Resepi Tauhu Bergedil Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ingat lagi tak hari tu Nani ada buat entry Tauhu Bergedil Homemade & ada yang drop komen minta Nani share resepi Tauhu Bergedil ni. Heheh. Nani pun baru first time buat, so resepi pun biasa biasa aje. Tak ada kelainan mana sangat pun, lebih kurang aje dengan resepi yang orang lain buat. Heheh. Kalau korang rasa nak try sendiri buat dekat rumah, boleh lah guna resepi dekat bawah ni nanti okay! Resepi yang paling simple & haruslah sedap. Cumanya hari tu Nani makan tauhu bergedil ni dengan sambal kicap aje. Kalau korang nak makan dengan sos tauhu bergedil ni (yang macam selalu orang jual tu), korang boleh try google ya resepi nak buat dia. Nani hari tu sebab dah malas nak buat sos tu, terus lah buat sambal kicap biasa tu aje. Sedap jugak lah bila makan tauhu bergedil ni dengan sambal kicap.  Buat pulak pedas pedas, fuh berpeluh makan. Hahah! Apa apa pun, ikut citarasa masing - masing okay! 
Resepi Tauhu Bergedil Mudah
Ini lah rupa tauhu bergedil yang Nani buat hari tu. Heheh. Tauhu ni Nani beli dekat pasar tani, kalau dalam pasaraya, tak sure sangat ada jual ke tidak. Bahan bahan lain korang boleh check it out dekat bawah ni. Jangan lupa simpan siap siap Resepi Tauhu Bergedil Mudah ni okay! Nanti senang nak buat bila tetiba rasa nak makan. Heheh. 
💙 Bahan - Bahan 
1) Tauhu Pok - Nani guna tauhu yang jenis kering macam ni, selalunya orang letak dalam mee kari jugak tauhu macam ni. Korang boleh try cari dekat pasar tani/pasar besar okay!
2) Ubi Kentang - Nani suka potong dadu siap siap supaya ubi ni cepat sikit masak nanti. Terpulang pada diri masing - masing okay! 
3) Daun Sup
4) Bawang Merah (optional)
5) Daging Kisar (optional)
6) Garam 
7) Telur
8) Minyak 
💙 Cara - Cara 
1) Mula mula sekali korang rebus ubi kentang tu sampai empuk/ lembut. Nani suka potong dadu kecil kecil so cepat sikit ubi kentang tu lembut. Sementara nak tunggu ubi kentang tu lembut, korang boleh lah gunting tauhu pok tadi tu. Cuma gunting bentuk + tu macam tu dekat bahagian atas tauhu. Jangan gunting sampai bawah pulak tau. Heheh. 
2) Bila ubi kentang tadi dah lembut, korang boleh lah masukkan daun sup, bawang merah dengan daging kisar (goreng terlebih dahulu tanpa minyak) dan jugak garam. Kacau bagi sebati lepas tu boleh lah sumbat masuk dalam tauhu yang korang dah gunting tadi. 
3) Pecahkan telur dan tambah garam sedikit. Macam biasa lah, kacau telur tu dan celup lah tauhu yang korang dah sumbatkan ubi kentang tadi tu dalam telur. 
4) Akhir sekali boleh lah goreng dalam minyak panas. Agak agak warna dah bertukar dan nampak garing, boleh lah angkat. 
5) Untuk sambal kicap tu pulak, Nano just guna kicap, cili padi dengan bawang goreng sikit sebab nak bagi sambal tu pekat. Blend lah semua sekali, lepas tu siapp! 
Resepi Tauhu Bergedil Mudah
Senang ke tidak korang? Heheh. Memang nampak macam banyaknya step nak buat tapi sebenarnya sekejap aje okay! Dalam masa sejam dah boleh siap, cuma rajin dengan tak aje. Hiks. So korang yang nak try buat sendiri dekat rumah boleh lah try guna resepi ni nanti. Bahan bahan ni pun semuanya senang aje nak cari, murah murah aje semua. Kalau korang buat nanti jangan lupa hantar sepinggan dekat Nani okay! Eh? Hahaha! Selamat mencuba Resepi Tauhu Bergedil Mudah ni.  

Karipap Kentang Sedap

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Ada yang Monday blues ke hari ni? Heheh. Minggu lepas tiba tiba datang mood rajin nak buat karipap inti ubi kentang. Dulu dah pernah try buat sekali karipap, tapi masa tu Nani buat inti sardin. Kalau korang nak try buat karipap sardin, korang boleh check it out Resepi Karipap Sardin ni okay! Bila dah pandai buat ni, mula lah rasa nak buat aje selalu. Ewah! Bukan apa, kalau beli selalunya tak berapa nak kena dengan citarasa sendiri. Kadang kadang tu oksigen aje yang banyak daripada inti. Geram betul bila beli dapat yang macam ni. Buat sendiri jugak yang puas hati. So baru ni google lah resepi nak buat inti ubi kentang ni. Senang sangat rupanya, ingatkan susah. Betul lah orang kata, belum cuba belum tahu. Alang alang bahan nak buat pun semua ada, terus lah kita masuk dapur. Nani sejenis yang suka try and error benda yang tak pernah buat. Kalau menjadi tu lagi lah bonus, rasa macam satu achievement untuk diri sendiri. Hahah! 
Karipap Kentang Sedap
 Ini lah rupa inti ubi kentang hari tu. Ingatkan sekejap aje masa nak ambil masak inti ubi kentang ni, rupanya lama jugak nak tunggu ubi kentang tu lembut. Hahah! Banyak kali jugaklah tambah air bila dah kering. Iye lah selagi tak lembut ubi kentang tu memang kena tambah air selalu. Selama ni asyik tengok video masak masak dekat Instagram, tu lah sebabnya nampak macam sekejap aje dia masak. Hakikatnya dekat sejam jugaklah daku duduk dekat dekat dapur tunggu inti ni siap. 
Karipap Kentang Sedap
 Karipap ni nampak sama semua sebab Nani guna acuan okay! Pernah try nak kelim sendiri tapi mashaAllah hasil dia. Hahaha! Mungkin sebab jari 'keras' sangat kot tu yang tak boleh nak kelim elok elok. Serius suka tengok orang yang pandai kelim karipap laju laju like weh pro nya dia buat. Kena menuntut lagi lah ilmu nak kelim karipap lepas ni. Hiks. 
Karipap Kentang Sedap
Ini lah hasil karipap ubi kentang Nani hari tu. Cumanya kenapa eh dia macam ada gelembung tu? Hahah! Anyone knows kenapa dia jadi macam tu? Rasa macam tak berapa cantik bila goreng dia ada gelembung. Untuk first time try buat karipap ubi kentang ni, not bad okay rasa dia. Iye siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Hahaha! Cuma orang dekat rumah ni komen, kalau tambah sikit lagi garam lagi sedap. Eh eh, kemain lagi masing - masing. Rasa macam gigih betul hari tu nak siapkan karipap ni, dah lah tiba tiba tak ada elektrik pulak. Fuhh nasib baik hasil dia memuaskan hati. Hiks. Next time boleh lah buat lagi, jamu dekat bakal mak mertua pulak. Eh? 

Maggi Pedas Giler Tom Yummz

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah pernah try ke belum Maggi Pedas Giler ni? Nani masa mula mula makan dulu tak boleh habiskan satu bekas ni sebab pedas dia tahap boleh mengalir air mata. Hahah! Ada yang cakap maggi ni tak berapa pedas sangat compare dengan Samyang. Erk, kalau Samyang lagi pedas daripada ni, mahu terbakar lidah makan. Eheh. Nani tak pernah try Samyang tu, pernah nak makan tapi tak boleh telan. Rasa membazir betul masa tu beli tapi tak makan pun. So janganlah tanya Nani mana yang lagi pedas sebab daku tak pernah rasa Samyang tu. Heheh. Tapi pada Nani serius maggi ni pedas sangat wei. Masa tu jalan dekat Aeon kot lepas tu saja lah beli sebab excited lah kan nak try. Time nak ambil tu siap cakap lagi dekat kawan mesti tak berapa pedas sangat maggi ni. Kahkah! Kemain lagi confident dia masa tu tahap apa. Bila dah makan baru tahu macam mana, setiap satu suapan kena minum air hoi! Awal awal dulu sampai sold out okay dekat mana mana mart maggi ni, mungkin sebab dah viral kan. Sekarang ni banyak tempat dah ada jual. 
Maggi Pedas Giler Tom Yummz
 Setakat ni Nani pernah try yang perisa Tom Yummz ni aje. Kawan Nani cakap kalau yang flavour Ayam Bakar macam tak berapa pedas sangat pun rasa dia. Tak tahu lah macam mana deria rasa dia sebenarnya. Hahah! Baru ni Nani macam ada nampak flavour Seafood pulak. Next time boleh lah try pulak flavour yang lain kan. Heheh. Sekali sekala makan maggi ni boleh lah, jangan sampai setiap minggu pulak makan maggi. Haippp! 
Maggi Pedas Giler Tom Yummz
Kemain mewah makan maggi siap ada extra nugget dekat tepi. Hahaha! Kalau korang sejenis yang suka pedas boleh lah challenge diri sendiri jugak. Nani serius tak tahan, cukup dua tiga kali suap, kena berhenti kejap makan. Memang power lah siapa yang boleh makan sampai habis dengan tak minum air. Nani memang boleh kalah awal awal lagi lah cerita dia. Harga maggi ni dalam tiga ringgit lebih macam tu kalau tak silap, tapi kalau beli dekat 7Eleven dia jadi lima ringgit satu. Hahah! Nani sarankan kalau nak beli, jangan beli dekat 7Eleven. Pergi lah cari dekat Aeon ke, Tesco ke dapatlah murah sikit. Korang pulak dah pernah try ke Maggi Pedas Giler ni? Flavour yang mana satu? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page