Mee Sotong Sedap di Padang Kota Lama

Assalamualaikum & Hello.
Dah sampai Penang kan, rugi lah kalau tak cari mee sotong terbaik dekat Padang Kota Lama. Sebab kawan Nani tu memang orang Penang, dia lah yang recommend makan dekat sini. Katanya yang paling famous dekat Padang Kota Lama ni, mee sotong dengan coconut shake. Mula mula Nani ingat memang ada kedai mee sotong aje dekat situ, rupanya dekat Padang Kota Lama ni, konsepnya macam foodcourt. So kalau tak nak makan mee sotong pun tak ada hal, dekat sini ada banyaaak sangat pilihan makanan. Tertunai lah jugak akhirnya keinginan nak makan mee sotong yang selalu sangat digembar gemburkan sedap tu. Eheheh 😋
Mee Sotong Sedap di Padang Kota Lama
Nani pilih air kelapa dengan mee sotong. Plus Nani tak berapa minat sangat coconut shake. Portion sepinggan mee sotong ni tersangat lah besar. Nani hari tu pun puas jugak nak habiskan sepinggan ni hah. Kalau perut memang tengah kosong, memang ngam lah kalau order. Heheh. 
Mee Sotong Sedap di Padang Kota Lama
Ni first time Nani makan mee sotong dan yess sedap sangaaat. Memang menikmati sangat setiap suapan itu. Ewaah! Mee goreng tu memang 'mamak style' lah dan buat mee ni bertambah tambah lagi sedap sebab sambal sotong atas tu. Ada pulak taburan bawang goreng datas tu memang jatuh cinta terus hah. Sepinggan mee sotong ni cuma RM5, murahnya lahai. Dah lah dengan tak kedekutnya sotong, memang terbaiklah. Korang kalau ke Penang memang wajib makan mee stong dekat Padang Kota Lama ni. Recommended! 

Jalan Jalan di Batu Feringghi

Assalamualaikum & Hello.
Sebelum ke Penang haritu ada jugak plan nak cari hotel area Batu Feringghi ni tapi lepas tengok harga per night ha laju laju cancel. Biasa lah kan hoteal area pantai ni mahal sikit daripada hotel hotel lain. Even tak dapat menginap dekat hotel area sini, tapi dapat jalan jalan pun dah syok apa. Nani pergi pagi so macam tak ada apa sangat. Orang meniaga pun nan hado tambah pulak masa tu weekdays kan. Pak cik driver bas tu pun sebenarnya dah bagi tahu eloknya pergi petang ke sini sebab meriah sikit tapi sebab Nani dah plan nak ke tempat lain sebelah petang, tu yang pergi jugak pagi. Pagi pun ramai jugak orang area pantai ni cuma orang menjual tak ada lah sangat. Heheh. Lagi pun tak kisah sangat kalau tak ada orang menjual, sebab tujuan utama pergi Batu Feringghi ni nak main air. 
Jalan Jalan di Batu Feringghi
Cantikkk sangat kawasan pantai dekat sini, kalau dapat tengok hari hari memang best woo 😍 Nani hari tu memang tak teringat langsung nak bawa baju ke apa ke. Bila dah sampai sana tengok orang syok mandi, jeles jugak lah. Hahah! Terus rasa menyesal tak bawak baju. Sudahnya jalan jalan aje dekat gigi gigi air. Cewaaah! 😆 Tapi kalau dah dapat main air tu, dari celup celup kaki aje memula sudahnya basah jugak lah seluar. Gitu lah gaya orang jarang jumpa pantai. 
Jalan Jalan di Batu Feringghi
Selfie satu kali. Jauh jugak kiterang berjalan hari tu. Gigih sangaaat lepas tu nak patah balik mula lah mengeluh tak larat 😆
Dah penat jalan jalan haruslah perut pun lapar kan. Tambah pulak pagi tu cuma makan roti canai sekeping. Nani dengan kawan makan dekat restoran depan Hotel Hard Rock, ingat nak cari laksa sekali tak siap lagi so order lah char kuey teow. Sepinggan ni RM8 tapi berbaloi jugaklah sebab sedap dan banyak udang, kerang apa semua tu. 
Jalan Jalan di Batu Feringghi
Already miss this view. Tenang sangaaat. Dekat sini ada macam macam aktiviti boleh buat macam berkuda, naik bot, parasailing, yang penting kena ada duit aje. Ehehe. Hari tu ada jugak keinginan nak main parasailing tu tapi macam seram seram sejuk pulak. Hahaha! Biasalah I is kan selalu fikir benda yang bukan bukan 😆 Memang enjoy datang sini, dengan angin sepoi sepoi bahasa, bunyi ombak lagi, memang layaaan. Next time kalau ke Penang, boleh lah pilih menginap dekat hotel area sini pulak. Heheh. View memang  lawaaa 😊


Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin

GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN
Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017

3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN
Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga.
GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN


Upside Down Museum Penang

Assalamualaikum & Hello.
Sejak baca entry Sally Samsaiman pasal Upside Down Museum ni dulu, terus simpan niat nak pergi sini. Heheh. Sebab hotel Nani menginap pun dekat area Georgetown aje, mudah jugaklah untuk pergi muzium ni. Hari tu ada jugak plan nak pergi Muzium 3D Art & Tricks (kalau tak silap nama dia) tapi sebab Nani dah pernah pergi Muzium 3D Langkawi, Nani pilih lah muzium terbalik. Banyak dah rasanya sekarang ni muzium terbalik, dekat Sabah ada, Kuala Lumpur pun ada jugak. Upside Down Museum Penang ni dekat kawasan kedai, memang pada Nani agak susah lah nak cari. Macam biasa, sesat tu dah jadi perkara wajib sepanjang dekat sana. Hahah! Nani jalan kaki ke muzium ni dari Masjid Kapitan Keling. Iye awak jalan kaki sebab tengok dalam peta tu macam dah tak jauh sangat. Hahah! Kalau datang dengan geng bujang takdek masalah lah jalan kaki. Tapi malam tu sakit sakit jugaklah kaki nya. Heheh 😆 
Upside Down Museum Penang
Harga tiket Upside Down Museum Penang :
Pelajar : RM 11
Dewasa : RM16
Kanak - Kanak : RM8 (5 tahun - 12 tahun)
Upside Down Museum Penang
Masuk dalam muzium ni memang akan ada pekerja dia yang akan guide macam mana cara nak bergambar. Hahah! Iya lah masuk rumah terbalik kan takkan nak buat aksi biasa biasa. Haruslah luar biasa 😆 Ramai yang tanya Nani soala macam ni, "eh pergi berdua siapa yang ambikkan gambar?" Ha jangan risau, kalau pergi ke muzium ni memang 100% gambar diorang akan ambikkan. 
Upside Down Museum Penang
Nasib baiklah hari tu Nani dengan kawan pakai palazo kalau tidak erm erm. Hahah! Banyak sangat gambar yangdiorang suruh angkat kaki lah, buat itu lah ini lah jadi nya kalau pakai kain, faham faham lah kan macam mana jadinya nanti. 
Upside Down Museum Penang
Setiap kali lepas ambil gambar, diorang akan tunjuk lah macam mana kita nak tengok gambar tu. Heheh. Tapi Nani ni masa tu je lah ingatnya. Bila dah balik hotel, ha lupa habis semua. Nak letak dalam Instagram pun fikir sampai patloh kali dulu macam mana nak rotate 😆
Upside Down Museum Penang
 Dah pening kepala ke tu tengok gambar gambar ni? 😁
Upside Down Museum Penang
Memang dalam ni kita akan dapat bergambar bermula dari ruang tamu sampai lah ke bahagian bilik air. Eheh. Memang macam macam gaya lah boleh buat. Lagi ramai korang pergi, lagi best. 
Upside Down Museum Penang

Upside Down Museum Penang

Upside Down Museum Penang

Upside Down Museum Penang
Dekat bahagian ni yang paling Nani rasa nak tergelak. bila diorang rakam video dan suruh kiterang lambung lambung buah durian tu. Ohmai, rasa macam fake sangat muka. Hahahah! 
Upside Down Museum Penang
Ini je lah gambar yang macam proper dan elok. Hahah! Dah lah pening jugak tadi nak pusing pusing kan gambar yang banyak banyak ni hah. Pening kan tengok? Bukan takat korang je, Nani ni pun naik pening sama. Maklumlah dah lupa pun iye jugak macam mana nak letak gambar ni dalam keadaan terbalik. Pusing ikut ni tak jadi, pusing ikut sana tak jadi. Eh eh lah 😆 Cuma satu je lah pesanan Nani, kalau korang ke sini nak mudah pakai lah seluar okeh. Untuk korang yang nak ke Upside Down Museum Penang ni, boleh Waze alamat di bawah. 
45, Lembuh Kimberley
10100 Georgetown, Pulau Pinang.
Waktu operasi : 9.00 pagi sehingga 5.30 petang (Setiap Hari)

Roti Canai Transfer Road Penang

Assalamualaikum & Hello.
Hari kedua dekat sana awal awal pagi lagi dah keuar nak cari Roti Canai Transfer Road ni. Nani pun ambik pakej hotel yang tak include breakfast. Dekat Penang selain daripada banyak muzium yang boleh pergi, ada banyak jugak tempat makan yang best best untuk singgah. Heheh. Bila Nani google tempat makan sedap dekat Penang ni mesti salah satunya Roti Canai Tranfer Road. Memandangkan jarak kedai roti canai ni dengan Hotel Grand Inn yang Nani menginap tu tersangatlah dekat so kiterang jalan kaki aje. Cumanya memula hari tu Nani dengan kawan tersilap kedai. Hahah! Maklumlah jalan guna peta free tu faham faham je lah kan. Entah kedai siapa yang Nani masuk memula tu. Lepas dah naik rapid nak ke Batu Feringghi baru lah perasan kedai yang betul. Nani siap tanya lagi abang bas tu tau. Rupanya memang dekat sangat dengan hotel, dalam lima minit gitu. Tapi Nani tersilap jalan itu yang jadi tersalah kedai. Huhuh. 
So hari ketiga baru lah pergi ke kedai Roti Canai Transfer Road yang betul. Hahah! Masa Nani sampai tu sedang elok ada meja kosong. Langkah kanan gitu. Nak bagi mudahkan korang kalau nak makan dekat sini boleh cari stesen minyak Caltex. Kedai ni memang dekat sangat dengan stesen minyak tu. Actually not really said kedai lah, dia lebih kepada warung gitu. Heheh. Memang ramai orang tapi servis dia laju jugak lah. Seriously Nani blur sikit masa dia tanya nak order apa (faham faham je lah baru bangun tido kan, otak pun macam tak dapat nak hadam elok elok sangat 😆) 
Roti Canai Transfer Road Penang
Ini lah rupanya roti canai dengan ayam kari. Masa Nani order, dia tanya nak ayam ke daging terus lah jawab ayam (dia pulak tanya laju kemain, tak sempat nak hadam betul betul terus jawab ayam. Hahah). Ingatkan untuk kuah kari dia tanya tu, sekali ambik kau seketul ayam ada sekali atas roti canai tu. Ehehe. Memang sedap lah, kuah kari pekat dan pedas. I likee 😊 Selain daripada roti canai ni, roti bakar femes jugak dekat sini. Hari tu hampir hampir nak order roti bakar, nasib baik tak jadi. Makan ni pun dah rasa full sangat. 
Dekat sini konsep dia bayar asing - asing. Air bayar lain, roti canai bayar lain. Gitu. Masa orang tu hantar roti ni dia cakap 32 ringgit.Oi tercenggang jugaklah Nani tapi keluar jugak lah duit RM50 nak bayar kan. Terus lepas tu kawan Nani bisik "16 ringgit woo sarapan pagi ni." Terus terfikir takkan sebab ayam ni jadi 16 ringgit. Tapi lepas dia pulangkan duit baki balik sebenarnya tak sampai pun 16 ringgit, cuma RM6 aje sepinggan ni. Tak tahu lah abang tu tersasul atau sengaja nak kenakan. Hahahah! 😆 Gelabah jugaklah aku memula tu dengar RM32. Kah!
Roti Canai Transfer Road Penang
kredit SINI 
Kedai ni tepi jalan aje dan ada jugak bas rapid yang lalu sini, senang aje kalau nak pergi. Memang sentiasa full house, lagi lagi kalau musim cuti. Nani hari tu pergi masa weekdays tak ada lah sesak sangat tapi dapat tempat duduk dah hujung hujung jugak. Hahah. Korang kalau ke Penang boleh lah ke sini, memang sedap dan terbaik roti canai dia. Mungkin next time boleh try roti bakar pulak. Hahah. Tapi next time Nani tu tu mungkin lagi lima enam tahun lah dengan orang tersayang  pulak mungkin. Ehem😆 Gurau je, jangan serius sangat. Eh tapi mana tahu betul. Hahahhahahah! 

Wonderfood Museum Penang

Assalamualaikum & Hello.
Sekarang ni dekat Pulau Pinang memang ada macam macam muzium Nani tengok. Masa Nani ke sana hari tu cuma ada dua je muzium yang betul betul nak pergi dan salah satunya Wonderfood Museum Penang ni. Heheh. Iya lah pergi pun cuma empat hari tiga malam je, mana sempat nak pergi banyak banyak muzium 😆Untuk yang menggunakan kenderaan berkaki dua macam Nani hari tu agak mencabar jugaklah nak sampai ke muzium ni. Hahah! Tambah pulak Jalan Lebuh Pantai tu ada dekat bahagian kiri dengan kanan so macam was was tak tahu nak pergi yang belah mana satu. Sesat jugaklah hari tu nak sampai ke Wonderfood Museum ni. Tapi kalau korang guna Waze tak sesat punyalah. 
Tapi ada baik nya jugak sesat hari tu. Hahahah! Sebab nya masa sesat tu lah kiterang jumpa beberapa Street Art dengan ais kepal. Eh 😀 Sambil sambil nak cari muzium ni (dah lah tengah panas okeh) boleh lah menikmati ais kepal. Gitu. Kalau tak biasa area sana, memang susah sikit lah nak cari muzium ni lagi lagi orang luar kan. Heheh. Nani dengan kawan hari tu ingat nak naik beca sebab masa tu dah penat sangat tapi uncle tu pulak tak tahu dekat mana muzium ni. Sudahnya tanya jugak lah orang dekat situ, kalau tak kang makin sesat barat. 
Wonderfood Museum Penang
Masa nampak aje ni, terus rasa lega. Hahah! Sebab dah tak larat nak menapak lagi dah. Muzium ni bersebelahan dengan CIMB Bank. 
Wonderfood Museum Penang
 Harga tiket untuk masuk ke Wonderfood Museum :
Dewasa : RM 15 (MyKad)
Pelajar : RM10 (Student Card)
Kanak - Kanak : Percuma 
Kalau korang student bawa aje kad pelajar tu sebab mostly tempat yang Nani pergi dekat Penang ni , dengan kad pelajar tu boleh dapat harga lebih murah. Jimat lah sikit. Heheh. 
Wonderfood Museum Penang
Mula mula Nani ingat tu lempeng bukan roti canai. Hahahah! Teruk betul lah ingat tu lempeng. Ayoyo Nani oi. Dekat muzium ni bukanlah setakat boleh tengok gambar makanna besar gedabak semata mata tapi boleh jugak tahu info tentang makanan yang ada dekat Malaysia ni. Sejarah wujudnya makanan tu pun boleh tahu jugak. Heheh. Ok lah siap boleh tambah ilmu pengetahuan lagi.
Wonderfood Museum Penang
 Alas meja tu memang dah sedia macam tu bukan sebab Nani tarik. Hahah! 
Wonderfood Museum Penang
Ini dekat bahagian makanan basi.Memang geli walaupun itu cuma replika. Nampak real sangat semua makanan yang berkulat tu semua. Dekat sini ada pekerja muzium ni yang akan tolong ambilkan gambar kita so jangan risau kalau datang sensorang. Heheh 😊
Wonderfood Museum Penang
 Telefon tu macam spoil kan gambar pulak. Hahah!
Wonderfood Museum Penang
 Bila lagi kan nak fefeeling ada gerai sendiri. Hahah! Hai orang sebelah jeling mee goreng yang I masak ke tu? 😆
Wonderfood Museum Penang
Laksa ni kalau makan kenyang berhari hari kot. Hahah! Siap berasap lagi tau, memang nampak macam laksa betul lah. 
Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang
 Ha nah quote untuk yang minat makan tu. Heheh. 
Wonderfood Museum Penang
Dekat muzium ni ada jugak lah replika makanan yang boleh kita pegang macam peria ni dan ada jugak yang memang tak boleh pegang. Heheh. Memang kalau tengok makanan dekat sini rasa nak pegang pegang. Hahah! Nani ada jugak lah curi curi pegang replika makanan yang ada. Perasaan nak pegang tu membuak buak tau lagi lagi yang laksa, mee kari semua tu 😆Nak jugak tahu kan diorang guna apa untuk buat semua ni. Mohon jangan contohi ok. 
Wonderfood Museum Penang

Wonderfood Museum Penang
Ha pilih pilih nak makan apa. Macam yang ni diorang memang tak bagi sentuh tapi tu lah tangan ni degil. Hahah! Sentuh sikit sikit dah lah, jangan sampai engko pergi sentuh sampai tercabut pulak. Itu cari pasal sangat namanya. 
Wonderfood Museum Penang
Itu muka puas hati sebab dapat tengok macam macam makanan yang ada dekat sini. Heheh. Puas hati lah datang sini. Nani tak lama sangat pun dalam ni sebab tak ramai orang kan seronok lah nak bergambar. Pusing pusing dalam muzium ni lepas tu dah jumpa pintu keluar semula. Dekat dalam ni ada jugak jual keychain, coklat dengan kopi tapi harga boleh tahan jugak lah. Nani tak beli pun, gambar yang diorang ambil masa mula mula Nani sampai muzium ni pun Nani tak beli. Hahah! Untuk korang yang ingin berkunjung ke Wonderfood Museum Penang ni boleh lah waze alamat dekat bawah ni okeh. Memang enjoy 😉
49, Lebuh Pantai,
10200 Georgetown Pulau Pinang.
Waktu Operasi : 9.00 pagi sehingga 6.00 petang


Thank You Bloggers!

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa dua parcel ni sampai Nani tengah bercuti dekat Penang. Heheh. Jadinya tak sempat nak buat entry penghargaan untuk kakak kakak blogger yang cantik manis ni 😍 Rezeki awal tahun kata orang. Dah lama dah tak ada dapat hadiah dari kawan kawan blogger, bila dah dapat ni teruja dia lain macam sikit. Hahaha! Satu kiriman parcel daripada kak Suria Amanda sebab jadi  top comentor Disember dekat blog kak SA. Lagi satu parcel kiriman daripada SS dengan sis Jari Manis sebab terpilih jadi salah sorang pemenang giveaway diorang berdua hari tu. Apa apa pun terima kasih sangat sangat untuk setiap kiriman ni, moga jalinan di alam maya akan terus berkekalan. Gitchew 😉
Hari tu kak SA cakap nak bagi Lipstick Kylie tu aje, sekali sampai ada mask dengan keychain dari Thailand jugak. Thank you sangat sangat kak SA. Moga makin murah rezeki akak lepas ni. Nani dah pernah jumpa kak SA dua kali. Heheh. Alhamdulillah bukan takat kenal di alam maya je tapi sampai dekat luar jugak 😊 Korang kalau nak cari resepi ke, nak baca tips ke boleh singgah blog kak SA. Nani tiap kali masuk blog kak SA mesti kecur air liur tengok gambar masakan air tangan kak SA. Agak agak bila dapat rasa ni? Eheheh 😉
Yang ni pulak fridge magnet Shanghai dari SS & sis JM. Nani ni bukan selalu bertuah, tak sangka pulak kali ni terpilih jadi salah sorang pemenang. Thank you sangat sangat SS dan sis JM, moga makin dimurahkan rezeki jugak. Doakanlah Nani dapat ke luar negara jugak lepas ni. Eh 😆Mana tahu lepas ni berpeluang pulak kan nak jejak bumi Shanghai. Angan angan dulu nanti baru jadi kenyataan. Korang yang suka baca entry travel boleh singgah blog diorang berdua ni. Heheh. 

p/s : Dah seminggu balik dari bercuti tapi still rasa macam malas malas. Hahah. Mungkin kah sekeping hati tertinggal di Penang? Eh 😆

Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang 😍 Hari ni Nani teruja sangat nak kongsikan dengan korang pengalaman Nani sendiri menggunakan Serum Mawar keluaran Zeeta. Masa mula mula sampai produk ni dekat rumah, Nani memang dah tak sabar sangat nak cuba tau sebab Nani baca yang serum ni merupakan serum muka untuk kulit berminyak. Lepas dah seminggu guna serum muka keluaran Zeeta ni, Nani sendiri dapat rasakan kelainan kulit sendiri. Memang best sangat dan Nani memang cadangkan untuk korang guna. Ha kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal serum muka Zeeta ni kena lah baca entry ni sampai habis. Ehehe. Nani sebenarnya baru tahu pasal serum muka ni dan rasa menyesal sikit sebab tak tahu produk yang best macam ni ada dekat pasaran. Pernah tengok iklan tapi tu lah tak pernah terdetik pun nak cuba. Tapi lepas ni memang confirm produk keluaran Zeeta akan jadi produk pilihan Nani lah. Korang dekat sini ada tak pengguna produk Zeeta? 😉
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Sebelum tu, korang tahu tak apa itu Serum Mawar Zeeta? Meh nak bagitahu, serum muka mawar ni mempunyai vitamin C, E, A serta zat omega 3 & 6 yang mana mampu untuk mengatasi masalah penuaan. Senang cakap serum ni merupakan serum anti penuaan dan jugak serum jerawat. Ha senang cakap memang banyak lah kelebihan mawar ni. Teruja tak korang baca ni? Hehe. So cara nak hilangkan jerawat dengan mudah guna lah serum mawar keluaran Zeeta ni okeh. Masa Nani guna produk ni memang rasa segar aje muka lepas tu. 
Dengan serumnya yang bau sangaaaat wangi, bila pakai tu automatik akan rasa selesa dan best sangat. Macam mana tak wangi kan, dah namanya pun menggunakan bunga mawar. Nani pakai bila dah nak tidur dan lepas mandi, memang syok sangat lah. Rasa tenang je lepas tu. Cara segarkan muka dengan cepat hanya perlu gunakan serum muka mawar keluaran Zeeta ni aje.  Lagi satu yang paaaaaling Nani suka sebab tak melekit lekit. Nani ni sangat tak suka produk yang melekit lekit, rasa tak selesa sangat. Setuju tak? 
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
KELEBIHAN SERUM MAWAR ZEETA : 
💜Mengecilkan liang - liang pori wajah 
💙Mengekalkan kulit yang anjal dan segar
💜Menjadikan kulit wajah lebih gebu
💙Menjadikan solekan di wajah lebih menyerlah & tahan lama
💜Untuk terapi minda dan anti stress
💙Boleh menghilangkan mengantuk
💜Boleh melegakan selesema & resdung
Bayangkan eh korang beli sebotol ni tapi boleh dapat banyak sangat kelebihan. Mestilah untung sangat kan.Nani ni dah lah kadang kadang jenis yang malas nak pakai banyak banyak benda dekat muka so bila ada yang sekali gus banyak kelebihan macam ni, memang akan jadi pilihan utama lah. Heheh. Paling Nani suka kelebihan serum ni sebab boleh menjadikan terapi minda dan anti stress. Bau yang wangi tu memang sangat  menyenangkan.  Tak tahu nak describe macam mana lagi dah, korang wajib beli dan cuba sendiri. Memang confirm  tak akan wujud perkataan menyesal. Heheh 😊 Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Cara nak gunakan serum ni pun tersangatlah mudah jadi tak ada alasan nak skip guna. Korang tinggal spray aje dekat muka lepas tu sapu sapu sikit dah siap. Ohoi senang sangat. Lagi lah berganda ganda Nani suka kalau yang mudah mudah macam ni. Ye Nani ni spesis nak lawa tapi pemalas. Hahah! 🙈 Jadi kalau yang mudah macam ni, memang tak fikir banyak kali nak guna 😃 Setakat ni Nani rasa serum mawar Zeeta ni lah antara serum spray muka yang terbaik. Dekat bawah ni pulak antara testimoni berjaya yang menggunakan serum Zeeta mawar. 
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta

Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Nampak tak tu dia cakap rasa segar aje? Haa memang terbukti lah serum ni sangat berkesan. Korang boleh jugak bawak serum ni ke pejabat. So kalau rasa mengantuk, sembur aje dekat muka mesti segar bugar lepas tu. Ni lah antara petua menghilangkan mengantuk di pejabat yang korang boleh guna. Memang produk ni bukan aje untuk kecantikan tapi boleh jugak unuk jadikan produk menghilangkan mengantuk. 
Serum Muka Terbaik Keluaran Zeeta
Untuk pengetahuan korang jugak, produk keluaran Zeeta terutamanya serum mawar Zeeta ni antara serum muka yang bagus dan murah. Zaman sekarang ni nak jadi cantik tak perlu pun keluar duit banyak. Produk macam ni pun kita boleh miliki dengan harga yang berpatutan. Sebotol serum mawar ni cuma berharga RM20 untuk semenanjung Malaysia dan RM25 untuk Sabah dan Sarawak. Murah sangaaat kan? Memang semua orang boleh guna lepas ni. Cara untuk dapatkan produk produk keluaran Zeeta ni, korang boleh WhatsApp ke nombor 019 220 9069 atau 013 330 8583. Tunggu apa lagi jom dapatkan serum mawar keluaran Zeeta. Memang berbaloi sangat 😍
Website : www.zeeta.com.my
Facebook : Zeeta Pakar Mawar
Instagram : Zeeta Official 


Jalan Jalan di Bukit Bendera

Assalamualaikum & Hello.
Hari kedua dekat Pulau Pinang terus Nani dengan kawan ke Bukit Bendera. Pagi tu plan asal nak keluar pukul lapan cari roti canai transfer road sekali lewat jugak keluar. Hahah. Biasalah kita hanya mampu merancang. Eh 😆 Sudahnya kita orang berdua keluar pukul sembilan lebih jugak kalau tak silap lepas tu boleh pulak tersalah kedai roti canai. Eheh. Dah siap makan baru tahu salah kedai, patutlah macam tak ramai orang. Siap makan terus ambil Rapid Penang ke Bukit Bendera. Dari Jeti nak ke Bukit Bendera tu kalau naik bas Rapid ni agak jauh jugaklah. Ambil masa dalam 30 ke 45 minit nak sampai sana. Biasalah kan Rapid ni ada tempat tempat berhenti dia, tu yang jadi lambat. Memang rasa nak tido pun ada jugak sementara nak sampai Bukit Bendera. Biasalah bila perut dah kenyang. 
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Dalam pukul 10.30 pagi kita orang sampai Bukit Bendera. Masa ni cuaca dah panas walaupun pagi lagi. Tapi ok lah kan panas dari hujan. Heheh. Ingatkan tak ramai orang rupanya penuh jugak lah. Ramai tourist masa ni. Ini first time Nani sampai Bukit Bendera, selalu kalau ke Penang tak pernah sampai sini hah. 
Harga Tiket di Bukit Bendera
Ini lah harga tiket untuk naik ke Bukit Bendera. Sebab student kan dapatlah harga lima ringgit aje. Ingatkan sekejap aje perjalanan rupanya ambil masa. Nani baru cadang nak duduk depan sekali tapi sebab ramai orang tak merasalah. Dapat masuk yang dekat bahagian tengah, berdiri pulak tu. 
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Ini lah orang yang bertanggungjawab bawa Nani jenjalan pusing Penang. Heheh. 
Jalan Jalan di Bukit Bendera
 Ye lah dah orang selalu duduk dekat kerusi macam patah ni, I pun nak jugak. Hahah 😆
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Merata rata dah kunci ni ada kan. Hahah! Yang dekat Bukit Bendera ni sampai berkarat pun ada awak. Time ni dah panas sangat so kita orang ambil gambar sekejap aje. Panas terik tak tahan. 
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Dari atas ni boleh nampak Jambatan Pulau Pinang. Sayup sayup aje nampak. Heheh. Tapi masa Nani pergi makan dekat area Queensbay nampak jelas jambatan ni. Malam pulak masa tu, memang lawa sangat pemandangan 😍
Jalan Jalan di Bukit Bendera
Dekat atas ni memang cantiklah view. Ada jugak masjid, temple, tempat burung hantu dan macam macam lagi lah. Kalau nak jalan jalan naik buggy car pun boleh jugak. Nani hari tu tanya lah jugak harga untuk buggy car tu. Rupanya dia charge per kereta bukan per person. Cancel teruslah sebab rasa tak berbaloi pulak bayar RM30 naik nya dua orang aje. Hahah. Kalau pergi ramai sesuai lah nak jalan jalan pusing atas ni dengan buggy car. Tapi kalau tak silap Nani lima minit je kot dia bawak pusing pusing. Lagi lah rasa macam tak nak naik. Baik jalan jalan guna kaki sendiri kan. 
Apa pun memang syoklah dapat naik atas ni. Sayup sayup je nampak bangunan dekat bawah tu. Kawan Nani cakap kalau datang petang lagi lah ramai orang. Hari tu Nani lama jugak dekat atas ni sebab pergi makan Lily Ice Kacang tu lagi. Heheh. Korang kalau ke Penang, wajib singgah Bukit Bendera ni tau. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page