risau kalau sampai lewat pun sebab hotel ni boleh check in bermula dari pukul dua petang sehingga sebelas malam. 
Hotel Grand Inn di Penang Road
Taraaa ni lah bilik kitorang selama dekat Penang baru ni ๐Ÿ˜Š Mula mula Nani tak expect pun akan dapat bilik macam ni tau. Heheh. Ye lah sebab harga cuma dalam dua ratus lebih kan tapi bila dah jejakkan kaki haih memang selesa sangat tau. Pada Nani memang dah luas sangat bilik ni, lagipun untuk dua orang aje. 
Hotel Grand Inn di Penang Road
Bilik air pun ok sangat, semua dia punya paip, shower berfungsi dengan baik. Toiletries dengan towel pun disediakan jugak jadi jangan risau kalau korang terlupa atau pun memang taknak bawak langsung.  
Hotel Grand Inn di Penang Road
 Ruang untuk make up pun hado. Nani siap iron baju dengan tudung lagi atas tu. Eh ๐Ÿ˜‚
Hotel Grand Inn di Penang Road Coffee dengan heater pun disediakan jugak. Diorang siap tambah lagi coffee tu esoknya tau. Eh boleh katakan semuanya lengkap lah dekat sini. Memang puas hati. 
Hotel Grand Inn di Penang Road
 Tv pun ada, boleh lah nak buat layan mata sebelum terlena. Heheh. Nani memang balik hotel terus mentido je awak, tak ada masa nak tengok tv apa semua. Penat woo seharian berjalan. 
Apa yang paling Nani suka sangat hotel ni sangat dekat dengan 7Eleven, Happy Mart, yang memang beroperasi 24 jam tu. Mudahlah kalau tetiba engko lapar tengah malam atau pun rasa nak beli apa apa. Heheh. Dari hotel ni jugak boleh nampak Komtar. Gambar atas ni Nani ambik sementara nak tunggu subuh (maklumlah hari last dekat sana Nani check out pukul enam pagi semata mata nak naik ETS dekat Butterworth ๐Ÿ˜†) Hotel ni walaupun nampak macam biasa biasa aje tapi sesuai sangat kalau nak menginap. Nani bagi 4.8/5 bintang. 
Pekerja diorang pun hari hari akan tukar cadar, sarung batal, tuala (eh semua benda lah) Dekat area hotel ni jugak ada banyak hentian bas rapid so untuk korang yang datang naik flight atau bas senang lah nak berjalan kalau tak nak sewa kereta. Nak pergi makan Roti Canai Jalan Transfer Road pun dekat gila dengan hotel ni. Nani jalan kaki je okay, dalam lima minit dah sampai sana. Kedai Jeruk Madu Pak Ali pun dalam beberapa langkah aje. Heheh. So memang strategik sangat hotel ni. Nani memang rekemen kalau korang nak menginap dekat Hotel Grand Inn ni hah. Lagi satu hotel ni ada dekat Penang Road dan jugak dekat Jalan Macalister, yang Nani menginap ni dekat Penang Road tau. Jangan tertukar pulak. Heheh. Nak lebih mudah boleh tengok alamat bawah ni okeh. ๐Ÿ˜Š
72, Jalan Penang 
10000 Georgetown, Pulau Pinang.
No Telefon : +604 250 3288

Hello Penang!

Assalamualaikum & Hello.
Rasanya dah ada kot yang tahu Nani ke Pulau Pinang baru baru ni. Actually dah lama gila Nani plan nak ke Pulau Mutiara ni tapi selalunya terbatas. Boleh katakan tahun lepas memang masa Nani pack sangat, mana nak struggle untuk habiskan study lagi, lepas tu ramai pulak sepupu sepapat kahwin so nya mostly cuti Nani dihabiskan untuk attend wedding diorang. Alang - alang dah tahun baru ni macam free sikit kan, terus kosongkan jadual untuk pergi bercuti. Abah dengan ibu pun izinkan aku pergi bercuti since tak ada apa apa nak buat dekat rumah ni hah. Both of them pun dah mula sibuk dengan kerja memasing. Lepas dah dapat green light, terus book tiket hotel dengan flight ke Penang. Ikut plan asal nak duduk seminggu (Hahah! Memang macam nak duduk terus kan ๐Ÿ˜†) last last jadi empat hari tiga malam aje. Itu pun dah puas sangat.

Alhamdulillah memang rezeki nak pergi bercuti, tiket flight masa tu cuma RM47 (Air Asia) Pada Nani memang murah lah. Mula mula decide nak naik bas tapi lepas kawan Nani cakap perjalanan dari Kl ke Penang tu lebih kurang enam ke tujuh jam kalau naik bas, terus Nani cancel. Nangis kalau naik bas lama - lama ni. Bukan apa, sakit pinggang kot nanti. Lagipun kalau naik bas harga tiket dah RM40 so macam lebih kurang naik flight aje kan, terus tukar plan. Naik flight baru sejam aje compare kalau naik bas enam ke tujuh jam tu. Heheh ๐Ÿ˜Š Nani suka Penang ni sebab banyak sanga transport awam untuk pergi mana mana jadi tak risau sangat lah.
Teruja gila bila nampak ada basikal ni hah. Yang paling best tu cuma RM2 untuk dua jam dan 30 minit pertama free aje. Oi murahnyaaaa! Kalau dekat mana mana taman area Kuala Lumpur ni mahu sejam dah RM10. Nani ingat nak bawa jugak basikal ni pusing pusing area Georgetown tapi jalan dekat sini mashaAllah sibuk dia. Seram pulak kalau nak bawak. Hahahah! Terus batalkan niat suci murni nak bawa basikal dekat Gerogetown. Sudahnya berjalan guna kenderaan berkaki dua aje (tapi penat dia boleh tahan) ๐Ÿ˜ƒ
Gani Famous Pasembur
Sampai Penang pun dah petang, Nani tak ada jalan mana mana sangat pun hari first tu. Lepas check in hotel, keluar pergi makan pasemboq aje dekat Padang Kota. Dah sampai Penang kan, macam tak lengkap pulak tak makan pasemboq. Kawan Nani cakap Gani Famous Pasembur ni boleh tahan jugaklah famous dekat sini. Masa Nani pergi tu time weekdays jadinya tak ramai sangat orang. Banyak sangat pilihan yang ada, tinggal pilih aje nak yang mana. Nani haritu ambik tak banyak mana pun tapi sepinggan ni kena RM15. Ehehe. Boleh tahan jugak harga dia tapi sedap sangat okeh. Kuah pekat & pedas pedas sikit. Memang umphhh lah! ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Mood Vacation Is Turning On!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang, walaupun dah empat hari masuk tahun baru tapi blog ni nan hado lagi entry tahun 2017. Hahah  ๐Ÿ˜† Orang lain kemain semangat menulis entry tahun baru, Nani pulak terbalik. Maklumlah dalam kepala ni dah elok setting nak pergi berjalan minggu jadi automatik mood nak menulis tu terus kelaut dalam hilang. Heheh. Nak pergi bawa diri sekejap, pulihkan hati yang dah retak. Eh? Tak adalah sebenarnya Nani nak bagi otak ni relax sikit sebelum memulakan semula tugasan hakiki lagi dua minggu. Nak ke manaa? Masih lagi dalam Malaysia, tak jauh mana pun. Just nak pergi santaikan diri dan nak have fun! Ibu cakap orang lain tengah sibuk sibuk nak kerja awal tahun, Nani dah sibuk nak berjalan. Hahah! Rasanya time macam ni tak ramai sangat kot orang bercuti but who knows kan. Mana lah tahu tetiba ramai jugak. 
kredit : Tumblr
Memang sengaja pilih awal tahun ni hah sebab nak bagi bersemangat sikit lepas ni. Gituu. Lagipun bercuti masa orang lain tengah berkerja macam menyeronokkan aje. Hehe. Mungkin dalam dua tiga hari ni Nani tak sempat singgah blog korang. Minta maaf  mana yang singgah sini tapi Nani tak balas kunjungan semula, inshaAllah minggu depan balik dari bercuti Nani terjah blog korang ye. Doakan penerbangan Nani petang ni selamat sampai ke destinasi ๐Ÿ˜‰

Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue
klik SINI untuk join 

Giveaway Planner 2017 by @papernplanner

Assalamualaikum & Hello.
Sejujurnya ni kali pertama Nani singgah blog LZ ni dan baru Nani tahu rupanya blog ni ada banyak entry DIY & Craft. Untuk orang yang KERASTANGAN macam Nani ni boleh lah refer blog LZ lepas ni tambah pulak bila ada presentation yang melibatkan seni macm dulu tu kan. Hahah! Bila tak berapa nak berseni nak kena fikir idea untuk DIY, phew boleh tahan jugak susah dia tu ๐Ÿ˜ƒ Paling Nani suka dekat blog LZ ada jugak resepi yang Nani tak pernah masak pun sebelum ni. Ha lepas ni boleh lah terjah blog LZ selalu bila dah tak ada idea nak masak apa. 
Sekarang ni LZ ada buat giveaway tau korang, so lelaju terjah blog beliau. Boleh klik link dekat bawah tu, mana lah tahu ada rezeki boleh dapat planner sebuah. Heheh. Untuk giveaway ni, Nani tag insan insan bertuah dekat bawah ni hah ๐Ÿ˜Š
klik SINI untuk join 

Warna Warni 2016

Assalamualaikum & Hello.
Berbaki lagi sehari sebelum kita akan melangkah ke tahun baru. Sekejap sangat rasa masa berlalu, sedar sedar dah nak masuk tahun 2017. Teruja tak korang? Heheh. Kalau ikutkan kalendar Islam, memang kita ni dah dalam tahun baru pun kan. Hm tahun depan umur pun dah makin meningkat dan harapnya perangai pun makin matang lah Nani ni hah. Eheh ๐Ÿ˜† Nani tengok memasing dah buat macam macam wishlist nak masuk tahun 2017 ni kan. Ada yang nak menabung, ada yang nak mendirikan rumah tangga (opss I is tak termasuk dalam kategori ni ๐Ÿ˜‚) dan macam macam macam lagi lah. Nani doakan apa yang korang impikan tu akan menjadi kenyataan nanti.

Kalau nak throwback dari awal tahun sampai ke hujung tahun semua yang berlaku sepanjang tahun 2016 ni memang tak cukup satu entry. Hahaha! Terlalu banyak benda yang jadi dalam tahun ni. Ada masa nya jatuh, rebah, tersungkur, eh semua lah ada tapi tetap jugak bangun melangkah sebab nak capai satu impian Nani. Alhamdulillah tahun ni banyak benda benda yang buat Nani tersenyum dan harapnya tahun mendatang pun akan sama macam tahun ni. Tapi bukanlah sepanjang masa gembira kan, ada juga masa masa yang kita diuji dan kadang kadang ujian ujian yang datang ini lah yang akan menguatkan dan mematangkan kita. 
Warna Warni 2016
Tahun ni jugak dikelilingi dengan orang orang yang sangat positif dan sentiasa bagi moral support bila mana jauh dari keluarga. Alhamdulillah, rasanya dalam banyak banyak perkara, ini antara anugerah yang paling tak ternilai. Syukur kerana Dia pinjamkan insan insan ini untuk Nani dan rasanya jalinan persahabatan itu akan sentiasa terikat kemas. Nani pernah baca tau ada satu quote ni dia cakap setiap yang datang dalam hidup kita ni mesti akan meninggalkan satu benda dalam diri kita sama ada baik atau sebaliknya. Dan sekarang Nani rasa Nani setuju sangat dengan kata kata tu. 
Apa pun yang berlaku tahun ni, mana yang baik tu kita teruskan lagi dan yang tak berapa nak baik tu kita perbaiki untuk jadi lebih cantik. Mana yang tak elok kita tinggalkan jauh jauh. Buka lembaran baru dengan azam dan semangat yang baru jugak. Pasang niat dan letak dalam kepala kemas kemas insha Allah satu hari nanti akan tercapai jugak dengan izin Dia. 
Dulu dulu Nani selalu lah macam tetapkan dalam kepala aku nak tu, aku nak ni tapi bila tak dapat Nani jadi down gila. Masa tu biasalah banyak ikut kata hati sampai kan lupa yang perancangan kita ni mana mampu setanding dengan perancangan Dia. Walau macam mana pun hebat kita merancang, kena ingat satu perkara aje Dia punya perancangan lebih baik daripada kita. Dalam ayat Al - Quran pun ada cakap, Dia lebih mengetahui tentang apa yang kamu tidak ketahui. Redha dan sentiasa sangka baik dengan setiap yang kita dapat dan inshaAllah satu hari nanti kita akan dapat jugak apa yang kita nak tu. Nani dah pernah lalui banyaaak sangat benda - benda macam ni. Dulu macam selalu rasa kenapa Tuhan tak makbulkan apa yang aku nak, kenapa itu, kenapa ini, lama lama baru lah Nani faham. 
Andainya ada hajat yang korang inginkan tak tercapai lagi tahun ni, barangkali korang akan dapat di tahun mendatang. Siapa tahu kan. Doa lah yang baik baik moga kita dikurniakan yang terbaik di sepanjang perjalanan ini. Selamat melangkah ke tahun baru korang. Jumpa tahun depan okeh. Heheh ๐Ÿ˜Š

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com

Assalamualaikum & Hello.
Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Gulai Lemak Daging

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang, dah lunch ke belum tu? Alhamdulillah Nani baru aje siap makan tengah hari. Sementara Cikgu Roslina masih lagi bercuti daripada mengajar dan mendidik anak bangsa, meriah lagi lah makan tengah hari ni kan. Next weeek dah start bukak sekolah, ibu dah mula sibuk mengajar memang jarang jarang lah dapat makan tengah hari macam ni. Nani pun dah nak balik ke Kl lagi dua minggu, entah bila pulak akan balik. Hehe. Ada masa dekat rumah ni, boleh lah menikmati masakan dari air tangan ibu. Dah balik sana nanti hah makanlah nasi beli hari hari. Eheh ๐Ÿ˜†
Gulai Lemak Daging
Gulai lemak daging campur ubi kentang. Biasa kalau ibu ada dekat rumah, emmang ibu lah yang masak. Nani tolong kupas ubi kentang, kacau kacau gulai sikit, itu aje. Heheh. Lagi pun tak berapa nak mahir sangat bila bab bab masak gulai ni, nanti kang tak sedap habis satu rumah kecam pulak kan. Hahaha! 
Ada pulak sambal tempoyak fuh peluh peluh makan. Memang selalunya kalau masak lemak ibu selalu ngam kan dengan sambal tempoyak takpun sambal belacan.
Taugeh goreng kicap campur tauhu
Taugeh goreng kicap campur tauhu
Kailan goreng belacan
Kailan goreng belacan
Memang banyak sikit masak sayur hari ni sebab A nak makan taugeh goreng, B nak makan kailan goreng. Hahaha! Jadinya masak dua dua baru lah senyum masing masing. Alhamdulillah kenyang makan tengah hari macam ni. Ini dah minggu last dapat makan tengah hari cukup satu family, lepas ni masing - masing akan bertebaran dengan tugasan yang hakiki. Korang lunch apa harini? Meh kongsikan sikit ๐Ÿ˜Š


Resepi Gulai Belimbing

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang. Nani tak sure lah korang tahu atau pun tak gulai belimbing ni. Hehe. Dalam family Nani selalu jugaklah masak gulai belimbing ikan sungai ke, ayam ke. Sedap sangat sebab gulai ni macam asam rebus, masam masam pedas. Ha kalau korang pernah makan gulai asam rebus mungki boleh bayangkan rasa dia macam mana. Tapi pada ni gulai belimbing ni lagi sedap sebab pekat. Kalau asam rebus tu ala ala singgang ikan kan. Heheh. Hari ni Nani nak kongsikan dengan korang resepi yang paling mudah ni hah. Kawan Nani ada jugak dulu suruh masukkan resepi ni dalam blog tapi selalu terlupa. Hari ni baru sempat nak tulis resepi semudah ABC ni hah. ๐Ÿ˜†
Resepi Gulai Belimbing

Bahan - Bahan :

- Ayam/ Ikan sungai
- Cili padi
- Kunyit hidup
- Belimbing buluh yang sudah direbus
- Daun kesom
- Garam
 
Tak banyak pun bahan yang diperlukan. Bahan yang paling penting sekali haruslah belimbing buluh rebus kan. Dekat rumah Nani ni memang sentiasa ada stok belimbing buluh rebus sebab Nani jual. Heheh. Selalu orang guna belimbing ni untuk buat sambal hitam Pahang tapi sebenarnya boleh jugak untu buat gulai. Dah cukup semua bahan bahan dekat atas ni korang bolehlah ikut step dekat bawah.

Cara - Cara : 

1) Mula mula sekali tumbuk cili padi dengan kunyit hidup. Kalau malas nak guna lesung batu, boleh blender aje dua bahan ni. Heheh. 
2) Siap kisar dua bahan tu, masukkan dalam periuk lepas tu tambah belimbing buluh yang sudah direbus. Masukkan air dan kacau bagi sebati.
3) Kemudian masukkan ayam atau pun ikan sungai dan masaklah dengan api yang sederhana.
4) Last sekali baru lah letak garam dan daun kesom.

Siap! Senang sangatkan nak masak gulai ni. Kalau balik kerja petang pun sempat lagi nak masak. Siapkan semua bahan dan campak semua sekali dalam periuk lepas tu tunggu aje gulai tu masak. Selamat mencuba ๐Ÿ˜Š

Wordless Wednesday : Bersyukur

Assalamaualaikum & Hello.

Alahai Gdex

Assalamualaikum & Hello.
Nani tak tahu lah kenapa lately ni servis Gdex dekat sini macam tak berapa ok sangat. Dulu dulu tak ada masalah apa pun, sekarang ni macam macam pulak terkena. Baru ni adik beradik Nani ada lah order barang dekat Lazada since Lazada ada buat sales hari tu. Sebab Nani ada akaun Lazada so order barang guna nama Nani. Bila beli barang dekat Lazada memang Gdex yang akan hantar ke rumah. Dah dua kali Nani tak berapa nak puas hati dengan servis Gdex ni dan rasanya pihak diorang kena baiki untuk bagi servis yang lebih baik. Nani tengok ramai jugak yang mengadu dengan servis Gdex ni. 
Ini kes yang memula hari tu. Barang dah sampai tapi dia minta Nani pick up sendiri. Bukannya sebab Nani tak ada dekat rumah ke atau pun diorang tak jumpa rumah tapi sebab ada banyak lagi barang lain yang dia nak hantar. Whaaat?! Dah tu buat apa jadi servis courier kalau tak boleh nak deliver barang sampai ke rumah kan. Nani pun malas nak panjangkan cerita, minta ibu ambilkan sebab kebetulan ibu ada dekat bandar. Baru ni Nani baca ada jugak sorang blogger kena pergi pick up berkotak kotak barang dia dekat Gdex. Haih, tak tahu lah nak cakap apa. 
Kali kedua pulak petang tadi diorang hantar barang ke rumah. Nani pun keluar nak ambil lepas tu terus dia hulur kertas yang ada alamat dekat Nani tanya sambil marah marah "betul ke ni alamat rumah, cuba tengok betul betul." Tekedu sekejap sebab kena serang macam tu. Nani pun cakaplah betul lah ni alamat rumah sebab dah lama duduk sini memang guna alamat tu pun. Lepas tu dia bebel cakap "lain kali tulis jalan utama bukan lorong bla bla bla." Panas je hati masa tu tapi sabar sebab malas nak gaduh gaduh. Sebelum sebelum ni tak pernah pun ada masalah alamat kenapa tetiba dia nak marah marah sebab tak jumpa rumah Nani.  Nani memang guna alamat tu kot. 
Haih entahlah nak cakap apa. Geram betul tadi sebab tiba tiba kena marah padahal bukan salah kita pun. Dah tulis betul betul kan. Harap lepas ni pihak Gdex akan baiki servis diorang jadi lebih baik. 

PENCARIAN BLOGLIST JANUARY 2017 by huhahuhajerr.com

Assalamualaikum & Hello.
PENCARIAN BLOGLIST JANUARY 2017 by huhahuhajerr.com
klik SINI untuk join 

Lunch Date

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang. Syok tak cuti hujung minggu baru ni panjang sikit? Heheh. Kemain tengok masing masing ada yang balik kampung, berjalan ke sana sini. Memang memanfaatkan waktu cuti betul nampaknya kan. Nani tak ke mana mana pun, duduk rumah merehatkan diri aje. Next week orang orang dah mula sibuk anak anak nak sekolah baru nak pergi berjalan. Hahaha. Time cuti sekolah ni duduk je rumah, kalau berjalan pun sah ramai orang kan. Sebab tak ada plan pergi mana mana hujung minggu baru ni, terus set date nak lunch dengan girlfriends. Lama sangat tak jumpa tambah pulak bila memasing sibuk dengan komitmen yang ada. 
Mula mula plan nak makan dekat cafe baru dekat tempat Nani ni sekali ke Dominos jugak. Haha. Dah elok makan dekat Dominos, tetiba kawan Nani cakap nak makan Secret Recipe pulak. Eheh. Macam kaya sangat kan memasing nak makan dekat sana sini. Tapi mengenangkan susah nak jumpa memasing, pergi lah jugak SR lepas tu sambung borak dekat sana. 
Antara tiga orang kawan Nani ni yang paaaaling susah sangat sangat nak jumpa, haruslah Cikgu Bella tu hah. Maklumlah, time kita orang cuti, dia pulak tak cuti. So bila semua dah ada ni, wajib open table sekali. Heheh. Berkawan dari darjah satu dan sampai sekarang masih lagi berbaik. Tak pernah lah gaduh sampai tarik tarik muka. Hahaha! Apa rahsia berkawan lebih dari 10 tahun ni? Ha apa yang penting hormat dan selalu keep in touch. Simpleee ๐Ÿ˜„
Even dah kenyang makan Dominos, gedik jugak nak order kek. Hahah. Raspberry cheesecake tu fav Nani, gila tak nak order. Eheh. Ada lagi satu kawan Nani order, viatnamese glass noodle ke apa entah namanya. Ha semangkuk mee tu kongsi empat orang. Tahu tahu je lah kan portion dekat Secret Recipe ni besar mana. Heheh. Apa pun memang enjoy dapat jumpa kesayangan saya ni. Ini pun ada lagi sorang tak dapat datang. Kalau tak dah perfecto! Korang ke mana weekend baru ni? Kongsi lah sikit ๐Ÿ˜
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page