Serawa Durian

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekejapnyaa dah hari Jumaat, esok dengan Ahad boleh rehat puas puas. Yaassss! Bila dah bekerja, baru tahu nikmat cuti hujung minggu macam mana. Hahah! Kalau boleh malas nak pergi mana mana, berehat dekat rumah jugak yang syok. Sebab sekarang ni musim durian gugur, baru ni ibu Nani buat serawa durian. Ada sesetengah tempat panggil pulut durian kalau tak silap. Kalau tak tahu macam mana rupa serawa durian tu boleh lah tengok dekat bawah. Heheh. Asyik makan durian aje jemu jugak, kali ni kita buat serawa durian pulak. Nani ni makan lah jugak serawa durian ni tapi tak ada lah minat sangat sangat. Lagi suka makan durian gitu aje, kalau dah bertukar jadi serawa durian, aiskrim durian semua ni kureng sikit. Makan sekali itu aje lah, tak ada nak repeat sampai dua tiga kali. Heheh. Nak masak serawa durian ni pun simple aje, resepi sama sebiji macam nak buat pengat pisang tu cumanya kali ni kita letak durian. 
Serawa Durian
Ini lah rupa serawa durian tu. Bila dah masak kuah tu tadi boleh lah makan dengan pulut. Pulut tu pun tanak kosong aje, cuma letaklah garam. Kalau tak letak nanti, tawar pulak pulu tu kan. Heheh. Ada jugak yang Nani jumpa dia orang tanak pulut ni dengan santan. Ikut resepi & selera masing masing lah kan bila memasak ni. Tapi lebih kurang sama aje rasanya. Heheh. Kalau tak minat pulut, kuah tu cicah dengan roti kosong pun sedap! 
Serawa Durian
Serawa durian ni buat time minum petang baru sedap layan. Heheh. Musim buah durian tengah banyak gugur ni, boleh lah buat kuih muih/makanan guna durian ni. Kalau bukan musim, memang susah lah nak jumpa sebab harga durian tu aje dah sedia mahal. Tengak dekat facebook ada yang buat seri muka durian lah, durian crepe lah & macam macam lagi. Tapi dekat rumah ni, memang serawa durian aje lah yang pernah ibu Nani buat. Lain lain tu tak pernah try lagi. Korang pulak selalu buat apa kalau durian ni? 

Resepi Gulai Lemak Perut

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sihat ke semua? Ke dah ada yang mula demam durian. Hahahah! Since baru ni aku rajin sikit nak masak macam macam so boleh lah kongsi resepi dengan korang. Nani pun tak ada lah pro mana pun memasak, boleh lah sikit sikit untuk makan sendiri. Gitu. Dulu ada orang tanya eh Nani ni pandai masak belajar daripada mana. Hahah! Dulu dulu tak pandai jugak memasak, tapi rajin rajin kan lah bawa diri tu masuk dapur tengok orang lain memasak. Cara Nani macam tu lah, lama lama jadi pandai sendiri. Cuma kalau resepi yang bukan tradisi Melayu ni, memang cari online lah. Try and error sendiri sampai lah menjadi. Heheh. Kalau tak try nanti sampai ke sudah lah tak tahu nak masak macam mana. Tak apa kalau tak pandai asalkan nak belajar. Wan Nani selalu cakap 'anak dara kena pandai masak, esok tak ada orang nak.' Hahahah! Orang tua tua kan, gitu lah nasihat dia. Sebab tu lah kot daku rasa nak belajar memasak walaupun kadang kadang tak menjadi sangat pun. Eh? So, hari ni nak share pulak Resepi Gulai Lemak Perut. Masak lemak ni simple aje sebenarnya, cuma itu lah bila masak kena kacau selalu supaya kuah tu jadi elok aje kejadiannya. Ini lah part Nani paling 'malas' sikit bila buat masak lemak tapi nak makan. Hahah! 
Resepi Gulai Lemak Perut
Mula mula sekali tumbuk kasar bawang kecil, cili padi dengan serai lepas tu masukkan ke dalam periuk. Nak guna blender pun boleh tapi biasa lah orang tua tua ni dia orang lagi suka guna lesung batu tu. Lagi sedap katanyaa, kita pun ikut aje lah. Heheh. Gulai lemak Nani tak tumis dengan minyak tau, ada sesetengah orang suka tumis dulu. Ikut citarasa masing masing okay! 
Resepi Gulai Lemak Perut
Kemudian masukkan santan pekat & jugak air. Agak agak lah air tu okay, ikut banyak mana korang nak kuah tu nanti. Tapi jangan lah sampai penuh satu periuk pulak. Hahah! Nanti kang korang punya gulai kurang lemak pulak. Tak sedap lah rasa dia. Masak kuah ni sampai mendidih. Jangan lupa kacau kuah tu selalu kalau tak nanti gulai lemak tu jadi tak cantik. 
Resepi Gulai Lemak Perut
Last sekali masukkan perut dan jugak daging cincang yang dah siap direbus. Masak dalam lima ke sepuluh minit lepas tu dah siap! Kalau korang jenis yang tak makan perut ni, boleh gantikan dengan ayam/daging/ikan/ketam okay! Cara masak dia sama aje. Heheh. 
Resepi Gulai Lemak Perut
Dah siapp gulai lemak perut campur dengan daging cincang ni. Makan dengan nasi panas panas, ada pulak sambal belacan/sambal buah kuini memang tak pandang kiri kanan dah. Nikmat donia yang tak boleh didustakan! Hahah! Nani pun tak ada lah minat sangat dengan perut ni tapi kalau masak tu makan lah jugak. Ada sesetengah orang buat perut ni masak sambal letak santan, itu pun sedap jugak. Heheh. Korang pulak selalu masak apa kalau perut ni? 

Musim Buah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang ni dah masuk musim buah lagi lagi buah durian. Banyak jugak tempat yang buah gurian dah mula gugur. Minggu lepas rasanya hari hari kot makan buah durian, punya lah banyak kan. Hahah! Paling suka musim buah macam ni sebab macam macam jenis buah yang boleh makan. Heheh. Masa awal awal durian gugur dulu boleh tahan jugak harga durian ni, sekilo tu dalam berbelas ringgit. Sekarang ni bila dah banyak orang jual, enam ringgit pun boleh dapat untuk sekilo buah durian tu. Baru ni abah dengan ibu Nani beli 30 ringgit buah durian sebab nak buat tempoyak. Memang selalunya macam tu lah setiap tahun. Jarang sangat beli tempoyak yang orang jual sebab dulu pernah kita orang beli tiba tiba ada rasa pisang dalam tempoyak tu. Sudahnya ke tong sampah jugak lah tempoyak yang beli tu. Orang sekarang menjual, kadang tu memang ikut suka dia aje nak letak apa asalkan dapat banyak untung. Tapi pada Nani melampau sangat jual tempoyak yang campur dengan pisang. Kesian dekat pembeli yang beli mahal mahal tapi sebenarnya bukan tempoyak sepenuhnya. Kadang kadang pelik jugak dengan sesetengah penjual gini. 
 Nani ni makan aje durian tapi tak pernah ambil tahu pun tu durian jenis apa. Hahaha! Rezeki tahun ni buah durian yang dekat kampung sini banyak betul berbuah. Setiap hari ada aje gugur & Nani pun kerja nya makan aje lah yang tahu. Nak buka buah durian pun tak pandai. Hahah! Adik beradik abah Nani ramai, selalunya durian ni tak buat tempoyak pun, memang untuk makan aje semua. Nani suka makan durian yang original macam ni. Kalau dah buat serawa durian ke, aiskrim durian ke memang I tak berapa nak boleh telan. Even aiskrim durian yang dekat mekdi tu pun. 
Manggis ni pun banyak jugak buah, baru ni gigih cari kayu nak jolok bagi buah ni jatuh. Hahah! Dapatlah lima biji macam tu, tak banyak lagi manggis dah masak. Nanti dah banyak yang masak, baru lah boleh panjat pokok buah manggis ni hah. Buah dokong pun ada jugak tapi tak masak lagi yang dekat sini. Puas hati betul makan buah yang tanam sendiri macam ni. Cakap macam dia yang tanam kan buah ni semua padahal orang lain. Hahaha! Tak sabar nak tunggu buah rambutan pulak. Dekat sini semuanya hijau lagi. Yang tu bila kupas kulit & letak dalam peti ais, nyaman sangat bila makan. Heheh. Tempat korang pulak banyak dah ke gurian/buah buah lain yang dah masak? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page