Vine Cafe di The Starling Mall

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Hari ni Nani nak share salah satu cadangan tempat makan yang wajib korang terjah iaitu Vine Cafe. Vine Cafe ni terletak di The Starling Mall, Damansara. Tak susah pun nak cari mall ni tau. Tekan aje waze, memang confirm lah sampai. Kalau malas, boleh naik mrt dan turun dekat Stesen TTDI. Memang dah dekat sangat dengan mall ni hah. Nani pun sebenarnya baru first time sampai The Starling Mall ni, tak tahu pulak dekat sini ada ada Vine Cafe yang menyajikan pelbagai menu yang memang memikat selera. Suasana restoran ni pun memang cosy sangat, sesuai lah nak bawak yang tersayang, family atau pun kawan kawan datang lepak, chill chill dekat sini. Kalau nak buat event pun boleh tau korang sebab dia orang siap ada ruangan khas lagi. Memang best lah restoran ni.
Dari segi menu pulak, memang ada macam macam jenis dekat Vine Cafe ni. Antaranya spaghetti, pizza, nachos, burger dan banyak lagi lah. Kalau korang peminat masakan Western, sini lah tempat dia. Semua sedap okay! Tak percaya? Nanti tengok sendiri gambar gambar dekat bawah. Serius memang berbaloi bila makan dekat sini sebab portion besar. Confirm puas hati sampai rasa nak repeat lagi dan lagi dan lagi. Hahah!  Jom tengok menu yang korangsendiri boleh cuba di Vine Cafe, The Starling Mall. Jaga jaga, gambar dekat bawah ni boleh membuatkan perut korang berjoget. Eh? 😆
Vine Cafe di The Starling Mall
Luas sangat kan Vine Cafe ni. Memang sesuai nak bawak kawan kawan dengan family datang lepak dekat sini. Siap ada aircond lagi tau Vine Cafe ni. Berganda ganda selesa 😊
Vine Cafe di The Starling Mall
Ini pulak ruangan khas untuk korang yang nak buat event. Boleh memuatkan dalam 10 ke 25 orang macam tu dalam satu masa. 
Vine Cafe di The Starling Mall
BBQ Beef Burger 
Nani suka burger dekat Vine Cafe ni sebab isi daging burger tu lembut aje. Sos pun sedap & tak terlalu  melimpah ruah sangat. Nani jenis yang tak suka burger yang over sangat sos nya. Yang dekat Vine Cafe ni memang kena betul citarasa Nani. Nak bagi budak budak makan pun boleh burger ni sebab sos tu tak pedas mana pun. Just nice! 
Vine Cafe di The Starling Mall
Curried Turkey Sandwich 
Walaupun nampak Curried Turkey Sandwich ni macam kering tapi sebenarnya sedap tau. Ayam tu rangup. Memang recommend korang try menu ni bila ke Vine Cafe. Setiap hidangan burger & sandwich dekat sini dihidangkan sekali dengan wedges tau. Memang kenyang okay!
Vine Cafe di The Starling Mall

Vine Cafe di The Starling Mall
Vine BLT Sandwich
Yang ni pun sedaaap sebab daging tu dia orang hiris nipis nipis aje. Eh semua lah makanan dekat sini sedap dan kena dengan tekak Nani. Hahah!  
Vine Cafe di The Starling Mall
Chicken Rolade
Sos black pepper tu yang buat Nani teringat ingat lagi sampai sekarang. Sedap sebab tak terlalu pekat dan cair sangat. Ada jugak mushroom dengan kentang sekali. Ayam tu pun rangup dekat luar dan lembut dekat dalam. Chicken rolade ni memang masuk dalam kategori wajib cuba!
Vine Cafe di The Starling Mall
Meat Lova Lova Pizza 
Dekat Vine Cafe ni terdapat pelbagai jenis pizza tau. Korang tinggal pilih aje pizza mana yang korang suka. Heheh. Apa yang bestnya pizza dekat sini sebab topping banyak. Tak kedekut langsung okay. Puas hati bila makan. 
Vine Cafe di The Starling Mall
Marinara Pizza 
Nampak tu betapa banyaknya udang dekat atas Marinara pizza ni. Crust pulak nipis, memang sedap lah makan. Nani suka pizza yang crust nipis macam ni berbanding yang tebal. Sebab kalau yang tebal, bila dah sejuk jadi tak sedap. Kalau nipis macam ni, sekejap aje boleh habiskan. Hehehe. 
Vine Cafe di The Starling Mall
Nachos 
Nachos ni salah satu fav Nani. Sedaaap sangat korang sebab rangup! Satu hidangan ni boleh makan dalam dua tiga orang. Banyak weh, memang tak terhabis kalau hadap sorang diri. Hahah! Kecuali lah kalau time tu lapar sangat kan 😆
Vine Cafe di The Starling Mall
Prawn Aglio Olio Squid Ink Spaghetti 
Meriah sangatkan udang dalam sepinggan spaghetti ni. Korang yang minat makan spaghetti tu boleh lah try yang ni pulak. Lain daripada yang lain. 
Vine Cafe di The Starling Mall
Mushroom Pesto Spaghetti 
Vine Cafe di The Starling Mall
Fish Parmigiana 
Selalu yang Nani jumpa Chicken Parmigiana aje, tapi dekat Vine Cafe ni ada Fish Parmigiana. Sedap sebab isi ikan tu lembut sangat. Sos pun tak terlalu masam sangat. Nani suka jugak yang ni sebab first time rasa Fish Parmigiana. 
Vine Cafe di The Starling Mall
From The Garden Salad
Vine Cafe di The Starling Mall
Summer Sweet Sour Salad 
Vine Cafe di The Starling Mall
Muesli Triffle
Serius sedaap bila makan dengan susu cair tu. Buah buahan yang dia orang guna pun semuanya fresh. Tambah pulak ada oat lagi, memang nice okayy! 
Vine Cafe di The Starling Mall

Vine Cafe di The Starling Mall
Chocolate Dome 
Yang ni coming soon di Vine Cafe. Terbayang bayang lagi kesedapan chocolate dome ni tau. Makan dengan aiskrim lagi berganda sedap. Coklat tu pun tak terlalu manis, tu yang Nani suka. 
Vine Cafe di The Starling Mall
Dekat Vine Cafe ni jugak terdapat pelbagai pilihan minuman. Antaranya milkshake, tea, coffee dan banyak lagi. Teh dekat sini pulak ada macam macam jenis tau, korang boleh lah pilih nak perasa apa. Memang akan disediakan dalam tea pot yang comel macam dalam gambar ni. 
Vine Cafe di The Starling Mall

Vine Cafe di The Starling Mall
Babycino 
Musim musim hujan ni kalau dapat minum secawan babycino ni memang nyaman tekak. Heheh. Ha macam mana, terliur tak tengok semua makanan dekat atas ni? Heheh. 
Muka bahagia dah dapat makan macam macam. Serius, semua makanan dekat sini sedap dan kena dengan citarasa Nani. Lepas ni nak ajak kawan kawan pulak datang makan dekat Vine Cafe sebab masing - masing dah terliur bila tengok Nani post gambar dekat Instagram. Hahah! Korang pun jangan lupa tau ke Vine Cafe yang terletak di The Starling Mall Damansara ni. Memang confirm korang akan berpuas hati dan rasa nak repeat lagi makan dekat sana. Tak susah pun nak cari, masuk aje entrance tu terus nampak Vine Cafe ni. Okay lah tu aje Nani nak share dengan korang hari ni. Have a nice day everyone!

24 comments:

  1. Meriah menu2 nye.. Tp beger roti itam and spaghetti color gelap xpernh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sedap kak dekat sini. Nanti boleh lah try pulak. Heheh.

      Delete
  2. BEST KAN MAKAN KAT SINI..ABIH LA..SESSI MENTERNAK LEMAK LAGI LA KAT SINI...KENA ABIHKAN VOUCHER SEBELUM 31 OKT KAN...STRESSS...BARU NAK DIET

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangaat sangat! Hahah! Letak tepi dulu kak misi diet tu. Taksabaar nak repeat lagi nanti. Nani nak pergi hujung bulan ni pulak. Jom lah kak :)

      Delete
  3. Oh dekat Damansara je ke. Boleh la cik sue p try nanti. Kecuq dah air liur tengok gambar makanan tu. Sedap sedap belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ciksue. Wajib terjah tau, serius sedaap!

      Delete
  4. Dalam banyak-banyak tu Chocolate Dome paling mengoda miza. Adui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap kak Miza. Tapi yang tu coming soon dekat Vine Cafe. Nanti dah keluar, boleh lah rasa :)

      Delete
  5. Suka jugak crust pizza nipis. Yang tebal tak suka. Hehe. Gambar makanan semua nampak macam sedap 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Pizza yang jenis nipis macam ni baru feel bila makan. Hahah!

      Delete
  6. teringinnya nak Triffle dengan choc dome tu. yummeh . Cici dahlah memang pencinta dessert <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap sangat triffle dengan chocolate dome tu. Nanti try tau!

      Delete
  7. wahhhhhhh sedapnya semua menu tu nampaknya. choc dome tu plg menarik. pizza pun nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang semua sedap. Berbaloi lah kalau makan dekat sini. Heheh 😃

      Delete
  8. aduh2.... tgk segala menu yg ada bt perut akak berkeronconglak walaupun dh mkn tgri td....
    bila lah nk sampai sana... seronok tgk kwn2 dok review mkanan sdp2 nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Jangan kata akak, Nani sendiri pun asyik teringat ingat makanan dekat cafe ni. Sedaap!

      Delete
  9. Suka sangat interior dia. Lawa sangat. Makanan dia pun nampak sedap gila. I'm not a big fan of Western food tapi serious rasa terliur gila tengok.

    By the way Nani, BLT dia, dia pakai daging apa ya? Ayam ke daging? Curious sebab dia pakai shortform BLT sebab kat sini BLT tu bacon, lettuce, tomato. And I wonder kenapa dia pakai shortform BLT kalau tak pakai bacon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Nani pun suka tengok interior dorang. Cantik sangat tau. Selesa aje bila makan dekat situ.

      Alamak tak sure pulak. Huhu. Tapi Vine Cafe ni free from pork & alcohol. Chef dia pun orang kita. Heheh.

      Delete
  10. Bestnya segala menu yang ada. lapar pulak =_='

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius semuaa sedaap! Puas hati makan dekat sini.

      Delete
  11. Alahai menariknya semua makanan kat sini

    ReplyDelete
  12. hipster sungguh..presentation pon dah menggoda
    Janji Kita

    ReplyDelete
  13. Bestnya tempat ni.. makanan dia nampak meriah dan mmg menyelerakan. Thanks sharing Nani :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page