Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang

Assalamualaikum & Hello.
Last day dekat Penang, wajiblah cari ikan bakar kan. Lepas dah google sana sini, cari restoran mana yang sedap, sudahnya Sham Hammer Ikan Bakar Special ni jadi pilihan. Nak cari pun mudah. Restoran Sham Hammer ni tersangatlah dekat dengan Queensbay Mall dan menghadap ke laut. Memang layaan habislah. Heheh. Dari restoran ni jugak boleh nampak Jambatan Pulau Pinang. Nani mula mula ambil bas rapid ke Queensbay Mall lepas tu naik grab car ke restoran ni. Dekat aje, nak jalan kaki pun boleh. Tapi sebab dah banyak hari asyik jalan kaki, memang dah tak larat nak menapak. Hahah! Letih jugak weh, rasa macam nak angkat kaki pun tak larat 😆
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Restoran ni sangatlah luas. Nani pergi dalam pukul enam lebih macam tu, tak ramai sangat orang. Servis pun lajuu. Tapi start lepas maghrib tu dah mula lah ramai. Biasalah kan.
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Taraaa! Ini lah menu pilihan lepas dah puas baca menu berkali kali. Hahah! Ikan siakap bakar, tomyam campur dengan paprik sotong. Rasa macam kenyang gila malam tu, nak balik pun tak larat dah nak tunggu bas, terus je ambik grab car ke hotel. Tak ada lah mahal sangat pun naik grab car, dalam RM16 aje. Okay lah harga tu, sebab jarak dari hotel nak ke restoran ni jauh jugak hah. 
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Nani hari tu tersilap sebab pergi order untuk dua orang makan. Banyak woo, puas nak habiskan berdua. Suka lah restoran yang tak kedekut macam ni. Tomyam diapun cukup lah semua rasa.
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Nampak kan banyak sangat sotong tu. Patutnya mintak paprik sayur je hari tu, ini dalam paprik ada sotong, tomyam ada sotong. Hahah! Paprik pun sedaaap. Alaa semua lah sedap dekat sini.
Sham Hammer | Ikan Bakar Special di Penang
Hari tu kiterang order je nak ikan bakar (tak pergi pilih sendiri pun ikan) sekali sampai ambik besar kemain untuk dua orang makan. Nani dengan kawan pun kenapa entah hari tu boleh blur blur sangat. Hahah! Mungkin sebab badan dah terlampau penat sampai lupa nak pergi pilih ikan sendiri. Ikan ni dalam berapa puluh ringgit entah. Nani dah lah dengan tak bawak cash banyaknya, kawan pulak tak withdraw duit lagi, hah gelabah jugaklah masa nak bayar tu. Hahah! Risau lah jugak kalau duit tak cukup kan. Ikan bakar dekat sini sedap, makan gitu je pun dah okay. Ada pulak air asam kan, memang ngam lah. Terbaaaaik!

Cuti Panjang

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni dah last day bekerja sebelum cuti panjang, mesti semangat tu lain macam sikit kan. Betul tak? Heheh. Budak budak sekolah lagi lah seronok kan, start cuti dari hari semalam bersambung terus ke hari Selasa depan. Fuhh lama tu duduk rumah. Sekarang memang dah selaras cuti bila tiba musim perayaan macam ni. Baru lah adil, tak ada lah nanti ada yang complain cuti Raya lama, cuti lain sekejap and so on. Semalam WhatsApp dengan ibu Nani, katanya dekat Pahang still lagi hujan lebat dan berterusan. Harapnya tak banjir lah macam dulu dulu. Risau jugak kalau air naik, nanti mula lah bekalan air terputus lah, elektrik tak ada lah. Huhu. 
Korang plan ke mana cuti raya cina ni? Mesti ramai yang ambil peluang balik ke kampung kan. Nani kali ni menghabiskan cuti di Selangor aje. Lagi pun dengan musim hujan tak menentu ni, kang kalau banjir tak lepas pulak nak balik. Satu hal pulak kan. Ha mana yang ada dekat Kl atau Selangor tu, meh lah pm tepi kot kot boleh jumpa. Hahah! Tengah terfikir jugak ni nak buat apa cuti tiga hari ni. Apa pun, mana yang nak pergi bercuti ke, balik kampung ke, hati hati memandu dan semoga korang selamat sampai ke destinasi yang dituju. Ehehe. Selamat bercuti! 

p/s : Kalau dah namanya pun cuti, blog pun bercuti jugaklah. Eh? 😆

Street Art Penang

Assalamualaikum & Hello.
Mula mula tu Nani dah cancel niat nak bergambar dekat Street Art ni sebab macam tak berapa nak ada masa dah. Biasalah kan pergi nya empat hari aje tapi merata tempat nak pergi, memang lah tak cukup masa. Hahah! Itu yang Nani fikir tak payah dah pergi Street Art. Sekali masa turun dekat bas dekat area Container Hotel tu ternampak ada Street Art. Ha apa lagi, berhenti dulu lah ambil gambar. Konon je memula tu dah tak nak pergi kan. Lepas tu masa tengah jalan nak cari Wonderfood Museum, ada lagi jumpa tiga ke empat Street Art. Heheh. Memang cun lah hari tu ambil keputusan turun dekat Container Hotel sebab dapat lah jugak jumpa Street Art. Kalau tengok dalam peta tu, Street Art ni ada berbelas jugak dekat sekitar lorong lorong dekat sini.
Ini Street Art yang pertama kalau tak silap yang Nani jumpa. Hahah! Lupa dah. Hari tu Nani bayangkan Street Art dekat Pulau Pinang ni ada dekat satu lorong je rupanya dekat banyak lorong. Kalau nak cari semua Street Art yang ada, memang kena gigih sikitlah berjalan. Hahah! Nani hari tu pergi mana yang nampak aje lagi pun cuaca dah tengah hari. Panas woo! 
Street Art Penang
Street Art yang ni macam femes jugak sebab selalu nampak orang bergambar dekat sini. Hahah! 
Street Art Penang
Mencabar jugaklah nak ambil sekeping gambar sebab nya dekat lorong ni jugak ada kenderaan lalu lalang. Tambah pulak hari tu hari Jumaat, lagi lah sibuk sikit. Masa dekat sini, tengah sibuk nak ambik gambar tu tetiba ada jodoh  mat salleh datang. Siap offer diri nak ambilkan gambar Nani dengan kawan Nani. Hahah! Ingatkan nak suruh ambilkan gambar dia mula nya tu. Dah dia offer nak ambil gambar, posing je lah elok elok. Ehehehe 😆
Street Art Penang
Ini aje lah Street Art yang sempat Nani bergambar. Ada jugak jumpa yang lain tapi penuh tourist berkerumun. Tak kuasa nak tunggu. Lagi pun misi utama nak cari Wonderfood Museum, Street Art ni kira sambil lalu je. Heheh. Korang kalau nak cari semua Street Art yang ada boleh refer peta free yang diorang letak dalam basikal (basikal tu refer dekat SINI) Memang membantu sangat peta tu sebab dia dah list siap siap semua Street Art yang ada siap tunjuk dekat lorong mana. Mudaah sangat!
Ais Kepal
Dalam sibuk mencari Wonderfood Musuem dengan Street Art tu, terjumpa lah ais kepal ni hah. Tengah panas terik tu kan, memang elok sangat lah bila jumpa ais kepal. Ada banyak perisa, pilih lah mana yang berkenan dek tekak. Heheh. Sedaap! Jangan tanya ais kepal ni dekat belah mana sebab Nani memang dah tak ingat tu jalan apa. Kebetulan aje hari tu jumpa, terus beli. Itu lah 'untungnya' jalan kaki, banyak benda yang boleh jumpa secara tak sengaja. Heheh 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page