Short Vacay Langkawi : Idaman Suri & Kompleks Haji Ismail Group

Assalamualaikum & Hello.
Kalau ke Langkawi macam tak lengkap lah kan kalau tak shopping pinggan mangkuk dengan coklat. Heheh. Boleh katakan Idaman Suri dan Kompleks Haji Ismail Group ni memang tempat tumpuan orang ramai lah kan. Walaupun baru ni Nani pergi bukan lah musim cuti sekolah atau cuti panjang pun tapi tetaplah ramai manusia dekat Langkawi ni. Heheh. Kota pelancongan kan, bila agaknya tak ada ramai orang. Hari pertama jejak Langkawi, petang tu dah terus shopping. Ha hari pertama pun dah keluar banyak duit acaner? Hahaha ! Bagus jugak shopping awal awal ni sebab nanti kalau ada lagi yang tak cukup boleh tambah sebelum balik. Gitchew ! Nani masa awal sampai dah shopping, nak balik pun sempat lagi shopping coklat sikit dekat Jeti Kuala Perlis. Hahah ! Bukan apa, masa tu rasa macam eh tak cukup pulak nak bagi dekat orang ni sikit, orang sana sikit. 
 Idaman Suri & Kompleks Haji Ismail Group
Masa dekat Idaman Suri ni Nani takdek nafsu sangat nak membeli belah. Maklumlah pinggan mangkuk kan, Nani ni bukan nya ada rumah sendiri lagi nak beli pinggan mangkuk. Hahah ! Dah berumah tangga nanti baru lah ku borong satu Idaman Suri ni hah. So sampai aje sini jalan jalan sikit cuci mata tengok apa yang menarik lepas tu cari tempat makan. Hahaha ! Dasaaaar makan aje kerjanya. Dah petang, perut pun minta diisi lah. Eheh. 
Tak ingat pulak apa nama restoran ni tapi ada lah dekat dekat dengan Idaman Suri ni. Nasi ayam dekat sini sedap, semua secukup rasa cumanya kuah sup tu tak panas. Alahai, dah sejuk kuah sup tu tapi makan jugak lah sebab lapar. 
Laksa ni boleh tahan jugak sedap cuma kuah dia cair sikit. Heheh. Banyak komen pulak Nani ni kan, kalau dia sendiri yang masak entah apa yang jadi. Hahah ! Portion besar makanan dekat sini, memang boleh kenyang sampai ke malam. Nani tak banyak sangat cerita dekat Idaman Suri ni sebab takdek apa sangat nak cari tapi bila ke Kompleks Haji Ismail tu fuhhhh !
 Idaman Suri & Kompleks Haji Ismail Group
Masuk aje terus ambil bakul dan serbu bahagian coklat. Hahah ! Hantu cokelat okeh, rasa macam semua lah nak beli. Haipp ni bukan Nani punya sorang, ada jugak yang orang kirim, ada yang nak bagi kawan kawan sikit. Kalau semua ni Nani punya memang kenyang makan coklat aje lah lepas tu. Hahah ! Pepero tu sampai tujuh kotak Nani beli (tambah lagi tiga kotak, beli dekat Jeti Kuala Perlis) Sebab susah nak jumpa, beli banyak banyak ha lepas tu hadaplah sampai habis. Heheh. Dekat sini Nani sempat jugak beli satu beg roda. Biasa lah kan kalau pergi travel mesti balik, beg jadi beranak anak. Hahah ! Beli satu je beg since beg Nani yang lama macam dah nak rosak. 
 Idaman Suri & Kompleks Haji Ismail Group
Taraaa ini lah hasil shopping coklat dekat Kompleks Haji Ismail. Total semua ni dalam RM300 lebih gitu lah, tak ingat dekat exact price. Masa ni ramai sangat orang, Nani pun cecepat beli lepas tu keluar. Hahah ! Tak sempat nak pilih beria pun, Nani pulak jenis yang dah set siap siap dalam kepala nak beli apa. Sampai sana terus aje tuju dan beli apa yang nak. Lagipun nak kejar masa sebab nak pilih beg lagi. Heheh. Ini pun ada dah yang Nani tolak mana yang mintak belikan coklat untuk dia. Haih kalau tak berapa beg entah nak bawak balik coklat saje. Hahah ! Memang syok sangat lah bila dah tenggelam dalam dunia coklat ni tapi lepas tu duit makin menipis. Eheh. 

Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa

Assalamualaikum & Hello.
Segmen PENCARIAN BLOGLIST by Murni Alysa
klik SINI untuk join

Mango | Jenama Pakaian Pilihan

Assalamualaikum & Hello. 
Hari ni Nani nak kongsikan dengan semua tentang fesyen sikit. Siapa yang tak suka dengan fesyen kan dan ofcourse semua orang ada jenama fesyen yang diorang paling suka. Kalau tanya Nani jenama apa yang paling Nani suka, Nani akan cakap Mango ! Ha kenapa Mango? Kenapa bukan jenama lain? Meh Nani nak kongsikan dengan korang kenapa Mango yang paling dekat dengan hati Nani ni. Lepas baca ni mesti korang pun akan berkenan sama nak guna jenama Mango. Heheh. Pada Nani Mango ni satu jenama fesyen yang sentiasa up to date dan Mango mempunyai banyak sangat pilihan yang Nani nak. Kadang - kadang sampai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semuanya lawa lawa dan sangat berkualiti. Bila yang berkualiti ni tentu tentu lah kita akan beli lagi dan lagi akan datang. Betul tak? Heheh.
Kalau ada yang dekat sini tengah mencari dress yang anggun dan cantik menarik korang boleh lah tengok koleksi Mango. Koleksi dress daripada Mango ini sememangnya mempunyai stail yang sangat bergaya dan sesuai dengan trend terkini. Mango jugak menawarkan pelbagai jenis blouse yang sesuai untuk ke pejabat dan aktiviti santai. Eh bukan itu aje tau, skirt pun ada. Pilih aje mana yang berkenan dekat hati settle semua. Heheh. Antara koleksi pakaian Mango ni, Nani paling suka Ribbed Cardigan sebab sangat selesa dan sesuai nak pakai dengan seluar atau skirt labuh. Jarang jarang sangat nak jumpa cardigan yang bebetul kena dengan citarasa Nani ni so bila dah jumpa haruslah grab sehelai jadikan koleksi. Tambah pulak kalau time malas, memang sarung aje cardigan. Hehehe. 
Bila tahu ada je koleksi terbaru keluaran Mango memang selaju mungkin pergi tengok. Hahah ! Kalau ada yang berkenan memang tak fikir tiga empat kali dah, terus aje beli. Ha jom tengok antara stail pakaian Mango kegemaran Nani. Mana lah tahu kot kot korang pun berkenan sama nak ada koleksi ni. Heheh.
Sekarang memang boleh dikatakan ramai wania yang menggayakan dress bercorak floral macam ni. Memang cantik sangat kan sesuai untuk dipakai ke majlis pekahwinan. Heheh. Kalau lengan pendek macam ni Nani suka kenakan dengan cardigan labuh putih atau hitam.
Blouse yang santai santai macam ni pun cantikkan. Padankan pulak dengan skirt labuh atau pun seluar slack ha memang dah lawa sangat dah untuk berjalan jalan. Heheh. 
Wide leg pants daripada Mango ni pun antara yang paaaaaling Nani suka sebab lebar dan labuh. Sekarang kan trend orang pakai palazo so keluaran Mango ni sangat selesa. Nani suka sangat pakai sebab senang, sarung je dah pun siap. Warna pulak macam macam yang menarik hati. Nani suka hitam sebab boleh padankan dengan banyak warna.
Ha nampak tak memang cantik cantik kan koleksi keluaran Mango ni. Harga pun berbaloi sangat tau, tambah pulak yang jenis berkualiti macam ni. Nani jenis tak kisah harga kalau koleksi tu sangat berkualiti dan best untuk dipakai. Tunggu apa lagi lelaju tengok koleksi keluaran Mango ni tau, dijamin korang berpuas hati dengan jenama ni hah. Pilihlah Mango dan lupakan yang lain. Heheh. 

Resepi Meatball Ala Ala Ikea

Assalamualaikum & Hello.
Sedar tak sedar hari ni dah satu November pun kan. Alahai kejap sangat masa berlalu, dah hujung tahun pun kita ni. Rasa macam baru je lagi buat wishlist tahun baru. Hahah ! Mood hari ni so - so je, dari tadi hadap blog tapi tak mula mula menulis. Yang sebenarnya hati tak berapa nak tenang sebab petang karang result final exam keluar. Ya Allah debar dia lain macam sebab result ini lah penutup perjalanan pelajaran seorang Nani selama setahun setengah ni. Doakan yang terbaik okeh untuk saya. Heheh. Letak tepi dulu cerita pasal result tu (inshaAllah baik baik belaka) Nani nak kongsikan resepi meatball ala ala dekat IKEA tu. Resepi yang sangat simple dan rasanya bahan bahan semua ada dekat dapur kalau nak buat ni. Let's check it out !
Resepi Meatball Ala Ala Ikea
Ok ini bahan - bahan yang diperlukan. Kalau dekat rumah Nani ni memang semua ni ada sepanjang masa dekat dapur. Heheh.

Bahan Bahan : 
+ Meatball daging
+ Kiub Ayam
+ Buttercup  
+ Bawang merah (dipotong dadu)
+ Serbuk blackpepper (empat sudu / ikut citarasa)
+ Tepung gandum (tiga sudu)
+ Kicap manis (dua sudu)
+ Sos tiram (dua sudu)
+ Sos black pepper (empat sudu)

Cara - Caranya : 
Untuk meatball tu kalau rajin boleh buat sendiri. Tapi sebab Nani ni pemalas sikit dan nak buat meatball ni pun macam leceh, Nani beli yang dah ready made dekat pasaraya tu hah. Lepas tu kau terus campak dalam kuali goreng sampai dia masak. Heheh.
Resepi Meatball Ala Ala Ikea
Untuk gravy ni pulak : 
1) Panaskan buttercup dalam beberapa sudu dan masukkan bawang merah tadi sehingga kekuning kuningan (boleh jugak guna bawang holland). 
2) Kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati masukkan air. Masa masukkan air tu kena kacau selalu dan api kecil aje supaya tak berketul ketul.
3) Last sekali masukkan lah sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, kiub ayam dan jugak sedikit garam. Siappp !
Resepi Meatball Ala Ala Ikea
Ha boleh lah kan nak buat makan sendiri. Heheh. Goreng fries sikit buat penuh pinggan lepas tu dah boleh makan. Gitchew ! Memang senang aje nak buat ni, jimat pun jimat. Ehehe. Nani ni pun dah berkali kali try buat gravy, baru ni baru bebetul menjadi gravy nya. Kalau sebelum ni cair lah, tak cukup lada hitam lah. Hahah ! Selamat mencuba korang !

p/s : Doakan result final exam saya petang ni baik baik aje. I is debar sikit. Hahah ! 

Short Vacay Langkawi : Laksa Kaw Ikan Sekoq

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu sebelum ke Langkawi lagi Nani dah set dalam kepala siap siap nak makan laksa kaw ikan sekoq tepi airport ni hah. Dari tahun lepas kot teringin nak makan lepas baca entry laksa ni dekat blog kak Juju. Heheh. I is dah lah peminat tegar laksa ni hah, tak boleh tidak mesti jugak pergi. Bukan selalu kan jejak Langkawi, so tempat tempat yang memang orang aim ni wajib lah pergi. Gitu. Memang dekat tepi airport ni majoriti meniaga laksa, banyak gila food truck dekat sini. Pilih aje nak makan apa. Best okeh lepak dekat sini sebab dekat dengan pantai, memang layan habis lah makan laksa. Tapi masa Nani pergi tu hari dah nak dekat hujan, angin kuat gila sampai kan pinggan laksa pun nak terbang. Angin dekat dengan pantai ni memang kuat. Makan pun terpaksa laju laju sebab takut hujan turun. Hahah ! 
Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi
Masa dalam kereta sewa lagi Nani cakap dekat pakcik tu nak makan laksa dekat food truck yang ada banner warna merah. Hahah ! Sebab teringat ingat ayat kak Juju cari yang banner warna merah. Kuat betul penangan entry kak Juju yang Nani baca hari tu. Hahah ! Ha macam macam kan ada. TAPI....
Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi
Nani sampai sampai aje abang tu cakap laksa ikan sekoq habis, laksa sotong pun habis. Nangis dalam hati. Hahah ! Siap cakap dekat abang tu saya datang jauh jauh dari Pahang semata mata nak makan laksa dekat sini tau. Kehkeh. Tak menahan betul buat ayat sedih. Dia suruh Nani datang esoknya tu pulak tapi sebab dah nak balik Pahang, tak boleh lah kan. 
Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi
Laksa poweeeeer. Abang tu cakap laksa biasa ni pun lebih kurang aje dengan laksa kaw ikan sekoq. Kuah dia sama yang lainnya ada ikan sekoq dekat dalam laksa tu. Kuah laksa pekat, pedas, cili boleh letak sendiri nak banyak mana. Ya tuhan, tengah menaip ni pun kecur air liur. Hahahah !
Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi
 Pasemboq pun sedap awok wehh. Aaaa semua lah sedap dekat sini, kalau dekat memang hari hari Nani pergi makan. Ehehe. 
Laksa Kaw Ikan Sekoq Langkawi
Memang syok lah kan kalau makan boleh menghadap pantai macam ni. Masa ni berangin kuat gila so Nani duduk belah atas sebab takut pasir masuk dalam laksa. Hahah ! Overall, I kasi 5/5 bintang makanan dekat sini. Dekat sini semua self - service, order lepas tu bawak sendiri ke meja engkorang. Bayar lepas dah siap makan. Nani nak bayar awal awal, lepas tu akak tu cakap pergi makan dulu nanti baru bayar. Korang kalau ke Langkawi, wajib singgah sini okeh, rugi kalau tak singgah sebab sedap gila laksa dekat sini. 

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Lama rasanya mummy tak buat giveaway kan. Sempena ulang tahun Play-Doh yang ke 60 tahun. Mummy nak buat satu Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin. Ha...suka tak?

Seronok main Play-Doh, sebab teksturnya tak melekit dan juga bagus untuk sistem motor dan sensorik anak.

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Syarat Mudah Join Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin


Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh Cake Party bernilai RM99.90 x Azlinda Alin

1. Buat satu entri blog bertajuk Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin.
2. Berikan sebab kenapa anda patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin
3. Follow facebook Hasbro dan blog ini.
4. Kalau boleh masukkan www.azlindaalin.com di bloglists pilihan anda supaya mudah dapat tahu pengumuman pemenang Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin pada bila-bila masa.
5. Dah siap semua, jangan lupa tinggalkan blog URL anda di ruangan komen.


Keputusan Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin

Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin adalah  kolabrasi Azlinda Alin bersama pihak Hasbro Malaysia

Segala keputusan pemenang akan di pilih secara rawak. 

Kenapaa Nani patut menang dalam Giveaway Play-Doh x Azlinda Alin?
Ha walaupun Nani belum lagi ada anak sendiri tapi I is ada anak anak buah. Hahah ! Jadi suka lah kiranya Nani ni dipilih sebagai pemenang dan boleh bagi anak anak buah Nani main Play-Doh ni kan. Tak ada lah nanti dua ploh pat jam mata diorang melekat aje dekat Youtube, Game tak pun cerita kartun dekat Astro Ceria tu. Main Play-Doh ni Nani rasa boleh menjadikan otak diorang kreatif jugak sebab boleh reka macam macam bentuk. Gitchew ! Hopefully ada lah rezeki my anak anak buah untuk main Play-Doh ni. Heheh :) 



Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

Assalamualaikum & Hello.
Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha
Bila mana ternampak giveaway Shade Dough By Hanis Zalikha ni lelaju Nani join. Gilaaa tak nak kan, untung untung jadi yang bertuah boleh dapat satu free. Hehehe. Korang kalau nak join jugak boleh klik SINI. Syarat pun mudah sangat okeh. Warna rose taffy tu tu cantik, berkenan pulak hati ni tengok. Hahah !

RANDOM KINDNESS :
Ini sekadar perkongsian daripada Nani, takdek niat langsung nak menunjuk ke apa. Hari tu pernah sekali kawan Nani minta belikan maggi yang dalam paket biasa tu. Harga maggi tu RM 1.30 so Nani pun belanja dia yang 0.30 tu dan pulangkan balik duit dia since dia bagi dua ringgit. Tiba tiba esoknya tu Allah gantikan dengan rezeki yang lain untuk Nani bila mana dapat job dengan bayaran RM300. Allahu memang masa tu rasa sayang sangat Allah dekat diri ni. Iye lah kita melabur 0.30 sen tapi Allah pulangkan balik dengan RM300. Sikit ke banyak, yakin lah Allah akan gantikan dengan pulangan yang lebih lagi di kemudian hari. Moga kita sentiasa dilapangkan rezeki oleh Nya. 

Instagram : inanihazwani

Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912

Short Vacay Langkawi : Tapak Kawasan Beras Terbakar

Assalamualaikum & Hello.
Tapak kawasan beras terbakar ni antara tempat wajib terjah jugak sebab dekat sini banyak barang yang boleh shopping. Ehehe. Harga pun murah lah sikit berbanding dekat tempat lain. Ha kalau nak beli ole ole ke, kain batik ke baju ke memang Nani rekemen kan tempat ni. Bukat setakat boleh shopping tapi boleh lah jugak tengok beras terbakar. Kalau dulu masih banyak lagi beras terbakar yang boleh kita jumpa tapi sekarang ada lah dalam sepinggan, itu pun diorang dah letak dalam cermin kaca. Mungkin untuk kekalkan tinggalan beras terbakar yang ada. Ye lah kan nilai sejarah yang mungkin tak ternilai. Langkawi ni kan memang terkenal dengan sejarah yang tersendiri. Boleh katakan setiap tempat yang kita pergi tu mesti ada sejarah dia.

Ha jangan nak tanya sangat apa sejarah kawasan beras terbakar ni. Hari tu Nani sempat baca gitu gitu aje since board yang diorang letak pasal sejarah tempat ni nampak tak nampak aje. Heheh. Yang aku ingat wujudnya kawasan beras terbakar ni sebab dahulunya berlaku pergaduhan dan diorang simpan beras ni dalam tanah. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang sejarah kawasan ni boleh lah bertanyakan dengan Abam Google okeh. 
Tapak Kawasan Beras Terbakar
Tapak kawasan ni agak ke dalam sikit so kena lah berjalan kaki melalui kawasan kawasan kedai, baru lah jumpa tapak kawasan beras terbakar ni hah. 
Tapak Kawasan Beras Terbakar
Sebenarnya sampai ke hari ni aku masih tertanya tanya apa fungsi rumah yang ada dekat kawasan beras terbakar ni hah. Nak cakap ada orang tinggal, macam tak ada. Eh tak tahu lah. Datang sini jangan lah berangan nak masuk dalam rumah tu eh, memang tak boleh. Jadi takleh lah nak fefeeling duduk dekat kampung. Hahah ! Boleh bergambar dekat sekitar rumah tu aje.
Tapak Kawasan Beras Terbakar
Ini lah tinggalan beras terbakar yang masih ada sampai hari ni. Kalau dulu boleh kutip dan tengok beras terbakar yang ada dekat kawasan tu tapi sekarang boleh tengok aje dah. Mungkin selama ni orang yang datang melawat dekat sini diorang ambil beras terbakar tu kot sebab tu makin berkurang hari demi hari kan. Ehehehe. 
Tapak Kawasan Beras Terbakar
Sebab panas lit lit terpaksa pakai cermin mata hitam uolss. Ahaha !
Tapak Kawasan Beras Terbakar
Kebanyakkan kedai kedai dekat sini semuanya menjual keychain, t-shirt dan jugak kain batik. So kalau nak membeli ole ole memang sini lah tempatnya. Kalau macam key chain ni Nani lagi suka beli yang banyak banyak tu terus. Jimat sikit daripada beli satu satu macam ni. 
Tapak Kawasan Beras Terbakar
Disebabkan masa dekat kedai menjual kain batik sebelum ni aku tak turun so aku cuci cuci mata dekat sini. Banyak jugak kain batik yang lelawa, kalau nak jadikan kain pasang pun cantik. Macam biasa lah, sebab tak pakai kain batik aku tak beli pun. Ehehe. Ramai kot orang borong kain batik dekat sini sebab murah. Ada yang harga 25 ringgit untuk dua helai. Beli banyak banyak lepas tu jual balik semula memang boleh jadi kayo. Hahah ! Kalau tak silap aku batik dekat atas ni batik siam. Tak pasti sangat bab bab kain batik ni, tapi kalau bab lain aku lajuu. Gituu. 
Memang masa hari pertama sampai sini, aku pergi semua tempat untuk shopping dan yang banyak cerita cerita sejarah. Hari kedua baru lah terjah tempat tempat untuk main dan kena bayar. Ehehe. Bukan semua tempat free okeh. Settle jenjalan cuci mata dan menghadam sesikit sejarah dekat kawasan beras terbakar ni terus kiterang check in resort. Nak tahu dekat mana Nani menginap dan best ke tidak resort tu kena lah tunggu next entry okeh. Happy weekend everyone ! 

Short Vacay Langkawi : Minyak Gamat Nusantara

Assalamualaikum & Hello.
Ha baru ni menghilangkan diri kejap ke bumi Langkawi. Dah lamaaaa sangat Nani ni tak bercuti, alang alang ada masa kasi lah chance rehatkan diri sendiri. Kalau tak silap 2009 kali terakhir ke Pulau Langkawi ni. Ha boleh kira sendiri lah kan berapa lama tak ke sana, Hahah ! Bila dah lama tak pergi haruslah teruja dia lain macam khenn nak terjah segala tempat yang ada dekat sana. Sampai Langkawi hari Sabtu tu dalam pukul 10 pagi, so sementara nak tunggu check in resort pukul tiga petang kiterang jalan jalan lah dulu kan. So tempat pertama yang dituju perusahaan minyak gamat. Wuhuuu ! Tempat wajib pergi kot ni. Hahah ! Borong lah segala jenis produk berasaskan gamat.

Dekat sini bukan takat ada minyak gamat aje okeh tapi bedak sejuk gamat pun hado. Tapi aku tak boleh lah guna sebab bau dia macam tak sebati dengan hidung ni hah. Hahahahah ! Tak tahu lah kan kalau korang boleh guna sebab deria bau kita lain lain. Gitchew. Masa Nani pergi dulu still ada lagi diorang tunjuk gamat yang masih hidup dalam air, sekarang dah takdek. Ahaa harus lah dah ada perubahan kan, dulu 2009 ni dah 2016. Ha dekat enam tahun takkan nak sama lagi Nani. Eheh. 
Minyak Gamat Nusantara
Perusahaan ni paling senang nak jumpa sebab dia tepi jalan aje lepas tu ada sebotol minyak gamat besar gedabak depan kilang ni hah. Ehehe. Rasanya Nusantara Maju ni yang paling femes kot sebab ada je minyak gamat yang jenama lain aku tengok. 
Minyak Gamat Nusantara
Jangan Pulang Tanpanya ! Ahaa memang pun, paling tidak kalau pergi sini mesti akan beli jugak lepas tu buat stok dekat rumah. Cukup setahun kau takyah dah nak beli minyak gamat. Bila tengok ramuan minyak gamat ni banyak sangat okeh ramuan dia yang aku macam blur blur. Lols !
Minyak Gamat Nusantara
Minyak gamat yang sedang dimasak. Dulu pergi aku tak celup pun jari dalam ni walaupun orang cakap tak panas pun. Ye je kan tak panas. Baru ni pergi aku celup jugaklah jari nak rasa kan cemana. Hahah ! Tipuu betul siapa yang momok momokkan aku dulu tu. Panas okeh lepas tu rasa macam melekat lekat sangat dekat tangan. Memang tak sama lah macam yang dalam botol tu. 
Minyak Gamat Nusantara
Gigih okeh nak bergambar dekat sini walaupun panas gila. Lama lama dalam ni memang boleh buat sauna lah cerita dia, Hahah ! Siap pakej dengan baju bau asap okeh. 
Minyak Gamat Nusantara
Ini lah rupa ibu gamat yang dah kering lepas dimasak tu. Nani pun baru first time tengok yang dah kering macam ni. Dulu pergi tengok yang masih hidup dalam air tu. 
Minyak Gamat Nusantara
 Dah sampai kilang dia takkan nak tengok aje kan. Hahah ! Beli jugaklah sedozen ni. Eheh. 
Minyak Gamat Nusantara
Kemain lebar senyum dapat jejak balik tempat ni. Ahaa. Tak lama pun dekat sini dalam tiga puluh ke empat puluh minit gitu aje hah. Ye lah setakat nak tengok cara menghasilkan minyak gamat aje kan lepas tu beli sikit sikit. Habis aje dekat sini, terus ke kedai menjual kain batik. Nani masa dekat kedai kain batik ni belek belek gitu je lah. Pakai kain batik pun tak, nak beli apanyaa. Hahahah ! Yang sebenarnya tak pandai pakai kain batik. Kalau pakai rasa macam pelik ya rabbi. Belum masuk part kain tu senget sebelah lah. Hahaha ! Kalau ada kain batik pun ku beli lepas tu jahit buat seluar. Kain batik pun boleh buat seluar dah sekarang. Eheh. 
Ini lah serba sedikit pengalaman Nani ke Minyak Gamat Nusantara. Ehehe. Next entry kita cerita pasal jalan jalan di kawasan Beras Terbakar pulak okeh. Tungguuuu ! 

Segmen Bloglist November Blog Seindahcerita

Assalamualaikum & Hello.
Segmen Bloglist November Blog Seindahcerita
klik SINI untuk join 

Belajar Jadi Kreatif

Assalamualaikum & Hello.
Fuhh dah selamat jejak Pahang pagi semalam tapi cerita cuti cuti Malaysia di bumi Langkawi baru ni kita KIV dulu. Ahaa banyak sangat gambar yang nak kena transfer dulu, memang makan masa lah kan. Tambah pulak makcik ni takdek kuasa menulis selaju turbo jadi kena bertabah lah tunggu entry jenjalan Langkawi baru ni. Eheh. Ha dah menyimpang sangat dari tajuk atas tu kan, biasa sangat dia! Hahah ! Kisahnya hari tu ada presentation buat demo dekat kelas dan aku ni tersangat lah blur gila tak tahu nak buat apa. Puas google tak jumpa jugak walaupun berpuluh puluh blog ku terjah semata mata nak cari idea nak buat DIY apa dekat kelas. Bila mana engko tak kreatif, memang gitu lah jadinya. Pening oi nak cari idea nak buat apa. 
Last last buka Youtube tengok DIY buat wardrobe kecik. Masa tu dah terfikir nak buat yang ni sebab macam tak banyak bahan nak guna walaupun step dia banyak nau. Dalam dah terfikir nak buat tu tetiba tengok ada DIY Doughnut Pillow. Tengok dia buat memang senang gila, dalam masa lima belas minit macam tu dah siap. Aku pun dah senyum senyum sebab lagi yakin nak buat bantal ni compare dengan wardrobe tadi tu kan. Hahah ! Dah lah tak berseni langsung lepas tu ada hati nak buat yang complicated pulak. Kang entah apa apa yang aku ajar dekat depan tu kan. Hahah ! Sebab masa untuk presentation cuma seploh minit aku decide tak nak menjahit plus aku TERSANGAT LAH TAK PANDAI MENJAHIT. Ahaa ! Bab menjahit aku memang failed okeh. Nak masuk benang dalam jarum pun makan masa. Hahah ! Mungkin kena belajar dengan MD yang dah semkain mahir menjahit sekarang nampaknya. Eheheh.
Taraaa ini lah bantal bentuk donat hasil orang yang baru nak belajar jadi kreatif. Hahah ! Boleh lah khen asal nampak macam bantal tu. Sebab tak pandai menjahit aku gantikan dengan gam uhu. Apedehal kan tak ikut step by step dia. I nak curik idea aje, mana yang rasa susah sikit step dia tu, aku tukar tukar lah ikut suka hati. Tambah pulak masa buat demo ni kena bercakap lagi memang cerita dia bye bye lah mana step yang susah susah tu. Bila jadi bantal ni kan, rasa kagum gila dengan hasil tangan sendiri. I is bukan lah orang KRAFTANGAN ye tapi KERASTANGAN. Hahah ! Sebab tu lah sangat suka dan kagum dengan orang yang kreatif macam kak Farrah, kak Nanyfadhly. Mungkin Nani kena belajar dengan kakak dua orang ni kot. Ehehe. 
Lega sangaat sebab menjadi bantal ni hah walaupun memula tu ketar ketar tangan makcik dekat depan. Bila dah relax dan cool sikit rasa tak nak berhenti bercakap pulak. Hahahah ! Anyway kaau ada yang buat bantal macam ni jugak boleh tengok dekat SINI hah. Memang membantu sangat lah omputeh ni punya idea. Kalau nak lagi kemas bantal tu jahit lah ye jangan jadi macam Nani ni hah pergi letak gam aje. Hahaha ! Dasaaaar tangan keras. Pergi lah tengok video tu bukan takat ada donat je segala jenis bentuk pun ada. Boleh buat duit ni kalau betul caranya. Heheh. 


Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016

Assalamualaikum & Hello.
Kembali lagi dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com untuk bulan November dan December. Segmen Bloglist yang terakhir untuk tahun 2016. Macam biasa syaratnya mudah je. Hanya perlu copy paste je coding yang Fiza dah sediakan. Mudah je kan? Mana yang tak sempat join haritu, boleh join untuk bulan November dan December ni ye. Macam biasa pemilihan 10 blog akan dibuat melalui random.org.

KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN

Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry

3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016 


Tarikh Tamat : 28 Oktober 2016
  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Vacation Mode Is On !

Assalamualaikum & Hello.
Rasanya dah lama sangat tak habiskan masa untuk diri sendiri sejak sejak sambung belajar hari tu. Selalunya kalau cuti yang dua tiga minggu tu Nani cuma habiskan masa dekat rumah, tak ada pun nak pergi melancong ke mana mana. Tapi memandangkan sekarang cuti panjang sangat so terus decide nak pergi bercuti sekejap. Ahaa, bagi lah otak ni berehat sikit, asyik hadap buku dengan assignment 24 jam pun tak boleh jugak. Ke manakah agaknya destinasi kali ni? Jeng Jeng Jeng. Tak jauh mana pun, masih dalam Malaysia lagi. Heheh. Duit tabung tak cukup lagi kalau nak jejak negara orang. Takpe lah kita habiskan dulu pusing negara sendiri, baru kita jejak negara orang. Ye dak? Excited sikit nak pergi bercuti kali ni sebab macam dah lama sangat tak bercuti dalam erti kata yang sebenar. Hahah ! Selalu nya kalau aku pergi bercuti yang sekejap sekajap tu sebab ada kerja nak kena buat. Eheh.
credit : Google
In sha Allah malam nanti akan terbang ke Langkawi untuk beberapa hari. Rasanya 2009 kali terakhir aku jejak Pulau Langkawi ni. Hahah ! A long time ago okeh. So kali ni pergi ofcourse dah macam macam macam perubahan yang ada kot. Ehehe. Dah ada beberapa tempat yang aku dah short listkan untuk terjah hasil baca blog kawan kawan lain. Thank you yang ada share tempat tempat best dekat Langkawi tu. Doakan perjalanan Nani selamat pergi dan balik okeh ! Nak pergi tenangkan fikiran jap sambil sambil tu kita shopping lah sikit untuk terapi minda. Kah ! Have a nice weekend everyone !

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI

Assalamualaikum & Hello.

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI

SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.



KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.

Semoga berjaya ! 




Ais Jagung

Assalamualaikum & Hello.
Jiran Nani dekat area rumah ni ada menjual ais jagung, cendol, pisang goreng waktu petang. Ha cerita dia memang panjang lah langkah setiap petang pergi menapak ke gerai orang tu. Pantang lapar terus pergi beli. Hahaha ! Walaupun sekarang dekat Pahang asyik mendung lepas tu hujan tapi tetap jugak nak minum ais jagung. Sampai kadang ibu tanya tak sejuk ke minum ais musim musim gini. Memang lah lain kan tekak orang muda kalau nak banding dengan mak mak kita ni. Nikmat sangat bila dapat minum ais jagung yang memang terbaik tu hah. Duduk rumah ni kerja nya makan aje lah, kalau rajin sikit pergi baking sendiri. Tapi sejak balik ni, malas aje yang banyak menguasai diri. Hahah ! 
Ais Jagung
Ais jagung ni dua ringgit aje hah lepas tu bahan tak kedekut. Memang sedap lah kan minum sambil sambil makan goreng pisang panas. Ehehe. 
Ais Jagung
Dulu dulu tak suka sangat pun minum ais jagung ni tapi sejak bila entah dah jadi feveret pulak. Betul lah orang cakap jangan benci sangat, kan dah suka pulak. Eh kaitaaan sangaat engko ! Hahah ! Selalu yang Nani beli dalam ais jagung ni orang letak jagung aje kan, tapi yang jiran Nani jual ni siap ada cincau, jagung, cendol. Haih kalau boleh semua bahan yang dalam ABC tu dia nak letak agaknya. Hahah! Untungnya customer kalau semua penjual macam ni. Ha korang minat minum ais jagung ni? 

Bila Abah Memasak

Assalamualaikum & Hello.
Ini cerita masa Hari Sukan Negara hari tu. Ye ye tahu dah lama tapi tetap jugak nak abdikan dalam blog ni. Hahaha ! Kisahnya ibu sibuk dengan sambutan hari sukan negara peringkat daerah, Nani pulak sibuk study untuk final exam (masa tu tengah study week & macam biasa I is decide nak study dekat rumah) So bila semua macam sibuk aje, abah pun mencemar duli memasak dekat dapur. Wah gitu ! Memang selalu aje abah masak dekat rumah ni. Kadang kadang kalau ibu yang balik lambat dari sekolah, abah masak dulu. Ramai aje yang tak percaya abah ni pandai masak termasuk lah nenek Nani sendiri. Hahah ! Hari tu nenek Nani gelak bila tahu abah yang masak. Nak tahu apa abah masak, scroll bawah sikit. Heheh. 
Gulai lemak daging salai campur dengan ubi kentang. Ha memang bukan masak biasa biasa tapi luar biasa sangat ni. Anaknya ni pun kenkadang failed lagi kalau masak masak gulai ni hah. Kena banyak lagi menuntut dengan abah nampaknya macam ni. 
Nani not really sure apa nama menu ni. Abah cakap ni resepi turun temurun daripada dia. Hahah ! Sedap sangat padahal kalau tengok abah masak tu, campak campak aje dalam kuali dah siap. Kalau abah masak, memang most of the time semua dia campak aje tak ada nya nak ikut resepi sangat. Semuanya ikut firasat dan ikut suka dia. Hahah ! Nanti Nani try risik risik resepi daripada abah. Kalau dapat boleh kongsikan dekat sini. Beruntung betul dapat abah dengan ibu pandai masak ni, boleh lah belajar sikit sikit. Masalahnya sampai sekarang tak berapa nak pandai lagi. Hahahah ! 

Cempedak Goreng

Assalamualaikum & Hello.
Pagi ni mendung aje dekat Pahang ni hah, nak bangun turun dari katil pun kemain berat rasa. Hahah ! Sekarang memang musim buah cempedak kan, merata rata ada orang jual. Dekat rumah aku ni pun tak putus putus ada jiran sedekah buah cempedak. Seronok sangat tau macam ni, dah lah buah dia meriah sangat. Boleh katakan tiap tiap minggu mesti menggoreng cempedak ni. Nani lagi suka goreng sendiri dekat rumah sebab kalau beli berapa ulas aje pernah dapat. Dulu Nani pernah cerita dekat SINI yang pasal cempedak goreng seulas seringgit tu. Nangis tau nak makan kalau seulas buah cempedak goreng seringgit. Hahah ! Baiklah aku tahan napsu nak makan tu daripada beli. Huhu. Kadang kadang diorang ni jual mahal lepas tu tepung aje yang tebal lebih. 
Cempedak Goreng
Meriah sangat hah buah cempedak ni. Goreng buat minum petang sambil sambil tengok tv memang nikmat sangat okeh. Dah lah buah manis haih memang layan habis. Seronok dikelilingi jiran jiran yang baik hati macam ni sebab selalu dapat buah, kuih. Heheh. 
Cempedak Goreng
Kasi zoom sikit cempedak goreng ni. Heheh. Rasanya dah puas hati sngat dapat makan banyak gila okeh cempedak goreng ni. Lepas ni tekak tak ada lah mengada ngada nak makan cempedal goreng macam ni dah. Baru ni ada lagi orang bagi buah cempedak ni tapi semua pandang sepi je dah. Hahah! Sudahnya tak goreng pun, buat makan gitu aje. Bila dah banyak sangat macam tu lah tapi bila takdek hah sibuk nak. Gitu lah kalau dekat rumah Nani ni. Heheh. 

Nasi Impit & Kuah Kacang Segera

Assalamualaikum & Hello.
Biasanya orang guna nasi impit tu aje yang segera dan kuah buat sendiri kan. Nani kali ni bukan setakat nasi impit aje yang segera tapi dengan kuah kacang tu pun beli yang segera. Haa nak cakap Nani ni pemalas lah tu. Hahah ! Bukan pemalas okay tapi sebab dekat sini yang ada cuma rice cooker aje. Dalam tu lah masak nasi, masak lauk segala bagai. Dapur bujang kan. Hahah! Jangan nak cadangkan beli periuk Noxxa pulak eh. Tengah kumpul duit lagi ni nak beli periuk tu. Nani tak pernah tahu pun sebenarnya kuah kacang tu ada jual yang segera punya. Jalan jalan dalam Cold Storage tengok ada jual, apa lagi beli lah kan. Yang sebenarnya masa tu teringin nak makan nasi impit, tu yang gigih pergi cari kuah kacang segera.

Sebelum ni memang tak pernah try pun beli kuah kacang segera ni. Hari tu masa jalan jalan dekat Cold Storage tu, tengok banyak jugak dah yang jual kuah kacang segera dalam bentuk pek macam dekat bawah ni. Ha memang semuanya dah senang sekarang. Kalau malas, beli aje yang dekat pasaraya tu balik tinggal masukkan aje semua dalam periuk. Eheh. Tapi kalau malas lagi dan senang kerja, beli aje yang nasi impit dekat pasar malam. Hahah ! 
Nasi Impit & Kuah Kacang Segera
Nani yang sebenarnya tak tahu jenama mana yang sedap kuah nasi impit ni so main rembat aje mana yang packaging nampak lawa sikit. Ada jugak yang jenama Brahim kalau tak silap Nani. Masa nak beli kuah kacang segera ni lah ada nampak kuah ayam percik segera lah, sambal segera lah. Eh macam macam pulak dah, nasib napsu nak membeli tak membuak buak masa tu. Kahkah ! Kalau tak habis semua aku borong lepas tu masak sendiri.
Nasi Impit & Kuah Kacang Segera
Taraaa ni lah hasilnya nasi impit segera ! Engkorang janganlah assume nak dapat nasi impit kuah kacang yang macam masak sendiri dekat rumah tu eh. Nama pun yang segera kan. Pada aku rasa dia not bad lah sebab semua rasa dia cukup. Boleh lah buat lepas anak tekak yang mengada ngada nak makan nasi impit kuah kacang. Memang biasa dah kalau bukan dekat rumah tekak ni teringin nak makan macam - macam. Gigih jugaklah aku ni pergi Cold Storage cari nasi impit segera ni hah. Nasib baik Cold Storage tiga empat langkah je, senang nak beli apa - apa. Hehe. Korang pernah try ke guna kuh kacang segera ni? 

Sos Apai Shah Alam

Assalamualaikum & Hello.
Ha korang ingat lagi tak yang Nani cerita pasal Char Kuey Teow Mudah hari tu? Sebab ramai yang nak tahu dekat mana boleh dapatkan sos char kuey teow tu, jadi hari ni Nani nak kongsikan dengan korang. Ehehe. Dah lama Nani nak kongsikan tapi selalu terlupa sebab lately ni tersangatlah busy kalah orang yang bekerja. So untuk yang nak dapatkan sos ni korang boleh terus ke facebook Sos Apai Shah Alam  Dekat situ nanti boleh tengok senarai agen dan jugak kedai kedai yang ada menjual sos ni hah. Kalau nak lagi mudah, terus aje Whatsapp ke 013 3032762 Sos ni produk keluaran bumiputra, memang dijamin HALAL. Nani pun baru tahu sos ni boleh digunakan dalam pelbagai lagi jenis masakan bila tengok dekat facebook tu. Hehe. 
Sos Apai Shah Alam
Ha lepas ni tak payah dah susah susah nak pergi cari dekat mana char kuey teow tersedap kan, boleh buat sendiri aje dekat rumah. Heheh. Nani ni pun ada lagi setengah botol sos ni tak guna. Memang banyak ok, jadi tak rugi kalau beli dan buat stok dekat rumah. Nak jadi agen pun boleh. Hehe. Selamat mencuba uolsss !

p/s : Hari ni first paper Nani exam, in sha Allah sampai Sabtu nanti. Mohon tembakan doa yang padu untuk saya. Hehe. Habis exam nanti lelaju Nani singgah blog korang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page