Nasi Impit & Kuah Kacang Segera

Assalamualaikum & Hello.
Biasanya orang guna nasi impit tu aje yang segera dan kuah buat sendiri kan. Nani kali ni bukan setakat nasi impit aje yang segera tapi dengan kuah kacang tu pun beli yang segera. Haa nak cakap Nani ni pemalas lah tu. Hahah ! Bukan pemalas okay tapi sebab dekat sini yang ada cuma rice cooker aje. Dalam tu lah masak nasi, masak lauk segala bagai. Dapur bujang kan. Hahah! Jangan nak cadangkan beli periuk Noxxa pulak eh. Tengah kumpul duit lagi ni nak beli periuk tu. Nani tak pernah tahu pun sebenarnya kuah kacang tu ada jual yang segera punya. Jalan jalan dalam Cold Storage tengok ada jual, apa lagi beli lah kan. Yang sebenarnya masa tu teringin nak makan nasi impit, tu yang gigih pergi cari kuah kacang segera.

Sebelum ni memang tak pernah try pun beli kuah kacang segera ni. Hari tu masa jalan jalan dekat Cold Storage tu, tengok banyak jugak dah yang jual kuah kacang segera dalam bentuk pek macam dekat bawah ni. Ha memang semuanya dah senang sekarang. Kalau malas, beli aje yang dekat pasaraya tu balik tinggal masukkan aje semua dalam periuk. Eheh. Tapi kalau malas lagi dan senang kerja, beli aje yang nasi impit dekat pasar malam. Hahah ! 
Nasi Impit & Kuah Kacang Segera
Nani yang sebenarnya tak tahu jenama mana yang sedap kuah nasi impit ni so main rembat aje mana yang packaging nampak lawa sikit. Ada jugak yang jenama Brahim kalau tak silap Nani. Masa nak beli kuah kacang segera ni lah ada nampak kuah ayam percik segera lah, sambal segera lah. Eh macam macam pulak dah, nasib napsu nak membeli tak membuak buak masa tu. Kahkah ! Kalau tak habis semua aku borong lepas tu masak sendiri.
Nasi Impit & Kuah Kacang Segera
Taraaa ni lah hasilnya nasi impit segera ! Engkorang janganlah assume nak dapat nasi impit kuah kacang yang macam masak sendiri dekat rumah tu eh. Nama pun yang segera kan. Pada aku rasa dia not bad lah sebab semua rasa dia cukup. Boleh lah buat lepas anak tekak yang mengada ngada nak makan nasi impit kuah kacang. Memang biasa dah kalau bukan dekat rumah tekak ni teringin nak makan macam - macam. Gigih jugaklah aku ni pergi Cold Storage cari nasi impit segera ni hah. Nasib baik Cold Storage tiga empat langkah je, senang nak beli apa - apa. Hehe. Korang pernah try ke guna kuh kacang segera ni? 

20 comments:

  1. Nani memang rajin masak sebenarnya cuma duduk bujang susahlah
    Kalau beli kat pasar malam memang lagi senang:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kak terbatas sikit nak buat apa apa bila bahan tak berapa nak ada ni. Heheh :)

      Delete
  2. Menarik disimpan waktu kecemasan ni dik oiii..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaaan ! Sebab senang campak je semua dalam periuk. Hehe

      Delete
  3. ooo ade nyeah kuah satay tuh..senang dh kan skang nie..janji dpt merasa lalu anak tekak okayh la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Masa masa tekak menggedik nak makan senang boleh beli je terus. Hehe

      Delete
  4. hahhaa..sekarang segera je sennag..tapi aklau buat sendiri lagi sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah campak je semua. Hahah ! Tu semestinya kak Nad tapi Nani ni spesis pemalas sikit nak masak sendiri. Time rajin boleh lah

      Delete
  5. wah tesedia dgn kuah satay sekali..senang la cmni..jimat segalanya kan, masa, tenaga, bahan2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangaaat ! Dah siap tinggal makan aje. Haha !

      Delete
  6. best jugak ada yang segera2 ni :) cepat dan mudah :D

    ReplyDelete
  7. Terima kasih, Maklumat yg sangat bermanfaat

    Regards
    Budy | Travelling Addict
    www.travellingaddict.com

    ReplyDelete
  8. Tak pernah try lagi yang segera macam ni. Tapi pernah try yg memamg home made tapi org buat jadi frozen tu ha. Now kat banyak frozen food. Sedap jugaaa...ni kalau gi jalan2 ober sea boleh la bawak sebagai bekal kehidupan ketika lapor.

    ReplyDelete
  9. dh lama akak tingin nk msk kuah kacang tp kan... kemalasan tuh tak blh nk buang...
    almaklum tak penah try msk sndiri...

    nk beli yg segera tp demand nk yg sedap hehehe... pasni nk try jgklah cari kuah kacang mcm nani nih

    ReplyDelete
  10. Kalau teringin nak makan boleh lah beli nih.

    ReplyDelete
  11. boleh try nanti..akk mmg peminat kuah kcg

    ReplyDelete
  12. semua segera sekrang tapi kalau malas jugak tak tahu laaa

    ReplyDelete
  13. Kira rajin jugalah Nani ni lepas beli terus buat. Kalau akak ni, lagilah 'rajin'. Lepas beria-ia beli, terus simpan. Dah nak tamat tempoh nanti barulah perasan stok tak digunakan lagi.

    Bab kuah kacang segera ni, akak belum pernah beli. Akak tak berapa teruja makan nasi impit dengan kuah kacang. Kalau lodeh tu barulah sedap melantak bubuh nasi impit.

    Ada tak ternampak lodeh segera? Kalau ada, beritahu akak okey. Hahaha!

    ReplyDelete
  14. baru tahu ada kuah kacang segera..hahaha

    ReplyDelete
  15. Kuah kacang segera ni rasanya pun sedap... saya pernah rasa... mmg best :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page