Kenduri Kahwin & Reunion

Assalamualaikum & Hello.
Jumaat lepas sekali lagi ke Temerloh untuk memenuhi undangan walimah sahabat sendiri. Dari tingkatan satu sampai lah spm kiterang sekelas dan pernah jugak satu dorm. Memang dah faham sangat perangai masing masing macam mana. Masa tahu dia nak kahwin, ofcourse lah teruja tu lain macam sikit. Hahah! Biasalah, sahabat sendiri kan nak tamatkan zaman bujang, siapa tak teruja. Kenduri hari Sabtu, tapi Jumaat pagi lagi dah sampai sana. Semangat betul aku nak pergi walimah dia. Eheh. Dia yang minta Nani datang awal sebab banyak benda nak cerita. Hahah! Last jumpa bulan enam tahun lepas masa buat potluck dekat rumah Nani, memang dah lama sangat. Bila terikat dengan komitmen yang ada memang susah nak jumpa tambah pulak dia belajar dekat Unisza, Nani pulak dekat Selangor. Cuti pun tak sama kalau nak ajak jumpa. 
Kalau ikutkan, ini orang ketiga dalam batch Nani yang dah selamat menamatkan zaman bujang. So turn siapa pulak lepas ni geng? 😆 Yang pasti bukan Nani. Hahah! Bagi lah orang lain jalan dulu. 
Seronok sangat bila dapat jumpa balik kawan kawan sekolah dulu. Ada yang dah bertahun tak jumpa, sekali dah jumpa macam tak nak berhenti berborak aje semua orang. Ini baru sebahagian aje yang datang, kalau satu batch tak tau lah nak bayangkan kecohnya tu macam mana. Hahah! 
 Nani dulu bukanlah sekolah perempuan pun tapi hari tu yang lelaki semua nya datang lambat, tak ada sangat gambar dengan dia orang. Ehehe. 
 Gigih nak selfie dengan pengantin yang tengah nak makan tu. Hahah! Satu satunya gambar yang ada Jihah dan suami, yang lain semua gambar dengan Jihah sorang 😆
 Lauk kenduri hari tu pun semuanya sedaaap! Gulai daging tu paling Nani suka, siap bertambah lagi. Hahah! Makan awal awal sebab lepas tu sibuk masing masing nak bergambar dengan pengantin lah, kawan kawan lah. Meriah oi! 
 Cantiknyaaa sahabat saya ni 😍 Hari tu walaupun gelabah sebab pengantin lelaki dah sampai & dia tak sempat nak pakai tudung lagi tapi elok jugak terletak tudung tu akhirnya. Hahaha! Gelabah dia tu sampai tangan pun jadi terketar ketar. Sabar aje lah aku yang tengok ni. 
Barakallah sahabat dan selamat menjaga amanah yang Tuhan kurniakan dengan sebaik mungkin. Terima kasih sebab selalu dengar setiap cerita aku, layan perangai aku yang entah apa - apa dan untuk segala galanya. Dulu selalu dia cakap yang Nani akan kahwin dulu tetiba sekarang dah jadi lain. Hahah! Jodoh kan, siapa boleh jangka diapa yang akan kahwin dulu. Gitu. Walaupun hari tu macam sedih sikit sebab dia dah kahwin tapi berlagak cool aje. Hahah! Semua nya akan jadi lain lepas ni tambah pulak dia akan menetap di Terengganu. Lagi lah susah nak jumpa. Sekali lagi, selamat pengantin baru sahabat dan semoga kekal hingga ke syurga 😊 

Biskut Gery Salut Malkist

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang 😍Akhirnya dapat jugak menaip entry malam ni. Minggu yang paling busy dengan macam macam kerja sampaikan tak ada masa langsung nak buat entry apatah lagi blogwalking. Biasalah bila dah nak dekat cuti, memang kerja bertimbun lain macam. Time tu lah lecturer nak buat quiz, kena submit assignment dan banyak lagi lah. Petang tadi settle semua benda, rasa legaaaa betul. Sorry sangat tau yang selalu singgah sini tinggalkan komen tapi Nani tak balas balik. Malam ni Nani slow slow singgah blog korang okay, jangan risau. Ehehe. Oh ya, sebenarnya nak kongsikan dengan korang pasal biskut Gery Salut Markist ni hah. Baru baru ni lah biskut ni jadi viral, sana sini cakap pasal biskut gery. Nani pun dah lama mencari, baru petang tadi dapat rasa sebab ada kawan jual. Hari tu gigih cari dekat Aeon Big tapi tak ada. Kemain susah nak cari eh biskut ni. Hahaha! 
Biskut Gery Salut Malkist
Ini lah rupa packaging biskut gery tu. Ada dua jenis, satu cheese dan satu lagi coklat. Nani haruslah pilih cheese sebab orang cakap sedap sangat. Dalam satu paket ni ada lah dalam 10 keping kalau tak silap Nani. Tadi tak sempat nak kira plus biskut tu pun dah patah patah sebab dari pagi sampai lah ke petang duduk dalam beg. Lupa betul nak keluarkan masa lunch tadi. Tak kisah lah patah ke tidak biskut nya, asalkan dapat rasa. Ehehe. 
Biskut Gery Salut Malkist
 Sedap lah jugak rupanya biskut Gery ni, patutlah ramai sangat yang cakap cakap pasal biskut ni. Terus rasa menyesal sebab beli satu paket aje. Hahah! Kawan Nani jual satu paket ni dalam RM6. Ada yang jual lagi mahal dari ni tau, korang kena lah pandai cari yang mana satu jual murah. Dekat mana nak cari? Ha cuba lah tengok tengok dekat Instagram tu, selalunya ada aje jual. 
Biskut Gery Salut Malkist
Kalau makan sorang ni memang sekejap aje habis. Biskut ni satu lapisan cheese dan satu lagi ditabur gula. Ala macam biskut bergula yang biasa tu cuma yang ni ada tambahan cheese. Gitu. Peminat cheese tu boleh lah try rasa biskut ni pulak. Pada Nani yang memang peminat cheese ni memang sedaap lah tapi tak tahu lah pada orang lain kan. Tekak masing - masing. Heheh. Korang ada tak yang pernah makan biskut Gery ni? Ejaan dia Gery okay bukan Gary dalam Running Man tu. Lol 😆 Sekarang misi nak cari milo cube tu pulak. Tak boleh lah tengok benda benda yang viral ni, mesti nak beli. Haih lah Nani. 

Pengalaman ke Kampung Dato' Shariff Ahmad

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu lepas Nani terlibat dengan program selama tiga hari dua malam di Kampung Dato' Shariff Ahmad, Temerloh. Kalau ikutkan tiap kali Nani nak balik Jerantut memang akan lalu kampung ni dulu tapi tak pernah pun singgah apatah lagi nak teroka kampung orang ni. Dah ada peluang untuk turut serta dalam program kemasyarakatan, memang tak nak lah lepaskan peluang. Bila lagi kan nak merasa pengalaman tinggal dengan keluarga angkat dan mendekati masyarakat kampung. Berkampung dekat sana selama tiga hari, memang macam macam pengalaman baru yang Nani sendiri dapat. Seronok sangat, sampai hari ni masing - masing tak boleh nak move on lagi. Hahaha! Penduduk dekat sini pun baiknya ya Allah. Layan kami semua macam anak sendiri :")
Waktu pagi dekat sini memang sejuk gila. Nikmat sangat tidur sampai ada yang overslept. Eheheh. Tapi bila masuk tengah hari sampai lah ke petang memang panas terik sampaikan rasa tak nak duduk dekat luar kawasan dewan. Berpeluh jugaklah masing - masing jadinya. Selalunya dekat kampung memang macam tu kan, malam sejuk, siang panas terik. 
Ini lah keluarga angkat Nani. Satu rumah akan ambil tiga ke empat orang anak angkat. Baik sangat ayah dan ibu angkat kami berempat ni. Layan macam anak sendiri. Masa nak balik tu siap bagi hadiah, makanan dan duit belanja lagi. Terharu sangat dapat jumpa dengan orang orang yang baik macam ni. InshaAllah ada rezeki memang nak sangat jumpa lagi. Hari tu duduk tiga hari aje tak sempat nak beeborak panjang. 
Pagi pagi memang redup aje cuaca dekat sini, sesuai lah nak buat aktiviti luar. Semua aktiviti sepanjang program ni memang semuanya lah best. Sebab tu lah susah nak move on. Eh?
Dekat kampung ni ada banyak jugak penduduk yang mengusahakan perniagaan dan salah satunya Roti Canai Habeb ni hah. Masing - masing teruja bila tengok dalam tentatif ada lawatan ke tempat buat roti canai segera. Padahal dalam kepala dah fikir nanti dapat makan roticanai free. Hahaha!
 Masa kami pergi tu, dia tak ada lah tunjuk macam mana cara nak buat roti canai segera tu cuma dapat lah tengok mesin yang dia orang gunakan. Yang bertudung labuh tu owner roti canai segera ni. Bersih sangat tempat dia orang buat roti canai ni. 
Fuhh memang layan roti canai Habeb ni. Lembut sangat sangat sampaikan bertambah tambah makan. Hahah! Jarang jarang jumpa roti canai segera yang sedap macam ni. 
 Nani difahamkan roti canai Habeb ni dipasarkan di sekitar pasaraya di Pahang. Mana mana yang tinggal dekat Pahang tu boleh lah cari. Nani pun tak pernah jumpa (mungkin tak perasan kot sebelum sebelum ni). Lagi pun selalunya abah dengan ibu yang akan beli. Lepas ni nak cari jugaklah sebab sedap sangat sangat. Roti tu lembut. 
Dalam program ni jugk, Nani dengan kawan kawan yang lain sempat menziarah penduduk kampung yang sakit/uzur. Kebanyakkan penduduk dekat sini bukanlah sakit sebab menghidap penyakit yang kronik tapi sebab sakit tua. Macam rumah yang Nani pergi ni, tokwan ni dah berusia 98 tahun. Panjang sangat usia tokwan ni tapi alhamdulillah pendengaran dan penglihatan beliau baik lagi. 
 Sambil menziarah, ada lah sedikit sumbangan yang kami bagi untuk tuan rumah. Seronok dapat jumpa tokwan. Macam macam nasihat yang beliau bagi. Walaupun nampak tokwan tu memang dah tua sangat, tapi dia masih boleh bercakap macam biasa & tak nyanyuk apa pun. 
 Tak pernah kenal pun dengan dia orang sebelum ni, tapi boleh jadi rapat macam satu family walaupun masing  masing bukanlah dalam kos dan tahun yang sama 😍
 Dekat sana jugak, I is belajar macam mana nak jadi orang berseni. Hahaha! Hasil gabungan idea banyak kepala, maka terhasil lah bungan rafflesia untuk slot petang tu. Ada gaya ke tidak? 😆
Apa apa pun memang ini antara pengalaman yang paling manis dan berharga dalam hidup Nani. Terima kasih keluarga angkat dan jugak penduduk kampung Dato' Shariff Ahmad sebab menerima baik kehadiran kita orang semua. Seronok sangat dapat mendekati masayarakat macam ni dan rupanya kampung ni luas jugak. Heheh. Bila bila ada masa free, boleh lah ke kampung ni lagi 😊
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page