Review Sayidah Napisah l Polis Typo

Assalamualaikum & Hello.

Review seterusnya adalah Sayidah Napisah atau lebih mesra disapa KC a.k.a kakcik. ' Polis typo ' memang sesuai sangat dengan kc ni. Kah ! Bila ada je orang typo dalam wassap mata dia laju je nampak. Bila giliran dia pulak yang typo ramai lah yang kenakan kc balik. Itulah meriahnyaa bila duduk dalam keluarga EFG ni :D

Menggelarkan dirinya sebagai Kak Cik, Sayidah Napisah seorang yang bercita-cita besar walau tubuhnya agak comel. Bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah ataupun Universiti. Kc yang ramah dan mudah mesra, menjadi mangsa usikan dan dia juga apa kurangnya suka mengusik juga.Kc dan makanan tiada berpisah. Bertuahnya badan disumbat-sumbat makanan pon tiada gemuknya. Kc yang tua dari usianya daripada ramalan how-old.net  Hahahaha. Kc dan trademark senyum colgatenya tiada berpisah juga.
Senyuman penambat hati abang-abang dan kakak-kakak efg. Rupanya model colgate sejak dari sekola. :D Bercita-cita menjadi cikgu/pensyarah/ngajar tuisyen atau sewaktu dengannya. Berblogging seawal umur 17 tahun, motto utama Kak Cik di dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya.Bagi yang tidak tahu, Kak Cik sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik!
Kc yang aktif berbelog, aktif mengomen di blog dan aktif chitchat di group whatsapp merupakan pelajar yang cemerlang dalam akademik.Selepas bertahun Kak Cik menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya Kak Cik menukar kepada satu nama yang feminin sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com.Trademark blognya ialah burung terbang membawa daun dan sehingga ke hari ini, burung itu tidak pernah berhenti terbang....kasihan burung tu.

Dalam blog kc ni macam macam benda dia cerita.Yang paling penting kalau terlepas nak tengok drama dekat tv tu boleh lah terjah blog kc ni. Memang laju je dia update episod drama dekat tv tu. Ihiksss. Nak tahu macam macam lagi pasal budak genius matematik ni boleh terjah blog dia.

Pssst kc akak dulu kini dan selamanyaa tak minat bab mengira ni. Kahkah ! 

27 comments:

  1. Sama pulak tajuk kita :D
    Polis typo ni memang takkan bersara punyalah! :D

    ReplyDelete
  2. senyuman colgate ye . hahaa . dah singgah ke blog beliau

    ReplyDelete
  3. Papepun... KC DAEBAK... sebab bagi link untuk RunningMan

    ReplyDelete
  4. aktif men'detect' typo lagi nani

    ReplyDelete
  5. rajin juga singgah blog kak cik ni

    ReplyDelete
  6. semoga berjaya mencapai cita-cita menjadi tenaga pengajar. saya pon dah follow blog kakcik :)

    ReplyDelete
  7. tak suka mengira ye? okay okayyy


    kc bagi soalan susah nii



    nak tak?


    mohon jawab cepat


    jgn guna kalkulator

    aipp jangan keluar kalkulator!!


    okayy


    2+1 berapa?


    kihkihkihh

    ReplyDelete
  8. HIhi.aktif sgt detect typo org kc ni..

    ReplyDelete
  9. Kc dan tudung ala heroin 'Hati Perempuan' ke tu..berkilau atas pentas aihh dia ;D

    ReplyDelete
  10. Nanti Zumal nak melawat blog KC pulak...

    ReplyDelete
  11. rasanya semua ahli group EFG buat review blog KC..so kalau x terjah blogni mmg rugi lah...x gitew Nani...lama tul sis JM x singgah sini

    ReplyDelete
  12. popular rupanya cik KC ni.. baru je start tahu kewujudan beliau beberapa hari lepas.. heheh

    ReplyDelete
  13. Hahaha... model Colgate ni macam sama jerk dengan penulis blog yang ini ^_^ Banyak juga blog yang akak tak sempat nak terjah. Yang ada sekarang ni pun dah semput nak di blogwalking rumah ke rumah :) Tapi takpa, bila ada masa kita terjah pulak rumah-rumah baru *_*

    ReplyDelete
  14. haha polis typo. pantang nmpk typo laju je nak usik. cisss

    ReplyDelete
  15. pandai kc bahagikan masa blaja dengan tulis blog... sangat respect...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page