Kekal Ramping Dengan Hotpants Keluaran Jonlivia

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Pernah dengar tak tentang Jonlivia? Hari ni Nani kongsikan dengan semua tentang salah satu produk keluaran Jonlivia iaitu hotpants. Sejak lepas Hari Raya Aidilfitri tu memang Nani langsung tak buat aktiviti senaman. Nak berjogging pun malas. Dah kenapa Nani?! Padahal masa Raya hari tu kemain lagi macam macam yang dimakan. Hahah! Disebabkan berat badan dah mula naik, makanya harus lah gigih nak buang balik lemak lemak degil tu. Tambah pulak tak lama kita nak sambut Hari Raya Aidiladha, nanti bertambah lagi berat, memang masalah 😆 Bila nak melakukan aktiviti senaman ni haruslah ada pakaian yang sesuai kan. Takkan nak pakai jeans untuk berjogging, mana jadi! So, kali ni Nani try memakai hotpants keluaran Jonlivia untuk berjogging. Selalunya pakai track suit aje, tapi kali ni nak try hotpants pulak sebab baca review ramai yang cakap hotpants ni lagi selesa berbanding track biasa! So, kali ni Nani nak share kelebihan hotpants dengan korang. 
Sejujurnya Nani tak pernah memakai hotpants sebelum ni. Selalunya Nani akan pakai palazo, track takpun seluar slack. So, bila perrtama kali pakai nak try pakai hotpants ni memang rasa teruja sangat. Lagipun sebelum sebelum Nani selalu set dalam kepala yang hotpants ni ketat dan mesti tak selesa nak pakai untuk buat aktiviti senaman. Tapi apa yang Nani fikir selama ni jauh sangat tersasar sebab hotpants Jonlivia ni selesa sangat awak. Dah lah ringan lepas tu selesa pulak, memang suka lah pakai. Lepas ni memang no more track suit untuk jogging. Hahah! Dah ada hotpants yang jauh lagi selesa, mesti lah itu yang jadi pilihan kan. 
Material yang digunakan untuk hotpants ni pun jenis yang berkualiti tinggi (85% Neoprene & 15% Nylon). Material yang berkualiti tinggi ni memang tahan lasak dan susah untuk koyak berbanding bila kita memakai seluar track biasa. Kalau korang nak tahu, hotpants ni jugak mampu mengecilkan peha dan jugak betis. Memang banyak lah kelebihan hotpants Jonlivia ni.
Kalau korang tengok, memang lah hotpants ni fit mengikut bentuk badan kita, tapi tetap jugak selesa. Langsung tak menyukarkan Nani untuk melakukan aktiviti. Paaaling best, dapat mengeluarkan peluh dengan banyak. Tapi jangan risau, sebab hotpants ni jugak mempunyai fungsi yang dapat menyerap peluh. Jadinya sepanjang kita melakukan aktiviti tu memang selesa aje. Tak ada pun rasa gatal gatal. Biasanya kalau pakai seluar yang jenis ketat ni, kadang kadang akan meninggalkan kesan seperti ruam dekat kaki. Tapi semua tu tak terjadi dengan menggunakan Jonlivia hotpants ni. 
Selain digunakan untuk waktu bersenam, hotpants ni jugak sesuai dipakai untuk bersiar siar. Sambil berjalan jalan tu boleh lah jugak kan bakar lemak dekat bahagian kaki. Hotpants Jonlivia ni datang dengan pelbagai saiz, daripada saiz xs sehingga lah saiz 4xl! Memang best sangat kan sebab semua orang boleh beli dan pakai hotpants ni hah. 
Dekat bahagian belakang hotpants ni jugak terdapat poket yang kecil. Memang mudah lah untuk kita letak barang barang peribadi seperti telefon, kunci kereta, duit dan sebagainya. Iya lah, takkan masa berjogging nak bawa beg pulak kan. Bila ada poket kecil macam ni, memang senang sangat. 
Ini antara review dan pandangan Nani tentang hotpants Jonlivia ni. Jahitan kemas dan memang susah nak jumpa hotpants yang berkualiti dan bagus macam Jonlivia. Korang pun patut jugak untuk cuba! 
Selain daripada hotpants ni, terdapat pelbagai lagi koleksi pakaian yang sesuai untuk bersukan di Jonlivia. Kalau nak tahu lebih lanjut, lepas ni boleh lah korang laju laju terjah website Jonlivia okay! Dan istimewa nya sempena Bulan Kemerdekaan ni, Jonlivia memberikan diskaun untuk setiap pelanggan yang membeli. So, kalau korang nak beli dengan harga yang jauh lebih rendah dan murah, boleh lah beli sekarang! Memang tak menyesal beli produk yang berkualiti dan bagus macam ni. Lagi pun apa salahnya melabur sikit untuk dapatkan pakaian yang lebih selesa sewaktu bersenam. Hari ni gaji kan, boleh lah terus klik klik dekat website Jonlivia. Eh? 😆 Jangan lupa jugak untuk follow social media Jonliva dekat bawah ni okay! Jom dapatkan sehelai hotpants Jonlivia ni!
Website : www.jonlivia.com
Youtube : Jonlivia 
Facebook : Jonlivia
Instagram : Jonlivia 


31 comments:

  1. Macam menarik je ni nani. Kena dapatkan satu ni.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best Zatie. Selesa sangat sangat bila pakai. Tak macam jenama hotpants yang lain. Beli lah seheali 😀

      Delete
  2. wahhhh bestlah hotpants ni..bolehlah kuruskan kaki ye dak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Iye kak El. Tu misi yang paling utama, nak kecilkan bahagian peha dengan betis. Mudah lah dah ada hotpants Jonlivia ni hah 😊

      Delete
  3. mcm best je nengok hotpants tu nani..

    tgk nani pun nmpak selesa, takde lah ketat ke apa... fabrik pun nmpak tebal bkn nipis jns mcm biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat sangat kak Dana! Memang jenis tebal tapi still ringan sebab material jenis bagus. Selesa sangat bila pakai 😳

      Delete
  4. waaa, mcm best. boleh pakai untuk walking pagi pagi keliling rumah (exercise ler kononnya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sangat mek! Sambil sambil mengemas rumah pun boleh pakai, keluar jugak peluh kan :)

      Delete
  5. Mmg cantik dan senang sebenarnya guna hotpants mcm ni untuk exercise tp tulah bagi yg bertudung mcm kita ni kena pakai baju labuh sikitlah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mak, best sangat pakai time bersenam. Nani sarung baju labuh terus kalau bersenam dekat taman. Hahaha! Tapi kalau dekat tempat zumba yang semua perempuan takdek hal nak pakai tshirt biasa :)

      Delete
  6. Memg memudahkan kita utk bersenam...tapi kne pakai baju labuh la jwbnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah sangaat kak Mimi. Sukaa sangat pakai!

      Delete
  7. Replies
    1. Ada jugak seluar untuk lelaki. Nanti check website Jonlivia okayy!

      Delete
  8. Replies
    1. Tebal tapi still selesa pakai kak. Best sebab tak mudah koyak :)

      Delete
  9. bagus hotpant ni boleh kecilkan paha.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Lia, memang bagus hotpants ni. Bila pakai pun selesa!

      Delete
  10. Menariknya ciri ciri hotpants ni. Rasa macam nak try sehelai.

    ReplyDelete
  11. Memang best dan selesa bila memakainya. Tapi yang penting, kena tutup bahagian belakang ya. Agak seksi sebab mengikut bentuk badan, but it gives you a lot of good things.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss! Eloknya pakai baju labuh sikit daripada yang biasa. Heheh. Tapi seriously memang selesa dan syok sangat pakai :)

      Delete
  12. best tu kalau boleh kecikkan kaki. kita kerja banyak duduk je. hehe. nanti nak terjah web jonlivia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Samalah dengan Nani pun. Punya lah malas kalau nak workout ni.

      Delete
  13. waa.. macam best je hotpants ni... nampak selesa kalau digunakan untuk jump rope! Nak g terjah instagram jonlivia la kalau macam ni. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat sangat! Wajib terjah dan beli sehelai. Hahah!

      Delete
  14. Siqah pun tak pernah pakai hotpants. Biasanya tracksuit jela. Hihi.
    Tertarik dengan hotpants bila baca bab tahan lasak, ada poket kecil dan tak mudah koyak. Nak cuba lah nanti. Nak start exercise ni cuma tak tahu bila. Adoi 🤣🤣

    ReplyDelete
  15. Ohh lelaki ada gak kan, sebab Pakcu nak buat gi jogging. kikkiki

    ReplyDelete
  16. ewahhh. macam cantik jaaa nani. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page