Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah lunch ke belum tu? Kisahnya weekend baru ni pagi pagi lagi dah menapak pergi Wisma Jakel dekat Jalan Tar semata mata nak beli kain untuk kenduri kahwin. Gigih sangat okay! Orang lain punya majlis, kita pun sibuk jugak nak buat baju baru. Hahaha! Alang alang ada sales hari tu, untung sangat lah membeli. Dekat dua jam jugaklah duduk dalam Jakel tu, sampai rambang mata sebab banyak sangat pilihan. Settle beli kain apa semua, terus lah lajak ke NU Sentral untuk lunch. Masing - masing skip breakfast pagi tu so wajiblah lunch makan nasi. Hahah! Actually Nani dah lama tak jalan jalan NU Sentral ni, blur sekejap nak cari tempat makan yang sedap. Sudahnya kita orang lunch dekat Waroeng Penyet ni. Dalam banyak banyak restoran ayam penyet, Nani paaaling suka Waroeng Penyet ni sebab ada macam macam jenis sambal & ayam dekat sini agak besar. Memang puas hati lah makan cerita dia. Cuma kalau time tu ramai orang, kena bertabah sikitlah nak tunggu seat kosong. Heheh. Selalunya Nani datang sini memang akan order ayam penyet tak pun ayam panggan dia orang. Fuhh dia punya sedap tu memang boleh buat kita teringat ingat lah. Hahah!
Table for two. Harga ayam dekat Waroeng Penyet ni ikut bahagian tau. Kalau ambil bahagian paha around RM 11.90 macam tu, kalau bahagian dada pulak dalam RM 10.90. Tapi puas hati lah makan sebab ayam besar okay! Nasi dengan air kena add on lain. Nak jimat makan time weekdays lah sebab dia orang ada pakej lunch untuk satu set nasi, ayam dengan air dalam RM 13.90. Tapi memang queue panjang lah lagi lagi hari Jumaat. Nani baru ni pergi time weekend, okay lah sikit sebab tak payah nak tunggu meja kosong apa semua. Sampai aje boleh terus order dan servis dekat sini sangat laju. I like!
Hari tu pernah baca dekat Instagram siapa entah cakap terung berlado dekat sini sedap so Nani pun order lah jugak baru ni. Sepinggan terung berlado ni RM 6.50, okay lah untuk makan dua orang. Serious sedap sangat terung berlado dekat sini sebab terung tu dia orang goreng garing, kena pulak dengan sambal yang pedas tu fuhh layan. Next time pergi memang wajib order terung berlado ni nampaknya. Betul lah orang cakap kalau pergi makan dekat mana mana restoran makanan Indonesia, wajib try dia orang punya terung berlado. Sedapppp!
Total order untuk satu set dekat atas ni RM 25.90 (sambal boleh ambil sendiri nak banyak mana). Paling best sekali dekat Waroeng Penyet ni, kita boleh pilih nak sambal yang paling pedas ke, sederhana ke atau pun sambal kicap. Pada Nani semua sambal dekat sini sedap. Untuk korang yang ada dekat sekitar NU Sentral, wajib makan dekat Waroeng Penyet ni, memang confirm puas hati. Kalau ambil sambal yang paling pedas tu siap sedia lah nak lap peluh. Hahah! Waroeng Penyet NU Sentral ni dekat level 5 kalau tak silap Nani, sebaris dengan Dubuyo, Manhattan Fish Market semua. Jangan lupa try tau korang! Ada orang cakap Kangkung Belacan dekat sini pun sedap jugak, korang pernah try?